Dua produk Nadiiku ni memang bagus sekali !

by - Khamis, Februari 23, 2023

Seperti korang sedia maklum, aku ni pengguna tegar Halia dah berbulan bulan lamanya. Aku tak nak la cerita pasal manfaat selepas aku guna. Nanti kata overclaim lak ! Bahaya tu. Hanya mereka yang setia guna saja tahu apa kesan positif yang mereka dapat. Macam aku, Alhamdulillah... tekanan darah tinggi aku terkawal Jauh dari diabetis yang arwah ayah aku ada dan dikatakan boleh diwarisi ? Hurmm.. 

Kemudian aku ternampak di Instagram. Ada iklan Nadiiku rajin menari nari depan aku ni. Campuran kunyit , habbatus sauda dan lada hitam. Pergh.... natural ! Padu betul. Kalau korang rajin tonton video video kesihatan, mereka sering buat campuran minuman immunity booster dengan bahan bahan natural ni. Terliur aku tengok.. 

Dan akhirnya ianya jadi milik aku. Dalam kepala aku , nak buat campuran Halia dengan Nadiiku ni. Aku malas nak beli yang ada kat pasaraya tu. Risau campur dengan tepung atau guna kunyit yang rejek mahupun dah rosak ! Huh ! Sebab tu diorang berani jual murah. Kalau terpilih , mesti agak premium harganya. 

Selain serbuk kunyit tu, ada juga Magnesium yang mana khas untuk mereka yang punya masalah bau ketiak. Hee... Kekadang bukan sebab badan kita tapi material baju tu yang bikin ketiak tu tak sedap dibau walaupun orang lain tak bau.. sendiri bau pun dah pening pening lalat ! Hahaha.. kan ? 


Seminggu lebih aku guna dah. Aku amik sebelah malam jer. Bangun pagi, memang terasa best la sangat badan. Maklumlah, sebelum tidur kita isi perut dengan produk hasil dari bumi. Lain macam rasa. Sudahlah ada halia lagi ! Memang terasa macam usia 20an jer. Eh, 20an pun tak rasa macam ni! Dulu bangun pagi.. lemau jer rasa. Penat ! Ngantuk.. tak bertenaga. Minum kopi kononnya barulah segar rupanya lagi memudaratkan ! Ketika tu la. Nasib baik aku sempat ubah sebelum doktor mengubahkannya untuk aku. Heee...

Khasiat kunyit , habbatus sauda dan lada hitam ni terlalu banyak. Kalau rajin google cari maklumat , mesti tergoda. Aku malas nak cerita dalam ni sebab nak korang cari dan baca sendiri. Korang yang pernah beranak mesti lagi tau kan ? Biasanya akan amik masa pantang..kan kan ? Habbatus sauda lak tinggi dengan vit C . ada kalsium , zat besi dan banyak lagi.

Magnesium , gambar bawah ni... ni kasi sapu je kat ketiak sebelum pakai baju , selepas mandi. Bagus guna jika korang nak travel seharian. Kalau naik kapal terbang berjam lamanya, sesuai sangat ! Memang boleh tahan lebih 24 jam dan menariknya.. hee.. dia tak merbahayakan kulit kita ! Gi laca baca sendiri kat web Nadiiku tu. 

Harga ? Lagi murah dari kesihatan kita.. 


 

You May Also Like

1 comments

  1. Gabungan bahan-bahan yang bagus dalam membaik pulih kesihatan. Menarik!

    BalasPadam