Teringin nak ada produk sendiri ? JenamaSendiri.Com boleh bantu anda !

by - Rabu, Disember 21, 2016

 

Dulu aku fikirkan nak punya produk atas jenama sendiri adalah sesuatu yang mustahil apatah lagi aku bukanlah selebriti yang dikenali ramai ! Dan hanya mereka yang popular saja mampu keluarkan produk produk yang boleh membawa pulangan yang berbaloi pada pemiliknya ! Aku hanya mampu berhuhu je laa.. kan kan ?

Tapi tu dulu laaa.. Sekarang , apa saja tiada lagi yang mustahil ! Impian bisa jadi kenyataan ! Popular atau tidak , segalanya boleh diatur sama sekali. Yang penting , modal saja ! Selebihnya , serahkan pada yang pakar ! Dan pakar yang aku maksudkan ialah.. JENAMASENDIRI.COM !

image

Semalam di Kuala Lumpur , aku hadiri majlis tandatangan antara Amyra Rosli dan JenamaSendiri.Com yang mana Amyra Rosli selaku pengasas bersama untuk Projek Kilang Kosmetik bersama JenamaSendiri.Com dan JenamaSendiri.Com diwakili oleh Pengarahnya, Dr Amin Abdullah.

Dengan bermodalkan serendah RM15 ribu , korang dah boleh punya produk sendiri dalam masa 5 minggu saja ! Amacam ? Tak tertarikkah ? Hehehehe.. Best kan ? Part marketing pon mereka akan uruskan gituu..

image

image

Pemilihan Amyra Rosli sebagai pengasas bersama adalah kerana jenama “Amyra Rosli” itu sendiri yang menggambarkan beliau seorang yang elegan dan ekslusif yang amat bertepatan dengan konsep yang dibawa oleh JenamaSendiri.Com iaitu sebagai sebuah jenama yang ekslusif dan hanya menjadi pilihan bagi mereka yang benar-benar pentingkan kualiti.

JenamaSendiri.Com seperti yang diketahui adalah pelopor dalam pembuatan kosmetik di Malaysia dan antara pengilang yang menghasilkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa. JenamaSendiri.Com juga akan mengembangkan sayapnya ke luar negara dengan pembukaan kilangnya yang ke-3 di China pada Januari 2017.

image

image

JenamaSendiri.Com turut melancarkan Yayasan JenamaSendiri.Com yang mengfokuskan kepada pesakit kanser dan buah pinggang dengan sumbangan disalurkan kepada pihak MAKNA (Majlis kanser Nasional) dan NKF (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia) secara bulanan. Satu inisiatif yang cukup bagus sekali bagi aku !

Siapa Dr. Amin Abdullah ? Sedikit mengenai beliau.. Dr. Amin Abdullah yang juga Pengasas Bersama JenamaSendiri.Com telah memulakan perniagaan pembuatan kosmetik di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu dan telah menghasilkan pelbagai jenama kosmetik terkenal di dalam dan juga luar negara.

Untuk info lebih lanjut , boleh rujuk terus ke www.jenamasendiri.com.

You May Also Like

9 comments

  1. wahhh bagus ni! boleh bantu lebih ramai yang berminat untuk keluarkan produk jenama sendiri.

    BalasPadam
  2. Wahhhh. Dah boleh mula survey2. Terima kasih Abg Ben atas info yang dikongsikan :D

    BalasPadam
  3. bestnya klu ada jenama sendiri..:)

    BalasPadam
  4. Bagus ni...!! Pasni ramai usahawan dan produk Malaysia

    BalasPadam
  5. platform yang bagus. fuh. nak gak biz. moga dipermudahkan

    BalasPadam
  6. wah.. dari dulu teringin ada jenama sendiri. kosmetik jenama sendiri... bagus info ini... tenkiu beben. kumpul duit dlu laaa

    BalasPadam