Bila memori si anak kecil muncul..

by - Khamis, Disember 01, 2016

 

Facebook tayang video Qhaliff seusia setahun. Tiba tiba rasa air mata seingin nak mengalir keluar. Terus aku memandang Qhaliff yang sedang leka tengok kartun kegemaran dia..

Cepatnya masa berlalu. Sebulan lagi.. dia akan mulakan persekolahan dia buat pertama kali dan itulah juga buat pertama kali dia akan ‘berjauhan’ dari aku ! Arghhh.. aku rasa cam tak nak lepaskan dia jer ! Tak boleh..

Apakah dia mampu survive tanpa aku ? Semalam , aku bawak dia bermain di satu tempat ni.. kat KB Mall. Dia nak sangat main slide dengan adik dia. Aku pun tunaikan.

Aku letak dia dalam tu ngan Zahra , aku duduk luar. Nak belajar biasakan dia tanpa aku. Di tangan dia ada permainan yang baru dia dapat. Dalam tu ada gak kanak kanak lain bersama parents mereka.

image

Aku cuma risau satu je.. Cara dia bergaul walaupun aku yakin dia mampu membiasakan diri. Dan Allah menampakkan pada aku ketika itu juga. Dan aku percaya , Qhaliff dah bersedia.

Ada sorang budak kecik ni amik permainan dia. Kalau dulu , Qhaliff akan menangis atau merampas kembali tetapi kali ini tidak.. Dia meminta secara baik pada budak tu.. Budak tu berkeras tak nak bagi.. Hahaha.. Dia cuma mengambil secara baik namun tak berjaya..

Zahra datang dan terus tarik dari tangan budak tu ! Hahaha.. Terbeliak mata aku tengok perbuatan Zahra. Pastu siap bebel lagi dia. Hahahaha.. Garang makcik sorang ni. Hak dia , memang payah laaa nak dapat kecuali abang dia. Nak boleh..mintak dengan baik !

Alhamdulillah.. nampak dah Qhaliff camana dan aku percaya dia boleh berdikari nanti tanpa aku.. Aku je tak leh berdikari tanpa dia ! Huhhuuh.. 4 tahun dengan aku wehhhh…

Nak kena tambah sorang lagi ni.. hahahaha..Anak laa.. bukan bini !

You May Also Like

4 comments

  1. hahahhaha...punchline ayt2 terakhir..kemainnnn
    tp btoi la abg ben..setuju sgt..momen2 ank membesar dpn mata, bl tertgk smula dlm vidoe ke ape ke..siyes akn bt kt mengalir air mata..
    amy rs gtu gak dr hr pertama bg Hadziq masuk taska..smpai la ni msih was2..bleh ke dia..bleh ke dia..huhuhuhuhu

    BalasPadam
  2. InsyaAllah Qhaliff boleh..lagi pun abg Ben ada bawa Qhaliff pergi event atau lunaskan kerja..tu pun secara tak langsung dedahkan Qhaliff pada persekitaran luar juga..

    BalasPadam
  3. Parents kena berkorban hari ini so we can have children of better tomorrow. Korban tu mendalam termasuk masa.

    BalasPadam
  4. Kita risaukan anak tak leh berdikari....tapi sebenarnya kdg kdg kita yang terlalu clingy, anak relek je hehe

    BalasPadam