BEN ASHAARI



Ketika aku ditawarkan baju ni untuk review... aku cam tak yakin aku boleh muat ! Hahahaha.. Bukan apa, aku tengok mereka yang mengayakan baju baju kemeja Floral Collection seperti yang aku gayakan di bawah ni, aku cam tak yakin boleh pakai ! Hahahaha.. Serius ! 

Tapi aku terima jugak la. Tak cuba.. tak tau kan ? Tapi sejujurnya, kebanyakkan baju aku macam ni, aku pakai sekali jer.. pastu simpan dalam almari. Tunggu masa nak kasi orang jer. Kenapa ? Sebab kain kasar, ketat kat ketiak dan bahagian belakang ! Memang tak selesa sangat nak pakai. 

Selepas deal dengan admin IAMFAMOUS.MY , baju pun sampai ! Hahahaha.. Aku sejujurnya suka baju baju design macam ni.. Aku kan spesis Flora Dan Fauna ! Kang aku nyanyi lagu Amy Mastura kang...haaa.. Jiwa kehijauan gitu.. Huhuh.. Eh , korang tau ke lagu tu ? Haa.. Mesti tak tau kan ? Hahaha.. aku suka ok ! Siap beli CD dia lagi..

Eh.. terlari tajuk.. Ok , ok.. aku tak sabar ! Terus test ! Kalau tak sedap pakai.. aku pulangkan balik ! Rugi pun rugi laaaa.. Tak nak buat review tipu pembaca ! Semua nak kata best.. kan , kan ? Maka terus aku bukak plastik dan cuba.. Aku jangkakan akan sangkut di bahagian belakang dan ketiak ! Tapi.. tapi..  Eh, muat ? Sedap lak tu ! Kat lengan pun cantik cantik jer dia masuk.. Huhuh.. Risau gak jadi Hulk.. koyak baju tu... Hahaha.. 

Tanpa gosok.. aku suruh Qhaliff amikkan gambar. Hahaha.. Tak perlu nak berfoto bagai model bagai ! Kalau aku yang dalam keadaan selekeh ni pakai , nampak smart.. Dah sah sah baju tu memang smart ! Bukan sebab digayakan oleh orang yang smart lagi kacak gitu ! Haa.. kan kan ?


Hahaha.. Berkain pelikat pun dah nampak smart. Tetiba rasa nak gi singgah rumah tok ketua gituu.. hehehe.. Dan esok harinya, aku mintak wife iron baju tu. Nak try pakai dengan gaya model Majalah Mangga gitu..  Heeee... Majalah Mangga pun dah takda eh ? Huhu.. 

Dan hasilnya ? Pergh.. aku sendiri sudah suka wehh ! Nyesal lak aku try. Tak pasal pasal tengok design yang lain untuk beli ! Hahaha.. Skang aku dah tau mana nak cari baju baju untuk pergi event atau majlis formal tapi tetap nak nampak cam santai gitu.. Aku tak suka nak nampak smart sangat.. Heheheee..





Digayakan dengan pelbagai cara... baju ni tetap kemas dan terletak. Takda masalah berkedut aih ! Memang tenang jiwa kalau pakai gi dating. Bukan apa.. kalau nak memandu tu, kena pakai seat belt.. abis la baju berkedut kan ? Tapi baju ni tak ! Aku dah try. Aku pakai gi Tesco Nilai. Siap beli barang dapur. Abis awek berpusing tengok aku. Hahahaha.. Yelah , pakai smart giler kot gi Tesco jam 9 pagi. Cari apa pakai smart smart ? 

Selesa. Tu je aku mampu kasi tau. Kalau korang badan ala ala Kpop tu, memang lagi segak la pakai. Aku yang cam Lollipop ni pon selesa , korang apatah lagi kan ? Tapi kalau besar dari aku tu terutama part bawah tu besar.. maksud aku perut, korang kena pikir masak masak. Bukan tak boleh tapi kena gayakan ala ala model seksi gitu.. Butang kena tanggal skit. Wowww ! Hahahaa.. 

Sila rujuk gambar di atas.. Hahaha.. Ok , Kalau nak tengok design yang lain.. korang boleh je gi ke Instagram atau web IamFamous.My ni..  Katanya ada beratus design ! Fuh... tak menang tangan nak update weh ! 









Oh ya... kat situ bukan baju je ada jual tau ! Sabun khas untuk lelaki pun ada ! Apakah kelebihan sabun tu?? Nah... Baca dan fahamkan kelebihan sabun The BlackSoap ni.. Huhuh.. Faham faham la kan.. Sah sah untuk jaga kejantanan tu ! Heeheheh.. Amalkan.. Nanti tau la apa jadi pada Angry Bird korang tu.. Eh... untuk lelaki je tau.. Perempuan jangan lak ! Nayaaa nanti... Hahaha.. 


Instagram : https://www.instagram.com/iamfamous.my/
Web : https://www.iamfamous.my/
Whatsapp : https://wa.me/60196988815
 


Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Sahabat aku , Mr. Mohd Fairuz atau Boy , bercerita mengenai satu cafe yang baru buka di depan gym yang biasa kitorang pergi. Katanya situ ada Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Aku bukan pengemar Laksa Sarawak dan tak pernah makan Mee Kolok... kalau pernah pun , aku tak ingat ! Hahaha.. Dan satu hal lagi, bagi aku semua laksa sedap ! Haaa.. Tapi masing masing ada tarikan tersendiri ! 

Tapi selepas si Boboi ni cerita pasal Runway 33 ni , aku terus cam.. teringin gitu ! Yelah.. mamat ni kaki makan. Citarasa dia memang aku leh percaya ! Hahahaha.. Tu pasal susah nak dapat 6 packs. Bila nak muncul. hancur dengan makanan ! Tak pe... hidup kena enjoy. Seimbangkan... kan kan ? 

Setiap kali aku pergi gym , aku perhati je cafe ni. Ramai juga yang datang walaupun baru dan lokasinya yang sukar dikesan.. Bagi aku la.. Hahaha.. Maklumlah , Nilai kot ??? Hehehehe.. Tapi yang aku perasan, ramai yang datang adalah dari geng geng kapal terbang ! Haaa... Latarbelakang pemilik pun bukan calang calang. Dan yang bekerja pun nampak pun cukup berpengalaman atas kapal terbang. Memang terasa macam dalam kapal terbang lak ! Hahaha.. Terubat rindu nak terbang dilayan dengan pramugari.. hahaha.. 

Ok... Aku ringkaskan... Tempat ni memang takda masalah dengan parking. Servis tip top! Takda masalah dengan kebersihan. Ada tempat duduk seperti seat dalam kapal terbang gitu. Nah...  ni yang bagusnya.. setiap kali aku siap workout sebelah malam , jika cafe ni takda pelanggan.. mereka akan pasang dengan ayat-ayat Al Quran malah kedengaran pertanyaan bab solat juga. Maknanya mereka ambil berat bab agama juga. Alhamdulillah.. 

Malam tadi , aku gi makan bersama keluarga aku. Saja nak rasa la.. Mee Kolok , Laksa Sarawak dan Mee Hon Sup ! Hahahaha.. Adoi laaa.. adoi ! Hancur diet aku.. Hancur ! Kenapa ???? Aku bertambah tambah makan. Semangkuk tak cukup terutama Mee Kolok ! Memang cukup power. Sambal dia tuuu.. Memang cukup umphh la bagi aku. Balik rumah dengan keboroian. Huhu.. Wife pun kata sedap. Dia kalau kata sedap , memang sedap la.. 




Harga ? Ok je bagi aku... Sesuai dengan makanan dan tempat yang selesa.. Aku kasi 8.5 dari 10 bintang

Lokasi : LK3-G-10 Laman Komersil Areca 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Facebook : Runway 33
Instagram : Runway 33
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


Penutup tahun 2020 yang cukup cemerlang buat Malaysia. Hehehe.. Tapi sebenarnya , aku bersyukur dengan masalah Covid 19 ni di Malaysia. Memang kesan buruk pada ekonomi tapi dari sebenarnya , ada banyak kebaikan juga. 

Apakah ??? Gilakah ??? 

Hurm... Terlebih dahulu aku minta maaf dan simpati pada mereka yang terkesan sangat disebabkan Covid 19 ni. Aku pun terkesan juga. Tapi tak seteruk mereka yang terpaksa bergolok gadai untuk teruskan kehidupan. Sejujurnya aku juga insan yang terpaksa ajak wife ke bank untuk dapatkan moretorium untuk kali ke dua. Kalau ekonomi aku ok , memang tak perlu la kan ? Huhuh.. 

Tapi dari satu sudut.. aku bersyukur sangat ! Aku dapati penduduk dunia makin jauh leka ! Malah ada yang dah sampai anggap diri tu tuhan ! Ada yang rasa tak perlukan tuhan ! Ada yang sampai nak langgar hukum alam ! Aduh.. menakutkan ! Kisah kisah kaum yang dibinasakan dalam Al-Quran , seperti satu cerita dongeng buat mereka. Huhuh.. 

