Bukan aku tak nak tapi tak boleh dah !

by - Selasa, Februari 21, 2023

Menginap di Primula Beach Resorts , hotel pertama di tahun 2023 buat kami sekeluarga. Tu pun pergi sebab ada urusan. Bukan cuti cuti Malaysia. Maka tak boleh la nak berjalan sana sini sepanjang hari. Aku dan anak anak je boleh jenjalan tapi aku malas nak memandu keluar dari hotel. Lebih suka abiskan masa dalam hotel jer. Bukan tak nak tapi dengan cuaca yang tak menentu ni, lebih baik aku ambil jalan selamat. Hee.. 

Pagi mandi kolam sekejap. Disebabkan hujan kadang kadang turun dan Aariz yang masih selsema skit skit , aku buat keputusan gitu. Turun main air , setengah jam jer. Ok la dari takda kan ? Nak turun main pantai , tidaklah sama sekali. Hee.. kuat ombaknya.

Petang , jenjalan kat tepi pantai. Perut lapar. Mencari makanan di gerai gerai yang menjual pelbagai jenis makanan yang sedap sedap mata memandang.  Tak jauh pun dari hotel. Dalam 200 meter berjalan kaki. 

Kalau aku yang dulu, pasti macam macam dah aku beli dan bawa pulang ke bilik. Tapi sekarang , aku hanya mampu memandang jer. Anak anak nak beli gak tapi aku tak benarkan. Aku bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka. Aku tak nak mereka bila mereka besar nanti , akan persoalkan kenapa aku benarkan mereka makan makanan yang tidak berkhasiat sedangkan aku tahu ianya tidak sesuai untuk mereka ! 




Akhirnya beli air kelapa jer. Takda ais , takda aiskrim. Hee... Aku nak asli jer. Puas minum begini. Kalau dulu, confirm coconut shake di tangan aku. Tapi kali ni tidaklah. Penatlah nak sakit. Kos merawat bukan murah. Bila sakit , bukan aku je derita.. anak anak pun terlibat sama. Emosi terganggu. Mereka pun terpalit sama bila aku naik angin. Sian.. 

Dan lebih kesian.. aku tak nak la mereka kecik kecik dah obesiti. Walaupun ada yang kata nanti besar diorang aktif, ok laa. Tak nak la gitu. Sekarang ni dah tak sama macam dulu. Makanan sekarang dah banyak yang 'ditambah' untuk jadi lebih sedap. Contohnya , MILO tu dulu untuk minuman tapi sekarang ditambah dalam makanan untuk jadi lebih sedap ! Bila kata 'sedap' mestilah manis kaw kaw dan juga masin ! Gulp.. 

Akhirnya kami mencari makanan di KTCC.  Kenapa tak keluar makan di luar ? Macam aku bagitau tadi kat atas, masa takda. Wife pun ada kerja selepas maghrib. Kami ada 2 jam je untuk mencari makan.  Aku pulak perlukan 'protein'. Heee.. Baru terasa lega perut. Walaupun dah makan hampir 10 bijik telur setengah masak di dalam bilik , masih belum terasa cukup.



Di KTCC , mall cantik. Kemas dan teratur. Orang tak ramai sangat. Ok la.. Butik butik ternama pun banyak. Best kalau nak shopping tapi duit dalam poket , cukup cukup untuk makan sekeluarga. Hahaha.. Tak pe la. Takda yang penting untuk aku cari kat sini. 

Pilihan restoran untuk aku ada beberapa tapi aku memilih Kenny Rogers sebab nak ayam panggang ! Pilih dua menu. Ayam untuk aku dan Qhaliff. Ikan untuk Aariz. Zahra gi beli sotong  apatah kat tingkat bawah. Dia nampak ketika berjalan kaki nak naik ke tingkat atas. Teringin katanya. 




Alhamdulillah.. Puas ! Protein ada. Fiber pun ada. Karbo pun ada. Cukuplah hingga ke esok hari. Cuma malam kang , kena tidur awal untuk elak lapar. Perut pun kena rehat. Kalau lapar pun, potong buah oren. Aku memang dah beli siap siap ketika di The Store tempoh hari. Hee.. 

Lega dapat kawal nafsu makan aku. Kalau aku makan gak , camana ? Confirm pagi aku akan dimulakan dengan sakit kepala ! Itu yang aku nak elakkan..... Aku tahu, ada yang akan mengata punya tapi tak pe la.. Aku sakit , anak bini yang susah ! Aku nak elakkan itu berlaku. Andai jika berlaku juga, itulah ujian Allah untuk aku. Tangungjawab aku ialah didik anak anak mengenai kesihatan itu mahal harganya. Itu gunanya ilmu yang dipelari di sekolah. Bukan sekadar nak score dan masuk ke sekolah pandai pastu kerja bagus bagus... tapi.. hurm..

Badan sihat... mental sihat ! Sekarang ni berapa ramai orang sakit mental ? Berapa ramai orang stress ? Dan aku salah seorang dari mereka dulu hinggalah aku tahu akan kesilapan aku. Kononnya makan je apa saja . Yang penting , bersenam ! Hurm.. iyalah tu ! Huhuh.. Itu yang aku buat.. dan itulah sebab aku sakit. 

Dalam bilik.. belajar tetap belajar. Secara online jer ngan guru guru berpengalaman dari Flyhigh Training Centre. Bagus cikgu cikgu mereka. Alhamdulillah. Terima kasih pada Flyhigh High sebab buat kelas di waktu musim cuti ni. Persediaan untuk kelas mendatang. 




Whatsapp terus pada mereka jika berminat : wasap.my/60105433732 wasap.my/60105433732 

You May Also Like

1 comments

  1. Kelas murah rm10 ja pernsesi.. tp cikgu2 dorang best kan..

    BalasPadam