‘ Bulan madu’ aku dah tamat !

by - Isnin, Disember 19, 2016

 

5 bulan wife bercuti. 2 bulan cuti sakit ketika mengandung ( masalah uri ) dan 3 bulan cuti berpantang. Dan , hari ni.. hari pertama dia kerja !

Aku , selama 3 bulan tu memang tak uruskan Aariz. Wife uruskan semua… Hehehehe.. Aku uruskan 2 lagi , hero dan heroin ! Heee… Ok la kan ?

Dan hari pertama ni la jugak aku nak dapat batuk dan demam ! Adui… Nasib baik tak teruk lagi la sakit aku ni. Aariz pulak memang dah selsema.

Awal pagi.. 830 , Aariz dah menjerit ! Dia bangun awal. Dan semua baby memang gitu. Diorang nak susu dan mandi. Aku yang dah cukup tidur , senyum je la. Ala , takat dia jerit.. kasi susu jer ! Oh , Aariz menyusu ibu tau.. Nak guna botol takda masalah. Tak seperti Zahra dulu. heee.. Aku rasa anak lelaki memang tul ngan botol susu kot ?

Aku kasi susu dulu sampai kenyang. Pastu mandikan dia.. Seronok dia. Sengih sengih gitu.. Pakaikan baju dan pasang tv citer baby.. Dia layan gitu.. Huhuhh…

image

image

Uruskan si kecil ni sebelum abang dan kakak dia bangun. Nanti nak uruskan diorang lak.. Takda masalah pon. Cuma risau satu jer.. huhuh.. Aku dah tak da masa nak ke gym ! Huwaaa.. Apakah aku akan kembali gemuk ???

You May Also Like

8 comments