BEN ASHAARI



 Aku nak buat jus ulam. Jiran sebelah umah aku ada banyak tanam ulam tapi takda yang nak makan sangat. Hahaha.. Aku suka tapi aku malas nak makan nasi ! Huhuh.. Camana tu ? Teringat akan blender yang pernah aku beli satu tika dulu yang mana aku gunakan untuk blend protein aku bersama pisang, aku cari semula. Terpaksa cari semula dek kerana wife suka simpan di sudut hati ku  tempat yang aku kena punggah ! Hahahaa.. aku malas nak memunggah sebab nak susun balik tu. adoi laaa.. letih ! 

Tapi nak tak nak , aku kena cari gak la.. Nak guna la katakan. Tengah bersemangat waja untuk mengekalkan awet muda. Barulah aku tau camana perasaan akak akak di luar sana tu beria menjaga keanggunan bila usia dah cecah 40 an. Hahahahaha.. Welcome to the club ! 


Pasal blender tu, leh baca kat entri ni .. Ini semua salah group Suami Masak Apa Hari Ini ! 

Cari punya cari punya cari... satu minggu cari tak jumpa ! Botol ada. Mesin dia ada tapi yang takda.. pengisar dia tu ! Mana aku letak ?? Mustahil aku letak merata rata !! Aku takkan letak tempat yang aku payah nak cari punya. Biasanya aku akan letak depan mata aku jer. Tapi kat mana ? Tanya wife , dia jawab seperti para isteri yang lain.. " Ada la kat situ.... cari jer.. ".

Akhirnya dia pun tolong carikan.. Dan YESS ! Aku akhirnya betul juga !! Biasanya mesti dia akan jumpa. Tapi kali ni, dia pun gagal jumpa.  Lalalalaaaalalaaaaa...  Dia kata aku mungkin dah buang ketika bersihkan blender tu. Aku kata mustahil ! Takkan aku nak buang kot ? Aku salahkan dia letak merata rata. Suka benar menyusun barang pastu nak cari balik , payah ! Huh.. 

Dan awal minggu ni, aku order satu lagi kat Lazada. Harga jauh lebih murah dari yang asal aku beli. Takda brand pun tak pe la.. Asalkan boleh guna ! Huhuh.. 3 hari menanti dengan penuh kesabaran. Harap berbaloi dan sama seperti yang hilang. Jika sama , maka aku ada mesin pengisar backup jika rosak nanti. Heee... 


" Pin pin... " . Hon van J&T di depan umah ! Yesss ... yess !! Bergegas gi amik. Dan koyakkan pembalut dengan penuh gelojoh. Syoknyaaa ! Boleh dah buat jus pasni. Huhuhu... Nak minum air yang sihat sihat jer.. Elak diabetis wooo ! 

Aku bukak kotak dia. Dan tengok benda yang aku nak sangat tu ! Kemudian aku amik mesin yang lama. Nak test boleh masuk ke tak. Kalau boleh gunakan , maka untunglah aku. Huhuh.. Kalau tak boleh gunakan , maka yang lama tu bakal jadi tukun tiruan je la. Uhuk.. kerugian sudah aku. Mahal woo beli.. RM100+ 


Tiba tiba aku tegamam ! Huhuuu ! Takkan kot ??? Apakah kauuu.. kauuuu... selama ini kat situ ke ??? Gelak besar aku. Terus call wife. Video call ! Tunjuk kat dia gak.. 


Mampu tepuk dahi je la nak oi ! Dah tak pasal pasal ada dua. Adoi laa... Dan ternyata benarlah kata orang perempuan... Orang lelaki ni , cari barang.. depan mata pun tak jumpa ! Memang depan mata dah tuuu.. pon tak jumpa ! Hahahaha... 

Sapa nak beli satu lagi ni ??? Aku nak jual. Siap ada tandatangan aku.. Nak ? Hahahaa..



Share
Tweet
Pin
Share
3 comments



Beli kat Lazada. Ada macam macam jenis. Yang aku suka tu, dah abis stok. Guna semula yang C4 ni. Sebelum ni aku tak suka guna sebab manis sangat. Rupanya silap aku sendiri. Hahahaa.. Suka suka letak 2-3 scoop. Memang piawww la rasa dia. 

Kenapa aku guna Pre Workout supplement ni ? Bila usia dah cecah 30an ni... terasa la dia punya tenaga muda tu dah berkurangan. Satu lagi , faktor pemakanan juga. Kalau mampu makan makanan yang benar benar boleh kasi tenaga setiap ari tu, ok la.. Tak perlu nak guna. Cam kes aku, makan pun tak betul. Hahaha.. 

Semasa awal PKPB ni , aku tak guna la pre workout supplement ni sebab dah abis. Terasa lain macam kat gym. Dia punya 'pergi' tu macam tak menjadi. Terasa lemau jer. Tengok besi pun cam tengok Sajat. Tak da nafsu. Hahahaha.. walaupun seksi abis ! Seksa je aku tengok ha.. Hahahaha.. 

Akhirnya aku mengalah. Beli ready to drink punya air keluaran Gorilla. Sebelum workout dan selepas. Tujuan untuk kekal bertenaga. Minum 100 Plus ? Aku terasa gemuk pastu ! Memang tak leh masuk 100 Plus dengan aku. Sedap tu memang sedap tapi aku rasa cam gemuk lepas minum air tu ! Hahahaha.. Terutama yang purple tu. Pergh.. sedap ! Hahahaha.. 

Semalam sampai C4 aku ni. Dan terus guna ! Memang lain macam la. Kalau sebelum ni , 15 minit atas  mesin cardio trainer tu , pun dah abis tenaga.. lepas guna menda tu, sejam pun selamba jer ! Siap boleh sambung berlari kat treadmill lagi haa... 

Dan awal pagi tadi.. aku gerak ke gym. Saja test dengan perut kosong. Makan roti sekeping jer.. Pastu try la dengan C4. Pergh.. 2 jam setengah aku dalam gym. Tu pun masih ada tenaga untuk terus bersenam.  Nasib baik wife mesej suruh beli barang. Terus stop dan balik. Kalau tak... haa.. mau aku berumah di situ. Hahaha.. 



Apa kandungan dia ? 
 

Kalau korang kaki hiking atau basikal, memang boleh guna la. Untuk recharge atau tambah tenaga. Takda la lembik jer.. Huhuhu.. Harga online pun ok. Apa pun ikut kesesuaian korang la. Jika korang ada penyakit kronik, kena tanya doktor korang la. Kalau ada penyakit hati, aku tak leh tolong dah part tu. Heee... 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Andai PKPB bersambung lagi , memang teruk la mata aku ni ! Kenapa ? Dok tengok handphone , tv dan laptop memanjang. Sampai nak muntah hijau dah aku. Huhu.. Dah tu, nak gi mana mana pun tak leh. Aku kan jenis ikut arahan punya orang. 

Tapi ari tu.. aku tak tahan sangat dah. Nak membaca dekat pun tak leh.. Maka aku terus ke Sungei Wang, Kuala Lumpur. Kat kedai cermin mata kegemaran aku. Huhuh... Kat sana senang nak kawtim ! Boleh la mintak kurang gitu. Diskaun kawan kawan. 

Dalam kepala aku, nak buat kanta jauh dekat siap boleh tukar gelap gitu. Nak tau gak harga dia berapa. Duit dah ready ni. Dulu, aku pernah tanya kat satu kedai spek di Alamanda. Memang aku merangkak keluar la dari kedai tu. Huhu..

Oh ya... dan nak usha gak bingkai yang terkini dan lasak. Ke nak guna je yang sedia ada. Tu pun masih ok sangat. Lasak bingkai dia. Terduduk berkali pun ok jer... 

Baca juga KEDAI CERMIN MATA VIRAL DI SUNGEI WANG JADI PILIHAN KAWAN KAWAN..


Bingkai tahan lasak dan murah.

Model hensem ! Huhuh.. 




Dah check. Silau tu ada naik skit. Rabun dekat ada sikit je.. Huhuh.. Maklumlah dah 40 tahun gitu. Rajin tengok gadjet lak tu. Mendapat laaaaa naik oiii ! Pastu tanya harga berapa untuk kanta aku tu. Dia kasi harga RM400 jer.. Ok la kan ? Aku ingatkan beribu !! Jauh dekat dan tukar gelap untuk harga tu.. ko rasa ??? Haaa... Senang la pasni nak driving. Tak yah nak tukar tukar spek dah. Pakai satu tu jer.. 

Tapi untuk spek cam ni , tak leh la siap hari tu gak. Kena tunggu beberapa hari. Nanti dah siap , aku gi amik je. Dan mereka yang beli spek kat Eyes Vision Group ni akan dapat kain lap special ! Kan sekarang ni kita kena pakai face mask.. pastu confirm berwap spek tu.. kan kan ? Lap je dengan kain ni.. InshaAllah tak berwap dah.. Heee..


Oh ya... jangan lupa nanti , bawa anak anak yang rajin tengok gajet tu ! Sian diorang. Mintak check mata masing masing. Bukan apa.. risau nanti masuk sekolah , mata tak jelas. Terganggu pelajaran diorang. Boleh hilang mood wooo ! Nak belajar pun tak leh. 

Sebelum nak gi , whatsap dulu pon ok. Booking. Senang nanti sampai terus dilayan. Ok ? 



Alamat Eyes Vision Group : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Instagram : https://www.instagram.com/eyesvisiongroup/
Facebook : https://www.facebook.com/eyesvisiongroup/
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636464 ) 

 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Nah.. lama dah aku aim menda alah ni ! Menanti masa dan memikirkan apakah aku akan membuat keputusan yang tepat untuk membeli 'Back Strecher' ni ? Hurm... Baca review yang ada.. katanya berbaloi. Tengok iklan pun cam sedap jer ! 

Dan aku tahu.. Back Strecher ni bukanlah untuk menyembuhkan tetapi sekadar melegakan ketegangan di bahagian belakang. Maklumlah, bila dah berumur ni , baru la terasa sakit sana sini kan ? Hahaha.. Dulu masa muda, rajin main angkat berat berat.. Nah betullah kata orang tua tua.. nanti dah 40an akan terasa sengalnya ! 

Aku buat keputusan. Aku beli. 2 hari.. sampai. Terus guna. Hahahaha.. Dan terasa lega la sangat. Bukan apa.. sebelum tu duk duduk atas lantai sambil ajar budak budak ni... terasa sengal di pinggang. Kalau rajin , buat je regangan badan... tapi aku malas nak buat ! Kang dah buat , stim lak nak gi angkat besi ! Hahahaha.. 

Gambar bawah ni ada tunjuk macam serupa punya gambar je kan ? Tapi tak.. dia ada 3 level. Asas, Sederhana dan Power Rangers.. tak tak.. gurau.. Beginners , Intermediate dan Advanced. Nak guna ni , sehari 5-10 minit sekali guna. Sehari , 2 kali je guna. Jangan lebih. Nanti mabuk cinta. Eh.. hee...

Cara nak pasang.. tak susah pun. Belum sempat kelip mata, siap dah ! Huhu...






Harga RM48 di Lazada. Apakah ianya mampu menghilangkan sakit belakang ? Diulangi.. ini cumalah alat untuk regangan... maksudnya untuk  melegakan seketika saja. Tapi kata yang pernah guna , jika rajin guna.. boleh kurangkan la sakit.. Wallahualam. 

Kalau sakit belakang tu makin teruk, gi jumpa doktor atau buat fisio dulu di rumah. Macam area KL , Selangor ni.. aku leh cadangkan The Rehab Physio ! Aku dah try.. berbaloi !


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Fuh... tahun 2020. Sapa sangka kan ? Ingatkan tahun ni , dah guna kereta terbang.. rumah terawangan ! Ala ala cerita kayangan gitu. Hahaha.. Tapi tak pe la. Allah Maha Mengetahui. Apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Bukan sekarang.. mungkin akan datang nanti. Lagi pun, manusia dah terlalu selesa dan leka. Kan kan ? Sekarang kita kena kembali kepadaNya. InshaAllah. 

Semalam.. 30hb November 2020. Hari lahir aku yang ke 44. Alhamdulillah. Panjang umur aku. Dapat lihat anak anak membesar dengan sihatnya. Moga dipanjangkan umur dapat lihat cucu lak. Huhuh.. Aamin.. 

Sambutan hari jadi ? Hahaha.. Seperti biasa.. aku nak galakkan anak anak utamakan keluarga ! Sambut bersama keluarga tercinta. Barulah best kan ? Tak perlu nak buat majlis besar besar..Kena ikut kemampuan diri. Buat masa ni, utamakan keluarga ! 

Lepas subuh, aku keluar gi gym dulu. Saja nak elakkan aku dari sambung tidur. Wife lak , hari ni dia bekerja dari rumah je. Maka aku amik kesempatan la ke gym. Banyak sangat makan malam sebelum tu.. Heeee... Kena bakar kalori tu sebelum jadi lemak lemak. Eceh..

Balik dari gym.. jam 10 pagi... Tadaaa.. 

SUPRISEEEE !Terkejut aku. Masing masing menjerit. Nasib baik tak kena heart attack ! Terkejut sebab dijerit depan depan. Hahahaha.. 

Diorang pasang belon. Wife kejut anak anak bangun awal pagi. Nasib korang la nak oi ! Hahaha..


Dan jam 11.30 pagi, kek yang aku tempah sendiri. Sampai. Saja nak suprise diorang. Asyik asyik kek Secret Recepi je.. Hahaha.. Support la gak bisnes kawan kawan kan ? Heeee... Bukan selalu pun. Sesekali kita tolong. Sementara berkemampuan.

Yer..model sidai kain. Saja aku buat tema macam tu. Hahaha... Kek ni aku tempah dengan Puan Asha Saidatul di Facebook.  Sebijik rasa cam kat SR tu.. Saja aku order jenis Coklat Indulgence ni sebab Aariz suka. Aku bukan makan sangat pun. Diet la katakan.. Hee..



Petang tu, rezeki lagi untuk aku sekeluarga. Puan ASP Nooraini atau Ummi Nani yang juga blogger dari team KBBA9 , belanja kek ! Huhuh.. Terharu aku ! Kek dari Mama Sab yang dihantar oleh Puan Syidah Syaari, seller Mama Sab cawangan Sepang Nilai. Sedap kek dia ! Patut ramai yang order.

Rasa..velvet gitu.. 


Di Facebook dan Instgram , ramai yang ucapkan tahniah serta mendoakan untuk aku. Alhamdulillah. Rasa terharu sangat. Ingatkan kawan kawan dah lupa. Eceh.. Konon ! Dah letak gambar Happy Birthday !! Tak wish memang nak kena laaa tu ! Hahahaha.. 

Apa pun.. terima kasih atas ingatan korang tu yer. Semoga Allah murahkan rezeki kalian.  Oh ya.. hadiah birthday ? Aku bahagia bersama keluarga tercinta. Adalah hadiah yang tak ternilai dariNya. Alhamdulillah..

 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes