Penapis air Coway atau Cuckoo patut jadi pilihan ?

by - Sabtu, Disember 15, 2018

Dalam entri aku yang lepas , yang bertajuk ' Aku dah ada Cuckoo tapi kenapa guna Coway lak ? '.. aku ada ceritakan kelebihan produk Coway. Dan selepas genap setahun menggunakan Coway aku dapati produk Coway ni... Haa ! Best ? Hurmm... Service camana lak ? Cuckoo lak camana ? 

Ok...  meh aku citer skit eh. Cerita aku ni berdasarkan pengalaman aku jadi pelanggan C ni. Coway ke Cuckoo ???? Eh.. tak leh cakap. Dua dua tak sponsor aku ok ! Aku bayar sendiri setiap bulan. Haa... baru best kan ? Hahahaa.. 


Salah satunya , telah aku jual pada orang lain. Aku guna satu je.  Setelah membuat pilihan ! Dan berlaku satu isu yang tak disangka walaupun aku dah jangka akan berlaku. Nak tak nak , kena telan sendiri la.. Salah sendiri sebab takda perjanjian bertulis. Maka kesannya , pada aku jugak la. Namun ianya satu pengalaman berharga buat aku. 

Ok.. gini eh.. Sebelum korang nak amik satu satu penapis air tu , korang kena tau satu perkara. Kemampuan membayarnya setiap bulan andai mengambil secara ansuran. Apa jadi jika korang tiba tiba dibuang kerja ! Nah... sesuatu yang tak dijangkakan , bukan ? Jika tak mampu membayarnya ? Atau mula tertunggak.. camana ? Apa jadi ? Apakah mesin akan diambil semula ? Atau korang akan dikejar dek pengutip hutang ala ala along ? Nah.. aku dah rasa dah. Menyesal beb ! Walaupun aku dah buat report pada syarikat terbabit , namun tindakan diambil sangatlah lembab ! Grrrr.... Sehinggalah aku cari manager besar dia , barulah masalah aku diselesaikan. 

Namun... beban pada aku . Setiap bulan , tak pasal pasal aku kena bayar beratus ringgit ! Produknya , aku berpuashati cuma rasa terbeban dengan bayaran bulanan. Bukan salah produk atau syarikat. Diulangi yer.. Ni salah aku sendiri. 

Ok.. Tu paling penting. Melainkan korang kaya, beli je tunai dah buat service seperti yang disyorkan. Kalau korang tanya aku.. Coway atau Cuckoo ? Jawapan aku seperti di atas.. berapa korang mampu bayar setiap bulan ? Kedua dua jenama ada air panas , suam dan sejuk. Part lain tu.. aku rasa tak penting pun sangat. Dan tanya mereka , apa jadi bila dah tamat kontrak ? Haaa... Pastu kan... pastikan agen korang tu , jenis bagus punya. Takda masalah dengan AFTER SALES SERVICE. Bukan terus hilang punya agen. Asal dah dapat jual, dahhh ! Dalam kes gini. 

Faham tak ni ? Aku ulangi... sebelum beli... tengok kemampuan korang pada masa kini dan akan datang. Serta kepentingannya. Jangan tambah beban hutang bulanan.. 

You May Also Like

14 comments

  1. Betul tu aben... ikut kemampuan diri sendiri, bukan ikut2 orang.

    BalasPadam
  2. yer faham dah.. design smart coway.. lohh dah jual.. haha

    BalasPadam
  3. Ala ingt ada decide mne bgus hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna coway dah lama.. now dah jadi ejen la pula. heheh so nak ajak reramai lg org dpt manfaat dari penapis coway ni. tapi fillow la tios brada ni. pastikan apa korang keluarkan kos nye berbaloi dgn kapasiti tangki air, besar ke x, byk ke x air. Coway paling bajet utk siap suhu panas sejuk biasa rm85 dgn 5.8 litre kapasiti tampungan air.Berbaloi tp masa tu sy dpt hrge rm95. sy guna ni pn da cukup utk 5 org dlm rumah. Nak up sikit da dpt tanki 11.3 litre, kita nak kos kita keluar berbaloi ye.
      😊

      Padam
  4. rugi rasa bayar cash.Hahaha.. ina guna coway,kebetulan tahun lepas nak sangat penapis air coway. Ni nak kena tukar filter RM 600 sedebukkkk.Adeiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya amway lg ok kot.. satu filter besar saja rm200. Lgpn ada ultraviolet boleh bunuh 99% kuman yg tak ada pada penapis air cuckoo atau coway.

      Padam
  5. Tak pernah guna lagi dua² penapis air ni, nanti kalau nak pilih akan refer tips ni.

    BalasPadam
  6. Nak tahu ape terjadi..dan Nak maklumat lebih lagi..Sy boleh story...
    Dulu sy pengguna..sekarnag pengedar sah salah satu model penapis air di atas..

    BalasPadam
  7. betul2 buat apa bayar lebih...sedangkan ade yang lebih berpatutan dan sesuai untuk seisi keluarga..

    BalasPadam
  8. Coway pilihan rakyat malaysia biar mahal takpe... janji kapasiti tangki air tue puas hati... berbanding cuckoo tank kapasiti kecik jer... minum air tk puas..

    BalasPadam
  9. Yg penting sblum membeli pastikan kt yakin mampu membayornya stiap bulan (rental) ukur baju di badan sendiri gitewww.... btw sy pengguna Coway since 2017 dan dh upgrade model yg lebih elok. Puas hati je dgn servis

    BalasPadam
  10. Kalau sesiapa berminat nak pasang coway boleh terus whatsapp saya 013-6342053, saya sedia membantu anda semua.. ansuran bulanan ada yang rendah rm100 tetapi jika nak tangki besar pun tak ada la mahal rm132 sahaja tetapi seluruh keluarga boleh minum, org datang pun xde masalah.. sekian tq

    BalasPadam