BEN ASHAARI




Hilang dah merah dia. Ceritanya begini. Sedang dia bersiap sedia nak masuk dalam kolam mandi, tiba tiba dia mengaru garu belakang badan dia. Kemudian dia datang pada aku. Mintak tolong garukan. Aku selak baju dia. Takda apa apa pun. Tapi aku garu je la. Dia mintak garu atas skit. Aku garu je la. Gatal dia makin menjadi. Iskh.. Aku tak nampak apa apa pun ! 

Aku suruh dia buka baju. Dan barulah nampak ! Bintik bintik merah macam baru kena gigit nyamuk yang banyak ! Aku tau menatang ni ! Kalau kita garu, makin menjadi jadi ! Aku tak tau nama dia. Tapi ada la beberapa kali aku kena. Kesannya ? Berparut woii ! Dek kerana garu tu sedap sangat. Huhuh.. 

Bila aku tengok merah makin banyak.. aku kaget ! Er.. aku hilang pedoman jap. Hahaha.. Tak tau nak letak ubat apa. Tiba tiba teringat pada gel mandian Azyma Care  yang senantiasa ada di luar rumah aku. Aku letak situ untuk basuh tangan tiap kali aku amik barang kurier. 

Terus aku sapu seluruh badan dia. Depan dan belakang. Kaki dan tangan. Leher. Kemudian aku biarkan sekejap. Pastu aku bilas dengan air. Aku tanya Aariz samada gatal lagi ke tak ? Dia kata tak dah. Dia nak sambung mandi ! 

Huih... biar betul ??? Aku tengok badan dia betul betul. Memang merah merah tadi dah hilang ! Alhamdulillah.. tak sangka secepat tu hilangnya. Zahra sebelum ni pun bila kena gigit nyamuk terus dia guna Azyma untuk hilangkan gatal tu. Memang tu tujuan aku simpan stok Azyma di rumah. Bukan untuk mandi tapi untuk kes kes kecemasan ni. Heeee.. 



Pencuci muka Azyma ni lak ada cerita dia. Semalam aku bersihkan bawah katil bilik atas yang jarang digunakan. Berdebu haaa.. Sapu dan vacum. Pastu mop lantai. Aku ni ada alergik skit dengan habuk. Muka akan jadi gatal gatal dengan pantasnya ! Terasa miang semacam. Apa yang aku buat ?

Aku cuci muka aku dengan pencuci muka Azyma ni ! Gatal terus hilang. Alhadulillah.. Lega rasa. Risau gak la bila bab muka ni. Kang tak leh buat video Tik Tok dah. Hahahaha.. gurau gurau.. Tapi benar.. dua dua produk Azyma Care ni memang banyak berjasa pada aku. Bab bab gatal kulit , memang aku serah pada dia. 

Layari www.azymacare.com untuk mengetahui sendiri mengapa produk ni bagus ! Mereka yang dah guna , pastinya jadi pengguna setia. 

 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Nampak macam best ! Tapi bila nampak dia dalam kategori 18+ , aku cam... Hurm ! Bahaya kalau tengok dengan anak anak ni. Sekali aku pasang, Qhaliff baring sebelah aku. Terus aku tukar citer lain. Hahaha.. Pastu aku layan dua episod kat telefon pintar aku dulu. Bagi pastikan cerita ni tak merbahaya jika dipasang di skrin besar yakni tv. Hahahaha.. Berhati hati gitu. 

Dan akhirnya , aku terpikat ! Hahahaha.. Pastu check berapa episod keseluruhan drama kali ni. 9 jer ! Haaa ! Ok ok.. boleh layan ! 

Ceritanya simple jer. Ada satu orang ni kerjanya merekrut orang orang yang 'bermasalah' dengan duit. Maklumlah, manusia bila bermasalah dengan duit ni sanggup buat apa saja ! Maka dapat la dikumpulkan sejumlah manusia bermasalah. Dan manusia manusia ni dibawa ke satu pulau. Di sana mereka kena join satu pertandingan. Si juara akan dapat wang yang akan mewah sepanjang kehidupan dia. Gituuuu... 

Cerita dia macam cerita Hollywood gitu la. Boleh tau dah. Ala ala Escape Room gitu la. Sapa kalah , mati ! Tapi disedapkan lagi ! Gituuu.. Fuh ! Bagusnya ialah.. diorang tak berpusing pusing ! Cerita ni terus ke point dia...Tak da nak dipanjangkan dengan babak babak buang masa gitu. 





Ada 5 pusingan dalam pertandingan ni.Hanya seorang saja yang layak jadi juara. Bayangkan mereka terpaksa mengorbankan kenalan mereka.. pasangan mereka dan juga orang yang mereka baru kenal. Fuh, best best ! Dia punya twist tu korang dah boleh agak cuma... haa ! 

Seperti biasa... cerita Korea kalau takda plot twist tak sah la kan ! Hahaha... Dia punya twist tu bukan sekali dua.. berkali kali tapi tak merosakkan cerita la. Memang gempak la citer ni. Puashati tengok. Aku kasi 5 bintang gitu. Babak dewasa ada dua kali jer. Penggunaan bahasa kesat tu , banyak kali la. Maka pandai pandai la yer.. 

Aku tengok kat Netflix.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


" Bang , esok Qhaliff kelas pagi. Kul 8 ada Bahasa Melayu. Pastu English. Zahra, kelas dia mula kul 9. Semua saya dah tuliskan kat papan putih tu. Buku buku diorang pun dah letak atas meja. " pesan wife malam tadi. Esok dia kena pergi pejabat. 

Aduh.. Aku takda masalah dengan Qhaliff. Dia dah biasa belajar tanpa pantauan aku. Berkat belajar online sepanjang tahun ni bersama Fly High Training Centre. Awal awal dulu, memang dia stress je belajar online ni. Tapi sekarang , dia dah mula faham. Cikgu cikgu mata pelajaran dia pun rajin buat ulang kali terutama mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu. Jika tak faham , tanya jer ! Nah.. mudah. Bila kelas PDPR sebelah siang, dia dah tau apa nak kena buat. 

Zahra jer aku kena pantau skit. Bukan apa.. ketika dia umur 5 dan 6 tahun , dia ada masalah mengenal huruf. Tapi masalah tu dah selesai pun. Dah boleh membaca dengan baik. Kena rajin ajak dia berlatih jer. Tak ajak , tak berjalan laaaa ! 

Aku cuma memantau jer. Hahahah... Selebihnya mak diorang la ! Memeriksa kerja sekolah.. submit pada cikgu dan beli barang keperluan. Aku supervisor jer. Heee.. Tapi boleh bikin naik darah gak kalau tak pantau dengan betul. 

Kalau korang risaukan anak anak korang ketinggalan... cubalah dapatkan kelas tambahan untuk anak anak tu di Fly High Training Centre. Aku tengok murid murid dalam tu, power power ! Kasi kuiz , laju jeeee jawab. Huih ! Awal awal dulu Qhaliff, terkial kial. Sekarang, Alhamdulillah.. Cubalah. 

Kelas tambahan dari sekolah rendah bermula dari tahun 3 hinggalah ke sekolah menengah ! Untuk UPKK pun ada yer..

Whatsapp pertanyaan ke Puan Fida di 01156998918










 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Aku tengok cuaca. Cantik pagi ni. Nak keluar brisk walk ? Hurm.. semalam ada janji nak bawak budak budak ni lepak Putrajaya. Bersenam di malam hari. Tapi hujan lak. Tu yang aku nak ganti dengan pagi ni.  Huhuh.. Esok lak dah mula kembali ke sekolah... sian aku nak stress berPDPR ! Hahahaa...  

Siapkan diorang. Pastu terus gerak ke Putrajaya. Meriah woii ! Hahaha.. Yang berbasikal. Yang berlari. Yang berjalan. Fuh... yang menariknya , yang pakai face mask ketika berada di tempat ramai orang gitu , tak ramai. Berani sungguh la hai.. macam takda apa apa yang berlaku je kat Malaysia ni !

Bersukan tak perlu pakai face mask ? Yer.. tapi jika berada di satu tempat yang mana ada ramai orang, maka lebih baik berhati hati, kan ? Jangan kita lupa yang mana Covid 19 ni boleh menjangkiti melalui sporadik. 

Maka aku amik pendekatan berhati hati dan dalam pada masa yang sama, nak didik anak anak aku untuk senantiasa menjaga SOP walaupun di mana mereka berada. Antaranya ialah, pakai face mask  walaupun di tempat terbuka , jangan sentuh permukaan yang tak sepatutnya disentuh, bersihkan tangan dengan sabun dan jauhi dari orang ramai. 








Berjalan sekejap jer. Zahra mengadu kelaparan. Huhuhu.. Yelah , malam tadi pun diorang tak makan sangat. Kenyang dek kerana tengahari dah makan banyak.  Ternampak bangunan MOF. Teringat pengalaman aku bekerja dalam tu. Bangunan kerajaan pertama yang aku pernah jejak. Tercapai cita cita aku nak merasai bekerja di Putrajaya. Sewaktu awal pembinaan Putrajaya ni, aku pernah simpan angan angan yang mana aku nak merasai pengalaman bekerja di situ. Alhamdulillah.. tercapai juga. 

Seronok memang seronok tapi.. tu la. Orang kata jadi penjawat awam ni bagus. Masa depan cerah. Dari segi kelangsungan hidup tu , memang la best. Tapi dari satu sudut lagi.. hurm... Hanya mereka saja mengetahuinya. Huhuh..

Siap jalan jalan. Bersihkan diri. Tangan kaki bagai.. Masuk dalam kereta. Ke McDonalds. Tapau sarapan pagi dan kembali ke tempat parking tadi. Ada port untuk makan. Hehehe.. Tong sampah pon ada kat situ untuk memudahkan urusan pembuangan sampah. 

Yer.. Putrajaya ni memang seronok sesekali pergi bersama keluarga. Tapi berhati hatilah juga yer. Kes Covid 19 dalam negara masih tinggi. Begitu juga dengan kes kematian. Jaga diri yer..


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Pantai Bagan Lalang ni tak jauh dari rumah aku. Dalam 40 minit perjalanan jer. Tu pun ikut jalan lama. Takda tol. Jimat. Heeee... Alhamdulillah. Ada juga tempat riadah dekat dengan rumah. Boleh la sesekali pergi dengan keluarga. Rasanya ni kali 4 kot sepanjang aku bergelar warga Sepang ni. Heee.. 

Ok.. Kerajaan dah kasi kelonggaran untuk penduduk Lembah Klang. Dan pastinya, Bagan Lalang ni diserbu pada hujung minggu ! Nak tak nak, aku pakat ngan wife.. Dia kena amik cuti sehari. Bawak anak anak ke sini. Tengok langit biru sambil main pasir. Nak main air laut , nun jauuhhhhhh di sana. Landai sangat pantai sini. Ok la.. Terasa selamat sikit. Huhu.. 

Jam 8 pagi, kami sekeluarga bertolak dari rumah. Dalam jam 9 sampai situ. Berhenti beli makanan dulu. Nasi kerabu power di Salak Lama.  Sedap woii ! Nak makan mengadap laut nanti. Dah 4 bulan asyik makan mengadap pagar rumah jer. Hahahaa... 



Tempat yang ada dan selamat , ada di belakang tempat letak kereta aku. Situ ada tempat teduh. Berumput. Beralaskan dengan poncho khemah warna biru, kami sekeluarga duduk sarapan pagi di situ. Fuh, pertama kali selepas hampir 5 bulan terkurung di rumah. Terasa seronok sangat. Alhamdulillah. Masih sekeluarga kami di sini. 

Siap makan.. terus ke tepi pantai. Zahra nak main pasir. Aariz pun. Abang dia, sebenarnya nak ke sungai. Tapi port yang aku nak bawak tu, tak dibuka untuk orang awam lagi. Huhuh.. Nak tak nak, lepak sini je la. 

Kemudian berjalan jalan tepi pantai. Ada yang pasang khemah. Seronok aih. Siap masak masak gitu. Best best ! Ramai yang stress duduk rumah kan ? Ni la masanya. Yang bagusnya.. masing masing jaga SOP. Ada penjarakan antaras satu sama lain. Aku sekeluarga, masih kenakan pelitup muka walaupun berada di tepi pantai. Tak nak amik risiko. 








 
Sisa makanan kami tadi, aku bawa pulang ke rumah selepas melihat tong sampah penuh dah dengan sampah sarap. Kelihatan kemas dan tersusun. Sayangnya di tepi pantai tadi , masih ada botol botol minuman yang dibuang begitu saja tanpa ada rasa sesalan. Bengap tak sudah orang yang membuangnya tu ! Kelihatan masih baru lagi. Haihhh.. 

Ketika aku sampai tadi pun dah kelihatan pekerja Majlis Pembandaran membersihkan kawasan ni. Dan tak lama kemudian, datang lori sampah dan mengutip semua sampah sarap yan dikumpulkan tu. Terbaik ! Kelihatan bersih dan cantik.  Tandas pun kelihatan ada penjaganya. 





Kami kat sini, sejam jer. Aku tak nak lama lama. Matahari semakin meninggi. Wife pun dah lama tak main matahari. Katanya sakit kepala dah. Terus balik pastu. Anak anak, gembira tak terkata. Nak ke sungai pulak kata mereka. Heheee.. Aku suruh wife amik cuti minggu depan. Kena jeling dah aku ! Hahahaa.. Dah tu ??? 
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes