Betullah kata mereka tu.. 'skill'kanlah anak kita..

by - Isnin, Januari 21, 2019

Zaman sekarang ni , berbeza dari zaman aku dulu. Ketika aku kecik dulu , celik je mata terus hilang dari rumah. Tengahari baru balik. Makan. Pastu hilang balik.. Petang baru nampak muka. Kalau ada kawan yang bocorkan rahsia , memang kena libas punya la jawabnya. Teringat satu ketika , mak aku pernah bersama ibu ibu yang lain siap ke lokasi permainan kitaorang.. Jauh dari rumah. Siap bawak tali pinggang ! Hahaahha...Bertempiaran lari balik rumah. Kesannya , kaki tangan kuat. Panjat pokok , berlari , langkah longkang... Cuma aku tak mandi kolam atau lombong jer. Hee.. Bahaya ! 

Apa yang dinikmati aku dulu, 3 orang anak aku tak dapat merasainya. Nak lepas keluar bermain dengan kawan kawan , memang tidak la. Bukan apa... kawasan aku ni ramai 'orang luar'. Tak berani aih nak lepaskan diorang.

Qhaliff dah masuk tahun 1. Risau pulak aku bila dia ni lom tau ke mana bakat dia. Haahaha.. Maka aku plan dengan wife... Skill kan dia sebanyak yang boleh. Tak perlulah nak plan sampai ke peringat tinggi.. memadai dengan sekolah dah la. 

InshaAllah , selagi aku mampu... aku cuba 'isi' . 


Jaguh badminton ? Tidak la gitu. Kasi dia tau main je dah. Takda la kena gelak nanti. Asas je dah ok. Selebihnya terpulang pada dia sendiri. Kalau nampak dia ke arah tu, aku tau dah apa nak buat. Selain badminton, ada lagi yang aku buat pada dia dan Zahra tapi biarlah aku rahsiakan jer... Kang kata riak lak. Biarlah senyap senyap. 

Yang penting, mereka nak buat. Aku takkan paksa mereka dan Alhammdulillah , mereka suka buat.

You May Also Like

3 comments

  1. Bagus tu, pupuk dan kembangkan bakat anak-anak dalam bidang yang mereka minati.

    BalasPadam
  2. baguss. memang penting sangat antar anak-anak ke kelas /aktiviti sukan. supaya diaorang berpeluh dan kekal sihat. Dari kecik ajar bersukan, nanti dah jadi habit diaorang untuk nak sentiasa aktif dan cergas. Bila badan cergas, otak pun cerdas, nak belajar apa-apa senang masuk otak sebab pengaliran darah di otak berjalan lancar

    BalasPadam
  3. Betul.. sy pun rsiau anak² skrg x byk skill melasak... sy antor anak darjah 1 latihan silat

    BalasPadam