BEN ASHAARI






Ahaaa... Sambung cerita. Dah baca episod 1 ? Hahaha.. Ada episod gitu eh ? Yang pertama tu , aku cerita mengenai Dusun Tok Wak Desa Sentosa yang mana ada yang datang semata mata untuk menjamu selera sambil bermain air. Atau ada yang ingin mengadakan team building atau gathering bersama rakan rakan mahupun melibatkan organisasi , boleh memilih untuk menginap di sini !! Haaa... best tuuuu !! 

Rumah Ndoi  ni adalah tempat penginapan di dalam dusun bertemakan hammock di mana pengunjung akan disediakan hammock sebagai tempat tidur sambil menikmati udara segar di dusun dan disajikan makanan tradisional melayu utara tanah air.

Antara tarikan yang berhampiran ialah Air Panas Ulu Legong, di mana pengunjung  berpeluang untuk melawat kawasan air panas dan kawasan-kawasan menarik seperti Gunung Baling dan tempat bersejarah rundingan Baling.

Ada 3 pilihan penginapan. Satu , rumah kampung. Dua , rumah ndoi dan ketika , khemah ! Mana nak? Heheheh.. Semua syok tuuu ! Dan pelbagai aktiviti akan disediakan dan boleh dipilih oleh mereka yang berminat menginap di sini seperti berbasikal , main sungai , jungle trekking , menerokai alam kelulut serta madu dan jika di musim buah , boleh menanti buah durian jatuh ! Makan segar segar gitu. 

Surau dan tandas , semua lengkap ! 

Rumah Ndoi Ulu Legong







Gambar bawah ni , sumber dari Facebook Rumah Ndoi Ulu Legong. Aku dan rombongan tak sempat menginap di sana. 


   




 Antara makanan unik boleh dinikmati di sana !




Maklumat lanjut di  Facebook : Rumah Ndoi Ulu Legong
No tel :  0195088258 ( Pak Long )




Ladang Kelulut Desa Lestari Ulu Legong


Di sini , korang akan dapat banyak ilmu tanpa tapisan ! Haaa ..korang boleh tanya apa jua soalan seperti perbezaan lebah tualang dan lebah kelulut. Bagaimana nak bezakan madu asli dan madu campuran. Dan banyak lagi ! Yang pastiknya, pengalaman di sini sangatlah berharga terutamanya merasai sendiri madu kelulut dari sarangnya. 

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa.[perlu rujukan] Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.



Penerangan ringkas mengenai kelulut dari AG

Antara sarang kelulut 

Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau parrot. Spesis lain pula tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona thoracica selalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohon rambutan, manggis, atau durian.

Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir).

Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran.

Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.

Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.







Kitar hidup kelulut berbeza daripada lebah madu. Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh terdapat dua atau lebih ratu bertelur.[18] Ratu baru dihasilkan berkala, tetapi kebanyakan dibunuh dan tidak sempat menghasilkan telur. Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel khusus. Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah ratu boleh hidup untuk 3 hingga 7 tahun.

Sumber makanan kelulut di Desa Lestari. 






Produk yang dihasilkan dari madu kelulut dan dijual di situ. Boleh beli terus dan nasihat aku sebelum ke sini , bawa duit banyak banyak sebab semua bermanfaat ! Heheheh.. Kopi Pak Long memang terbaik woooo !

Pak Long menyapu madu kelulut di muka AG yang mana dikatakan mampu menegangkan kulit muka , jika rajin amalkan ! Buat pengetahuan korang , Pak Long dah berusia 62 tahun. Tengok la rupanya yang macam orang muda tu. 






Maklumat lanjut di  Facebook : Ladang Kelulut Desa Lestari Ulu Legong
No tel :  0195088258 ( Pak Long ) Whatsapp atau call terus untuk sebarang pertanyaan.


Sumber info Kelulut dari Wikipedia.



Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Er... baru baca artikal ni di HelloDoktor.Com . Hurmm.. Aku guna penapis air Coway. Sejujurnya , aku mudah nak dapatkan air panas mahupun air sejuk dengan menggunakan mesin penapis air ini berbanding dulu , terpaksa jerang air untuk dapatkan air panas dan sejukkan air di dalam peti ais. 

Kenapa aku guna penapis air ? Beberapa kali kes bekalan air terputus di kawasan perumahan aku. Bila disambung semula , air yang keluar dari kepala paip itu sangat mengerikan warnanya. Berkeladak ! Itu belum ditambah lagi dengan kejadian baru-baru ni berlaku di daerah Selangor.




