BEN ASHAARI



 

“ Asyik tengok daddy memandu jerr ! Boring laa .. Nak gak memandu kereta sendiri kan ? “

Bak kata Mail Upin Ipin , “ Layan jerr… “ ..

Dalam kereta , asyik dia menguap dan keboringan .. Asyik tidur , tidur dan tidur .. Tak pun Upin Ipin .. huhu ..

Photo

aqhbn1`gv `11q ( tu Qhaliff yang taip.. sempat pukul curik bapak dia punya laptop ) ..

Photo

Akhirnya aku mengalah … Aku belikan jua untuknya !! Demi .. kasih  pada anak .. huhu

Daddy beli stering dan gear dulu eh .. Hon tu pakej .. Nanti tahun depan punya besday , daddy belikan tayar lak .. satu satu ek ? Pastu kita cantumkan , dapatlah Mercedes lampu biawak ! Haaa.. Lampu belalang zaman tu tak laku dah .. huhuh..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

poster 20x30

Tak lama lagi dah nak Raya dah. Setiap tahun aku pasti akan balik ke kampung di Kelantan untuk beraya dengan seisi keluarga di sebelah wife. Tak sabarlah nak meluangkan masa bersama keluarga di kampung. Kalau dulu tu memang susahlah nak bertemu dengan ahli keluarga yang lain melainkan ketika Hari Raya. Dengan adanya internet, kalau rindu dengan mak ayah mertua  di kampung tu bolehlah ‘video-call’ nenek menggunakan Skype.

Tapi, tak semua kampung ada capaian internet lagi. Ada sesetengah kampung yang masih takde internet. Untuk generasi muda-mudi yang sentiasa melayari FB, Twitter, Instagram mesti ramai yang akan kecewa dengan problem ‘no internet connection’ di kampung. Macam manalah kita nak update makanan raya kat instagram kalau takde internet? Atau tweet kat kawan “selamat hari raya”?

Berita baik buat mereka yang ingin senantiasa berinternet di Hari Raya Aidifitri nanti .. 24 jam dengan berinternet tanpa henti gitu .. Er , macam aku gak la.. hehehehe .. Apakah berita baik itu ? Hehehe ..

Sempena Aidilfitri , NEW Hotlink Internet Hot Ticket memperkenalkan UNLIMITED internet !! Maknanyaaaa , korang atau aku boleh melayari internet tanpa had dengan harga yang murah iaitu RM15 and dan boleh guna selama 15 hari ! Kiranya sehari RM1 ..

Kuota yang diberi ialah 500MB tapi bila dah penuh 500MB tu tak bermakna korang tak leh berinternet dah ! Masih boleh cuma kelajuannya tidaklah selaju sebelum itu tapi bagi aku , kalau guna untuk check FB sikit-sikit , Whatsapp ,atau Instagram, ok dah tu, kan ?

Kalau nak kekalkan kelajuannya , beli 2 Hot Ticket. Bila beli 2 , boleh tebus dan dapat FREE 2 piece KFC chicken ! Hehehe… Ok la kan ? Beli dan guna sewaktu raya nanti .. Macam macam nak upload gambar dan cerita di Timeline FB korang .. Jadi dah standby awal awal .. Tak de nak pening kepala dah ..

Tunggu apa lagi ? Dapatkan Hotlink Internet Hot Ticket di dealer yang berdaftar berhampiran anda sekarang ! Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke SINI ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

“ Ben , lama tak gi gym ? Apasal nampak lain je ? “.Sapa seorang kenalan lama .

“ Hehehe .. lain eh ? Nampak kacak ke nampak bertambah hensem ? “. Aku gelak kecil .. Saja bergurau dengan kawan lama yang terjumpa secara kebetulan sewaktu pergi rumah orang tua aku .

“ Aku lama dah tak gi gym sebab sakit siku. Tak tau la sbb apa. Tapi setahu aku ramai kawan kita yang sakit gitu. Alhamdulillah , sejak aku amik Ephyra .. ada perubahan pada sikut aku tu. Dari langsung tak boleh nak push up sekarang ni dah kembali pulih seperti dulu . Rindu pulak nak gi gym. InshaAllah , lepas raya ni aku gi balik la.. Haa.. Berat pon maintain je kan ? “ . Jelas aku.

“ Ephyra ? Apa tu ? Tak pernah dengar pun .. Halal ke ? Ada sijil dari Kementerian Kesihatan ? “ . Terpinga-pinga kawan tu.

Yelah .. orang lelaki yang gi gym ni mana amik tahu bab bab ni .. Mereka hanya amik produk untuk besar dan mantapkan badan je.. hehehe .. Maka , aku pun bagilah penerangan secara ringkas pada dia .. Kelebihan dan perlunya amik makanan tambahan ini memandangkan usia pun dah mula mencecah 30an .. hehehe ..

clip_image002

Selain sakit sendi yang aku rasa , perubahan yang aku alami amat terasa pada wajah . Terasa macam menegang pulak kulit muka. Memula tu aku tak terasa sangat la tetapi aku terperasan yang aku kerap pegang muka. Bila wife tanya , baru aku sedar .. Nak kata sbb produk lain , aku tak amik pon mana mana produk makanan tambahan sejak berhenti berehat dari workout di gym.

Bila aku bagitau kat wife yang terasa perubahan pada wajah aku tu , wife beria pulak nak cuba. Dan akhirnya , sekotak Ephyra untuk dia , dua untuk aku ! Hehehe.. Jangan usik !

clip_image004

Seperkara lagi yang membuatkan aku amik produk makanan tambahan Ephyra ( segelas subuh dan segelas lagi sblm tidur ) ni adalah sebab memudahkan pencernaan . Setiap pagi , senang jer aku buang air besar. Maklumlah , makan macam macam kan .. hehehe .. Dan segelas sewaktu sahur , mmg memberikan aku tenaga sepanjang hari untuk melakukan tugas tugas harian .. Tak rasa lapar pon !

Bab soal Halal dan Sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia , pastinya ada laaa ..

halal&kkm copy

Penting woo sbb banyak kes dah produk tak halal dan tiada kelulusan dari KKM .. Sebagai pengguna , kita perlu amik tahu hal ni ..

Berbalik pada wife yang dah mula amik Ephyra ni sebelum Ramadhan ari tu , ada aku tanya akan perubahan .. Hehehe.. Ok , dia jawab tak rasa apa apa pon walhal aku nampak perubahan pada wajah dia. Yelah , dia mana nak rasa kan ? Laki dia ni yang selalu tengok ..

Seperti mana aku , dia yang selalu jaga awal untuk masak makanan Qhaliff dan juga aku untuk sahur tak terasa lapar mahupun penat di siang hari waktu kerja ! Kalau sebelum dia amik Ephyra , asal masuk waktu lunch , dia dah lapar sangat .. Ni hingga ke waktu berbuka pon tak terasa lagi .. Dahaga tu biasa la kan .. hehehe ..

Ada satu lagi perubahan untuk aku .. Tapi segan la nak cerita kat sini. Buat lelaki yang dah kawin , apa kata try sekotak dan tengok perubahannya sendiri .. hehehe .. Serius , berbaloi.. hahahaha ..

clip_image006

Sejak dari tu , ke mana saja aku sekeluarga pergi .. wife pastikan Ephyra ni senantiasa ada dalam beg tangannya .. Maklumlah , dia kan pengurus peribadi aku .. hehehe ..

Buat pengetahuan korang , kandungan Ephyra ada Astaxanthin yang mana ianya mampu memulihkan kesakitan sendi , sakit otot dan arthritis. Pada masa sama ianya mampu mengurangkan kedutan dan garis halis serta meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit , menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri !

Apa beza EPHYRA dengan collagen lain?:

  • EPHYRA menggunakan kolagen ikan laut dalam jenis "white fish" yang hidup di laut dalam. Sebab ikan dekat perairan laut dalam ni bebas pencemaran. 

(Bukan sebarangan ikan yang mudah didapati di pasar seperti ikan tilapia, ikan keli tauuuu…)

  • EPHYRA menggunakan kolagen yg terhidrolisis. Kolagen terhidrolisis tu terdiri daripada pecahan asid amino yg kecik, yang mudah diserap oleh badan.
  • Kolagen dalam Ephyra mudah diserap - part ni yang paling penting. Tau tak kenapa ramai amik collagen tapi lambat nampak kesan? Sebab berat molekul collagen yg tinggi, so badan susah nak serap. Berat molekul collagen sesuatu brand tu diukur dalam unit DALTON (Da). It's not about how many mg collagen content, tapi how small the protein is. Semakin cepat diserap, semakin cepatlah nampak kesan kat badan.Fakta penting : Berat molekul collagen Ephyra = kurang dari 1500Dalton
  • clip_image002[5]

Size collagen EPHYRA = kurang dari 1500Dalton, sangat mudah diserap oleh badan. Sebab tu dgn minum EPHYRA kita dah boleh nampak kesan seawal 7 hari. Most collagen di pasaran sekarang 3-4 kotak pengambilan baru nampak kesan.

  • Kandungan kolagen EPHYRA cukup untuk keperluan badan. Badan manusia tidak memerlukan kuantiti collagen yang banyak sekali ambil tapi amount yang sedikit tp berterusan.Hati-hati ya kawan-kawan, Lebihan kolagen yang diambil boleh membebankan buah pinggang! Akibatnya, boleh buat kegagalan buah pinggang!
  • EPHYRA ialah skin supplement, (minuman tambahan utk kecantikan kulit) ,tetapi bukan kulit sahaja yang akan dapat manfaat. Ada macam2 lagi manfaat lain selain kulit jadi cerah dan anjal. Antaranya:-

✔Energy booster ~ Ramai yg beritahu, lepas minum EPHYRA kurang sangat2 rasa penat. Siapa yang mudah lesu mmg nampak kesan sbb balik kerja boleh terus bersilat kat dapur.

✔Rambut kurang gugur.~ Kuatkan akar rambut, malah rambut baru banyak tumbuh. Mmg betul pun sebab collagen kan stimulate hair growth.

✔Sistem pembuangan jadi lawas.~ bantu utk kawal berat badan. Ramai pengguna yang turun berat badan selepas minum EPHYRA

✔Kuku jadi cantik dan bersinar. ~rawat masalah kuku mudah patah

✔Cracked heel berkurang.~ tiada lagi masalah tumit merekah & kering

✔Lingkaran hitam bawah mata berkurang. ~ lebih sekata tona kulit

✔Mengurangkan sakit radang & sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut minum EPHYRA dalam sebulan mmg dah Nampak kesan, utk golongan tua, dah boleh berjalan laju & tunaikan solat dgn mudah.

Antara mereka yang berpuashati dengan produk Ephyra selain aku .. heee..

 

clip_image002[7]

Billboard yang terpampang EPHYRA di NKVE .. Bukti Ephyra bukan calan calan produk kesihatan !

clip_image004[4]

Sempena promosi Hari Raya , dapatkan  handbag organizer dengan setiap pembelian 2 kotak Ephyra .

clip_image006[5]

clip_image008[4]

Pastinya , Ephyra sangat sesuai utk aku dan aku cadang nak guna berterusan ..

Untuk maklumat lanjut, boleh layari

  1. website official - www.oceanlife2u.com
  2. facebook- www.facebook.com/oceanlife2u
  3. instagram : ephyra2u

Jika ada yang berminat nak mencubanya , korang leh hubungi :

Shema Zailan (012 647 9747) @ Cantikbersamaephyra.blogspot.com

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Rajin Nurul Nadiah hantar kad raya ni .. huhu .. Rasanya ni kali ke 3 kot dia antar .. Terima kasih yer..  Semoga Allah balas kebaikan anda..

Kali ni , kad rayanya ada isi .. khas untuk Qhaliff .. Untuk bapak kali , sila gi raya sendiri umah orang nanti yer .. huhu ..

Hurmm .. takleh bawak Qhaliff gi raya nanti laaa .. Dia je dapat .. Aku tak dapat punya nanti ! Mana boleh gini .. huh !

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Satu email yang aku terima .. Jadi buat mereka yang berminat , boleh email terus pada Cik Azlin utk mengetahui cara caranya ..

 

“ Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalamualaikum

Encik Ben,Saya, Azlin dari team Preloved for Charity ingin meminta jasa baik Encik Ben untuk menghebahkan tentang projek terbaru dari pihak kami.

Preloved for Charity merupakan suatu projek dimana anda semua boleh mendermakan barang barang kepunyaan anda yang masih elok sama ada baju,kasut,pasu bunga,mainan,dan sebagainya kepada pihak kami dan pihak kami akan menjualkannya semula.

Yang menariknya, pihak kami tidak akan meletakkan sebarang harga malah pembeli yang akan menawarkan harga yang mereka rasa berbaloi untuk barang tersebut dan wang hasil dari jualan tersebut akan didermakan kepada badan badan kebajikan atau mereka yang memerlukan seperti aman palestin, rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua, kanak-kanak hilang, tabung masjid dan sebagainya.

Tetapi minimum harga setiap barang adalah RM10 dan 10% dari harga setiap item akan ditolak untuk kos-kos pemprosesan dan penyeleranggaan. Kami menjalankan projek ini kerana kita semua memiliki banyak barang-barang terpakai yang masih elok dan sayang untuk dibuang tetapi tidak sesuai untuk didermakan..

Daripada barang-barang tersebut terus tersimpan di dalam stor dan rosak dimakan hari, kami mengambil inisiatif ini untuk membantu mejualkan semula barang-barang tersebut sambil dapat menderma kepada mereka yang memerlukan.

Buat masa ini,kami tidak memiliki sebarang laman sosial kerana kami ingin mengumpulkan dahulu barang-barang yang ingin didermakan. Apabila segala persiapan telah cukup, kami akan menghebahkan laman sosial yang akan digunakan.

Saya berharap Encik Ben dapat menghebahkan tentang perkara ini dan sekiranya Encik Ben atau sesiapa sahaja berminat untuk mendermakan sebarang barang yang masih elok, bolehla menghubungi pihak kami melalui emel di prelovedforcharity@gmail.com..

Jasa baik dari pihak Encik Ben saya dahulukan dengan ucapan terima Kasih.
Azlin,
Team Preloved for Charity “.

 

Terima kasih yer .. Semoga Allah berkati anda sekeluarga ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Tunggu subuh selepas sahur tadi .. Macam macam la aku buat agar tidak mengantuk .. Risau terlepas subuh jer ..

Dari dapur , aku kembali ke tilam .. Aku masih tidur di lantai beralaskan tilam dan toto yang tebal . Ini kerana Qhaliff buas dalam tidurnya.  Tak berani nak kasi dia tidur sorang sorang sbb dia dah berkali jatuh .. Tunggu dia bijak lagi , baru leh kasi .. eehe …

Bila aku sampai ke tilam , aku tercari Qhaliff yang mana aku letakkan dia di samping wife sebelum aku gi bersahur tadi . Dia tak de !! Aku berhati hati melangkah. Tercari cari dia dalam kegelapan ruang tamu ..

Huh ! Depan aku rupanya ! Nyaris aku tak pijak dia .. Kalau aku pijak ? Mau jugak aku masuk dalam  muka depan akhbar esok pagi ! Huhuhu.. Hot jugak aku nanti dalam blog blog picisan ..Blog hiburan tak mungkin la .. Hahaha ..

Nauzubillah .. mintak dijauhkan dari kejadian gitu aihhh ..Fikir bukan bukan !

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Bayangkan makan tengahari dengan kari ikan panas .. Nasi putih , sambal belacan , ulam .. Perghhhh.. pastu air kedondong original punyaaa .. Fuhhhh .. terliur siuttt ..

OK , menu baru di Restoran Lava Grill ni mmg membuatkan aku tak tahan lapar .. Terus aku kebas nasi wife dan makan setengah .. Lepaskan stimmmm .. hahahaha .. Legaaaa woo … tak tahan bau kari yang menusuk kalbu ni ..

Selain nasi , boleh gak makan roti John atau chicken wings .. Kalau tamo gak , leh pekena burger bakar ( ayam /daging / kambing ) yang semestinya menjadi daya tarikan utama di sini !

 

Gambar kat atas ni saja buat gini agar korang menumpukan perhatian pada entri aku ni ! Hahahahah .. kejam tak ?

Yang bawah ni , aku order lamb .. Hurmm .. pakat berebut gak la ngan wife ! Hehehe .. black pepper sos dia sedap ! Memang tak cukup ikutkan tapi dah kenyang sangat malam tu dengan pelbagai juadah yang dihidangkan pada kami .. Rujuk entri SINI ..

Lepas makan , ‘pegawai pegawai penyiasat tak bersijil ‘ gi ke dapur untuk melihat sendiri pembuatan juadah kami .. Tip top kata mereka .. Tu yang abis semua hidangan malam tu .. huhu ..

Qhaliff yang senantiasa mencuti hati kengkawan yang ada .. Bersama anak Pembawa Wacana . mereka menghiburkan hati kami yang kekenyangan seperti anaconda itu !

Bagi yg nak gi makan nanti terutama pada waktu makan tengahari , bolehlah ke sana  .. Alamat seperti di bawah ni atau mana mana restoran yang ada tulis LAVA GRILL BURGER .. hehehe .. tengok betul betul yerrr ..

Terima kasih E.Razman atas kesudian melayan kami dan belanja makan utk berbuka puasa kami ..

Alamat : Restoran Lava Grill Burger .

No. 15-1, Jalan 18/33A,.

Taman Sri Serdang,.

43300 Seri Kembangan

Selangor

HP: 017-2520031 (RAZMAN)

* cari je Balai Polis Sri Serdang .. Blakang tu jer .. Dekat dengan Kedai Hari Hari ..

Terima kasih Qaseh Dalia atas gambar yang cun tu.. Tak sia sia guna kamera Sony tu .. haahha..

Bagi mereka yang nak jemput team Kelab Blogger Ben Ashaari ni utk edisi Jalan Jalan Cari Makan , leh la email kat aku yer .. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Hahaha .. ada yang bagi komen gitu .. Aku tahu diorang bergurau jer .. Si Qhaliff ni , mmg gemar masuk ke dalam bilik atau mana mana saja asalkan atas sejadah tu ada aku ! Mak dia , tak nak lak buat gitu !…

Bila aku sudah , automatik dia berlalu dari situ. Semasa aku solat , dia main main dekat ngan aku .. huhu … Tu gaya orang solat la kot.. dok tengok aku ngan mak dia jer ..

Teringin dah nak solat kot ? Tapi perasan tak ? Budak budak kalau dengar azan kat tv , automatik diorang berenti bermain kan ? Huhuh.. Tumpuan penuh pada azan ..

Kita bila dengar azan ? Abiskan borak lagi .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Aku selalu terfikir camana laaa si Qhaliff leh sampai tidur ke carpet atau lantai .. Hurmm ..

Nak dijadikan cerita , baru jap tadi segala misteri terungkai .. Dia yang tidur tengah tengah .. antara aku dan wife .. terasa dia mengesot dari lengan wife , mengundur ke karpet dan seterusnya ke atas lantai !! Huk aloh.. dia sedar dia dia guna ‘gear undur’ ni ?? Huhuh..

Gambar lama..

Tergelak kitorang.. Terus terjaga .. dan aku terus gi solat.. huhu .. ada hikmah guna ‘gear reverse’ dia ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Kalau aku biar dia jalan , abis semua dia langgar .. Abis semua dia tarik .. Abis semua dia tegur . Jenuh gak nak kena ikut dia .. huhuuh .. Sabo je lahhhh ..

Aku dukung ? 10 minit ok lagi .. 15 minit ? Mula lenguh dah lengan aku .. Nak tak nak , letak dia dalam troli ni dan pasang Upin Ipin .. Sebelum tu kasi roti.. Diam jap ..Abis roti , mula ‘meronta’ .. huhu ..

Tengah sedap Qhaliff layan Upin Ipin , tetiba aku ditegur ..

“ Budak budak zaman sekarang ni .. Bagi Upin Ipin , diam terus ! Cucu makcik , gitu laa.. Kalau tak pasang kat tab , pasang kat handphone .. Dalam kereta pon , siap pasang dah skrin ..” .

Aku pandang tepi aku. Seorang wanita separuh umur tersenyum pada aku .. Aku membalasnya ..

“ Itulah makcik .. Kalau tak pasang , jenuh gak dia tamo duduk dalam ni .. Nak pegang memanjang , penat saya .. hehe .. “ . Jawab aku sambil melemparkan senyuman ..

Senyum dia .. kemudian dia berlalu .. Aku kembali pandang Qhaliff ! Abis dah hp tu dia main tekan tekan .. Kelam kabut aku amik dan pasang video sebelum dia kembali ‘amuk’ .. huhuh ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Justin Bieber ludah

Justin Bibiaq yang gemar meludah merata rata termasuk pada peminatnya !! Ini ke idola anda ? Oh , bukan .. Baguslah begitu ! Nasib baik laaaa aku tak pernah layan lagu dia ..

Manusia .. bila dah berada di atas , lupa sapa kat bawah .. Bila kat bawah , baru asyik teringat saat di atas ! Waktu tu , baru nak menyesal ?

Hurmmm .. sampah !

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

 

Antara movie yang aku nak tengok tahun ni .. Watak paling aku gemari dalam X-Men sbb hatinya yang kering serta kedegilannya tu .. Heheheh .. I likeee ..

Baru tengok tadi di Alamanda dengan blogger , MawardiYunus  . Amik tiket 1130 pagi .. tak ramai orang .. leh tengok dengan tenang .. hehhehe ..

Ok , best ke tak ? hurmm .. Berbanding filem Pacific Rim , aku suka lagi filem Wolverine ni .. sebab apa ? Sbb ada jalan cerita berbanding PR tu yang dipadatkan agar tidak terlalu lama sangat ditonton..

Ceritanya padat dengan aksi cuma sesekali tu , ada drama cinta .. Hehehe .. Tapi ok la .. tak meleret .. Berapa bintang ? Aku kasi 4/5 bintang ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Hehehe .. akhirnya , setelah setahun lebih .. Last jumpa masa aku buat makan makan di rumah aku , tahun lepas .. Sekarang , dah besar diorang ..

Semalam , dua dua ni buat Lava Grill Restoran ni serupa diorang punya ! Abis bergendang sana sini .. huhu ..

Sedap burger eh ? Hehehe.. ada lagi sedaapp .. nanti citer eh .. Bawah ni antara rakan blogger yang gi Iftar smlm ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Alhamdulillah .. Perancangan minit minit terakhir jadi kenyataan. Aku risaukan ramai tak jadi datang sebab aku dah booking tempat di Restoran LavaGrill Burger , Serdang. Tuan rumah  sudi open table buat kali ke 3 pada kami .. hehe.. Semoga Allah murahkan rezeki tokey LavaGrill , Encik. Razman .. juga bekas blogger ..

Memula ingat nak buat besaran-besaran yakni berbuka di dataran Putrajaya jer tapi macam ramai jer con 50-50 jer .. Maka , seperti biasa aku pelawa geng Whatsapp aku je la yg tinggal di sekitar Putrajaya, Bangi dan Kajang. Nak ajak jauh jauh , kang masalah dengan kesesakkan lalu lintas lak ..

Photo

Ituuuu pun ada jugak datang lambat ! Janji klul 630 petang , sampai kul 7 lebih ! Haihh .. Apa punya olaanggg daaa .. Janji tak serupa bikin .. Huhuh.. Aku la tuu.. Apa nak buat .. ada anak bini .. Nak kena settle rumah dulu baru leh gi .. 

Azan Maghrib berkumandang .. Maka kitorang yang berkumpul di Masjid Putrajaya , berbuka dengan kurma dan air yang dihidangkan di masjid dan menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum bertolak ke Restoran Lava Grill , yang tak jauh pon dari situ ..

Bla bla bla bla.. selesai makan, borak borak dengan En.Razman  yang turut buka gerai burger bakar di bazaar Ramadhan Putrajaya terlebih dahulu sblm beransur pulang tepat pada jam 11 malam ..

Apakah menu yang dihidangkan oleh Restoran Lava Grill ini ? Tungguuu espisod akan datang ..  Buat mereka yang tertanya tanya di mana restoran ni , ianya terletak dekat Balai Polis Sri Serdang.. Dekat dengan Kedai Hari Hari tuuuu .. hehehe .. Tak susah aihh nak mai sini ..

Antara blogger yang hadir tadi ialah , Que Achmad dan isteri , Pembawa Wacana dan keluarga , admin Fuh.my ,Nizam Ijam,  MawardiYunus , Shawn , Najeeb , Faizal Fredly , Dkna Abza dan tunang , Sueizza dan tunang , Qaseh Dalia , Yan Ty , Miezarx ,

Nanti sambung ehh .. Terima kasih rakan rakan dan maaf pada rakan yang nak join tapi terlepas pandang .. Huhu .. aku segan nak pelawa .. Yelah , projek kecik jer pon ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Akuuuuuu !!!!! Terima kasih anugerah yg tak terhingga ini !! Luv u olls laaahhh ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Atau usung keris ala ala zaman pendekar dulu dulu ? Atau memadailah dengan punya seni mempertahankan diri ? Segalanya untuk melindingi diri sendiri dan harta benda dari penyamun dan penyangak yang semakin berani buat kerja tanpa kira masa , tempat dan juga siapa mangsanya !

Sebelum sahur pagi tadi , aku sempat layan berpuluh video kes samaun , ragut , rompak bersenjata yang mana membuatkan aku mengelengkan kepala aja dan berisitighfar melihat segala kejadian yagng berlaku.

Kebanyakkan ketika kejadian , mangsa keseorangan dan tidak menyedari akan diperhatikan. Bila diserang , orang yg ada disekeliling belum tentu datang menolong kerana tak tau apa punca .. Bila dah jadi, barulah datang ‘bertanya’ dan terpinga pinga.. Hurmm .

Ada dua video yang membuatkan aku tersenyum. Yang pertama , sekumpulan geng berparang macam nak gi menyamuk atau lebih nampak macam nak gi bergaduh tapi bertempiaran lari bila mangsa mengeluarkan pistol !

Yang kedua .. yang ni ‘dol’ sangat penyangaknya .. Nak curi handphone di kedai .. Dia dok belek belek .. Pastu dia nak bawak lari hp tu .. Sekali hp tu kena ikat ! Apa jadi selanjutnya ? Korang tonton la sendiri kat link ni ! Hahahaha …

Ni nak raya , pastinya penyamun makin aktif . Jgn terlalu harapkan pada polis sangat .. Diri sendiri kena sentiasa beringat .. Kalau dah tau penyamun biasanya akan samun benda benda yang mahal , jangan pulak gi tayang di tempat terbuka harta korang tu .. Pehey dop ?

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Nai buat biskut raya sama sama .. hinggakan aku batalkan projek nak layan THE WOLVERINE ..

Bila sampai masanyaaaa... aku ngan Qhaliff tidurrr daa.. mak dia je buat sorang sorang .. hahahaha..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Anak jadi pelik tgk ayahnya .. Ayahnya nak kelihatan 'cun' utk Iftar bersama rakan rakan blogger petang ni .. heeee..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

 

Bakat Qhaliff terserlah dalam kedua dua bidang ni .. Dia pegang stering , automatik keluar bunyi kereta lumba .. Kalau dia gi dapur , automatik dia punggah semua abis mak dia punya set masakan ..

Jadi , aku plan nak belikan dia mainan.. Antara hok ada stering atau hok yang ada sudip ? Bukan nak ajar dia jadi ganas atau lembut tapi dari situ nampak dia punya kreativiti .. Apa dia nak buat dengan menda menda tu ..

Aku nak kasi lego , aku risau dia buat taman dalam perut dia ! Jadi tak mo la kasi dulu .. hehehe ..

Mana sesuai eh ?

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Ok , rezeki blogging bulan ni dan bulan lepas .. sangat sangat aku bersyukur. Kaya tu tak tapi lepas la nak hidup sekeluarga tanpa sekat apa apa ..

Bila dapat duit , apa yang perlu aku utamakan ? Hurmmm .. Mula-mula aku kena setkan bayaran hutang terlebih dahulu.. Kemudian ibu bapa dan keluarga aku. Jika ada baki , barulah aku guna untuk aku ..

Kalau ada banyak , banyaklah untuk semua orang .. Kalau skit , tak leh nak kata apa la .. Kasi tetap kasi .. Walaupun orang tua kita tak nak duit kita tapi sebagai anak lelaki , wajib kena bagi walaupun dah berkeluarga ..

Serius , aku tak berbangga langsung dengan apa yang aku buat kerapa apa yang aku buat sedikit pon belum dapat membalas jasa kedua orang tua aku ..

Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga.

Buat lelaki yang akan menikahi pasangannya , pastikan si perempuan itu maklum akan hal ini iaitu mana satu yang lebih penting bagi suaminya !

Tetapi si lelaki yang bakal jadi suami juga perlu maklum iaitu setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri.

Jadi , pandai pandailah berbincang dan memahami tanggungjawab masing masing ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Jangan tertipu dgn kecomelan.. Dia , sangat pantas buat kerja dan melarikan diri !!! Sebarang typo yg anda jumpa dlm blog mahupun laman sosial , saya disabotaj olehnya !!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Perghh .. marah sungguh rupa si Alvin ni .. Apa agaknya ‘pengajaran’ yg dia dapat semasa dalam penjara selama seminggu tu yer ? Tapi katanya , “ Nod bad” .. Aku rasanya sbb dalam Mstar tulis , ‘Tak teruk' .. Maka Not Bad la kan ? Hehehhe..

Jangan marah marah .. Sapa saja dalam negara ni atau mana mana negara sekali pon , kalau buat salah pasti akan dihukum .. Sapa sapa saja yer .. Tak tau la kot ada yang terlepas kan ? Tak pe.. atas dunia leh terlepas .. Akhirat punya mahkamah , siap ler.. Kaki tangan segala pancaindera jadi saksi ..

Takpe la.. harap pasni mana mana blogger atau pengguna internet ni , hati hati la dalam apa jua tindakan .. Silap silap , makan diri .. termasuk aku .. huhuh ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes