ABX Express kini KEX Express !

by - Isnin, November 07, 2022

Baru baru ni aku ada ke majlis penjenamaan semula ABX Express yang mana mereka telah pun berada dalam bidang penyedia perkhidmatan kurier  ni lebih 38 tahun ! Bukan calang calang ABX Express ni yer.  Kini , mereka dikenali sebagai KEX Express ! 

Aku akui yang peranan penyedia perkhidmatan kurier masakini amat penting terutama di Malaysia. Aku yang juga seorang peniaga sambilan secara online , sering ditanyakan mengenai servis penghantaran yang akan digunakan oleh pembeli. Jika boleh, mereka tak nak dari company sekian sekian ! Haaa , sampai gitu sekali. Kalau aku , tak kisah jer tapi selepas terkena dengan sebuah company ni, aku dah mula memilih. 



ABX Express bermula dengan cemerlang di Malaysia Timur pada tahun 1984 dengan mengkhususkan kepada penghantaran capaian terakhir ( last mile ) dalam pasaran domestik. Kemudian , di tahun 2015 , mereka menjadi sebahagian dari Kerry Logistics Network yang mana merupakan sebuah syarikat logistik antarabangsa terbesar di Asia ! 

Penjenamaan semula dari ABX Express ke KEX Express ini juga mencerminkan pelaburan dan kerjasama strategik antara SF Group dan Kerry Logistics Network ( KLN ) . Ini membolehkan KEX Express  memiliki akses pantas kepada rangkaian global KLN yang luas serta set tawaran ekspress antarabangsa yang lengkap khususnya ke China dan negara negara di Asia. Bayangkan lebih 2,500 trak penghantaran beroperasi setiap hari di seluruh negara ! 


Dengan kelebihan ini , KEX Express kini  menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspress antarabangsa ke lebih 225 negara dari Malaysia. Pemilik akaun kredit sedia ada jangan risau ! Korang serta pelanggan lain boleh je terus ke kedai KEX Express di seluruh negara untuk menggunakan perkhidmatan ini. 

KEX Express memiliki lebih 700 service touchpoints di seluruh negara dengan lebih 3 ribu kakitangan yang menyediakan keperluan penghantaran ekspress kepada rakyat Malaysia terutamanya di Malaysia Timur ! Yer, mereka cukup cemerlang di sana. Biasanya aku dengar dari pelanggan aku sendiri la.. kurier lain  agak perlahan di sana. Huhuh.. 




Kini mereka makin berkembang dan berinovasi. Mereka telah banyak membuat pelaburan dalam hab automasi ,infrastruktur IT dan mengembangkan pasukan sejak 5 tahun lalu bagi memastikan mereka senantiasa berada di hadapan terutama mengenal pasti , melaksanakan dan menguna pakai idea inovatif  yang boleh memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan yang sentiasa berubah ubah. 

3 kelebihan KEX Express terkini

1. Pembayaran digital untuk Cash On Delivery ( COD ) dan Freight on Delivery ( FOD ) 
- COD digital membolehkan penerima mana mana bungkusan membuat pembayaran produk mengunakan pembayaran tanpa tunai sebaik saja terima bungkusan pos. Manakala FOD digital pula , membolehkan penerima mana mana bungkusan untuk membuat pembayaran untuk kos penghantaran selepas terima penghantaran. 

2. Pusat Penjual ( Seller Point ) 
-  Satu platform pusat penjual penghantaran semua dalam satu yang khusus untuk penjual. Ia menginterasikan portal beli belah dalam talian KEX Express ( Smartship Web ) dan sokongan khidmat pelanggan kepada pemilik akaun KEX Express melibatkan keperluan penghantaran ( contoh seperti tempahan , pengambilan , bungkusan , cetakan label jejak penghantaran dan pertanyaan kos dll ) . 

3. Mengoptimumkan Laluan  Perjalanan 
- Kex Express dalam proses mengoptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya ( delivery routing system ) menggunakan algoritma dan data besar. Laluan penghantaran terbaik melalui jarak perjalanan dan keadaan trafik mengguakan teknologi awam. 

Sempena penjenamaan semula ini , KEX Express menawarkan diskaun promosi penghantaran bermula pada 1 November 2022. Penghantaran domestik , bermula dari RM4.99 saja. Hanya untuk pelanggan yang pertama kali nak guna. Heee.. Lawat mana mana KEX Express berhampiran korang. Untuk penghantaran antarabangsa pun ada yer diskaun. Ke China , Singapore , Taiwan , Macau , Hong Kong  dan banyak lagi. 

Maklumat lanjut , sila ke my.kex-express.com 









You May Also Like

2 comments