BEN ASHAARI



 

Sapa sangka kan ? Satu kajian secara kasar di blog sahabat , DENAIHATI , meletakkan blog BENASHAARI.COM  di tangga pertama dalam kajian blog paling kerap dilawati  pilihan pembaca blognya ..

Wow.. sesuatu yang aku tak sangka langsung .. Yelah , dalam buruk buruk blog aku ni , ramai gak datang lawat kan ? Heheh.. best atau tidak tu , masing masing punya citarasa .. kan kan ..

Tak kisahlah.. janji aku tetap terharu bila tersenarai di tangga pertama yang mana aku tak perlu pon langsung kuarkan entri untuk g mengundi kat sana.. hahahha....

Tak tau la pasni kan .. tapi yang penting , usaha aku selama ini untuk memperkenalkan blog aku di mata penduduk rakyat malaysia ni berhasil 10% .. hehehe... sampaikan anak kecik jiran aku pon leh jerit nama BEN ASHAARI .. cool tak ? Hehehe.. tak yah jadi masuk AF atau MENTOR atau jadi penjenayah... pon dah dikenali dah .. kan kan ?

Terima kasih pada korang gak kerana sudi singgah masuk blog aku tu .. eh.. blog aku in.. hehehe.. nanti aku kasi tips camana nak kasi orang masuk blog kita eh... mabeles punya ... okeh ?

Ops.. g tengok senarai kat SINI

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Bukan kritik blog aku ler ... ni sapa sapa yang berminat nak join ler.. Yang ada blog .. hehehe.. yang takde blog , nak kritik tu boleh , tapi jangan jadi anonymous .. hehehe.. boleh ?

Aku rasa segmen ni aku pernah buat dulu.. tapi tahun lepas kot.. Jadi aku nak ulang tayang la segmen ni.. khas buat blog blog yang baru siap tahun ni.. pergh... dah lepas tengah tahun pon.. huhu ..

OK... segmen ni mudah jer ... Yang boleh kritik dan dikritik adalah mereka yang join segmen ni ... Yang tak join , toksah layan kritikan dia.. kang ada  yang maki hamun lak.. iskh... keji tul.. hahaha..

Aku terangkan dulu caranya... Memula , kena join segmen ni.. pastu , g masuk blog rakan kita yang join segmen ni .. Korang tengok apa yang tak kena .. atau rasa nak komen ... korang komen ... Bila dah komen , sertakan no rujukan di senarai segmen yang akan dinaikkan nanti .. haaa.. Contoh ....

" Buang lagu.. buat berat blog jer ... NO 124 "  ..  kemudian blogger yang dikritik tu bolehlah gi rujuk kat senarai segmen untuk melihat apakah blogger ni dah beri kebenaran ( dengan join segmen ni ) untuk dikritik semula ... WIN-WIN SITUATION DAN SAMA SAMA KENA KRITIK .. Adil kan ?

Berminat ? Jom kita mulakan.. Sangat mudah .. Buat satu entri ...

  1. Letak header ben ashaari blog ...
  2. Tajuk : BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU dan linkkan ke entri ini ..
  3. Tinggalkan url entri di ruangan komen ini ..

Tu jer.. tak susah kan ? Ok.. ni AMARAN .. jangan maki atau kritik dengan bahasa kesat ! Sangat tidak bermaruah begitu okeh ?

Tutup jam 10 malam ni .. Serbuuuuuuuuuuuuuu.....

Share
Tweet
Pin
Share
316 comments

 

Terbaca di satu komen entri sahabat ni membuatkan aku tersenyum ... Menurut komen tersebut , kenapa jadikan BEN ASHAARI sebagai contoh blog ? Kan ada banyak lagi blog yang lebih bagus untuk dicontohi ...

Aku sokong kata -katanya ... blog aku ni mmg tak patut dijadikan contoh kejayaan buat blogger blogger terutamanya blogger baru .. Aku sendiri pon tak nak mana mana blogger jadikan aku sebagai contoh sebaliknya blog blog ilmiah seperti DRMAZA yang aku kagum penulisannya.. Simple , padat dan berinfomasi ..

Sememangnya blog begitu menjadi tatapan aku setiap hari .. Malah , aku punya koleksi cd dan juga dvd kuliah agamanya .. Mp3 di blognya pon abis aku download .. huhu ..

Tapikan , bagi mereka yang tak selidik blog aku ni betul betul , pastinya akan ingat blog aku ni lebih pada gila glamer punya blog jer .. kan kan ?

Dulu kan  aku buat blog selain dari cabaran wife  , aku nak buat pahal skit skit .. Aku fikir , artikal artikal sebagus Dr.Asri tu kalau tak di baca oleh orang orang yang macam aku ni , sangatlah rugi.. Ramai tak tau akan kewujudan blog Dr.Asri ni ... Jadi aku bercadang nak selitkan artikalnya dalam blog aku.. Yelah , dalam maggie , aku taruk gak telurkan ... Ada gak khasiat kan ?

Jadi apa yang aku buat ialah , popularkan blog aku .. kemudian , aku selitkan sedikit sedkit artikal agama miliknya dan juga beberapa pendakwah yang lain ...

Tak salah kan ? Malah bijak lagi.. hahahaha.. nasib la.. nak tunggu orang puji, susah... Atau kang orang puji , ada je kerusi kata ngampu.. ni aku puji diri aku sendiri .. apa kes ! hahahaha..

Jadi .. sendiri la mau hengat.. kalau berblog takde strategi atau motif , maka merayau rayau la kita tak tentu hala.. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Gulp...  keyword yang ada pada trafik aku hari ni ... huhu ..

image

Kalau guna HISTATS.COM , macam macam data dan analisis boleh kita buat dengannya ... Cukup lengkap... Berguna buat blogger untuk menganalisa setiap entrinya ... mencari kekuatan dan kelemahannya ..

Ok... Berbalik pada tajuk tu.. aku tak pasti la entri aku ada kaitan dengan seluar dalam perempuan lebih lebih lagi yang ada bau.. hahaha.. maaf la yer .. jgn jijik lak ... tapi ada cerita di sebalik tu ..

Masih aku ingat lagi , seorang kawan perempuan aku pesan kat aku la kan.. kalau nak cari isteri , carilah isteri yang menjaga kebersihan hygiene .. erk..

Aku tanya nape ? Dia jawab ada sesetengah perempuan boleh recycle seluar dalam dia terutama bagi mereka yang selalu travel ! Gulp .. boleh gitu ?? Huk aloh ...

Aku malas la nak ulas lanjut bab ni.. kang ada yang malu nak masuk blog aku dah.. hehe.. tapi kan .. aku pulak berbeza.. kalau aku nak tau perempuan tu camana , aku selalu tengok kuku kaki mereka .. hahaha.. Jahat kan ? hahaha...

Lelaki lak camana ? Hurm... Tu kena tajuk lain lak la.. hehehhe...

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

 

Huk aloh.. ternganga aku pada mulanya ... Perlu ker  nak tubuh KELAB ISTERI TAAT ? Cam terdesak la pulak bunyinya .. Apakah motif kelab ni ? Nak bincang isu isu berbangkit para suami nikah lebih dari satu ? Atau nak bincang isu isu berkaitan dengan suami memasing dengan bertukar tukar pendapat ? Aku rasa nanti sah sah jadi ngumpat atau gossip.. pastu mulalah akan ada guna bomoh ... huhu.. yelah , takut suami makan luar atau nak kasi tunduk suami ...

Maaf la yer Kelab Isteri Taat .. bagi aku , ni kelab cam datin datin dalam tv tu jer ... mengarut jer ..Semalam ada satu isu berkaitan dengan KELAB ISTERI TAAT  tu di mana Naib Presiden kelab tersebut , Dr.Rohaya mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti `pelacur kelas pertama’ !

Pergh.. jadi isu dah ! Tu laa.. ada keee suruh wat gitu.. Gile ke apa ? Ingat isteri ni pelacur ke ? haihh.. tamo la gitu ... patutnya segalanya kena kembali ke sunnah nabi ... contoh isteri nabi.. bagaimana mereka melayani baginda Rasulullah s.a.w  .. begitu juga dengan suami , kena contohi nabi melayan isterinya ...

Menurutnya lagi ..

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.
“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,”

Bagi aku la kan , semua ni basic.. dalam agama dah ajar semua ni .. Sebaik-baiknya aku rasa hadiri kuliah agama di masjid setiap minggu.. sama je faedahnya malah lebih baik dari dok berkumpul ramai-ramai gini dan akhirnya jadi tah hapa hapa yang mengarut.. wat tambah dosa jer ... Nabi dah ajar yang terbaik ... yang dok kalut tubuh kelab taat gitu pasai pa ? Harapan suami akan tubuh kelab taat gak ke ? Nehhh.. mana bisa... hahahaa.. risau para suami contoh slogan Saleh Yacob ker ? I FOLLOOOWW..

Manusia ni hidup sekali jer ... nikmati dengan penuh kedamaian dan juga bijaksana..Apa mau kalut kalut ?? laki mau kawin lain ? Kasi je... esok lusa dia pasti pening punya ... Lagi di larang , lagi menjadi ... huh.. Dah rasa dia mampu ... apa mau buat kan ? Kalau yang tak mampu tu , suruh dia kasi mampu dulu...

Sumber rujukan : SINI

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Mungkin blogger lama dah tau .. tapi aku rasa ramai blogger baru minggu ni memandangkan cuti sekolah dan budak U pon ramai cuti kan ?

Ada beberapa perkara yang aku ingin kongsikan bersama .. Ni bukan kes nak tunjuk pandai atau nak berlagak bagus .. Sekadar perkongsian buat blogger baru ..

Yang pertama .. blog yang ringan adalah amat penting .. Sbb sekarang ni , ramai pembaca gemar online melalui pda mereka ..

imageBoleh nampak kan ? Ni data dari blog aku sendiri ..  kita kena senantiasa peka dengan pembaca di sekeliling kita .. Jangan gunakan falsafah 'blog aku , sukahati aku la' jika ingin maju dalam dunia blog ..  Pendapat pembaca kita , amat penting untuk diambil kira ..

Yang kedua , kekerapan update entri .. Ada yang fikir satu atau dua entri sehari dah memadai .. Sebenarnya tidak .. Blogger perlu kreatif dan pantas serta bijak mencari maklumat dan menggunakan keadaan sekeliling sebagai punca isu entri ... Jika kita asik mempromosi entri yang sama sepanjang hari , bagaimana kita nak dapat pembaca yang berulang kali ke blog kita ?

Yang ketiga dan terakhir untuk malam ni , cari identiti sendiri .. Yang ni ramai susah nak dapat .. bagaimana nak dapat identiti ? Cuba cerminkan diri sendiri dan tanya .. apa sebenarnya korang nak buat dengan blog ni ?? Pasti korang akan dapat jawapannya ..

Ok... ni 3 adalah asas blogging buat blogger baru tapi ramai gagal ikut kerana mengamalkan konsep  GUA PUNYA BLOG , GUA PUNYA PASAL tapi dia blogwalking sambil promosi blog dia bagai nak rak .. Kalau cam tu punya blog , ari ni orang masuk.. esok lusa ? Takkan nak ulang tayang perkara sama berulang kali ?

Sekadar pendapat aku .. Diharap dapat membantu .. Kemaskan blog .. kemaskan entri .. kemaskan katil ... okeh ?

Share
Tweet
Pin
Share
64 comments

 

image

Mesti korang pelik kan , kenapa aku beria-ria dengan ALEXA ni.. dan apa gunanya ALEXA ni ? Sekarang ni blog aku berada di kedudukan 191 di dalam Malaysia dan ini bukan berdasarkan undian mana mana orang atau pembaca tetapi terdapat pengiraan bagi menentukan kedudukan blog dan web di dunia dan dalam negara..

Sebab tu ada yang sampai beratus ribu dan mula menurun nombornya .. makin kecil makin bagus...

image

image

Impian aku sekarang nak bagi dapat bawah 100 ... Satu kepuasan berblog akan tergambar di situ dan aku akan abadikan untuk generasi aku akan datang.. bahawa aku pernah berada di satu tempat yang mana sukar untuk berada di situ ...

Tercapai atau tidak , aku perlu usaha .. bukan poyo atau berlagak .. semua ni memerlukan kerja keras dan aku berhak untuk berbangga atas kejayaan ini ...

Hurm... dan jangan risau , aku takkan mintak apa apa dah .. Sesungguhnya aku tau di mana tempat aku ... dan ternyata dunia ini penuh dengan pancaroba yang mana aku perlu lalui dengan tabah dan penuh semangat ..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Ahaks... haaa.. asik asik NUFFNANG je kan ??? Tak leh tak leh .. aku sudah berpaling tadah .. Tamo dah dok citer pasal duit iklan ... bowink kan ? Tapi aku tau .. korang terutamanya blogger blogger baru mesti tak puashati selagi tak berjaya cecah ribu ribu atau paling skit pon ratusan ringgit sebulan kan , kan ?

Tapi korang perasan tak ? Blogger yang pasang INNITY ni diam jer .. tak war warkan berapa pendapatan mereka ? Hehehe... Setau aku , blogger yang pasang INNITY tidak dibenarkan memaparkan pendapatan mereka .. Aku rasa mungkin setiap bayaran iklan  yang dibayar pada blogger berbeza antara satu sama lain .. Tapi yang pasti , iklan senantiasa ada ..

Aku tau. korang nak tanya .. Mana best ? Pasang Innity atau Nuffnang ? hurm... hurm... Kalau aku kata INNITY , sah sah korang kata NUFFNANG lagi masyuk ? Aku nak kata lelebih pon susah .. sbb aku terang terang suka kritik NUFFNANG kerana berat sebelah .. hehehe.. Ada blogger pilihan gitu .. Tapi tu dulu la.. skang aku tak tau .. sbb aku tak amik tau..

Cuma aku harap , korang fikir betul betul niat korang dalam dunia blog ni.. Korang berblog kerana apa .. Nak 'bekerja' dengan syarikat iklan tu .. atau kerana minat .... Kalau nak tambahkan pendapatan , aku rasa dengan mengharapkan duit dari iklan , pasti mengecewakan .. Ada baiknya , cari satu produk yang lain dari yang lain dan jual dalam blog .. Tu terbaik bagi aku ... Jadi usahawan internet gitu .. dari dok tunggu orang klik iklan blog kita ..

Aku tau , ada yang terasa hati ... Aku cakap berdasarkan pengalaman aku .. Aku dulu pon cam korang .. beria ria dengan iklan .. sampai patah hati la jugak .. geram.. bengang.. semua ada .. Cuma sekarang , aku tukar rentak ... dan mungkin aku nak berbisnis dalam blog ni ..

Cuba korang fikir balik.. yang berjaya dalam dunia blog ni , rasanya kerana iklan atau produk perniaagaan mereka ? Hehehhe.. Apa salahnya sambil berblog dan berniaga kan ?Tu lagi menarik kan ?  Lagi pun Ramadhan dah nak dekat ni.. cari produk yang sesuai untuk di jual di blog .. Sebelum itu , sila tingkatkan trafik blog korang ! Lagi ramai , lagi meriah ..

Aku nak jual apa ek... hurm....

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

 

DSC_0179

DSC_0179

Perasan tak ??? Haaa.. aku perasan ... terus aku bantai ketawa .. hahahah.... Tuuuu haaa... baca tuuuu ...

" MASALAH LOGIN ? KENO CUBO HOK LAIN " !! hahahha..  Sapa laaa sudah crack itu software.. adehh ..bikin lawak tul laaa... hahahaha.... Mabeles ! Jangan ingat budak kelate tak teror ! hahaha.. amik obattt ..

Whoops ... aku budak KL berdarah Penang ... okeh !

Share
Tweet
Pin
Share
37 comments

 

Apakah kau merajuk kerana aku akan mendapat kekasih baru wahai peneman setiaku ??

Kalau boleh , ingin ku bawa kau bersama ku tapi apakan daya ... Mereka dah sediakan peneman baru yang lebih empuk dari kau ...

Ya.. aku tau .. madu dah ku ambil .. ku berikan sepah pada kumpulan sepah.. mereka lebih layak untuk mengambail sepah itu.. huhu..

OK ok.. rentikan merepek .. Dalam sedap sedap aku dok update blog tadi , tau tau ....

" PRAKKKKKKKKKKK "

Baik punya .. nyaris nak tersungkur .. Diorg yang dok bermeeting ngan bos dalam bilik , bantai ketawa tak hengat punya .. Caitt.. sampai hati diorg !!!

Tak pe tak pe.... Buat sementara waktu , aku pakai kerusi plastik je la.. huhu.. kerusi dah keabis stok... .. apa mau buat.. hakikat yang terpaksa aku terima satu persatu dalam dunia ini..

DSC_0177Hurm.. kerusi oh kerusi ... selamat tinggal ... 

Share
Tweet
Pin
Share
45 comments

 

ben

Hari ini dalam sejarah .. sejarah blogging buat dirinya .. hehehe.. selama ni tak pernah di singgahi ANON .. dan buat julung julung kalinya , singgah dah ... ahaks....

Gamaknya diorng ni cukup sakit mata n telinga kot kalau nampak perkataan BEN ASHAARI kat mana mana blog eh ? Hahaahah.. Toksah la gini  cik ANON oiii.. g tanam ulam raja lagi bagus.. wat makan time takde duit nanti dari dok bz kat blog orang tu haa..

Untuk pengetahuan , walaupun tak bergaji tapi bagi anak buah aku ni , dah cukup berbaloi baginya ... Jangan fikir semua orang nak buat sesuatu tu , sbb nak kaya pada masa yang singkat???

Singkat benor pemikiran .. Huh.. g wat keje lain bleh ? Bikin malu kaum jer .. Oh ya.. nak tau ke blog sapa ni ? P la tengok sendiri .. Sejarah ni.. hahaha.. bakal berulang kembali ???

Mai klik SINI

Share
Tweet
Pin
Share
37 comments

 

Mereka telah mulakan sekali lagi menukar link blog sesama mereka dan mewujudkan bloglist bloglist yang memudahkan mereka blogwalking sesama mereka..

Itulah yang aku buat mula mula dulu .. Aku  sendiri masa tu ada hampir 5 bloglist yang mana memuatkan blog blog baru kerana mereka mempunyai idea idea serta cerita yang fresh ..

Ops... sebelum aku teruskan.. aku mintak jasa baik korang untuk undi aku dulu.. boleh ? Kejap je neh... 2 minit settle ! Klik SINI .. Pastikan login ke FB sebelum mengundi yer ... TQQ ..

Ok ...sambung ... aku kurang bergantung dengan SEO dulu ... aku lebih gemar mengupdate blog dengan kerap .. bila begitu , ramailah blogger blogger 'terpikat' dan meletakkan link aku dalam bloglist mereka ..

Maka , bila korang dah disenaraikan dalam bloglist kawan kawan  yang lain , maka rajin rajin laaaaa update entri dengan cerita cerita yang best dan menarik lagi berinfomasi ! Bila blogger lain tengok , pastinya mereka akan masukkan link blog korang ke dalam blog dia .. kan kan ?

Ok.. jom g tukar link... terutama mereka yang dah join segmen ni.. klik SINI .. Yang berminat nak join, segera !! Seblum ditutup malam ni... cepat cepat !! Klik SINI ...

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

KLIK SINI 

Semalam punya dah selesai .. mereka dah menukar suka sama suka.. tapi kalau dah bukak blog list tu , boleh masuk hingga 200 blog kalau tak silap aku.. hehehe.. 200 blog bermakna 200 link korang di blog orang lain .. sekali update  , 200 blog nampak.. satu blog , amik kira 10 orang pembaca .. berapa dah tu ek ? Tu kiraan secara kasar la.. tak semua akan nampak kan ? Tu lebih baik dari takde kan ?

OK.. semalam ada yang cuba menipu ... katanya dia dah buat ... tapi tak buat pertukaran pon.. Tamo gitu !! Korang takkan untung apa apa jika menipu .. Apa salahnya terus buat ? Kalau dah mula dari bawah , mmg kena kerja keras skit.. ingat senang senang nak berada kat atas ke ??? Hurm..

OK.. kita teruskan.. bagi yang berminat untuk bertukar link blog , jom join .. korang leh tukar suka sama suka .. Caranya sama cam semalam .. leh rujuk pada entri INI .. Baca kelebihannya .. Biar susah skang ... senang kemudian hari ...

Sedia ? Tutup , malam ni .. jam 10 malam ... Mereka yang dah join semalam pon boleh join lagi... takde masalah ... janji korang cari geng yang sesuai untuk bertukar link...

JOm mulakan ...

  1. Sediakan satu entri .. letak header ben ashaari blog
  2. Tajuk : BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK .. dan linkkan ke entri ini ..
  3. Tinggalkan url entri korang kat ruangan komen entri ni ...

Siap ! Tu je .. tak susah kan ? Sekali lagi aku ingatkan.. jgn menipu .. kawan korang leh check link tu.. tak guna menipu ok ? 

Share
Tweet
Pin
Share
263 comments

 

MAAF .. Semangat aku seperti yo-yo.. kejap atas kejap bawah .. kejap ok.. kejap tak .. segalanya bergantung pada faktor sekeliling dan juga kekuatan mental aku ..

Aku diajar dari dulu , jangan mudah mengalah .. jangan mudah putus asa .. berjuang sehingga wisel penamat ! Jika itulah yang ditakdirkan setelah wisel berbunyi , ya .. aku terima dengan hati yang terbuka ..

Sebab itulah , aku sekarang berada di depan dan ingin terus berada di depan walaupun ada yang cuma mematahkan perjalananku ini .. namun MAAF ! AKU takkan berhenti dan berpaling ke belakang !

OVER ? POYO ? Katakan apa saja .. sekurangnya aku dah buktikan di sini ... aku berada di tempat yang mana aku nak berkat usaha aku serta sokongan rakan rakan .. jika aku bergerak hanya menggukan sebelah kaki dan sebelah kaki lagi cuma mengesot , aku akan gunakan tangan aku sehingga aku mencapai matlamat aku ..

Jangan mudah mengalah ! Jangan mudah putus asa.. Apa beza aku dengan mereka ? Mereka berusaha sedangkan aku hanya berserah pada takdir ?? Oh tidak .. jika mereka boleh , aku pon boleh ..

Strategi memainkan peranan penting .. Walaupun REAL MADRID ada ramai bintang , walaupun MANCHESTER UNITED juara liga , strategi menyebabkan BARCELONA JUARA SEGALA JUARA !

FAHAM ? BUKAN CARA KU .. JIKA ALLAH MENGKEHENDAKI AKU TEWAS SESUNGGUHNYA AKU REDHA KERANA DIA LEBIH MENGETAHUI APA YANG AKU TIDAK TAU .. itu baru aku terima ... tetapi sebelum berjuang , aku  dah angkat bendera , Allah tidak sukakan hambaNYA mudah patah semangat ! Bukan ciri ciri ISLAM yang sebenar ...

Walaupun ini sekadar contest tapi ini juga menunjukkan USAHA TANGGA KEJAYAAN .. kecil tapi besar .. besar walaupun kecil ! Kejayaan aku bukan milik aku ...tapi milik rakan rakan aku yang menyokong dari mula hingga ke penamat .. Kalah atau menang bukan segalanya tapi yang penting SEMANGAT dan SOKONGAN ..

Ini yang aku terapkan dalam dunia blogging dan kehidupan semasa aku... Biar miskin dan hina tapi jangan sampai mengemis ! Jangan sampai meminta ! Aku berblog dengan menggunakan kreativiti dan semangat .. Ramai mengutuk dan ramai menghargainya .. Perlu aku amik berat pada mereka  yang mengutuk ? Lagi mereka kutuk , lagi kuat aku buat ! Sampai mereka bosan , aku senyum sendirian ..

Pergh.. Adun piliharanraya akan datang neh !! 

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

"Ben , y u femes "

Gulp ... pagi pagi orang tanya aku di FB soalan gitu .. Erk... aku cuma mampu jawab..

" Ntah "

Kemudian aku tanya dia balik ...

" Femeskah saya ? "

Dia jawab .. pergh.. cam lawan berbahas lak ..

" i don't know  .. "

Bla bla bla .. panjang gak la chat kat fb tu tapi sekejap gak la .. tak la sampai aku leh buat nasi beriani kat atas meja kan ... hehe..kira nak nak abis satu keping roti pon tak sempat la.. haa..gitu punya pantas ..

Dia tanya aku , kenapa dia update blog tapi tak ramai masuk pon ? Hurm... hurm.... maka aku jawab dengan ringkas ..

Sapa sapa boleh buat meniaga pisang goreng ... tapi berapa ramaikah yang mampu menjual pisang goreng serta menghasilkan pisang goreng yang berbeza dengan orang lain sedangkan pisang gorengnya dihasilkan dari pisang yang sama !

Bagi mereka yang gemar berfikir , mereka akan dapat jawapannya dan insyaAllah .. blog mereka akan pergi jauh .. itulah yang aku fikirkan selama ini .. dan aku dapat jawapannya ..

Semua orang boleh buat blog.. budak sekolah pon leh buat blog .. tapi ada 2 juta lebih blog dalam malaysia ni .. dan skang aku berada di no 194 ... jatuh setangga ... itulah lumrah kehidupan ... jap naik.. jap turun .. yang penting , jangan putus asa ..

Dan .. bagi mereka yang menyokong aku , aku harapkan undian korang membantu mengembalikan ke TOP 3 .. terima kasih ...

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Ehem.. dalam carian GOOGLE okeh ! hehehe.. Baru taip BEN , nama BEN ASHAARI dah terpacak kat situ sekali .. haaaa.. ni lah yang aku impikan selama ini ..

image

Baru taip nama BEN dan satu space .. maka itulah yang keluar..

image

Jika taip BEN A .. belum sempat abis.. dah keluar nama aku diatas nama BEN AFFLECK !!!  Perghh.. hahahaha..

image

Carian BEN ASHAARI  di google menemui hampir 1 juta link ... Pergh..

image

Carian BENASHAARI menemui lebih 1 juta link .. hurmmm

 

Dulu , aku selalu dok search nama aku .. Tu sebelum aku kenal dunia blog ni la .. Hurm.. selalu terfikir , camana la aku nk bagi nama aku terpatri dalam dunia internet ni yer ...

Aku google nama aku .. Yang keluar ? Tah apa apa yang keluar .. hurm... Tapi bila aku mula berjinak-jinak dengan dunia blog , baru aku dapat lihat nama aku terpacak di dada GOOGLE ! Dan ianya membuatkan aku tersenyum ...

Kajian begini yang senantiasa aku lakukan untuk menaikkan lagi blog aku .. samada da dari sudut trafik dan juga popularitinya .. Aku baru setahun lebih dan masih terlalu jauh lagi perjalanan ini , jika umur aku panjang ...

Aku bukan berblog untuk sehari dua .. Selagi aku bernafas , selagi jari ini mampu menaip , selagi otak aku mampu berfikir .. selagi itu BEN ASHAARI DOT COM akan terus hidup .. Over ? Lantak ar .. yang penting , bila di sebut BEN ASHAARI , mereka kenal .. Bangga ? Ya aku bangga.. tapi aku bukan riak .. Aku bangga kerana usaha aku membuahkan hasil ! Gila aku umpama gilanya saintis melihat bintang setiap malam !

Sendiri fikir la yer .. Kejayaan takkan datang bergolek..

Share
Tweet
Pin
Share
36 comments

 

Satu segmen yang aku buat semalam dan aku rasa kesannya , satu hari nanti .. Apakah segmen aku tu ? Ok .. tu korang leh rujuk kat SINI ..

Berbaloikah ? Kalau korang tanya aku semula ... jawapan aku , segmen blog list ni patut dipandang berat terutamanya bagi blogger blogger baru .. pertukaran link ni sebenarnya lama dah dibuat oleh blogger cuma biasanya dibuat antara dua blogger saja tapi kali ni aku cuba menjadi 'orang tengah' dengan menemukan blogger blogger yang berminat ...

OK.. gambarajah dibawah ni menunjukkan penyumbang trafik blog BENASHAARI.COM

image

Sebahagian dari lebih 4 ribu blog yang meletakkan link BENASHAARI.COM .. Hurm... Tak semestinya dengan meletakkan link kita di blog blog utama , akan menjamin trafik yang tinggi.. Sebenarnya blog blog yang masih 'kecil' dan baru juga adalah penyumbang trafik yang tinggi ..

Kekerapan update dalam blog juga mampu memikat para blogger untuk meletakkan link blog ke dalam blog mereka.. Di samping itu , promosi secara lisan antara blogger juga amat penting ...

Cara nak tackle , rajinlah update blog dengan entri yang menarik dan berinfomasi .. Mengarut tu boleh tapi biar kena pada masa dan tempat ..

Kalau korang cari blog blog yang berminat nak menukar link , korang leh rujuk kat SINI dan SINI .. aku jamin mereka ini pasti berminat untuk menukar link dengan korang ..

Tak cuba tak tau kan ? sampai bila nak blogwalking je kan walaupun blogwalking tu penting tapi kali ni korang blogwalking hanya untuk membaca entri dan bukannya promosi blog !

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Sekadar pendapat aku ..

Ada dua ... satu popular ni , tak perlu jual rupa atau fizikal... Satu lagi , korang tau la kan.. Haaa... Aku bukan nak perli sapa sapa tapi inilah kenyataannya ...

Popular kerana wajah dan fizikal.. yang ni ramai cuba buat ... Sapa yang bertuah , dia naik .. Sbb ada yang ada rupa , tapi tak dapat naik gak ... tapi jgn ingat pacak muka terus popular ! Mereka ada kekuatan pada entri mereka gak .. 1+1 = popular !

Dan popular bukan kerana wajah tetapi infomasi serta kreatif dalam entri ... Yang ni sebenarnya banyak tapi mereka berada dalam 'benua' mereka tersendiri .. Namun begitu , mereka tetap popular walaupun tak keluar dalam majalah !!

Aku bagi contoh blog blog yang tak perlu pacak muka tapi popular ... Tiffin Biru , Tubelawak , Borak Kosong dan banyak lagi .. Ini contoh contoh blog yang menggunakan segala sumber di sekeliling mereka untuk berada dalam populariti tersendiri ...

Ok ? Jadi blogger ada pilihan sebenarnya pada blog mereka sendiri .. Bagaimana ? Segalanya terletak di tangan korang sendiri.. Tapi kalau nak tau rahsia sebenarnya adalah KREATIF dan USAHA TANPA JEMU .. SABAR adalah PERTAHANAN yang cukup penting ... DOA adalah SENJATA UTAMA ..dan selebihnya adalah TAWAKAL ...

InsyaAllah ...

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

" Tolong klik iklan saya "

" Kalau baik hati , silalah klik  "

" Tabung masa depan saya "

Dan banyak lagi.. ini semua korang boleh nampak pada title setiap iklan yang dipasang dalam blog .. Kalau blog tu boleh bercakap , pasti dia suruh tukar  ! Kenapa ? Membuatkan dia seperti tiada maruah ! Apakah buat blog semata mata nak pasang iklan dari syarikat syarikat tertentu ?

Serius ! Kalau itulah harapan korang buat blog , korang buang masa !!  Ya , aku tau.. dapat la duit kan ? Tapi berapa sangat je ? Yang dok gembar gembur beribu ribu sebulan tu , korang ingat diorg dapat tiap bulan ke ???

Lainlah blog tu dah berusia dan cukup dikenali serta punya trafik yang sememangnya tinggi ! Itu mmg boleh menjana pendapatan yang boleh dikatakan berbaloi ! Tapi untuk mencapai tahap itu , pergh... korang kena ada dua ... satu bijak dalam arena teknikal blogging .. dua , cukup popular dan glamer dalam dunia blog ! Baru boleh menjana pendapatan setiap bulan ..

Apa maksud aku bijak dalam arena teknikal blogging ? Sesetengah blogger punya kemahiran dalam aturacara komputer .Dan ini membolehkan mereka menguasai teknik blogging dengan lebih mendalam..Blogger biasa jarang dapat menguasai teknik ini lalu disyorkan mempopularkan blog !

Populariti blog akan mengundang $$ ! Tapi bagaimana nak popular tu , satu hal lagi.. Ada yang kononnya nak popular dengan cara bijak tapi sebenarnya keji yakni dengan menjatuhkan maruah blogger blogger lain ! Yang ini tidak langsung akan naik sebenarnya .. Hanya syok sendiri dan menambah dosa ...

Aku amik contoh paling mudah blogger yag bukan selebriti tapi berusaha keras mempopularkan blognya iaitu .. erk.. sapa eh.. ada laa.. aku malas nak petik nama dalam ni ... tapi aku rasa korang tau la sapa kan .. haaaa ... Tapi tak semudah itu untuk naik !

Bukak mata ! korang buat blog ... ada banyak lubang untuk tarik duit di dalam dunia blog ini .. Kena bijak dan pantas ! Yang penting , jujur dan amanah .. Jangan sesekali menipu atau mengemis dalam blog korang ...

Seperkara lagi , tak semua yang korang dengar dan baca mengenai pendapatan iklan dari blog itu benar ...  Tutup mulut tu.. toksah ternganga .. okeh ?

Share
Tweet
Pin
Share
57 comments

 

Tu la.. aku dah ikut ... erk.. 2 episod.. hehehe .... dan hari ni , kembali membosankan ... hahaha..tu arr.. ini sudah membantutkan hasrat aku untuk menonton episod akan datang ..

Cukuplah 2 episod aku ikut dan tamo dah terikat dengan episod episod yang mendatar je .. Mungkin akan ada yang best pasni ..tapi udah udah la.. aku nak g gym.. aku g gym 6.30 - 7.30.. haa... balik terus solat okeh ! tak jauh pon rumah aku ngan gym.. 5 minit je sampai rumah .. jangan jadikan isu yer ..

Hurm.. episod hari ni tak best ... dan si Seth pon dah nampak 'kejantanan' sebenar bila menolak pelawaan isterinya untuk pulang makan malam bersama kerana ingin menyelesaikan kerjanya terlebih dahulu.. sedangkan dulu , pantang dengar suara isterinya , tak sempat suruh balik rumah , dia dah terpacat depan pintu.. huhu ...

Apa pon , tak kisah la.. kalau minat tu , tengok je la yer.. Bagi anak dara sekalian , toksah berangan-angan nak lelaki gitu yer ... tak de dah dalam dunia gitu.. tak kira apa bangsa pon ... nak wujud pon mungkin dalam status haram jer ... haaa.. menda tak dapat lagi , kan ? hehehe..

Ok.. tu jer la.. pasni nak layan gym balik .. malas dah nak tengok drama melayu petang petang .. rosak masa reakrasi aku inih ! ..huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
40 comments

 

DIGI -WWWWOW semakin hampir ke kemuncak.. hehehe.. lambat lagi nak abis.. 20hb Jun  penutup.. kemudian 8hb July untuk Top 3 ...

Dan aku ? Semakin hari semakin malas .. boleh ? Tapi rakan rakan tidak putus-putus memberi sokongan pada aku agar meneruskan perjuangan .. Terima kasih !!!

Pagi ni , aku tengok kat web DiGi , sesuatu yang diluar jangkaan berlaku .. heheheh... Apa dah jadi ??? Dulu diorng keluarkan command ORDER RESULT BY RANK .... dan hari ni , hilang terus ranking tu haaaa...

Huk aloh.. abis tu nak tau camana ranking terkini ? Hahaha... Bijak betul DiGi yer .. Nanti tiba masa , kita tak tau sapa yang terpilih...dan tiada sebarang bukti untuk mengetahui ranking pada saat akhir .. huhuh... bijak kan ? Tau tau je nanti , haaa.. keputusan di luar jangkaan .. huhu ..

Tak kisah la apa pon ... aku bukan mengharapkan kemenangan .. yang aku harapkan cuma satu jer ... sokongan korang semua .. ok ? Menang atau kalah , aku terima dengan hati terbuka.. hehehe .. okeh ?

Kalau rasa nak aku open table , segeralah undi aku yer .. hehehe...  G klik kat atas tu haa.. logo DIGI tu.. pada yang senantiasa mengundi aku , jutaan terima kasih yer ...  ;)

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Ok..bagi mereka yang belum join segmen ni dan berminat nak join , klik SINI .. Ok ... Dah buat entri tu ? ... jom kita mulakan ...

Sekali lagi aku terangkan yer .. Setiap blogger yang dah buat entri ini , secara automatiknya dah setuju untuk listkan blog blog yang akan mereka tukar link suka sama suka dan tiada paksaan ...

Caranya mudah saja ... pilih blog yang korang berminat untuk bertukar link.. tinggalkan komen di entri tersebut dengan menulis  " SAYA BERMINAT UNTUK BERTUKAR LINK DENGAN ANDA "

Tu saja .. dalam tempoh 24 jam , tiada reply di blog anda , bermakna blogger tersebut tidak berminat menukar link dengan anda.. OK ?

Jika dia berminat , maka dia pon akan ke blog anda semua dengan meninggalkan komen bertulis " OK .. SAYA BERMINAT ! "  .. Itu saja..

Kemudian , anda masukkanlah link blog blogger tersebut dalam bloglist yang sedia ada atau blog list yang baru .. Kalau aku , aku akan buat yang baru la.. senang nak tau .. heheheh...

Tempoh bloglist tu , aku cadangkan ialah 2 bulan .. dalam tempoh 2 bulan , korang boleh remove semua link kecuali korang tak nak.. ok ? Setuju ?????  jom kita gegar sekarang ..

Klik SINI untuk ke senarai blog tersebut .. Senarai akan dikemaskini dari masa ke semasa sehingga jam 11 malam ... Tutup segmen ini jam 10 mlm ...

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Amaran keras ! Jangan tipu untuk segmen ini .. Kejujuran diperlukan di sini .. okeh ? 

Memandangkan ramai sangat skang ni blogger baru , apa kata kita saling bertukar link blog antara satu sama lain ? Amacam ? Aku cuma jadi pengantara jer ...

Caranya mudah saja.. Setiap blog yang ingin join ni , perlu ada satu BLOG LIST yang baru ( bagi pengguna blogspot , sila add widget > blog list ) ...atau boleh je guna bloglist yang lama .. terpulang ..

Kemudian ,sila  pilih blog dari SENARAI BLOG yang akan dinaikkan nanti .. Dan tinggalkan komen di blog mereka dengan mengatakan bahawa SAYA BERMINAT MENUKAR LINK BERSAMA ANDA ...

Jika ada respon nanti dari blogger tersebut , maka masukkanlah link blog tersebut ke dalam blog list di blog anda .. Mudah kan ? Kira tukar suka sama suka laa..

Ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan trafik anda secara tidak langsung .. Ok ? Amacam ? Setuju ? tiada paksaan tau !! Haaa...

Jika berminat , sila buat satu entri ...

  1. Letak header Ben Ashaari Blog ...
  2. Tajuk : JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG dan linkkan ke blog ini ..
  3. Tinggalkan url entri korang di ruangan komen entri ini ..

Tu jer.. Sekali lagi , perlukan kejujuran di sini yer ... Tamo tipu tipu yer .. hehehe ... InsyaAllah .. kita sama sama saling membantu .. Bila dah siap semua , jgn lupa undi aku di DIGI tu yer.. klik je ikon kat atas tu .. hehe.. TQQQ ...

TUTUP : Mlm ni , kul 10 mlm ...tqqqqq

Share
Tweet
Pin
Share
238 comments

 

Alhamdulillah .. aku nak bagi duit , tak leh .. aku nak bagi hadiah pon tak leh ... aku nak bagi diri aku , lagi tak leh.. nanti jadi KHADAAMMM .. haaa... maka aku nak bagi sesuatu untuk para blogger blogger baru yang sering berkunjung ke blog aku nih haaa

Aku nak buka bloglist aku untuk 5 blogger terpilih saja ... Jeng jeng jeng ... Aku tak leh letak banyak banyak cam dulu sebab akan memberatkan blog aku.. Bila berat , aku gak kena kritik.. haaa.. bila aku kena kritik , aku sedih.. bila aku sedih , aku makan aiskrim .. bila aku makan aiskrim , aku cerita kat korang dalam blog ni .. Pastu korang kritik aku sbb tak jemput korang ... bila aku kena kritik , aku sedih.. bila aku sedih ... Huk alohhhhhhhhh .... senang cerita , makin lama makin berisi aku la nanti !! okeh ???

Ok .. jadi aku nak buka 5 blog saja .. Tempoh pencarian cuma 2 jam .. Bermula jam 2.30 hingga 4.30 .. ok ? Sapa bernasib baik , bergantung pada jawapan mereka .. hehehe ..

Caranya .. mudah jer .. cam biasa .. sila buat satu entri baru ...

  1. Letak header BEN ASHAARI BLOG ...
  2. Tajuk ... Saya nak boleh ?
  3. Siap ? tu jer ... Kemudian , tinggalkan link url entri korang di ruangan komen ini BESERTA .... ini yang PALING PENTING .... aku akan pilih berdasarkan jawapan korang ni ... KENAPA AKU PATUT LETAK BLOG ANDA DALAM BLOG LIST DI BLOG INI ? Jawapan tidak lebih dari 50 patah perkataan ... ok ?

Segera ... tutup 4.30 petang ni gak !!

Share
Tweet
Pin
Share
131 comments

 

Hurm.. satu perbincangan ringkas tadi melibatkan aku dengan officemate aku berkenaan si Rozita Che Wan yang dikatakan bercinta dengan Shahir AF ..  jap nafi , jap mengiyakan.. tau tau kawin... nyampah giler ngan dunia artis ni .. nasib baik tak kutuk blogger ... kalau tak ? Seluruh persatuan blogger mengadakan tunjuk perasaan dalam bentuk entri.. Haa...

Pastu sorang kawan perempuan ni cakap kat dia .. kalau dia , nak tak kawin ngan Rozita.. Dengan pantas dia kata tak nak.. Wat per nak kawin ngan janda.. dia kan teruna .. kena cari yang dara gak laa..

Huih.. tu diaa... aku nak jer sound.. tapi tak pe la... mungkin dia tak tau lagi kot.. Alasan dia tu betul... dia teruna maka yang layak untuk dia , adalah dara .. hurm... Yang janda tu , biar kawin ngan duda .. Pergh..

Kemudian aku terangkan pada dia.. Jgn pandang rendah pada janda .. Janda ni berpengalaman dalam rumahtangga.. Sama gak ngan duda .. Sekali dia bagi layanan , leh terlentuk woo si teruna tu.. Sebab tu ramai anak teruna 'tewas' dek penangan janda lalu bernikah dengan mereka ..

Maksud 'tewas' tu ialah tertawan ... Mereka ( janda dan duda ) ni berpengalaman .. tau kehendak pasangan masing masing .. Jadi , tak susah nak melayan segala karenah pasangannya .. Silap ari bulan , anak dara atau teruna pon 'letak jawatan' wooo ...

Bukti dah banyak.. ramai anak teruna kawin ngan janda .. Artis atau selebriti.. Ahli perniaagaan ..  Apakah semata mata kawin kerana nafsu atau kerana cinta mahupun kerana terpikat dek layanan tak berbelah bagi dari pasangan mereka yang lebih berpengalaman itu ..

Sbb tu , ada anak dara skang ni pon mudah tergoda ngan laki orang .. kenapa ? Sama je alasannya .. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

 

Gulp .. terkujat sat aku tengok bila ada orang tweet gini .. Aku baca berkali kali .. ada ke aku masuk suratkhabar ? Takde .. erk.. ada masuk majalah 3 ? takde gak ... haaaaaaaaaaaaaa.. aku tauu.. ni mesti ADUAN RAKYAT !! Hurm.. takkan 999 kot ? Ke Juvana ?? Ah , lantak laa..

Macam aku kata la kan .. blogger kan suka perbesarkan isu kecik.. hahaa.. kalau nak tunggu isu besar , susah la kan.. tapi ni isu melibatkan nama aku.. jadi aku nak perbesarkan la , boleh ?

Kalau Hanis Zalikah dah no 1 dan aku kalah .. ini bermakna aku no 2 ? Ke 3 ? ke 4 ? ke 5 ? 100 ? ke 100, 000 ?? Huk alohhh.. ada ke aku kisah ???? Takde pon kan ? Tapi aku kisah la kalau bab ranking kat ALEXA tu sbb berkait rapat dengan blog  dan SEO ..

Kalau takat ranking populariti ni , tak yah laa... aku tua dah woiiii .. berkedut dah muka nih aaa..... kalau popular pon , tak guna ... takde de aku nak berlakon dalam iklan shampoo tu haaa ... adeh ..

Dan perlu diingatkan , aku ni dah berumur .. nak bersaing dengan anak muda ni lebih lagi cam si Hanis yg terlebih dahulu berada dalam dunia blog ini malah sememangnya seorang selebriti , mana boleh .. cuba la ngan MAT GEBU ke.. UJANG ke.. ok la gak.. tapi ngan MAT GEBU pon tak boleh .. dia power rangers.. aku ben 10 jer .. kalah aku ..

Ok ok ... aku berblog bukan nak kejar ranking dalam Malaysia ni ( ALEXA tu lain kes yer ) atau nak glamer mahupon popular .. bagi aku tu semua bonus jer ... Yang keutamaan aku adalah , blog .. cukuplah ramai kenal blog aku , dah.. tak kira yang suka ada yang tak suka .. Haaa.. seimbang skit kan .. tapi aku tau , yang suka tu lagi ramai kan kan ?

Maka dengan ini , tolong kurangkan dosa korang dengan dok mencaci maki pada perkara yang tak sepatutnya korang buat.. Berdosa dan buang masa jer .. ada baiknya banjer aku karipap ngan teh o je.. kan lebih mulia gitu ...

Share
Tweet
Pin
Share
48 comments

 

" Kenapa perlu menderita kerana orang lain  .. Mereka bersedap sedapan , kita menangis siang malam ... ? "

Perhhh... ayat permulaan ... amacam ? Ok tak ?   LELAKI oh LELAKI .. ke patut aku kata JANTAN oh JANTAN  !! Manis mulut di bibir ..  skang ni manis di status FB mahupun TWITTER ... haaaa... pastu ada la anak dara tergoda.. mak dara tergoda... yang tak dara pon tergoda gak ... sapa susah ??

Ada seperkara yang biasanya JANTAN KABERET ni selalu buat.. Aku bukan nak merendahkan kaum aku sendiri tapi sekadar nak kaum hawa ni berhati hati dengan permainan jantan jantan yang tak berhati perut  ni haaa...

Bersedap dengan orang lain .. tapi ada simpanan khas untuk dijadikan isteri .. Kira untouchable la kiranya.. Kira untuk dijadikan isteri , dia simpan kemas ... tamo usik usik .. 'Dia' usik yang lain .. lunyaikan.. pastu sampai ..

" U , kita putus je la.. kita tak sefahaman , ok " ..

Kalau dia gentleman ,dia cakap depan depan .. tapi dia tau , perempuan akan teriak kat situ gak .. abis bercucuran air mata .. dan dia sebagai ROMEO ALREADY DIE , pastinya malu nak menghadapinya kenyaatan itu .. Maka , dia gunakan je SMS atau TWITTER mahupun WHAT APPS .. kira kalau guna BBM pon ok dah .. Takkan dia nak buat vlog lak kan ? Apatah lagi entri , kan ? huhu ..

Maka.. selepas putus gitu ... terkapai kapailah perempuan tadi .. dan dia takkan senang nak lupakan jantan tadi.. maklumlah , dah dapat segala madu ... takkan nak lepas gitu je kan ?

Pergh.. aku buat novel ke apa ni ? Imaginasi.. dasat .. tapi itulah hakikatnya .. Hurm ... camana nak buat atau nak kesan kes kes begini ??

Perhatikan segala tindak tanduknya .. catit sebarang perubahan .. masa , tarikh , lokasi.. haaa.. Kalau JANTAN tu tetiba je mesra ( ala ala SETH TAN tu ) ngan korang padahal dulu cam singa terpijak duri , mesti ada hal punyalah.. begitulah sebaliknya .. kalau dulu baik , tetiba garang , pon sama gak..

Senantiasa kaji perwatakan pasangan kita .. setiap perubahan membawa seribu makna... Sedangkan tanah berubah menghasilkan tsunami apatah lagi perangai pasangan kita.. bukan tsunami  woo.. silap silap kiamat bagi korang !

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Haih ..sian ...ramai attack dia.. aku pon sama gak attack dia .. heehhe.. tapi bila baca kenyataan akhbar dia HARIAN METRO , hurm.. baru aku tau la camana cara dia berfikir ..

image

KUALA LUMPUR: “Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan,” kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip video berbaur seks.

Gambit ketika dihubungi semalam, menafikan dakwaan bahawa klip video nyanyian Prema Yin dan dibintangi Shahz Jaszle itu tidak bermoral dan mengghairahkan.

Dia yang diminta penjelasan mengenai lakonan video klip itu lantas memberikan alasan video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.
“Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks.

“Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk menilai sama ada menerimanya atau tidak,” katanya.

Sumber : HMETRO

Nak baca lebih lebih , sila beli suratkhabar yer ... hahaha..

Hehehe.. nampak tak ? Jadi pemikiran dia tu , kira tahap luar negara laa .. tahap orang terdesak nak popular .. kot nanti MARIAH CAREY ke.. BEYONCE ke , leh amik dia jadi pengarah video klip dia akan datang .. Mana tau kan ? Kot kot la .. tak pon Maher Zain pon leh amik dia.. ajar sikit camana nak hasilkan video berkualiti bercirikan ISLAM memandangkan si GAMBIT SAIFULLAH tu Islam agamanya .. kan kan ?

Pasni gamaknya budak sekolah jangan tiru la adegan dalam tu dengan mengatakan adegan tu bukan lucah ! Tu sekadar adegan suami isteri yang bukan muhrim ..

Sian .. ok ? Jangan serang dia dah la.. sian dia .. bahagian kita dah lepas.. Ni bahagian pihak berkuasa lak  .. suruh nilai video tu .. sesuai atau tidak .. kalau ok , aku rasa ramai nak buat video tu tapi untuk pasaran luar negara la..

Cam jual ayam daging lak .. hehehe .. Haa.. kes Azwan dengan peminat K-POP , tak pe.. aku bukan K-POP .. Aiskim-Pop yer , tu aku.. hahaha...

Share
Tweet
Pin
Share
47 comments

 

Perlu ker ? Nak tapi tak boleh... bila nak jer ada tak kasi .. suruh teruskan .. hurmm ... dengan sokongan mereka yang tak berbelah bagi termasuk sudi meletakkan code undian serta membuat entri khas  , mmg membuatkan aku terharu ..

Entahlah .. sebagai membalas jasa diatas kesudian mereka tu , aku meletakkan link mereka di dalam blog list aku ... Buat masa sekarang , itu saja yang mampu aku lakukan .. InsyaAllah .. aku akan bantu mereka pulak satu hari nanti ..

Sebenarnya aku bukan gila sangat nak menang tapi bila mengenangkan ada yang punya beria ria nak menang , pergh.. takkan aku nak duduk nganga je setelah sebulan berkempen kan ?

Jadi , aku lancarkan gak la perang psikologi dengan yang berminat tu.. cuma aku lebih gemar buat dalam blog dan FB kerana aku seorang blogger .. hehehe... kan kan ?

Oh ya.. buat mereka yang sudi letak code undian serta mengundi aku setiap hari termasuk memberi sokongan , ANDA TERBAIK !! Teruskan mengundi sehingga 20hb .. pastikan berada dalam TOP 3 !

Apakah aku layak ? Korang yang tentukan .. bahagian aku sudah .. sekarang bahagian korang lak .. Undi sebelum tepuk dahi.. hehehe ...

Code banner  :

<a target="_blank" href="http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=220411091630655"><img style="border:0px solid black;" src="http://www.wwwow.my/Images/promote/8c.png" /></a>

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

Salam ..

Memula aku dengar kat berita di radio pagi tadi ..tapi tak berapa nak jelas ... dan skg aku di depan tv kat stesen erl Putrajaya .. hehe .. layan tv 3d weh ..hehe .. dari tadi asik color hijau jer .. rosak la tu ..huhu ..

Haaa... confirm ! Melaka diistiharkan Zon Bebas Rokok pada 15 Jun ini ... pergh ..bestnyaaaa.. mesti takde bau asap rokok dah pasni..yg ada bau asap kereta n bau orang tak mandi ..hehehe..guwau...

Apa pun , aku sangat berbangga dengan usaha kerajaan negeri Melaka melaksanakan pendekatan tersebut .. aku harap negeri-negeri lain jugak akan buat gitu gak ...barulah rakyat malaysia sihat sejahtera .. kan kan ...
Published with Blogger-droid v1.6.8
Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

image

Seperti yang korang nampak , BEN ASHAARI  DOT COM berada di tangga ke 4 ... hehehe .. Yang akan terpilih adalah TOP 3 untuk pusingan seterusnya ...

Aku tak nak merayu .. aku tak nak menagih simpati .. Contest ini adalah contest untuk undian paling tertinggi .. Sapa yang rajin berkempen , dan punya ramai rakan yang menyokong , dia yang akan menang .. kan kan ?

Aku ?  :) Cara aku lain  .. aku dah berkempen pada mulanya dan sekarang aku segan dah .. Satu sebab aku rasa blog aku punya kandungan entri yang biasa jer .. kalau menang blogger of the year , orang masuk baca , jadi segan lak.. takde apa yang menarik ! Malu aku.. huhu ...

Tapi segalanya terpulang pada korang la.. kalau korang rasa aku layak , maka jalankan tugas korang sebagai rakan dan juga sokongan pada aku .. Bagi aku , korang bukan peminat dan juga penyokong .. Korang adalah kawan aku dalam dunia maya dan dunia realiti ..

Kalah atau menang , aku tak kisah .. sbb .. korang leh tengok sendiri dalam senarai tu.. hehehe...  Menang , rezeki aku dan kawan kawan aku .. sbb duit tu pon , aku wat makan besar punya .. Award ? Takde makna bagi aku pon .. Blogger of the Year ? Hehehe.. layakkah ?

Kalau nak undi , klik je icon yang aku letak kat sidebar tu ... Kalaulah.. tak nak tak pe.. aku tak paksa pon.. hehehe ... Terima kasih ...

Pada yang sudi untuk memberi sokongan , boleh letak kod html ni di blog anda sehingga tamat contest ini ...

<a target="_blank" href="http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=220411091630655"><img style="border:0px solid black;" src="http://www.wwwow.my/Images/promote/8c.png" /></a>

Tinggalkan url blog anda sesudah itu... tqqq..

Share
Tweet
Pin
Share
56 comments

 

Terharu la siuttt...

image

Mesti korang tertanya tanya .. dalam entri mana dia komen ni kan ? Baca kat SINI ..

Alhamdulillah .. Ada gak kebaikkan aku buat blog ni kan ? Bila aku masuk baca blognya , entrinya-entrinya pon boleh tahan jugak ..  Walaupun masih baru , namun dah ada gaya tersendiri ..

Aku rasa satu hari nanti dia pon boleh g jauh dalam dunia blog ni .. sejauh mana tu , aku tak berani nak kata la.. segalanya terletak pada kemahuan dan semangat dia .. kalau dia inginkan kejayaan dalam dunia blogging ni , dia kena kental dan kreatif.. usaha dan juga bijak .. sabar dan bersemangat waja ...

Jom tengok blog dia ... SINI

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

Apa ??? Sex education ? Adehhh.... Haaa.... jgn tak tau ... jgn ingat lelaki je tengok video lucah !! Tak caya ? Cer check komputer kawan perempuan korang yang belum kawin dan muda lagi.. haaa...

Yer.. bukan semua .. begitu gak ngan lelaki ..tak semua lelaki simpan video lucah dalam komputer dia .. Buat yang tak tau , suwey wooo.. hahaha.. Haaa...

Ada yang malu eh ? Betul kan ? ada kan ? Haaa... jgn la gitu.. 'awak' tu perempuan .. jgn kotorkan otak dengan menda menda gitu.. Hitam hati 'awak' tu nanti .. asik dok pk menda tak senonoh jer..

Kesannya ? Ada gak nanti yang buang anak merata rata akibat tak tahan dek nafsu tu haaa.. Kena pulak ada yang dok bercouple.. ditambah perisa dengan tengok menda sebegitu rupa , akhirnya terbabas makan diri .. tepuk dahi .. tak guna satu sen pon nanti !

Amik tindakan segera .. jgn menyesal di kemudian hari ... OKeh ? Ni pon nasihat buat adik adik lelaki tu haaa... jgn fikir dah bersunat , leh tengok menda menda gitu !

Diriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri r.a., bahwasanya Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki lainnya dan janganlah pula seorang wanita melihat aurat wanita lainnya. Janganlah seorang lelaki berkemul dengan lelaki lain dalam satu selimut dan janganlah pula seorang wanita lain dalam satu selimut,” (HR Muslim [338]).

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

X-MEN laaa .. makin lama makin best giler filem X-MEN ... Jumaat lepas , aku ( n wife )g tengok movie dengan UJANG n YanaMib ( laki bini night ) kat ALAMANDA ... huhu ...

Pada mulanya , aku jemput Ujang n wife dia ke rumah aku malam tu untuk layan bersama Maharaja Lawak .. Bila aku bagitau niat aku kat wife , dia kata adik dia pon datang singgah malam ni ... Ergk.. terpaksa kensel ngan ujang .. huhu.. sori bro.. next time eh .. buat makan makan sekali eh.. hehehe ..

image

Ticket dibooking melalui member aku .. hehehe.. Thanks bro.. hurmm.. tengok jam 12.45 malam punya .. lewat tuu.. maka pastinya aku tidur kejap dulu ...

Dan sampai masanya ... Hurm.. g layan .. Aku ingat cerita dia ok ok je la memandangkan nak cerita pasal bagaimana PROF X dan MAGNETO berjumpa .. tapi bila dah mulaaaaa jee... Perghhh... Semua watak aku minat kecuali GAMBIT MALAYSIA jer .. tu palsu punya... suruh tukar nama je.. GAMBIR MALAYSIA .. boleh ?

Apa yang aku boleh kata , MABELES !!!! SANGAT BERPUASHATI dengan X-MEN dan aku pastinya akan mengumpulkan kesemua koleksi X-MEN yang original !!

Bagi yang belum tengok tu , ada baiknya g layan .. takkan rugi punya weh... dari tengok KARAK tu.. hehehe.. bukan anti filem melayu tapi sekadar pendapat .. maklumlah , kena bayar.. kalau free tu , best la gak kan .. hehehe ...

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Walaupun dah kata tutup , masih ada yang antar segmen mereka .. tapi tak pe la.. aku layankan je .. tapi ni last yer.. pasni tak layan dah .. huhu .. Link

  1. http://jellybeanslicious.blogspot.com/2011/05/segmen-ben-ashaari-redah-blog-baru-jer.html
  2. http://songsboutlife.blogspot.com/
  3. http://kisahakizz.blogspot.com/2011/05/ben-ashaari-redah-blog-baru-jer.html
  4. http://mycutepupu.blogspot.com/2011/05/ben-ashaari-redah-blog-baru-jer.html
  5. http://ciceloteh-matapanda.blogspot.com/2011/05/ben-ashaari-redah-blog-baru-jer.html
  6. http://lovediarynur.blogspot.com/2011/06/ben-ashaari-redah-blog-baru-jer.html
  7. http://yanipunyerbelog.blogspot.com/2011/06/ben-ashaari-redah-blog-baru-jer.html
  8. http://operasihitam.blogspot.com/2011/06/ben-ashaari-redah-blog-baru-jer.html
  9. http://iejais2325.blogspot.com/

Hurm.. sapa rajin ? g la godek .. kot leh buat BFF .. Bukan buffalo laa.. BEST FRENCH FRIES daaa...

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Abis sudah cuti kita .. bermula kembali hari hari yang cemerlang.. InsyaAllah .. dan aku , walaupon orang kata jangan pk negatif .. tapi aku dah tau apa yang akan lalui pada esok hari dan hari hari berikutnya.. Apa nak kata , terima je hakikatnya ..

Semalam , aku ke rumah adik ipar aku nun di Sg.Buloh .. Sesampai je kat sana , aku pandang ke rumah besar yang ada di depan rumah adik ipar aku ..

" Tuan rumah tu dah jual kereta bmw dia dan skang guna viva jer .. "

Aku terkejut .. Hari tu , dia boleh dikatakan manusia yang cukup bertuah .. Bekerja sebagai guru tapi dia buat keje part time dan MELETOP ! Kaya terus wooo .... siap beli dua tiga bijik kereta .. rumah lagi.. Yang rumah sebelah dia pon dia sapu gak. .siap ubah buat banglo ..

Dan kini , kesemua hartanya dia jual kembali.. Dan dengarnya dia disaman sehingga berjuta ringgit... kenapa tu ? aku rasa tak perlu la di ceritakan dalam ni .. Cuma moralnya , bila kita di atas ... jangan terlalu lupa diri.. beringat sebelum kena ..

Dan satu perkara lagi yang melibatkan kaum wanita .. Maaf yer..aku bukan nak jadikan isu jantina.. Aku lelaki .. dan aku pandang ialah wanita .. kalau aku pandang lelaki , sah sah aku gay kan ? Haaa...

Zaman sekarang ni , terlalu ramai wanita yang cantik rupawan .. Serius.. Aku sendiri pon kalau ikut nafsu syaitan aku , mau je aku jadi cam maharaja India dulu dulu .. banyak je gundik-gundik gitu .. hahahaha.. aku guwau jer laaa... mana bisa ! huhu ..

Haaa.. sambung .. Tapi kan .. berapa ramaikah yang ingat akan hari tua nya ? Mereka seolah olah begitu angkuh dengan kejelitaan mereka.. begitu gah dengan bentuk badan yang mengiurkan ... Mereka tak pandang ke mereka mereka yang pernah satu tika dulu begitu anggun dan jelita tapi sekarang ? hurm.. aku tak perlu sebut nama sbb pastinya akan mengaibkan mereka.. Cuba fikir sendiri ..

Kecantikan dan keanggunan badan tu anugerah Allah .. Allah dah beri maka pandai pandailah kita .. eh.. korang korang menjaganya .. Jangan dirosakkan dengan calaran dosa dosa yang mungkin satu hari nanti merosakkan hati dan jiwa ..

Harta dan rupa , kedua duanya tidak kekal .. tapi jika mengunakan dengan bijak , ianya kekal ke akhirat kelak.. Fikir fikirkan ... ek.. aku pon nak pk gak nih ...

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

image

Gambar dari MAS AHMAD SAFWAN FB (link )

Aku malas nak melatah atas segala komen makhluk halus tak bernama ni .. sbbnya terang terang kita tau , dia yang bajet diri dia bagus apa bila mengkritik blog orang ..

Mungkin dia rasa meluat tengok vlog atau entri aku yg mungkin ada keluarkan tips mengenai blog .. tang mana meluat tu , aku tak pasti la tapi yang pasti dia meluat la ..

Aku tak nak pertahankan apa apa .. Apa yang aku boleh tulis ialah , kalau rasa nak ikut , ikutlah... tak nak ikut , boleh g cari kat blog lain .. Lain blogger lain caranya .. cara aku mudah jer... tapi kena kerja keras ..

Yang penting ialah jadi diri sendiri .. tak perlu jadi ANON atau SETH TAN .. okeh ? Dan jgn lupa , cermin diri sendiri.. Sekurang-kurangnya aku dah buktikan pada mereka , di mana tempat aku sekarang .. Yang bersuara sumbang tu ??? Bukti ? Meh SINI ..

Aku bajet bagus atau dia kelam kabut ? Cuma apa yang aku tau , ni ANON , mesti sekolah tak abis lagi .. ciri ciri budak tak cukup ilmu dan belum sunat ...

" Bila MELAYU sesama MELAYU bertelagah , bangsa lain senyum sindir .. patutlah yang maju beberapa kerat jer .. yang lain saling tarik menarik agar sama sama menyangkung .. "

Share
Tweet
Pin
Share
41 comments

 

Huk aloh .. tersengih aku tengok mamat tu ... Aku ingat aku sorang jer perasan ... Rupanya mamat sorang tu pon perasan gak ... Apakah mmg satu trend skang ni supaya suar dalam mereka boleh disaksikan oleh orang ramai ?

Kejadian yang berlaku di depan mata aku tadi sewaktu aku memandu pulang ke rumah aku nun di Putrajaya .. Kebetulan ada sebuah motor memotong aku .. huk aloh ... seluar dia ! Tu diaaa.. nampak boxer dia terang terang haaa... Kemudian dia potong satu mamat ni .. mamat ni pon perasan sbb dia terus check seluar dia .. huhu ..

Haih... sampai gitu sekali ... nasib baik pakai boxer .. ada pernah aku terlihat dengan mata kepala aku sendiri la.. yang ni perempuan ! Amik kauuuu... aku nak je tulis kat sini tapi segan lak .. haaa... kira mmg nampak laa.. biasa kalau perempuan , diorg ( bukan semua yer ) gemar tunjuk lurah kat depan tu , tapi yang ni tunjuk kat belakang lak !! Huhu... maaf la yer .. Nak aku teruskan je kata kata aku ni tapi tak perlu la..

Tolong la yer .. jaga skit pakaian tu... samada sedar atau tidak .. sengaja atau tak sengaja , senantiasa periksa seluar kita tu haa.. kalau tak ??? Samada lelaki telan air liur atau termuntah hijau !.

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments

 

Untuk bulan JUN 2011

  1. beautifulnara.com (alexa : 62/12019, PR3)

  2. oh!bulan.com (alexa : 129/24524, PR3)

  3. blogserius.blogspot.com (alexa : 138/27501, PR2)

  4. papagomo.com (alexa : 190/42637, PR3)

  5. benashaari.com (alexa : 195/56848, PR3)

  6. oh!artis.com (alexa : 213/54984, PR4)

  7. milosuam.blogspot.com (alexa : 235/44018, PR2)

  8. myresipi.com (alexa : 237/44698, PR4)

  9. cikepal06.blogspot.com (alexa : 238/58261, PR3)

  10. amanz.my (alexa : 262/55593, PR2) 

Sumber: SINI

Dan hari ni aku ke tangga 193 dalam Malaysia .. huhuh.. naik 2 tangga setelah jatuh kembali ari tu .. hehehe ...

image

Satu kepuasan tergambar di wajah aku.. apatah lagi bulan ni pon

image

Terpacak wajah blog aku di dalam majalah IN TREND setelah mereka mengatakan blog aku ini tiada infomarsi sebaliknya kata kata yang tertera dalam majalah itu berlainan dari apa yang diprovokasikan mereka yang sememangnya tak suka akan blog aku ni ..

HEhehe.. kenapa ? Lu pk la sendiri ..

Share
Tweet
Pin
Share
38 comments

DSC_0131

Papan tanda menunjukkan arah dua bangunan kementerian yang terletak bersebelahan ..

DSC_0132

Yang ni , Kementerian Pengajian Tinggi yang terletak di sebelah kanan ( jika berdiri mengadapnya )

DSC_0133

Sebelah kirinya , bangunan Kementerian Pelancongan Malaysia ... Hehehe ...

Apakah kaitan dengan aku ? Jeng jeng jeng.. aku keje kat Kementerian Pelancongan dan wife kat Kementerian Pengajian Tinggi .. Pasni g keje , save laaa duit transport .. Banyak wooo .. Mau mau dekat 500 gak laa ..

Dan.. makan pagi ngan tengahari sah sah bersama jer.. hahahaha..adehh... Oh ya.. pastinya ada antara korang nak tau kat mana bangunan ni .. Erk.. kat PRECINT 6 ... kot ? Ke 5 ? Aiseyman.. aku kata dah .. bab nombor ni , aku mmg gagal.. tak caya , cuba tanya berapa no tel aku ! mesti aku tak ingat punyaaa .. hahaha ..

Kementerian Pengajian Tinggi , dah abis pindah ( mula pindah 2 minggu lepas ) dan Kementerian Pelancongan akan mula berpindah bulan 7 nanti ..

Persoalannya , berapa lamakah aku akan berada di sana ??? Hurm ...

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

image

Alhamdulillah ... terima kasih atas sokongan rakan rakan selama ini .. Hari ni genap sudah 15 ribu FOLLOWER RASMI BEN ASHAARI.COM .. yang tak rasmi , tak tau berapa jumlahnya .. heheh ..

Tak kisah la berapa pon jumlahnya .. Kita buat blog buat nak kira berapa ramai pengikut tapi nak tau berapa ramai pembaca kita .. Kenapa ? Kerana jumlah pembaca memainkan peranan penting dalam menghasilkan entri entri yang lebih berkualiti ..

Kenapa aku kata gitu .. biasanya mereka yang baru buat blog akan patah semangat bila tiada pembaca walaupun entri mereka berkualiti.. Bila dah jadi gitu , ramai yang mula menghasilkan entri yang rendah kualiti dan akhirnya jadi mengarut dalam blog .. last last , tutup blog ... hurm ...

Blog yang ramai FOLLOWER belum tentu blog yang bagus , kan ? Tapi sebenarnya blogger tersebut yang salah.. Bila ramai FOLLOWER , blogger sepatutnya mengambil kesempatan dengan menghasilkan entri yang lebih berkualiti serta berinfomasi ..

Apa pun , segalanya terletak pada blogger itu sendiri .. Bagus atau tidak blog tu , pastikan blogger senantiasa membuat kajian terhadap blognya dengan mendapatkan pandangan dari pembaca setia dan juga pembaca yang kali pertama singgah di blog kita ..

Yang penting , berblog dengan gembira dan aman ! PEACE BEBEH !

Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

Perasan atau tidak , drama melayu semakin ada peningkatan.. Alhamdulillah.. para penulis skrip cuba bersaing dengan mutu drama dari negara negara jiran dan ianya menjadi...

Cuma .. drama tu boleh menjadi spoil jika pengarah dan pelakon tidak benar benar prihatin mengenai MEKAP di setiap babak .. Bayangkan la, dalam babak nazak kat hospital pon , pelakon yang terbaring atas katil .. BERMEKAP walaupun nipis !

Bandingkan dengan drama drama dari luar negara ... mungkin mereka juga mekap tapi tak nampak langsung ! Haaaa.. aku bukan nak kritik .. tapi cuma nak bagitau je la..

PENONTON skang ni bukan tergedik nak tengok pelakon yang cun atau hensem je ! Kitorang dah lama pandai menilai drama atau filem .. Dan jangan lupa , PENONTON skang boleh mengkritik atau memuji secara terbuka di dunia maya yang mana penggunanya hariannya mencecah jutaan ...

Sila prihatin dengan pelakon anda , wahai pengarah .. takat pacak muka cun atau hensem , kitorang rela tengok CSI ulang tayang minggu lepas punya !!

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Terima kasih PUTERI KATEK ... senarai seterusnya ...

48. http://espada4amin.blogspot.com/2011/06/saya-blogger-hijau-yang-cintakan.html

49. http://misschubbycheek.blogspot.com/2011/06/saya-blogger-hijau-yang-cintakan.html

50. http://zippomiller.blogspot.com/2011/06/saya-blogger-hijau-yang-cintakan.html

51. http://ashafanie-mylife.blogspot.com/2011/06/saya-blogger-hijau-yang-cintakan.html

52. http://aizamia3.blogspot.com/2011/06/saya-blogger-hijau-yang-cintakan.html

53. http://drabell.blogspot.com/2011/06/saya-blogger-hijau-yang-cintakan.html

54. http://akusukajadiadik.blogspot.com/2011/06/saya-blogger-hijau-yang-cintakan.html

55. http://pesahabatanbulanbintang.blogspot.com/2011/06/saya-blogger-hijau-yang-cintakan.html

56. http://udy7.blogspot.com/2011/06/saya-blogger-hijau-yang-cintakan.html

57. http://solomolo.blogspot.com/2011/06/saya-blogger-hijau-yang-cintakan.html

58. http://schuchangokngek.blogspot.com/2011/06/saya-blogger-hijau-yang-cintakan.html

59. http://sweetsour93.blogspot.com/2011/06/saya-blogger-hijau-yang-cintakan.html

60. http://nureenina.blogspot.com/2011/06/saya-blogger-hijau-yang-cintakan.html

61. http://fadzli-rt.blogspot.com/2011/06/saya-blogger-hijau-yang-cintakan.html

Yearghhh ....

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Mmg betul pon.. itu tak dinafikan .. Kenapa blogger suka memperbesarkan isu kecil padahal takde apa pon !! Grrr... aparaaa blogger nehhh .. patut la ramai menyampah dengan dunia blog ni !!

Ehem... silap tu !! Blogger bukan persatuan .. bukan syarikat .. bukan organisasi atau badan kerajaan .. Blogger adalah individu ! Apa yang diluahkan oleh blogger , adalah kata hatinya ..adalah dari akal pemikirannya .. Takde sapa paksa.. takda sapa suruh.. apa yang dia nampak , dia fikir .. itulah yang dia luah  !

Kenapa perkara kecil diperbesarkan  di blog ? Kerana dia ingin menyampaikan pendapat dia .. mana la tau pendapat dia memberi 'bantuan pernafasan' buat 'mereka' yang memerlukan ! Sapa tau kan ? haaa..

Cuma yang tak patut berlaku ialah dari segi penyampaian.. Tang ni ramai blogger patut amik berat .. Tau la tu blog korang .. korang leh tulis apa saja .. tapi kena la gak berhemah.. jgn main suka tekak jer memaki hamun dalam tu ..

Bagi aku , blogger kena jaga identiti dan maruah diri .. jangan semata mata nak dapatkan hits yang tinggi , segalanya dijual .. tak berbaloi langsung !

OK ? Jadi kesimpulan bagi aku .. isu kecil atau besar , segalanya adalah pendapat individu .. cuma kena tau patut atau tidak , cerita tu dipost lagi ? Jika memudaratkan , lebih baik tak perlu ...

Senang je kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

 

Kerana JARI TENGAH , X-Men Malaysia popular walaupun tak layak mendapatkan 'pangkat' tersebut .. Ini kerana sejak isu Jari HANTUnya terseliuh sewaktu menyisirkan rambutnya yang ayu itu , dia telah menjadi popular kerana peperangan mental dengan blogger SeMalaysia .. padahal sebelum ni aku sendiri pon tak kenal dia ...

Lawak kan ? Seharian dok keluar isu begini .. macam macam blogger buat .. Aku tak tau la samada ada sesetengah blogger tu nak support atau nak curik trafik... hehehe .. Wallahualam ..

Aku ? Aku tetap amik tau gak sbb aku pon blogger .. Cuma bila aku baca kenyataan dia di Twitter tu , dia kata dia maksudkan blogger yang mengkritik video klip dia tu .. namun kesemua persatuan blogger di Malaysia sudah hangin satu badan.. Pergh... Kalau bersatu begini menentang pengkhianat negara , kan best !

Cuma la kan .. kita tau sesetengah artis tu , tak berpelajaran tinggi atau tidak berpengalaman dalam dunia hiburan ni apatah lagi dalam bidang perhubungan awam .. Dalam erti kata lain , tak tau nak berkomunikasi dengan orang lain .. Dengan ini , kita tau mamat tu masih lagi cetek pemikirannya ATAU dia terlupa seketika akan dirinya kerana terlalu geram ..

Masalahnya ... bila kita menyerang dia kembali malah ada yang siap marah marah , secara tidak langsung kita telah meletakkan level pemikiran kita sama dengan dia .. Kalau dia tak de otak dengan berkata demikian , camana pulak kita ?

Macam aku kata pagi tadi , buat dek je la... dia tak nak mintak maaf atas kata kata dia .. lantak dia la.. takkan nak letak pisau kat tengkuk dia untuk dia lafazkan kata kata tu ??

Hanya kerana dia mencarut pada blogger ? Bila dia carut , kita marah ... suruh dia mintak maaf.. Loh .. buat apa suruh dia mintak maaf.. kita teruskan kritik VIDEO KLIP dia.. itulah perjuangan blogger .. bukan hal remeh temeh seperti suruh dia mintak maaf... Kritik video dia tu.. itulah kelemahan dia ... dan itulah kekuatan kita sebenarnya .. Dan motif perjuangan blogger menentang dia ..

Penting sangatkah maaf dari dia ? Lepas dia mintak maaf , pastu ? Kita sorak gembira ? Bangga sbb retis mintak maaf kat blogger ? Aku tak bangga langsung .. sbb tak membuktikan bahawa memberi sumbangan pada pembangunan insan di negara ni ... Jika dia tarik balik video dia tu kerana ketegasan dan kritikan blogger , YEARGHHHHHHHHHHH... AKU BANGGA !!!

Fikir-fikirkan .. selain dapat duit , kita memberi sumbangan .. bukan mengejar populariti ...Part tu , bonus yer ...  ;)

Share
Tweet
Pin
Share
31 comments

 

Kebelakangan ni kalau tengok tv , pelakon pelakon perempuan terpaksa ikut skrip .. pakai tudung .. asal ada jobs.. bila abis 'keje' , hilang semua tu ... kan kan ?

Aku bukan nak kritik.. sapa la aku nak kritik bab aurat mereka .. Cuma apa yang aku nak bagitau , CANTIKNYA DIORNG SEMUA BILA MENUTUP AURAT !!

Apa kata kekalkan je kecantikan yang sememangnya Allah dah bagi tu.. yakni dengan menutup aurat sebenar benar menutup aurat .. kan lebih jelita ..

TIPS .. lelaki terliur bila tengok perempuan seksi.. nafsu meluap luap.. syaitan mengoda ... dosa berlipat kali ganda .. sapa ke neraka ? OK... bila tutup sebenar benar tutup yakni aurat mengikut sunnah , lelaki takkan terliur malah terlentuk abis melihat keayuan gadis gadis mahupun ibu gadis tersebut ! Lebih cantik dari seksi weh !! Yang keluar dari mulut pon , " SUBHANALLAH , CANTIKNYA DIA  .. SEJUK HATI TENGOK " .. dari " PERGHHH.. SEKSI GILER SIUT.. KALAU DAPAT ,SEBULAN TAK KELUAR BILIK ! " ...

Fikir fikirkan lah yer .. sapa sebenarnya yang menghodohkan dirinya sendiri sedangkan Allah dah beritahu cara paling mudah mencantikkan diri mereka ... kan kan ?

Semoga mereka diberi hidayah oleh Allah ...

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

image

Nak tau apa ceritanya ? Klik SINI

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Blogger tak diperlukan dalam pembangunan dunia hiburan .. mereka dah ada wartawan .. dah cukup untuk mempopularkan mereka .. Blogger tiada peranan langsung dalam industri hiburan ..

Benarkah itu ? Seperti kita lihat , ramai blogger suka buat entri berkaitan dengan artis dan juga review filem / drama .. Ada tak mana mana pihak hargai semua ini ?

Apakah blogger yang tehegeh hegeh mempromosi mereka ? Apakah mereka datang atau tinggalkan komen pada entri kita ? Ya , ada .. aku pernah dapat gak dulu .. hehe.. dari PRO IMAM MUDA 1 .. Mereka mengucapkan terima kasih atas review yang berikan ..

Bagaimana pula dengan artis itu sendiri ? Mereka heran sangatkah dengan blogger ? Blogger yang beria ria sangat ke ? Hurmm ... apakah blogger perlu terus memberi publisiti secara percuma ke para artis terutamanya yang tak reti menghargai segala usaha blogger mempopularkan mereka dalam dunia siber ini ?

Lihat pada Sahiezy Sam .. kerajinan dia berkomunikasi dalam dunia siber mendapat publisti meluas di kalangan pengguna internet terutama di TWITTER dan juga blogger ...

Fikirkan .. satu publisiti yang jujur dari blogger yang tiada nama dibaca lebih 100 - 500 pembaca pada setiap jam .. jika 100 blogger yang buat entri yang sama berapa ramaikah akan tau akan berita tersebut. seterusnya akan disebarkan melalui mulut ke mulut ( secara lisan ) ..

Dan jangan lupa , kuasa dunia siber skang ni amat kuat .. mampu mempengaruhi sesiapa saja ..

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes