Day 39 tak makan nasi dan tiada gula manis !

by - Sabtu, Februari 18, 2023

Hari ni masuk hari ke 39 aku buat kerja kerja gini. Hahaa.. Ada yang kata aku mengarut ! Ada yang kata tah hapa hapa ! Nasi tak bersalah bagai la.. Tapi Alhamdulillah, ada ramai kawan kawan di media sosial ikut jejak langkah aku dan memberitahu akan kesan positif mereka dapat selepas melakukan selama beberapa hari dan berniat untuk teruskan. Syukur pada Allah. 

Nasi tak salah ! Betul.. Gula pun tak salah ! Semua makanan yang ada atas dunia ni tak bersalah. Tapi yang salah tu kita. Samada kita takda ilmu mengenainya atau terlalu menurut nafsu bila berdepan dengannya. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih memudaratkan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadat). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Alhamdulillah... dalam seminggu , aku berpuasa sunat pada hari Isnin dan juga Khamis. Alang alang dah nak jaga perut kan ? Hee.. Aku turut lakukan aktiviti seperti biasa seperti ke gym, amik anak isteri di sekolah dan juga pejabat bermula dari subuh hari hinggalah ke petang. Di rumah, turut buat kerja kerja seperti biasa. Bukan abiskan masa layan Kdrama. Hee.. tak sempat dah sejak sejak kereta tinggal sebuah ni. 

Bagaimana nak tahan perut ? Sebenarnya .. apa yang aku tahu sedikit la.. apa yang kita lakukan memerlukan tenaga. Tenaga ni datangnya dari apa yang kita makan. Gitulah secara kasarnya. Kalau kita makan makanan yang berkhasiat dan berkualiti , gitulah hasilnya. Sebab tu kalau kita perasan , kenapa ada yang mengantuk selepas makan.. tengok balik apa yang kita makan sepanjang hari ini. Mengantuk lepas makan itu pelik tau ! Tak sepatutnya berlaku. Sepatutnya kembali bertenaga. Gitulah.. padangan aku. 

Aku.. mulakan pagi hari dengan minum air suam panas halia. Tambah sedikit madu dan lemon. Cukup. Kenapa air halia ? Kajian mengatakan pengambilan halia dapat membantu mempercepatkan proses gastric emptying atau dikenali sebagai pengosongan perut dan mengurangkan simptom ketidakselesaan perut. Pengambilan air halia dapat mengekalkan hidrasi dan mengelakkan dehidrasi kepada anda.

Pastu selesaikan urusan anak bini , baru ke gym bersenam sekurang kurangnya 45 minit ke satu jam setengah. Tak perlulah nak berat berat. Asal semua anggota terlibat bergerak dan digunakan, ok dah. Full body workout kata orang omputeh. 

Pastu balik rumah baru makan telur setengah masak, dalam 2-3 biji. Selesai makan gitu, baru minum air protein. Recovery untuk otot otot. Setengah jam, aku minum lagi air halia suam panas. Halia didapati dapat memberikan penyembuhan otot selepas latihan bebanan. Pengambilan 4g halia serbuk halia bersama air didapati dapat membantu penyembuhan otot yang cedera semasa latihan dengan peningkatan. 

Tengahari atau petang baru makan sedikit berat. Tips mudah yang aku ambil, banyakkan serat dan protein dalam pinggan tu. Abiskan semua tu dulu baru tengok karbo yang ada di depan mata. Biasanya , mencukupi dah apa yang aku makan. Tak perlu banyak pun sebab aku bukan nak gi berladang atau bertani yang memerlukan banyak tenaga. 

Air manis ? Kenapa nak minum air manis ? Apa yang aku makan dan minum pun dah rasa manis. Kalau minum air yang ditambah gula.. memang terasa lain laa lidah aku tu ! Tak sedap !! Gitulah.. buat masa sekarang. 




Berminat Halia#1 : Whatsapp ke https://Halia1.wasap.my




You May Also Like

2 comments

  1. bab air manis ni memang kena latih diri dan kental nak elakkan. Boleh je sekali sekala nak minum tapi kalau pagi sampai malam air manis je tak elok juga

    BalasPadam
  2. jom visit new bloger geng...https://hellmefamily.blogspot.com

    BalasPadam