Kita malas berjalan tapi kuat makan ?

by - Isnin, Januari 21, 2019


Terkedu aku ! Aku tengok jam. Tengah bulan. Oh ... cuti panjang ! Patutlah meriah sini. Baguslah.. hidup tempat ni. Sian gak sebelum ni sebab sayu sayu jer kecuali bila kakitangan kerajaan dah dapat gaji..tempat ni memang ramai pengunjung. Ok la tu kan ? 

Cuma yang tak best tu... bila dah ramai pengunjung , maka kenderaan tak la reti nak parking betul betul. Betapa disediakan tempat parking percuma berhampiran situ. Hanya perlu melintas jalan jer. Tapi sayangnya, diorang tak sayang kan kereta. Lebih sayangkan lemak lemak mereka dari terbakar ! Kereta di letakkan atas bahu dan tepi jalan ! Menjadikan jalan dan sesak di situ. Apa menda laa ??? 

Ni perangai ni... Segalanya nak mudah ! Kalau boleh , nak parking sebelah meja makan diorang terus. Punya tak nak jalan kaki skit. Cer pikir gini skit la. Nak gi makan tu bagus dah. Tapi bila dah makan apa kata bakar skit kalori yang dah masuk tadi. Maklumlah , jap lagi nak balik umah dah. Terus tidur lak. Dah jadi lemak pulak ! Esok menyesal makan banyak malam tadi. Walhal berpeluang untuk membakarnya semula lepas makan.. kan kan ? 

Bawak bawak la ubah perangai kita tu yer. Rajinkan berjalan kaki sedikit. Bagus dah tu... ok ? 

You May Also Like

4 comments

  1. SAYA PUN BANYAK MAKAN, TAPI MAKAN TAK TENTU MASA ATAS FAKTOR KERJA. KADANG2 BREAKFAST KUL 12 TENGAHARI...

    BalasPadam
  2. Itulah yg berlaku di sini..siap atas tepi jalan..risau juga mereka jika kena saman salah parking..
    kat KK ada area tu mereka letak atas jalan raya..punylah menganggu

    BalasPadam
  3. betul tu
    kadang parking klw boleh
    kuar je trus smpai ..
    haha

    BalasPadam
  4. orang malaysia ni kalau boleh memang nak parking betul-betul dalam kedai. Senang! keluar kete terus makan. sebab tu makin ramai yang obesiti

    BalasPadam