Ok.. apa kes yang kata penapis air ni merbahaya ? Ok... di artikal tersebut ada beberapa info yang bagus untuk kita renungkan semula. Bukan apa... ada yang sakit kepala dok pikir nak amik penapis air yang mana ada agen agen dok kata air yang disalurkan ke rumah rumah ni , tak bagus untuk diminum. Hurmm.. 

" Untuk pengetahuan kita semua, syarikat pengurusan bekalan air di Malaysia seperti Syabas, Sains dan Ranhill SAJ dan lain-lain telah menetapkan standard taraf kualiti air di negara kita yang berpandukan standard World Health Organization (WHO).

Oleh itu, kandungan klorin dan florida dalam air di negara adalah selamat untuk digunakan sebagai air minuman. Jadi, pemasangan penapis air di dalam kediaman anda adalah alternatif pilihan anda sendiri, bukannya satu keperluan.

Di negara kita, syarikat bekalan air telah membekalkan air yang mengandungi klorin dan florida dan pelbagai mineral lain kepada kita. Ia sebenarnya adalah satu kaedah yang paling jimat, selamat dan efektif dalam mencegah penyakit karies gigi.

Pun begitu, sudah banyak kajian kini yang membuktikan alat penapis air dengan sistem osmosis berbalik akan mengurangkan atau menyingkirkan terus kandungan mineral-mineral ini. Jadi, ia akan memberi kesan secara tidak langsung kepada kesihatan mulut kita.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ia sebenarnya mungkin akan mengganggu sistem yang telah dicipta oleh manusia dalam membekalkan mineral-mineral yang diperlukan oleh kesihatan mulut kita. Jadi, apakah yang boleh anda lakukan? "

Tak salah pun nak guna penapis air ni. Kalau berkemampuan , gunalah. Jika tidak , jangan bergolok gadai gitu. Yang penting sebelum korang nak amik penapis air tu , korang kena pastikan terlebih dahulu yang sistem penapisan air yang korang nak gunakan tu telah berdaftar dengan badan regulasi seperti SIRIM dan pastikan diselenggara secara berkala seperti 3 bulan sekali. 

Sejujurnya bagi aku , memasang penapis air ni satu bebanan juga. Nak kena bayar setiap bulan dan kadar sewaan tu bukanlah murah. Tak tau la kot sekarang ni ada yang murah murah dah. Kalau ada , baguslah. Jika tidak , elakkan la amik yang membebankan. Heee.. Macam kes aku ni , uhuk.. terbeban ! Hurm... panjang ceritanya kalau nak aku cerita. Bukan nak amik sangat tapi sebab....... 

Bagi yang tak mampu tu , sila jerang air dengan cerek jer... Hee.. Air kita masih selamat untuk diminum. InshaAllah. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Aku selalu tertanya-tanya , apa ada di Baling dan sejujurnya aku tak pernah merancang untuk ke sana dalam masa terdekat. Mungkin sebab aku tak tau apa ada yang menarik di sana.Tak pernah lak terfikir atau mencari jawapan di Google atau Facebook pun. Maaf la yer. Aku memang jahil sedikit pelancongan tempatan ni. Sejujurnya , aku lebih suka merasai pengalaman tu sendiri berbanding membaca atau menonton video di media sosial , sebenarnya.

( Perrghhh.. suka betul aku gunakan SEJUJURNYA dalam entri sekarang ni eh ? Hahahaha... Ok ok...sambung )

Dan siapa sangka.. rezeki aku menikmati pengalaman 'melancong' di Baling , Kedah melalui Tourism Malaysia ! Terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana peluang yang diberikan kepada aku. Satu pengalaman yang aku tak sangka sama sekali , menyeronokkan sangat !

Meh aku cerita kenapa seronok sangat sehinggakan aku rasa nak kembali lagi bersama keluarga tercinta ! I LOVE BALING sudah !


Sebelum tu , meh kita kembali mengenali sejarah Bandar Baling, Kedah ini. Bukan apa.. ada yang tak tau atau terlupa sama sekali mengenai asal usul bandar atau nama Baling ini. Ok , ini sedikit maklumat yang diambil dari Wikipedia. 

Baling berkeluasan 1,529 km² dengan anggaran populasi seramai 135 ribu penduduk. Baling dipercayai telah didiami seawal 16 ribu hingga 17 ribu  tahun dahulu oleh masyarakat awal yang menetap di Gua Sireh atau Gua Telok Wang di Gunung Pulai. Dikatakan terdapat dua teori mengenai asal usul nama Baling:


Teori Pertama: Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong seperti yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiung, merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa yang gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. 

Kelakuan baginda ini dibenci oleh rakyat dan menyebabkan baginda melarikan diri dari istananya yang berpusat di Lembah Bujang. Ketika dalam kepungan menteri dan rakyat, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siongnya. Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling.

Teori Kedua: Dalam cerita lain, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Myanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. 

Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga di kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.

Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama. Buah-buahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka "Ban-Lin" yang bererti "kera". Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi "Baling".

Terima kasih kepada MLS Holidays kerana menyediakan bas sebagai pengangkutan utama sepanjang berada di Baling , Kedah ni. 


Sepanjang perjalanan, pemandu pelancong , En.Faizy atau  AG yang juga Timbalan Presiden Persatuan Pemandu Pemandu Pelancong Mutiara ( PPPM ) menceritakan pengalaman serta sejarah asal usul bandar  Baling.

Ok , di sini aku ceritakan pengalaman aku sendiri di beberapa tempat pelancongan menarik Ulu Legong , Baling di Kedah. 

Dusun Tok Wak Desa Sentosa 

Terletak di Ulu Legong , Dusun Tok Wak Desa Sentosa ni dah wujud pada sekitar  tahun 2006 dan menjadi kegemaran mereka yang cintakan alam semulajadi.




Jika di musim buah buahan , tempat ni akan diserbu oleh mereka yang meminati buah buahan serta  berpeluang merasai sendiri pengalaman mengutip buah durian terutamanya selain buah buahan tempatan yang lain melalui pakej pakej yang disediakan di sini.

Sayangnya, aku tak sempat nak merasa keenakan durian di Baling ni. Orang kata sedap ! Huhuh.. Kalau musim buah , memang menjadi la kat sini. Dan tempat ni akan sesak dengan peminat peminat durian dari luar kawasan Baling.

Sumber gambar : FB Dusun Tok Wak Desa Sentosa

Selain itu , pengunjung boleh menikmati makan tengahari di dalam sungai. Eh , dalam sungai ? Tak tak.. bukan dalam tapi kaki korang tu di dalam sungai. Makan dalam sungai tu , ikan jer leh buat ! Hehehe... Dalam erti kata lain, sambil makan..boleh main air ! Takda bayaran tambahan untuk bermain air sungai tu yer. Heee.. 

Untuk ke sini , korang boleh memandu terus atau gunakan bas pelancong yang disewa khas. 




Air agak sedikit keruh kerana semalam hujan. Jika tidak , airnya sangat jernih.

Ok.. gambar lelaki di bawah ni ialah Pak Long atau nama sebenarnya , Mohd Akhir Ismail dan berusia 62 tahun. Macam baru 40 je kan ? Haaa... Rahsia awet muda dia ialah. cara hidupnya di sana. Banyak amalan yang dia amalkan dan menampakkan hasil ! Penjagaan makanan, hidup yang tenang dan banyak melakukan perkara perkara positif.

Pak Long ni pemilik Dusun Tok Wak Desa Sentosa dan beberapa lagi tempat riadah di sini. Tu nanti aku cerita dalam artikal yang lain. Nasihat aku.. kalau korang jumpa Pak Long , sila larikan diri ! Jika tidak.. korang akan duduk dan dengar cerita cerita dari dia ! Hahahaha.. Memang banyak sangat cerita cerita dari dia terutama mengenai pengalaman dia. 

Nah, ketika ni Pak Long menerangkan pakej pakej makanan yang ada di sini. Antara tarikan makanan yang sangat enak dan lazak di makan ialah Sup Kambing Herba Madu Lebah Kelulut, -Sambal Tumis Udang Galah segar , Gulai Batang Pisang, Sayur kampung ,Ikan Pekasam Sungai ,daging pekasam. ulam-ulaman kampung , Sambal belacan , buah tembikai, air sirap , Kopi Madu Kelulut yang mana kalau korang pekena secawan , pasti nak minum lagi ! 















Nasi Buluh




Selesai makan , rombongan media bersama team Tourism Malaysia Utara beramah mesra dengan cara di sini.. kita bersukaneka !  Team Building dan Sukaneka boleh dilakukan di sini jika korang datang dengan group yang besar. Sangat best dan menyeronokkan. 

Sayangnya, hari hujan dan air sungai mula naik. Tak boleh nak main tarik tali di dalam sungai. Kalau tidak , confirm kami naik bas dalam keadaan basah ! Hahaha.. 






Menarik kan ? Haaa.. Aku tau.. Kalau korang nak datang menginap di sini  pon boleh. Ada homestay. Kalau malas nak memandu dari Kuala Lumpur , korang boleh naik ETS sampai ke Sungai Petani. Dari stesen tu , boleh naik teksi . Perjalanan dalam sejam lebih.  

Sejujurnya aku kasi tau korang.. makanan di Dusun Tok Wak Desa Sentosa ni ,akan menjadi kenangan manis untuk korang. Sepinggan takkan cukup. Dengan keadaan dan suasana di sini. korang akan terlupa bab nak jaga badan. Hahahaha.. Makan dik, makann ! 

Info : Untuk tempahan , Pak Long hanya menerima tempahan untuk kumpulan yang lebih dari 15 orang sahaja. 

Facebook : Dusun Tok Wak Desa Sentosa 
No telefon : 0195088258 ( Pak Long )


Yearghh... Bersambung lagi ! Banyak sangat nak cerita ni. Kang panjang berjela kalau nak diletakkan dalam satu entri.

#Dekatjer #VisitMalaysia2020 #VM2020 #KBBA9



Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Punyalah aku jaga.. punyalah aku belai ! Tapi... dek kerana cemburu , kau sengaja merosakkan diri kau sendiri ! Huwaaaaaa !! Sedih okkk ! Rasanya dah masuk tahun ke 3 kot. Takda masalah sebelum ni pun tapi sejak sampainya mesin membakar lemak degil , tak sampai sehari.. kau tunjuk masalah kau pada aku. Huhuhu..

Baru nak happy dapat tambah koleksi ! Alhamdulillah.. dapat gak keluarkan peluh di rumah tanpa selalu ke gym. Dan anak isteri pun leh join sama.. kan ?  Sejujurnya , kedua dua ni aku amik dengan bayaran ansuran setiap bulan. Yang treadmill tu dah abis bayar. Stepper tu baru lagi. Best stepper tu wooo ! Banyak kalori dibakar guna menda alah tu. 




Kegembiraan aku tidak lama ! Tak sampai sehari , treadmill aku menampakkan penampakan yang aku cukup takuti sejak dari awal lagi ! Huwaaa ! Kenapa ??? Kenapa ??? Huhuh.. Walaupun aku tau puncanya tapi biarlah. Redha. Panggil je juruteknik dari Fitness Concept Alamanda , tempat yang aku beli barang barang ni. Diorang repair nanti. Kos ? Huhuhu.. Sendiri mau telan laaa.. 

Tak rosak pun treadmill ni tapi kelihatan cacat sedikit ! Aku tak nakkk ! Aku nak dia cantik seperti baru baru dulu.. Ouchhhh.. 


Sabarlah sayang.. Nanti abang baiki kamu seperti sedia kala. Lama nak tunggu orang datang baiki. Pastu nak kena order lagi. Entah berapa lama baru kembali sempurna. Ke , nak beli yang baru ? Hahahaha.. Tak pe tak peee.. Guna je apa yang ada naa.. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Aku adalah insan yang takut dengan doktor gigi. Pengalaman sewaktu sekolah rendah dulu, cukup mengerikan aku. Bila nampak nurse lalu depan kelas, aku antara murid murid yang kecut perut. Pantas berdoa agar nama tidak dipanggil ! Terbayang jarum suntikan yang membesarkan gusi !! 

Ada kenangan pahit aku bersama klinik pergigian ni ! Hahaha.. Sampai bila bila aku akan ingat ! Fuh... dan aku ingatkan , anak anak aku akan warisi bab ni tapi rupanya tidak ! Qhaliff , gigi susu ada yang mintak dah dicabutkan. Huhuh.. 3 minggu aku kasi dia peluang untuk dia cabut sendiri dengan cara melonggarkannya setiap hari. Itu yang arwah ayah aku buat pada aku. Kalau tak , dia akan cabut sendiri ! Gulp.. 

Tapi untuk Qhaliff, aku baru pegang.. dia dah melambung ! Nak tak nak , aku kena bawak dia ke klinik gigi gak. Dan beberapa klinik pergigian menjadi sasaran aku. Ada di Nilai dan ada di Putrajaya. Berdasarkan pengalaman lepas aku di Dr.Smile  , beberapa tahun yang lepas, aku rasa Qhaliff mesti ok kat sana punya.






Yeargh.. Doktor dan staffnya sangat membantu. Urusan cabut , tak sampai 5 minit pun. Tak sempat dia nak menjerit ,giginya dah dicabut keluar. Cara bius pun menarik ! Tak tau lak aku tak perlu guna jarum. Dulu tengok jarum pun rasa nak pitam ! Giler kaauu.. jarum tu cucuk kat gusi ! Mau terberak kat situ gak woi !!

Dan kos untuk sebatang gigi ni , baru RM60. Ok laa... dari biatkan gigi dia naik tak cantik. Tuuuu.. dah tumbuh dah tuuu !
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes