BEN ASHAARI



" Bang , nak buka mana nanti ? " tanya wife dan dia tau.. memang tau aku punya jawapan. Walaupun bersepah kedai makan menarik di kawasan Sepang dan yang sewaktu dengannya , aku tetap akan kata..  

"Jom Lubookmakanking.." sengih aku. 

" Ya Allah... tak boring ke,bang ? " tanya dia. 

" Tak... Qhaliff pun dah suka situ kan. Ayam dia sedap. Kalah ayam goreng mamak kesukaan dia tu. " jawab aku. 

Sebenarnya.. wife aku pun suka situ tapi dia tak macam aku. Dia suka nak explore tempat makan menarik. Tapi aku  tak macam tu. Hahahaha.. Aku tak suka risikokan masa dan perut aku. Bagi aku, jika aku dah jumpa tempat makan yang menarik.. selesa dan terjamin kebersihan... situlah tempat aku sehinggalah abang Jamel mampus. Eh, tak tak.. sesekali makan tempat lain juga cuma kat sini.. kalau aku nak makan masakan kampung atau nak dapatkan protein untuk badan aku.. hahaha.. Ayam percik, ayam madu dan ayam goreng berempah dia memang terbaik ahhh ! Hahahah..

Gitulah aku. Kalau layanan bagus dari staff dan boss, tak berkira bab harga, bersih kawasan sekitar, sedap masakannya , tak sakitkan kepala aku dan terjaga.. memang itulah tempat makan kegemaran aku. Tak kira dah orang nak kata apa.. lantak pi la ! 

Ada dua tempat makan kesukaan aku di Sepang ni. Satu yang ni dan satu lagi Nasi Ayam Mafia. Masakan berlainan.. rasa berlainan.. 

Ok.. untuk Ramadan ni..yang tinggal lagi 10 hari.. tempahan masih dibuka selain dari takeaway. Kalau nak best, makan situ. Tapi kalau tak nak, tapau je balik rumah. Datang seawal 5 petang.. cepat cepat bungkus yang menarik di hati.. Huhuh.. Jika nak makan situ, tempah awal awal. Jangan walk in.. Huhu.. Kang menyesal. 





Jom tengok menu atau masakan yang ada.. Maaf ye jika terliur. Korang boleh follow Facebook mereka untuk mengetahui masakan terkini atau apa yang menarik pada hari itu. Kadang kadang ada menu baru atau masakan terbaru yang memang akan menitiskan air liur.. aku ! Hahahaha.. Ok pe ??? Wife tak payah nak susah susah masak. Gi tapau.. makan berjemaah. Harga pun masuk akal jer.. 

Antara kegemaran aku ialah.. ayam percik, ayam masak madu , ayam goreng berempah , kerabu , sambal tempoyak, ikan keli.. sotong bakar.. sup urat keting.. eh.. banyak laaa ! Macam macam ada ha.























Kalau korang tak ramai, syok makan kat situ. Surau disediakan. Parking pun ada.  Tandas bersih. Tapi kalau korang ramai dengan anak anak, baik makan di rumah. Melainkan anak anak boleh dikawal.. Hee.. Alhamdulillah , anak anak aku dah besar dan boleh je kawal cuma aku je nak makan lebih puas.. Tapau makan kat rumah. Hahaha... Kalau makan kat kedai, control hensem aku. Hahahaha.. 

Ok, ok.. kalau nak booking atau nak ke sini.. korang boleh mesej mereka di page Lubook Makan King Viral ni yer.. 

Alamat : Jenderam Hilir, Dengkil.
No tel :  017-286 1447
Bayaran : Tunai dan visa diterima
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku suka tengok Lazada berbanding Shopee atau yang sewaktu dengannya. Jangan tanya kenapa ! Aku suka jer. Hahahaha.. Baru aku tau kenapa orang perempuan suka windows shopping ! Memang diorang tak beli tapi bila diorang memerlukan sesuatu.. diorang dah tau mana nak pergi cari.. yang berkualiti, yang murah .. dan yang sedang adakan jualan murah ! Hahaha.. 

Belajar perbandingan harga ! Yer.. di Lazada , aku dah banyak belajar mengenai cari yang beri harga terbaik. Baca review dan berhati hati dengan jualan yang ada Jangan cepat tergoda sangat la ! Hahaha. Adakalanya , di gambar lain.. dah dapat di tangan.. mengecewakan ! Pernah terjadi ! 

Dan baru baru ni, Lazada dah menyelamatkan aku dari kerugian besar ! Tak sangka sama sekali ada jual di Lazada. Apa dia ? Pump tandas aku rosak. Aku ingatkan kena tukar satu set. Sekali bila aku cari spare part.. ada jual di Lazada. Harga pun murah je ! Huhuhuh.. 

Kasut ? Hurm... Dulu memang aku cari kat kedai jer. Pilihan terhad. Tapi di Lazada.. tu dia ! Cakap jeee.. apa design korang nak.. inshaAllah jumpa. Cuma kebanyakkannya ialah dari China dan tidak berjenama. Tapi bagi aku, ok dah la. Nak berjenama bagai di kala Covid 19 ni ?? Hahaha.. bukan boleh bawak gi oversea pun. Takat pakai dalam negeri je pun. Hahahaha.. Asal selesa dan selamat.. ok la , kan.

Nah.. aku baru beli Larrie baru baru ni. Sedap ! Selesa. Harga pon ok la.. RM100+ jer. Bukan apa.. wife asyik komplen jer.. Asal keluar ngan dia nampak selekeh jer. Simple sangat gaya aku. Tapi bila nak gi event atau keluar gi mana mana seorang diri.. smart bukan main ! Hahahah.. Adoi laa.. Tu pasal aku beli gak laa... 

Lepas dah beli.. sekali nampak kasut di bawah ni. Pergh.. smart color dia ! Gabungan merah hitam ni memang seksi ! Huhuh.. Harga pun RM100+. Seller dari China. Kalau beli, kena tunggu seminggu gak la untuk sampai ke tangan. Tu pun kira cepat. Kalau tidak... hahahah.. Sebab tu kena rajin baca review kat situ. 


Kasut atas ni, wife aku setuju la kalau aku nak beli lagi. Kemudian aku nampak beg ni. Pergh.. gempak lak. Aku tunjuk kat wife. Dia tanya aku.. " Nak gi mana dengan beg ni ?" Er... nak gi mana eh ? Gempak tu memang gempak.. tapi kalau takat duduk rumah jaga anak pastu malam gi gym.. beg ni nak bawak gi mana ? Hahahaha.. Betul la gak.. Tapi cun apa beg ni ? Beli simpan.. boleh ? Hahahaha.. 

Maka.. beg ni aku biarkan la dalam Cart di Lazada tu.. bersama ratusan lagi barangan yang menarik minat aku tapi tak dibeli lagi ! Hahahaha.. Boleh ? Perangai tul...


Cun, kan ? Hahaha... Nak beli yang berjenama antarabangsa yang dijual kat Sellection , aku tak mampu lagi. Hahaha.. Walaupun boleh bayar ansur... tapi rasanya tak pelu lagi waktu terdekat ni melainkan bila Covid 19 dah clear... boleh rentas negeri.. masa tu boleh difikirkan semula untuk beli yang berjenama antarabangsa ni. Huhuh.. Kalau aku kerja di pejabat , ok la guna.. Hee.. 

Tak pe la.. aku puas cuci mata macam ni. Hahahaha.. Asalkan takda salesgirl follow aku kat Lazada ni ! Hahahaa..kan kan ? Bebasss gitu.. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Hari ke 3 aku guna Demitox ni. Awalnya kesan dia , memang masuk tandas je la aku. Memang membuang jer. Tapi tak memberi kesan pedih pada bahagian tuttt.. Haa ! Biasanya kalau kita sakit perut membuang tu, berkali kali akan beri kesan kan ? Tapi ni tidak. Jujur ni.. Pada aku la.. Orang lain tak tau la. Tapi berdasarkan pengalaman aku yang pernah sakit perut akibat salah makan atau makan makanan pedas, memang birat la jawabnya ! 

Hari kedua.. aku masih ambil Demitox ni. Aku nak clearkan segala hampas dalam perut aku ni. Maklumlah, bulan puasa ni makan macam macam. Yang bagusnya ialah.. walaupun aku keluar masuk tandas , aku masih bertenaga cam biasa. Tak penat pon. Tak rasa cam kesan cirit birit gitu. Seronok lak tengok perut leper jer. Hahahaha.. 

Nasib baik aku berada di rumah jer. Maka senang nak ulang alik ke tandas. Buang air kecil pun kerap jer. Clear dan jernih. Fuh... lain macam lak rasanya. Teringat ketika aku belajar detox di Phuket beberapa tahun dulu. 

Nak kata lapar lepas membuang tu, takda la pulak. Kalau berdasarkan pengalaman aku , kalau dah berkali kali membuang tu.. memang akan kelaparan dan kepenatan. Hee.. tapi ni tak. Eh.. ni kalau aku teruskan sehingga hujung Ramadan , rasanya boleh hilang berkilo gak ni.. Kali terakhir aku timbang berat aku ialah 93kg.. Ok , jap aku timbang berat .. tapi sejujurnya aku tak percaya pada timbangan ni sangat sebab kadang kadang yang kurang tu ialah air je pun atau hampas dalam perut tu dah clear. Hahaha.. Tapi lemak tu tetap ada sehinggalah kita hilangkan dengan cara yang betul seperti penjagaan makanan dan juga bersenam. 

Tapi yang penting ialah.. badan aku rasa amat selesa sangat sebab perut sudah clear ! Heheheh.. Korang yang banyak makan ketika berbuka ni, aku syorkan la Demitox ni. Jangan risau.. bahan yang dia guna tu ok.. Ubi Bit Merah dan Gam Arab jer..






Kalau guna cawan dan kacau, amik masa skit. Tapi jika guna shaker atau botol, 5 kali goncang je dah larut dan boleh minum. Amik sebelah malam yer. Jangan lewat malam. Bagi aku, dalam jam 9-10 malam tu cun dah. Kalau pertama kali, jangan minum esoknya nak kerja. Hahaha.. Faham kan ? Amik ketika korang tak keluar gi mana mana. Sehari dulu. Tengok kesannya. Bila dah perut tu biasa.. ok la.. 

Penting kena buang segala hampas dalam badan kita. Kalau dibiarkan , boleh jadi toksin seterusnya bikin kita rasa tidak sihat.  Perut pun kembung semacam jer. Bila diamalkan , inshaAllah berat badan boleh turun. Tapi pastikan la kita jaga pemakanan dan air suam kena minum secukupnya. Jangan risau.

Baca juga : Jadikan Demi Cho Cereal dan Demitox makanan kesihatan tambahan.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Dok pikir.. beras memang aku beli. Barang dapur pun ! 

Aku buka aplikasi F&N Life kat handphone Samsung Note 20 Ultra 5G aku.  Pergh.. lengkap aku kasi tau nama henpon aku tu ha. Hahahaha... Jangan marah aaa.. Tapi syok la bukak  app F&N Life kat handphone skrin besar. Puas memilih gitu. Heeheheee... Tak pun boleh je bukak kat laptop. Lagi besar dan lebih puas untuk memilih barang.. Kan kan ?

Ok.. tujuan aku bukak aplikasi tu adalah untuk mencari barang barang keperluan berbuka puasa dan raya nanti. Yang mana boleh beli online , aku beli online jer. Yang takda, baru gi cari kat kedai terdekat. Kes Covid 19 naik semula. Aku nak kurangkan risiko pada diri sendiri dan keluarga. Maka inilah antara yang boleh aku buat..ketika ni. 

Lagi pun, banyak diskaun yang diberi. Ingat yer.. Kita cari diskaun...bukan kompaun yer ! Yang kompaun tu mintak dijauhkan.. yang diskaun tu, kita dekat dekatkan ! Cenggituuu.. 


Pek Kasih Ramadan aku pilih. Ada macam macam dalam pek bundle ni. Haaa ! Berbaloi. Dah jimat banyak woiiii ! Lagi pun aku beli ni untuk persediaan. Tak la urgent lagi. Boleh tunggu la dua tiga hari gitu.. 

Jumlah harga asal dalam RM66.80 tapi dek kerana dia kata SALE.. harga jadi RM44.40. Tu dia penjimatan yang aku dapat. Alang alang membeli.. aku terus order sekali untuk Syawal. Dapat sampul raya juga.  Lama betul tak layan air sirap ketika berbuka. Huhuh... Jika diletakkan susu sejat tu, dah jadi air bandung. Perghh.. Memori tul la F&N ni. Teringat zaman kanak kanak dulu.. huhuhu..




Masak Masak Raya Bundle pon ada potongan harga gak. Boleh dikatakan pek pek bundle yang ada sekarang di F&N Life tu ada potongan harga kaw kaw punya. Mana yang boleh kita jimat , kita jimat. Duit tu boleh simpan dalam tabung. Mana boleh guna untuk bayar roadtax kereta ke... duit makan malam ulangtahun perkahwinan ke.. kan ? Skit skit , lama lama banyak la. Hasil dari penjimatan kita berbelanja. 

Dalam Masak Masak Raya Bundle ni ada 9 jenis items. Dengan harga begitu dapat banyak barang. Perghh... Berbaloi gitu.





Ok.. dah order. Tunggu sampai depan rumah 3-4 hari nanti. Senang je bila dah register dengan aplikasi ni. Pilih dan bayar. Tunggu dan makan jer pastu ! Hahahha.. Tak payah nak pening kepala beratur panjang di kedai atau pasaraya. 

Baca juga : Guna Aplikasi  F&N Life untuk permudahkan hidup kita.

Maklumat lanjut :  Facebook : F&N | Instagram : F&N 
 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Tengah pikir... 

Wahh... hangat betul penangan Hajah Neelofa ni yer. Ingatkan selepas kes langgar SOP tu, dah boleh reda dan netizen boleh rileks dari mengumpat bagai tapi tidak.. Heheee.. Gara gara sekeping gambar burger yang dikatakan diambil di Google, dimuat naik olehnya di Insta Story.. telah membuatkan Neelofa sekali lagi jadi perhatian netizen di media sosial. 

Ikutkan aku malas nak follow tapi cam menarik pulak isu panas kali ni. Katanya dia nak tolong settlekan kompaun RM50 ribu yang dikenakan pada peniaga burger , baru baru ni. Penjelasan ada selepas tu melalui Insta Story tapi netizen tidak mahu percayakannya lagi.. berdasarkan reputasinya yang lepas. Namun masih ramai bersangka baik dan menerima penjelasannya. 

Apakah benar dia nak tolong selesaikan masalah abang burger tu ? Bukan apa.. selepas kes abang burger tu, ada satu lagi peniaga turut dikompaun RM50 ribu dan peniaga tu rela dipenjara katanya. Takda duit kot nak bayar. Huhuh. Kalau aku pun , tak mampu nak bayar. Lagi pun masuk penjara, takda rekod jenayah pun. Heee..

Harapnya Neelofa pun sudi bantu la peniaga colek ni dan juga peniaga peniaga lain jika mereka turut dikompaun. Murah rezeki Neelofa. Alhamdulillah.. Bukan senang nak dapat selebriti yang bagus begini di Malaysia. Sejak berubah ni, lain macam aura dia. Kan kan ? Baguslah.. Ditambah lagi dapat suami yang baik. 

Rasanya Neelofa dah boleh buat satu  lagi pertubuhan NGO untuk membantu insan insan yang memerlukan terutamanya di Kelantan memandangkan dia menjadi ikon di negeri tu. Idea bagus ni.. kan kan ? Moga jadi kenyataan.. 


Selain Neelofa , ada juga insan lain sudi nak membantu abang burger ni seperti Caprice yang buka tabung bantuan. Huhu.. 

Ps : Nak letak no acc bank tak ? Maksud aku untuk bantu mereka ni la.. 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes