Kenapa perlu HALAL ke Jepun ?

by - Jumaat, Januari 04, 2019

Aku pernah ke Jepun sebanyak 3 kali. Terbaru ialah beberapa bulan lepas. Korang kalau ikuti blog aku ni , mesti dah pernah baca mengenainya kan ? Satu pengalaman yang menyeronokkan bagi aku. Sememangnya tujuan ke sana adalah untuk mencari  yang HALAL dan berkongsi dengannya bersama rakan pembaca blog aku ni haaa.. 

Osaka , Kyoto , Fukushima , Tokyo dan  Kashikojima... Mencari restoran Halal di situ bukanlah mudah. Walaupun ada aplikasi mobile , pastinya pengembara atau pelancong dari negara Islam terutamanya inginkan lebih dari itu. Nak makan , tak susah dah ! Dan di mana mana , mudah untuk mencarinya. 

Pemahaman mereka mengenai Halal sebenarnya masih kurang. Apa yang mereka faham tentang Halal ialah tiada daging babi dan juga alkohol. Jika tiada kandungan tersebut maka makanan tu automatik adalah Halal atau juga Muslim Friendly. Bukanlah salah mereka pun. Mereka cuma kurang maklumat mengenai Halal ni. Selepas diterangkan pada mereka , barulah mereka faham.

Aku pernah menyuarakan pendapat aku ni pada sebuah agensi pelancongan terkemuka di negara kita mengenai masalah ini. Katanya untuk mendapatkan produk produk Halal , tak susah pun.  Ada satu syarikat di Jepun sememangnya mengimport produk Halal dari Malaysia. Cuma untuk mendapatkannya, kena la ke pusat membeli belah tersebut atau pasaraya yang berada di bawah rangkaiannya ! Ini bagus tapi sayangnya, aku sudah di Malaysia ketika mengetahui mengenainya. 






Walaupun ada tanda HALAL , berapa ramai antara kita akan makan tanpa was was ? Ditambah lagi di situ ada menyajikan minuman beralkohol serta daging babi ? Bagaimana pula dengan penggunaan pinggan mangkuk , sudu garfu serta gelas ? Ah , terus hilang selera nak makan.. kan ? Haaa.. Memang ada pelancong begitu prihatin bab begini. 

Dan Alhamdulillah , doa aku didengari Allah. Ketika tu , aku berdoa alangkah bagusnya jika banyak produk Halal dari Malaysia ada di bumi Jepun ni. Bukan saja pelancong beragama Islam dapat manfaatnya malah orang Jepun sendiri boleh menikmati  produk Halal seperti kosmetik dan juga makanan dari Malaysia ni haaa.. Heee.. kan kan ? Ditambah lagi bila produk tu ada tanda HALAL yang terpelihara akan kebersihan ketika pembuatan produk tersebuk. 

Aku dapat tahu , Kementerian Pembangunan Usahawan  (MED dengan kerjasama SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Malaysia Halal Expo 2019 yang mana akan melibatkan pengusaha pengusaha produk  Halal tempatan. Tujuan expo ini adalah untuk memasarkan produk  produk Halal tersebut ke Jepun sempena sukan Olimpik 2020 akan datang.

Ratusan pengusaha produk Halal bersama produk mereka akan dipamerkan di expo tersebut. Berlangsung di KL Convention Centre pada 24- 26 Januari ,2019 ! Sila tandakan di dalam kalender korang tu ! Bayangkan produk produk ini berada di Jepun ! Fuhhh.... 

Bagi aku , syarikat syarikat besar dari Jepun perlu amik peluang begini. Manakala usahawan produk tempatan di negara kita patut hadir dan melihat sendiri potensi potensi yang ada di depan mereka. Dengan adanya bantuan Kementerian Pembangunan Usahawan dan SME Corp , pastinya mereka akan nampak jalan bagaimana nak membawa masuk produk tempatan berstatus Halal ini ke bumi matahari terbit itu. 


Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh : 24-26 Januari 2019

Jom kita beramai ramai ke sana. Mana tau kan ? Ini juga satu peluang untuk kita memulakan langkah kanan andai kita ingin bergelar usahawan. Kot kot ada produk yang bagus untuk kita jual atau pasarkan ? Kan kan ? 

You May Also Like

13 comments

  1. waaaa...best ni...kena tick sesiap tarikh...yang best untuk usahawan juga nih kan....

    BalasPadam
  2. Memang penting cari makanan halal, tak boleh ambil mudah hal ni, bagus ada expo macam ni, dlm masa sama boleh educate pengguna dan penjual

    BalasPadam
  3. yessss ini yang kita mau ....kat sana tulis halal tapi masih ada yang rasa was2...nak tahu produk apa yang ada kita kenalan pergi expo dan tengok sendiri....ini satu peluang untuk para usahawan perkenalkan produk mereka tak kiralah samada kosmetik ataupun makanan dimana Jepun akan menjadi tumpuan seluruh dunia semasa Olimpik 2020 nanti

    BalasPadam
  4. betul bab makanan jgn amek mudah kna cari/tahu yang betul2 halal

    BalasPadam
  5. Betul tu.. even tulis HALAL, kekadang rasa was was juge.. ermm...

    BalasPadam
  6. Bab makanan halal mmg penting. Kadang-kadang ramai yang was-was bagusnya ada Expo mcm ni

    BalasPadam
  7. fuhh! menarik ni. ada kesempatan boleh lah ke sana

    BalasPadam
  8. Ni satu peluang yg bgus utk usahawan @ bakal usahawan..siapa tau rezeki mereka dgn memulakan langkah memasarkn produk mrka ke luar negara terutama di ngara yg sering dkunjungi oleh org muslim sprti Jepun & Korea..kan =)

    BalasPadam
  9. ok nanti nak pergi..nak tengok barang apa tu..ehhee..

    BalasPadam