Perhatikan anak kita.. apakah mata mereka bermasalah ?

by - Khamis, Februari 09, 2023


Kanak kanak zaman ni terdedah pada skrin , 24 jam berbanding kita di zaman 80an-90an. Nak tengok tv kerap pun bila petang dan malam jer. Tu pun dapat sejam dua. Bila ada movie best , baru dapat layan lama. Berhenti ketika iklan. Gi dapur ke... gi tandas ke.. kan kan ?

Berbeza dengan anak anak zaman ni. Tak dapat tv , gajet lak dimintanya ! Aduh... Alasan , macam macam ada. Nak lagi best , dipetiknya nak nak cari infomasi tentang pelajaran. Hurm... Bila kita duduk sekali ngan diorang , kita sendiri pun terdedah dengan bahaya cahaya biru dari skrin gajet tu. Kan ? Sedar sedar.. kita dah ada rabun silau. Macam aku. 

Selain gajet , ada gangguan lain yang biasanya berlaku menyebabkan gangguan penglihatan pada kanak-kanak seperti :

a. Penyakit-penyakit genetik seperti retinitis pigmentosa.

b. Gangguan perkembangan mata ketika kelahiran pramatang seperti retinopati pramatang.

c. Penyakit neurologi.

d. Jangkitan pada mata ketika proses kehamilan dan di dalam kandungan seperti rubella, cytomegalovirus, penyakit bawaan seks.

e. Kecacatan pembentukan mata seperti microphthalmia dan anophthalmia.

f. Kerosakan atau kecederaan pada mata, sistem saraf optik dan bahagian otak yang menjadi pusat proses penglihatan.

g. Penyakit biasa pada kanak-kanak seperti congenital glaucoma, katarak dan kanser mata (retinoblastoma).

Katanya,semua penyakit di atas, mungkin tiada tanda-tanda atau gejala dan mungkin kelihatan normal pada strukturnya tetapi tidak pada fungsinya.

Dapatkan rawat dengan doktor pakar di hospital bila nampak simptom simptom awal. Jangan biarkan. Tanda-tanda yang biasa berlaku dan mudah diperhatikan ibu bapa adalah:

a. Kebanyakan bayi akan mula fokus pada wajah dan objek ketika berumur empat hingga lima minggu. Apabila mencapai umur enam hingga lapan minggu mereka mampu untuk tersenyum apabila melihat wajah yang dikenali dan objek-objek tertentu. Sekiranya anak tidak dapat berbuat demikian ada kemungkinan anak anda mengalami masalah penglihatan.

b. Perhatikan kedudukan dan pergerakan mata anak-anak. Pergerakan mata yang tidak tetap atau pergerakan bolak balik secara cepat, ke kiri dan ke kanan (nystagmus) atau pergerakan mata tanpa tujuan (wandering eyes) juga adalah tanda masalah penglihatan.

c. Jangan abaikan sekiranya anak-anak menunjukkan tanda-tanda juling sama ada sebelah atau kedua-dua belah mata. Juling ini mampu mengakibatkan masalah penglihatan atau ia mungkin disebabkan oleh gangguan penglihatan.

d. Apabila bercakap dengan anak-anak perhatikan bagaimana mereka melihat anda. Mata yang tidak boleh mengikut kedudukan wajah anda atau objek yang diberikan atau tiada kontak mata ketika bercakap adalah tanda-tanda mereka mengalami gangguan penglihatan.

e.Secara refleksnya, kanak-kanak akan memberikan reaksi 'mengelak' atau menutup mata (berkelip) sekiranya mata didedahkan kepada

cahaya yang terang atau didekatkan sesuatu objek ke muka. Kegagalan berbuat demikian juga merupakan tanda mereka ada gangguan penglihatan.

f. Tiada ibu bapa yang akan melepaskan peluang merakamkan gambar tumbesaran anak-anak mereka sebagai kenangan. Sila perhatikan setiap gambar yang diambil dengan teliti terutamanya bila menggunakan 'flash'. Secara normalnya anak mata yang dikenakan cahaya 'flash' ini akan kelihatan merah di dalam gambar (red reflex). Hilangnya tanda red reflex ini atau kelihatan putih 'white reflex' sama ada pada sebelah mata atau kedua-duanya secara konsisten mungkin disebabkan oleh penyakit mata seperti katarak atau kanser mata (retinoblastoma).

g. Perhatikan bagaimana anak-anak membaca atau memegang objek. Anak yang ada gangguan penglihatan akan membaca atau memegang objek dekat dengan mata. Mereka sering berada begitu hampir dengan TV atau skrin komputer.

h. Anak-anak juga mudah hilang fokus bila membaca atau melakukan aktiviti yang memerlukan fokus penglihatan. Mereka biasanya akan mengadu letih dan mudah mengantuk. Perlakuan menggosok mata dengan kerap selepas atau sewaktu membaca atau melakukan aktiviti bermain mungkin tanda gangguan penglihatan.

i. Ketika mereka bermain, perhatikan bagaimana koordinasi mata dan tangan mereka. Lihat ketepatan mereka mengambil barang terutama barang yang kecil seperti manik atau guli. Sekiranya mereka mengambil masa yang lama untuk mengambilnya dengan tepat atau seperti meraba-raba maka mereka berkemungkinan ada gangguan penglihatan.

j. Kedudukan kepala juga boleh memberikan petunjuk masalah mata atau penglihatan. Kedudukan kepala yang agak terpusing (head turn and head tilt) atau mendongak juga tanda gangguan penglihatan.

k. Kanak-kanak juga akan kelihatan cuai dan mudah melanggar objek berdekatan di sekelilingnya.

l. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan ini biasanya kurang bersosial, tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dan mengelak dari melakukan aktiviti yang diberikan.

 

Sumber : Harian Metro
 

Bagi yang memerlukan penggunaan kaca mata, aku leh syorkan EYES VISION GROUP di Sungei Wang Plaza. Senang nak cerita dan mesra pelanggan. 

Alamat Eyes Vision Group : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur

Instagram : https://www.instagram.com/eyesvisiongroup/

Facebook : https://www.facebook.com/eyesvisiongroup/

Whatsapp :   https://eyesvisiongroup.wasap.my/

 

You May Also Like

1 comments

  1. Kalau mak ayah dah nampak simptom awal seeloknya bawak anak dapatkan rawatan awal.

    BalasPadam