Anak , janganlah kau sombong dengan orang tuamu !
Aku teringat satu kejadian yang mana ketika tu , Qhaliff masih lagi bayi. Sekarang Qhaliff sudah 6 tahun usianya. Lokasi kejadian tu di sebuah klinik kerajaan. Aku sedang dukung Qhaliff untuk buat pemeriksaan. Sekejap sekejap , aku cium dahi Qhaliff.. ubun ubun dia.. Sayang anak la katakan..
Tiba-tiba aku ditegur oleh seorang lelaki tua.
" Semasa kecil , kita sayang mereka sangat. Bila dah besar , mereka tidak ingat langsung kita. Malah kurang ajar lagi." . Kemudian dia mintak izin untuk tengok pusaran di kepala. Katanya budak baik ni. InshaAllah.
Hurm.. Kata kata dia membuatkan aku insaf. Benar sama sekali kata-katanya. Aku memandang anak kecil aku tu. Hurm..
Aku ada 3 orang anak. Semua aku jaga dari kecil. Antara 3 tu , sapalah yang sudi jaga aku dan mak mereka andai kami sakit ? Yelah.. masing masing dah ada kerjaya. Dah ada keluarga. Hurmm.. Sekarang ni , ada je anak bila dah berjaya , mak bapak terus dilupakan. Bila dah ada bini..laki... terus tak tengok mak bapak di kampung. Setahun sekali baru nak tengok pun ada ! Walhal ketika mereka kecil dulu , mak bapak tu tak sabar nak balik rumah untuk menatang anak kecil mereka.
Entahlah.
2 comments
Semoga anak2 ini berbakti pada ibu bapa nya nanti.
BalasPadamMoga anak² kita tak lupa jasa mak ayah menjaga mereka dari usia 1 hari.
BalasPadam