Hiburan setiap masa. Di Tv pula, cerita cerita tanpa tapisan dan makin bebas. Manusia lak... seperti dah hilang akal. Lelaki kawin lelaki... Perempuan kawin perempuan. Yang pecah amanah.. salah guna kuasa. Yang gunakan agama. Adoi la.. pening ! Kadang kadang rasa lebih baik mati dari hidup macam ni. Beruntunglah mereka yang telah pergi mengadapNya. Zaman ni cukup mencabar ! 

Aku tengok negara negara yang bebas Covid 19 meneruskan kehidupan seperti biasa. Tanpa batasan. Untunglah kita.  Sekarang ni , nak berdekatan dengan orang  pun takut ! Hahaha.. Nak melepak sampai tengah malam pun tak da dah.. Tak macam dulu.. selagi tak azan subuh berkumandang... Huhu.. Kedai makan mamak , 24 jam bukak.. seolah olah tak mungkin dapat tutup punya ! 

Dan kita nampak mereka yang selama ni berkuasa.. berpangkat... tiba tiba terpaksa meniaga tepi jalan untuk teruskan kehidupan. Tak sangka tiba tiba jatuh terduduk ! Yang berkereta mewah.. terpaksa jual demi kelansungan hidup. Yang kaki joli... tiba tiba hargai setiap sen yang ada dalam poket ! 

Majlis perkahwinan.. paling menguntungkan ! Dulu kena jemput beribu orang untuk hadir. Pening kepala nak pikir mana nak cekau duit untuk bayar itu ini ! Sekarang ni , memadailah majlis kecilan saja. Cukup untuk sanak saudara je hadir ! Sapa sangka kan ? 

Insaf... 

Pada satu ketika.. dunia berputar seperti tak boleh berhenti ! Tiba tiba segalanya berputar dengan begitu perlahan sekali. Seperti pelajaran anak anak kita tu ! Aku sampai tak cukup nafas nak kejar ! Tu baru Qhaliff tahun 2. Bila tengok subjek subjek dia .. aku cam ! Wow.. tu aku belajar ketika tahun 4-5 kot ? Diorang dah terlalu laju tapi tak terkejar sebenarnya. Mak bapak kena amik kelas tambahan untuk mereka. Dan mak bapak terpaksa duduk belajar bersama sama walhal pada masa sama dok pikir camana nak cari duit tambahan dek kerana kehidupan masa kini sudah serba serbi mahal ! Dan Kementerian Pendidikan perlu fikir dan rancang segalanya kembali dengan bijak .

Nak lagi syok ? Tiap kali ada cuti panjang.. masing masing pakat tunjuk gambar bercuti sana sini. Tunjuk kehidupan mewah. Yang tidak berkemampuan, disuruh je tutup handphone ! Sapa suruh tengok media sosial ? Huhuh.. 

Nah... bila dalam keadaan begini.. baru kita nak tengok segalanya. Jiran jiran yang memerlukan bantuan. Kawan kawan yang kerunsingan hilang pekerjaan.. hilang pendapatan.. Tu belum masuk ahli keluarga kita sendiri.. Huhuh.. 

PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur. Walaupun kelihatan masing masing sudah bebas dan serasi dengan virus Covid 19 ni, bagi aku baguslah. Pub, disko tak perlu dibuka. Cuma terkesan , masjid juga turut ditutup. Ketika ni, merindui solat berjemaah walaupun dua tiga saf. 

Apakah tahun 2021 akan pulih ? Atau makin teruk ? Sama samalah kita bersedia. Kena saling membantu. Manfaatkan segala peluang yang ada. Dan cari aktiviti sihat untuk pastikan mental kita dalam keadaan baik. 

Apa pun.. ni cuma pandangan aku jer. Kena pandang dari satu sudut positif. Segalanya dari Allah. Mesti ada hikmah. Yang hilang perkerjaan tu, aku pernah lalui pada tahun 2000 gitu.. tak bekerja untuk beberapa tahun lamanya. Sedangkan sebelum tu, aku adalah insan yang penuh dengan keangkuhan. Jatuhnya aku , sangat menginsafkan. Perlahan lahan bangkit kembali... Mulakan segalanya dari bawah..

InshaAllah.. Kita jangan putus asa selagi bernyawa.. Allah ada.. Pintalah dari Dia ! 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Wife bagitau Zahra kena hadir pada hari terakhir di Tadika Arina , Putrajaya. Selepas ni , dia dah masuk Tahun 1. Huhuh.. Sekejap je masa berlalu. Penuh dengan misteri. Tak tau apa yang akan ada pada hari esok. Segalanya dah berubah. Tidak seperti dulu.. boleh jangka atau boleh atur segala perjalanan kehidupan.. Huhu.

Semalam , terbaca satu berita kemalangan. Suami isteri , cedera tapi 3 orang anaknya meninggal dunia dalam kejadian tu. Cukup menyayat hati aku membacanya. Aku boleh rasa camana rasanya sekiranya kita memang rapat dengan anak anak. 

Semalam. sebelum tidur.. Zahra cakap kat abang dan adik dia yang dia kena pergi sekolah. Tak boleh main game sama sama. Pastu dia akap kat aku.. 

" Daddy... Im gonna miss u ! ". Senyum pandang aku. Pastu peluk aku. 

Adoi la budak ni. Buat aku rasa serba salah lak. Pandai sungguh dia main emosi dengan aku. Dia tau aku ni mudah tersentuh dengan perangai dia. Saja saja buat garang dan tegas walhal... huhu.. memang mudah cair dengan anak anak. 



Pagi ni.. dia bersiap. Aku pandang dia. Nak lepas ke tak ? Nak kasi gi tadika ke tak ? Tak kasi... kesian lak. Ada majlis perpisahan dan hari terakhir dia. Nanti takda kenangan lak. Huhuh.. Aku pun kasi je la dia gi ngan mak dia.. 

Dan dalam kereta ketika nak bertolak pergi... dia menjerit.. 

" Daddyy... i miss u !!! " sambil melambai ! 

Haish... anak dara sorang ni kan.. Dah tak pasal pasal aku tak sabar nak gi jemput dia balik petang karang.... 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Ok..cerita dia macam ni.. Aku gi gym... pastu workout kasi berpeluh ! Balik rumah, ada babak bukak baju. Kasi tunjuk sado skit skit.. Tepi tepi je.. Belanja skit jer. Jangan lelebih. Kang tak lepas tapisan lak ! Hahahaha... Pastu babak mandi pakai gel mandian Azyma Care. Ni wajib ni ! 

Tu satu scene.. Pastu scene hiking.. pakai kasut biasa aku pakai tu. Tu seminit je. Yang penting , selepas hiking tu. Aku nak tunjuk aku bersihkan kaki guna gel mandian Azyma Care. Sebab aku pasti kaki aku akan merah merah kegatalan punya dek alergik stokin. Heee.. Buat la testimoni ori punya kan ? Baru real. 

Dan satu scene lagi.. dengan anak anak ! Haaa... ni daya tarikan utama ni. Hahaha.. Mesti bonus point cun punya. Demi  iPhone 12 Max Pro ! Kalau tak dapat tu , dapat iPad pun jadi la. Hahaha.. Tak kisah la.. Janji kita support meriahkan contest dari Azyma Care. Alang alang ada handphone ni kan. Apa salahnya cuba. Bukan nak kena guna skill ala ala filem Hollywood bagai. Sekarang ni, edit bodoh bodoh pun dah nampak power giler ! Kan kan ?

Er.. aku cerita apa ni ? Haahha.. Aku nak join contest bikin video dari Azyma Care ni. Hadiah utama, iPhone weh ! Mana la tau rezeki anak anak kan ? Hahaha.. Kalau takda skill nak edit video , Tik Tok kan ada ? Senang je guna situ kan ? Nak kena kreatif jer.. kan kan ?

Kalau tak video, gambar pun ok dah ! Kena edit cun cun ni. Amacam ? Korang tak nak join ? Jom la join. Kalau tak menang pun, sekurangnya dapat asah bakat. Mana tau kan ? 




Rasa rasa menarik tak gambar ni ? Hahaa...


Jom sertai contest yang mereka buat. Bermula 15/12/20 hingga 15/3/21. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh terus contact Azyma Care di... wasap.my/601165354334 .

Facebook : 

 

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Rajin pulak aku mengikuti perkembangan dunia EMAS ! Huhuh.. 'berkat' Covid 19 , aku mengambil tahu bab ni sebab kepentingan di masa hadapan. Bukan apa , kita tau EMAS ni satu pelaburan jangka panjang yang cukup berbaloi. Takkan rugi punya. Dah zaman berzaman. Dari atok nenek kita yang menyimpan EMAS untuk anak cucu dia... kan kan ?

Nah... akhbar bertarikh 17hb Disember 2020. Cerita pasal EMAS bakal melambung lagi.  Dan kawan kawan blogger aku dok kecoh ada kedai emas di Perlis jual EMAS dengan harga yang cukup berpatutan malah barangan kemas dia adalah rekaan terkini !  Ini bukan scam tau ! Haaa.. memang ada kedai fizikal atau kalau nak beli secara online pun boleh Ada kawan aku beli dah. Dah dapat pun ! Perghh.. Tergugat aku dibuatnya. Hahaha.. Yer , aku pun dah giler tengok barang kemas. Sebenarnya dari dulu lagi tapi tak amik kisah sangat. Cuma sejak Covid 19 ni, dah nampak akan 'keuntungan' memiliki EMAS.


Ok.. Kedai Emas Hajjah Halijah yang aku maksudkan ni ada 2 cawangan di utara Malaysia. Satu di Kangar , Perlis dan satu lagi di Sungai Petani, Kedah. Ahaaa.. Kalau rajin boleh gi borong barang kemas kat sana. Hahaha.. Jangan risau pasal Covid 19. Mereka jaga SOP. Boleh memilih dan membeli dengan tenang. 

Besar kedai dia kan ? Haaa.. Bukan calang calang punya kedai. Semua orang Perlis tahu akan harga berpatutannya barang kemas kat sini. Kenapa boleh beza dengan kedai emas yang lain  ? Haaa... Dan katanya ada keuntungan jika membeli kat sana selain murah ! Apakah itu ?? Huhuh.. Part ni memang berbaloi la bagi mereka yang bijak mengira keuntungan masa panjang. 







Mengapa menyimpan EMAS ni penting ? 
  1. Emas adalah alat penyimpan nilai wang anda, nilainya adalah fleksible. Walau ada masanya nilai emas menurun, namun tidak selamanya ia akan terus menurun sebaliknya bila tiba masa nilainya akan kembali naik dah kukuh. 
  2. Atasi masalah inflasi, dengan kepelbagaian kos hidup yang semakin meningkat, nilai yg ada pada wang akan mengalami pengecilan pada nilainya kerana kuasa beli pengguna yg semakin hari semakin jatuh.
  3. Emas merupakan pelaburan yang terbaik utk masa depan seperti pendidikan, perniagaan, perkahwinan, umrah & haji. Kerana nilai Emas adalah seiring dengan perubahan masa dan zaman (kalis inflasi). 
  4. Mudah utk dicairkan menjadi wang pada bila-bila masa terutama bila mengalami waktu kecemasan dan nilainya mengikut harga semasa pasaran emas seluruh dunia.
  5. Aset yang mudah utk diselamatkan terutama apabila berlaku bencana alam. Dari sifat fizikal emas yang tahan lasak dan tidak mudah dileburkan oleh suhu.
Ok...untuk pengetahuan korang ! Haaa.. selain membeli emas di Kedai Emas Hajjah Halijah ni , mereka ada menyediakan Kempen Menabung Bersama Kedai Emas Hajjah Halijah. Terdapat 2 pakej untuk yang berminat. Boleh pilih mana satu korang nak... heee.. ikut kemampuan masing masing. 

Tempoh 1 : 6 Bulan -  Korang layak untuk mendapatkan potongan harga emas sebanyak RM15 daripada harga pasaran emas semasa.

Tempoh 2 : 12 Bulan - Korang layak untuk mendapatkan potongan harga emas sebanyak RM10 daripada harga pasaran emas semasa.


Pilihan Kempen Menabung Bersama Kedai Emas Hajjah Halijah : 
  1. Pakej Silver : RM100/bulan
  2. Pakej Gold : RM200/bulan
  3. Pakej Diamond: RM500/bulan
  4. Pakej Platinium : RM1000/bulan
Info lanjut atau nak mendaftar, boleh terus ke aaman web mereka. Klik SINI .

Aha.. ada satu ilmu untuk korang juga yer.. Bagi pengemar barang kemas.. 

Pernah dengar tak Enamel ? Apa itu Enamel ? Untuk info bersama.. Enamel adalah sejenis cat berwarna yang diletak pada emas. Tujuan enamel adalah untuk menambah seri dalam set masdora. Juga untuk penggemar masdora berwarna (ada sesetengah orang tidak sukakan warna emas sepenuhnya).  Ia masih kekal sebagai emas 916. Jika sebelum ini kita cuma dikenalkan dengan warna putih iaitu chrome, tapi sekarang lebih meriah dengan cat bewarna-warni. Konsep yang sama cuma warna lebih menarik mengikut edaran trend terkini.

Ingat Emas ; KEHH Gerbang Dunia Emas Anda!

Facebook : https://www.facebook.com/kedaiemashajjahhalijah
Telegram : https://t.me/s/kedaiemashajjahhalijahsb?before=1257
Instagram : https://www.instagram.com/kedaiemashajjahhalijahsb/



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Wah.. dah final dah ? Hahaha.. Adoi laa.. tak ikuti perkembangan langsung aku. Tau tau dah final. Separuh akhir pun tak tertengok aku. Tapi final ni aku rasa cam nak tengok lak. Kenapa ? Sebab peserta final ni mantap mantap belaka. Mesti akan ada pertarungan gempak punya ! 

Sejujurnya.. aku tak tau pun lagu lagu ni ! Tak pernah layan terutama di radio. Maklumlah , lama tak dengar radio. Kalau di tv tu, lagi la.. Hehehe.. Heee.. Tapi aku pasti lagu lagu ni mesti best punya. Dan majoriti yang masuk ni pun , berpengalaman di final. Mesti akan buat betul betul power punya. 

Ahaa.. nasib baik ada insan di Twitter buat kompilasi lagu lagu final #AJL35 ni. Boleh aku dengar dulu dan hayati bait bait yang ada. Maklumlah, ni Juara Lagu. Bukan undian peminat gitu. Huhuhu.. Nanti boleh join 'kontroversi panas' bila keputusan dah keluar. Hahaha.. seperti biasa la kan ? 

Yeargh... dah dengar lagu lagu finalis. Memang dijangka akan PANAS PANAS PANAS ! Persembahan pun mesti gempak gempak ni ! Jauh beza dari final Gegar Vaganza ni ! Hahaha.. dan harap keputusan pun mesti di luar jangkaan nanti. Sila jangan main politik atau jaga air muka yer. Berikan pada yang benar benar layak di malam tu yer.. Huhuh.. 


Pilihan aku ? Hahahaha.. Aku tak tau sebab aku tak tengok persembahan separuh akhir. Persembahan juga memainkan peranan untuk bergelar juara. Tapi ada satu dua lagi menarik perhatian aku. Huhu.. Sapa ? Er.. cam Amir , Azlan , Zizi , Kaka , Wani , Ernie.. eh , semua ok la ! Hahahaha.. 

Tak pasal pasal aku dah tak sabar nak tengok final #AJL35 ni. Adoi la.. kacau tul ! 

 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


Makin bersepah  di atas jalan raya ! Sedih tengok. Nak tunggu ada yang mati berlanggar sesama sendiri ke ? Tau ke yang lampu putih tak ikut spesifikasi ni , mampu membutakan mata  seketika pengguna lain di atas jalan raya ? Tak kira la dari arah depan atau belakang !! Merbahaya !! 

Di mana ketegasan ? Setakat bagitau atas kertas pastu penguatkuasaan sesekali sekala.. baik serahkan je pada pihak lain untuk uruskan.. seperti PDRM ! Kasi je kuasa 100% pada PDRM untuk uruskan. JPJ ni , buat kerja dalam pejabat dah.  Pastu buat je roadblock tiap malam di kawasan kawasan tertentu. 

Cermin gelap ni satu hal lagi ! Alasan panas dan nak elakkan kes jenayah ? Hurm...  Berapa peratus sebenarnya pun nak elakkan panas dan jenayah tu ? Aku selalu je nampak kereta kereta mewah cam Merc, BMW dan sebagainya.. tak de pulak bergelap gelita sampai tak tau sapa ada dalam kereta tu ! Adalah penting untuk tahu yer.. 

Contoh bawah ni. Ko nak keluar dari parking pun payah untuk lihat kenderaan dari arah sana. Begitu juga jika berada di simpang jalan. Nak pandang kiri kanan. Kalau dah gelap macam tu, nak pandang kanan pun tak leh ? Kena tunggu dia blah dulu baru boleh dapat 100% penglihatan atas jalan jalan raya. Haih... pelik aih...



Tu baru lampu dan cermin. Belum lagi lori lori besar memandu cam babi lari bertempiran di atas jalan raya ! Malaysia ni.. bermasalah ! Dah jadi isu panas.. masa tu baru nak tuding jari ! Kalau tak cukup kakitangan penguatkuasaan... amik la ! Berapa ramai rakyat Malaysia yang berkelayakan tu menganggur.  

Cegah sebelum parah ! Jangan jadi macam kes Covid 19... kononnya terkawal. Nah sekarang ? Perlu ke wujud sorang lagi cam Bro Lando ? 

Tu belum lagi spesis tak reti kasi signal ! Haihh.. Malaysia.. Malaysia... 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Selesai belanja wife sebentuk cincin di Kedai Emas Tanah Merah , aku amat kelaparan. Ikutkan , teringin gak sebentuk cincin kat sana tapi tak pe la.. Aku perlu utamakan wife dulu. Ececece.. Ayaat tak hengat !! Hahaha. Tapi tak pe.. memang dah niat untuk dia sebulan sebentuk cincin. Jika ada rezeki lebih. Katanya lebih baik belanja cincin emas dari beli emas biasa tu je. Memang berbaloi dari segi keuntungan tapi wife tak leh pakai pun kan ? Hahaha.. Betul gak. Sekurangnya, dia tersenyum walaupun penat hari hari jaga makan minum pakai anak anak termasuk suaminya.. kan kan ? 

Panjang intro aih.. Ok.. Kompleks Queenville Pemaisuri ni terletak di Bandar Tasik Permaisuri. Sini memang bersepah restoran gempak gempak ! Kalau korang kaki makan , memang puashati la kat sini. Kalau tak cukup sini, korang lintas je jalan. Nah.. bersepah lagi restoran restoran yang padu untuk dinikmati. 

Tapi aku.. sudah jatuh cinta sama ini Jom Laksa ! Kenapa ? Sini ada Asam Laksa yang memang kena dengan tekak aku ! Memang puashati. Sampai aku lantak 2 mangkuk ari tu. Maklumlah, kalori rendah. Hahaha.. Boleh la makan banyak banyak. 

Hari ni... aku ke Cheras lagi. Ada kerja di Dataran Maybank. Tinggal anak anak kat mak aku jap. Pastu ke sana dengan wife. Abis kerja. terus ke sini. Nampaknya , sini bakal jadi tempat mainan aku buat seketika. Nak cuba segala restoran yang ada kat sini tapi buat masa ni, aku nak rasa semua menu yang ada kat sini. 

Dan faktor kedua ialah kakitangan yang sangat membantu. Tarak sombong punya staff. Senyum dan senantiasa pantas bila dipanggil. Harap kekalkan momentum ni ! Hahaha.. Kalau tak kekal , aku tukar restoran sebelah lak ! Melambai lambai gak tu.. Hahaha.. 

Ketiga.. parking sini senang. Parking kat bawah tu jer. Banyak kosong. Tak payah nak berebut parking kat depan tuu haa.. atau parking kat tepi jalan ! Tamooo tamooo tamo.. Parking dalam bangunan tu jer. Senang hati. Nak makan pun tak perlu risau kena saman. Heee..

Keempat.. Harga dia memang ok sangat la ! Oh ya... Artikal aku ni untuk Jom Laksa cawangan Cheras tu yer. Lain lain cawangan , aku tak tau ! Hahahaa..










Puashati nokkk ! Kalau boleh hirup , aku hirup dah ! Hahaha.. Nak order lagi tapi aku risau aku merangkak keluar dari situ. Padat dah perut tapi nafsu nak melantak tu ada lagi. Hahahah.. Dah sedap woi ! Wife aku cakap pun, diorang tak kedekut dengan isi ! Memang padat dengan kandungan. Kuah pun.. slurppp !! 


Pasni nak try nasi nasi dia lak. Kata adik aku, sedap nasi dia. Huhuhu.. Wife aku ajak pindah sini terus. Senang nak turun makan ! Atas tu ada apartment. Hahaha.. Sesedap dia jer. Mau boroi kembali aku haa..

Boleh follow mereka di Facebook dan Instagram yer.. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
"Bau apa ni ? Wanginyaaaa... " tanya Qhaliff.

Zahra berlari dari ruang tamu ke bilik tidur selepas terdengar abang dia berkata begitu. Dia memang penyibuk sikit. Apa yang cantik.. yang wangi.. dia memang teruja. Aku senyum je la lepas Qhaliff kata gitu. 

Memang wangi pun ! Aku sendiri akui perfume yang baru aku terima ni , wangi. Memang kena sungguh dengan hidung aku. Dan menariknya , ada banyak jenis bauan untuk lelaki, perempuan dan juga unisex.. dengan harga setiap satunya di bawah RM100 jer ! Bayangkan kita yang jenis suka tukar tukar bauan tapi nak beli satu jenis pun dah mahal.. kan ? Maklumlah , nak guna satu jenis tu confirm bosan kan ? Segan pun satu hal. Takkan nak setiap masa satu perfume tu jer. Nak beli banyak banyak.. mahal ! Kan kan ? 

Ok.. ni aku nak rekemen kat korang. Aku dah cuba.. aku dah try guna pakai termasuk ketika nak tidur, bangun tidur pun masih wangi.. gi gym , kasi berpeluh kaw kaw... bau peluh atau badan wangi gitu.. dan ketika keluar bertemu orang. Wangi senantiasa dengan harga mampu beli dan simpan tanpa rasa bersalah. 

