Khas untuk peminat Ultraman , dapatkan koleksi figura terkini di Ultra Heroes Tour !

by - Khamis, November 10, 2022


Baru baru ni aku dapat email hebahan pasal Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes ( Ultra Heroes Tour South East Asia ). Bila nampak poster dia , terus teruja aku ! Tunjuk kat anak anak aku terutama Qhaliff yang pernah kumpul koleksi patung Ultraman. Terus nak pergi ! Huhuh... 

Bermula hari ini yakni 10hb hingga 27 November , Malaysia menjadi tuan rumah kepada jelajah ni dibawa khas oleh Bandai Spirit Co Ltd bekerjasama dengan Bandai Namco Asia Co Ltd di bawah naungan jenamanya , Tamashii Nations. Kira bertuah la peminat peminat Ultraman kali ni. 

Bertempat di Level CC , Concourse Square , Paradigm Mall , Petaling Jaya, antara tarikan yang sedang  menanti pengunjung ialah : 
  • Ultraman Decker yang mana  terbitan terbaru siri Ultraman yang sedang ditayangkan di Jepun
  • Berpeluang bergambar bersama patung Ultraman Decker bersaiz manusia
  • Persembahan langsung Ultraman ( Ultraman Decker dan Ultraman Trigger lawan  raksasa Satandelos. Berlangsung pada pukul 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam setiap Sabtu (12, 19 dan 26 November) serta Ahad (12, 20 dan 27 November 2022)
  • Melihat koleksi figura Ultraman yang baru , akan datang dan ekslusif dan boleh membelinya. Menariknya setiap figura 
  • Hadiah terhad Tamashii Nations bagi setiap pembelian
Antara produk utama yang ada dijual di sini ialah ARTlized , satu siri baru yang memperingati generasi pertama karektor-karektor Ultraman SD dari tahun 1980an - 1990an.  Ada 8 figura dengan satu figura rahsia.  



3 figura yang wajib korang dapatkan kat sini iaitu S.H Figurats Ultraman ( The Rise Of Ultraman )  yang berharga RM240. Ultraman ini adalah berdasarkan komik The Rise OF Ultraman. Ia direka dengan bayang biru dan hitam di tempat tempat penting tubuhnya bagi memberikan penampilan tersendiri seperti yang dilihat dalam komik. 

S.H Figurats Ultraman Ribut pula berharga RM275. Daripada  'Ultra Galaxy Fight : The Destined Crossroad' , Ultraman Ribut muncul dalam siri ' Ultra Galaxy Fight' serta ' Ultraman Trigger'.  Manakala S.H Figurats Ultraman Decker  Flash Type  didatangkan  bersama 4 bahagian gantian iaitu pergelangan tangan kiri dan kanan , pemasa berwarna merah dan kad dimensi Ultra. Harga jualan figura ini ialah RM198. 

Edisi khas  Ultraman hanya di sini saja ada ! 





Ultra Ribut pun ada ! 

Seronok anak anak kat sini





Koleksi figura Ultraman Original Bandai


Pertarungan menarik Ultraman dengan raksasa khas untuk peminat ! 

Sedikit latar belakang mengenai Ultraman Decker dan Ultraman Trigger.


Decker adalah Gergasi Cahaya ( Giant of Light ) yang ditukarkan oleh progagonis , Kanata Asumi. Bentuk Asasnya ialah Flash Type. Dia boleh Type Change kepada Strong Type yang amat berkuasa dan berkuasa luar biasa menerusi Miracle Type.


Selepas menewaskan Raksasa Kegelapan ( Giant of Darkness ) yang telah memusnahkan dunia pada zaman Ultra Ancient sehingga ke hujung angkasa , Trigger telah berubah kepada batu di Marikh tetapi dihidupkan semula apabila Kengo bergabung dengan patung gergasi tersebut. Sejak itu , Kengo telah berubah kepada Trigger dengan elemen " Guts Sparklence" . Trigger mempunyai keupayaan untuk Type Change kepada bentuk lain seperti Power Type dan Sky Type. Beliau berlawan dengan pelbagai serangan pancaran cahaya serta senjata suci Circle Arms yang boleh merubah bentuk kepada pedang , penyepit dan anak payah. 

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA ! 
Lokasi : Paradigm Mall , Petaling Jaya  ( Level CC Concourse Square ) 
Masa : 10 pagi hingga 10 malam 
Tarikh : 10-27 November 2022




You May Also Like

8 comments

  1. Wahhh... Best nih! Bukan anak-anak je yang suka, MakPak pun suka. Ultraman super heroes dari zaman ber zaman

    BalasPadam
  2. Wah menarik..boleh rekeman pada sepupu yang suka ultraman

    BalasPadam
  3. Bestnya! My Thaqif pun peminat tegar Ultraman, semua Ultraman tu dia kenal. Adik Tini yang dah umur 30-an pun masih lagi dengan collection Ultraman dia. Kalau dekat, memang dah terjah dah ni.

    BalasPadam
  4. Sejak semalam tunjuk gambar2 ni terus melompat2 si anak. macam mana ni, dari penang ke PJ, bukan selalu ultraman datang malaysia ni. huhu

    BalasPadam
  5. Ya memang kena bawak anak-anak ke sini. Lagi best bawak time live show

    BalasPadam
  6. Syiok dulu kecik kecik layan ultraman. Siap hafal nama nama ultraman

    BalasPadam
  7. nice info!! can't wait to your next post!

    BalasPadam