Satu kesilapan aku dari dulu hingga sekarang , aku terlalu percayakan orang dan lebihkan orang lain dari diri sendiri .. Sememangnya , aku tak pernah belajar dari kesilapan dulu..
Masih aku ingat lagi .. bila ada kawan benci kat seseorang tu , dia cerita kat aku .. tak pasal pasal aku pon turut benci padahal aku tak tau apa apa cerita pon .. Hanya kerana percayakan kawan !
Satu hari tu , dia baik ngan budak yang dia benci tu .. tapi aku ? Sememangnya terus bermusuhan hinggalah ke dalam padang bola.. Mesti gaduh punya kalau bertemu .. Waktu tu , mana kawan yang menabur kebencian tu ? Hanya memandang saja ..
Kecewa .. Kebencian tu akhirnya aku tamatkan dengan bersalaman serta bermaafan .. Tiada lagi benci .. Ya Allah.. Betapa damainya hati ini .. Bayangkan bila ada benci di dalam hati , ibarat mendukung satu batu besar kat belakang badan.. Badan ibarat mati .. Hanya penuh dengan negatif saja.. Jauh sekali nak dapatkan keamanan di hati ..
Aku sedar semua tu .. Muda lagi waktu tu.. Tapi berlagak matang .. Matang la sangat !! Konon bijak sangat la aku masa tu .. Padahal ? Satu haram pun aku tak tau apa apa ..
Tapi pengalaman mematangkan kita .. Membesar dengan mengisafi akan segala kesilapan lampau menjadikan kita lebih dewasa dan berani mengharungi liku liku kehidupan ini ..
BENCI tak membawa kita ke mana mana .. Sebaliknya mengekalkan kita di satu tahap yang tidak memberi sebarang keuntungan malah kerugian .. Mahu bergerak tapi syaitan membisikkan ' kata kata cintanya ' agar terus menurut hawa nafsu ..
Teringat kata seorang kawan .. " Kau sapa nak benci orang ? Benci ni hanya milik Allah .. Kita ni hamba yang hina jer .. Tak layak langsung nak bencikan orang lain.. "
Sekarang .. apa saja yang aku tak suka , aku berdepan dengan kenyataan.. Beri sebab musabab .. bukan berkata di belakang.. Aku tak suka sikap benci yang mana dulu bermaharajalela di dalam hati aku..
Benar tak semestinya berani ..Benar hanya kerana Allah .. Takut tak semestinya salah .. Takut hanyalah kerana Allah ..