Beyond Scentz ... Yer , Beyond Scentz ni adalah minyak wangi keluaran tempatan dengan bauan mewah yang mana ramuannya dihasilkan di Eropah seperti bauan minyak wangi mewah yang mendapat pengiktirafan International Fragrance Association (IFRA). Sangat sesuai untuk golongan walaupun bauannya seperti minyak wangi mahal tetapi boleh dimiliki oleh semua orang. Senang cakap , harganya tak mahal mana pun ! Oh ya, orang Islam pun boleh guna juga yer.. Hee..







Latar belakang Beyond Scentz

Dilancarkan pada Ogos 2020 oleh seorang yang berpengalaman dalam bidang penerbangan. Afiq Zulkaernaen Idris , telah bekerja keras bagi memastikan Beyond Scentz ni menepati semua piawaian standard antarabangsa agar semua orang mampu memiliki dengan rasa kepuasan ! 


Untuk pengetahuan korang , Beyond Scentz memang wangi ! Aku dah cuba dan jatuh cinta pun. Dah guna ke gym , keluar jalan jalan, tidur.. dan bau dia memang mengiurkan serta mendamaikan. Eh , ada banyak pilihan bau dan size kandungan. Ikut mana korang nak.  Semuanya mudah dibawa travel atau bergerak ke sana sini. Comel comel je botolnya. 

Antara pilihan yang ada ialah Sweet Roses, Sweet Fruity, Midnight Rose, Floral Bouquet, Aromatic Wood, Citrus Wood. Manakala untuk size pulak ada 3 jenis size . 10ml , 15 ml dan 30 ml. Menarik ? Kan kan ? Hahaha..

Kategori Beyond Scentz mengikut bauan dan jantina :
  • Sweet Roses  ( Perempuan )
  • Sweet Fruity ( Perempuan )
  • Midnight Rose  ( Perempuan )
  • Floral Bouquet ( Perempuan )
  • Aromatic Wood ( Lelaki )
  • Citrus Wood   ( Lelaki )
  • VIP  ( Lelaki )
  • Eternite  ( Unisex )




Pendapat aku mengenai Beyond Scentz ? Aku dah try bauan lelaki. Aku suka bau wood ni lama dah ! Maka bau ni memang membuatkan aku relaks dan cool jer. Dan terasa kelakian di situ juga.. Haa, bila kat gym.. bau wood ni memang buat rakan rakan gym tak jeling pada aku. Hahaha.. Bau badan gitu ! Bila nak keluar , aku bawa sebotol.  Bukan apa.. aku suka bau tu sendiri. Orang lain tu , aku tak kisah la bau ke tak tapi aku nak, aku sendiri bau ! Hahaha.. Bau terasa seksi gituuuu.. 

Pendapat wife mengenai Beyond Scentz ? Saya suka guna ketika lepas mandi selepas malam. Baunya begitu mendamaikan. Nak tidur pun , nyenyak. Segala stress akibat tekanan kerja. hilang begitu saja. Begitu juga bila guna Sweet Rose ketika ke pejabat. Staff yang terbau pun bertanya. Mampu tersenyum jer. Diorang ingat perfume mahal. Tanya beli mana.. Jawab je suami hadiahkan. 

Oh ya , Beyond Scentz ni sangatlah sesuai dijadikan hadiah untuk mereka yang dikasihi. Haa... Contoh macam untuk Christmas , New Year , Birthday ke.. Aidilfitri pun boleh wooo ! Kan kan ? Cantik je cara bungkusannya. 






Maklumat lanjut mengenai Beyond Scentz seperti harga , jenis jenis bauan serta size dengan lebih lengkap, korang dapati di laman web Beyond Scentz. 

Nak tak kalau aku buat giveaway untuk korang ? Dapat apa ? Dapat perfume Beyond Scentz ni la... Amacam ? Kalau nak , mudah je caranya.. 

Ikut arahan ni : 
  1. Komen di ruangan komen entri ni dan jawab mengapa korang nak perfume Beyond Scentz ni ?
  2. Share artikal ni di Facebook korang sendiri dan pastikan tag FB BeyondScentz2020. 
  3. Pastikan ada hastag  #BenAshaariBeyondScentzGiveaway untuk mengesan mereka yang menyertai Giveaway ni yer.. 
  4. Jika terpilih , korang perlu upload selfie bersama Beyond Scentz selepas menerimanya di Facebook korang sendiri. Ok ? 
Jika korang sertai Giveaway ni, bermakna korang bersetuju eh ? Boleh ? Mudah je kann... Kalau tak ikut arahan , tak dapat tau ! Haaa... Jika terpilih nanti, aku pm korang sorang sorang. 10 orang bertuah akan terpilih. InshaAllah.. 


Share
Tweet
Pin
Share
35 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes