BEN ASHAARI



 

image

Terkejut ? Rilekss … Murah ? Rilekssss .. heehehhe …

image

Rambang bijik mata ? Yer .. aku tau…. aku pun ! Hahahahah .. Tapi aku nak pakai camana kan ? Heehee… Wife ? Nanti dia order sendiri laa..

sila ke web http://www.crazybeautysale.com/ terlebih dahulu. Ok… aku rasa korang lebih bijak dari aku bab ni kan.. Jenama So Susan dan Jelly Pong Pong ni rasanya ramai dah kenal kan ? Ok .. berminat nak beli ? Stok terhad ni.. Dibuka khas untuk rakan BA saja.. Kalau bukan rakan pon boleh je beli.. asalkan bayar.. hee..

Camana nak beli ? Mula mula klik mana mana pakej set yang korang nak.. Contohnya #2 .. klik pakej tu kemudian klik ADD TO CART ..

image

Kalau dah abis memilih barang .. sila ke bahagian atas web dan akan nampak di bahagian Cart ada nombor.. Tu tandanya korang dah pilih dan tunggu nak bayar jer ..

image

Klik Checkout !

image

Isi ruangan kosong tu yer.. Bila dah diisi , akan keluar berapa bayaran penuhnya .

image

Pastu …. pastu…. isi butiran peribadi anda dengan tepat yer ! Kang barang tak sampai lak ..

image

Pastu SUBMIT ORDER ! Selesai part order barang ..

image

Cara pembayaran ..

image

Pastikan nama , no akaun tu betul yer …

MAYBANK ( Lim Kah Yoong - AC NO: 114495002529 )

Kemudian  email slip kepada crazybeautysale@gmail.com dengan subject : kelabblogger ( nama ) . Jangan lupa letak ‘KelabBlogger' & nama’ agar melayakkan korang untuk memenangi lucky draw iaitu Samsung Tablet ( dalam masa 4 hari saja .. sehingga 31hb Ogos ! )

Pastikan segalanya betul yer. Simpan bukti pembelian untuk memudahkan urusan ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Jimat jika masak sendiri ! Pastinya ramai setuju , kan ? Alangkah beruntung dapat isteri atau suami yang pandai masak dan rajin nak memasak..

Sampai je rumah , terus masak untuk makan malam. Tak kisah la simple atau beraneka juadah .. Sebelum tu dia tanya aku dulu samada nak makan kat rumah atau makan di luar..

Semalam dah makan kat luar.. Hari ni , makan kat rumah je la.. Aku tak kisah la bab makan terutama sekali bila dah berpengalaman di luar negara… walaupun beberapa hari tapi dah cukup mengajar aku betapa nikmat beruntungnya aku lahir di negara yang cukup makmur ini.. Makanan bersepah di sana sini.. Segalanya mengiurkan ..

image

Masak bihun sup … Heee.. Tak banyak pon.. cukup untuk aku tambah sekali jer.. Alhamdulillah.. perut tak penuh ..

Photo

Rasanya , malam ni saja dah jimat RM40 .. heheeh.. Sekali keluar makan , bukan murah dik oii ! Nak kena makan dengan pantas lagi satu hal ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Baru baru ni , wife ajak aku gi ke Alamanda. Dia nak beli alat mekap. Katanya dah lama tak beli.. Abis dah.. Aku , ok jer. Takde masalah.. hehehe…  Belilah selagi mampu..

Esoknya , wife bersiap nak gi kerja. Dia mengadap depan cermin. Beria ‘mencontengkan’ dirinya.. Aku senyum jer.. Aku yang masih berkain pelikat sambil dukung Zahra berkata..

 

“ Wah.. beria mekap.. “.

“ Saja test mekap baru.. heee..”.

“ Oh.. ok la.. Tapi mekap lawa lawa ni , nak tunjuk kat sapa di opis tu ? Abang duk kat umah je ni.. jaga anak .. “.

Terus berenti dia .. Senyum. Dia paham maksud aku.. Heheheeh.. Takde la dia nak marah atau tersentap.

Bersiap ala kadar , asalkan kemas , berpenampilan .. memadai. Nak buat kerja pon , tenang. Takde la menimbulkan rasa kurang senang mana mana pihak di pejabat nanti.. kan kan ?

Kekadang aku terfikir laa .. Perempuan yg bersungguh bermekap ni , nak tunjuk kat sapa sebenarnya ? Ada yang kata nak berkeyakinan lebih tinggi.. Apakah tanpa mekap , tidak berkeyakinan ? Hurm… Bukankah bermekap over ni akan menarik perhatian orang lelaki seterusnya dia akan ‘mendapat’ masalah sendiri !

Ok.. hak masing masing .. Aku tak kisah .. Masing masing , ada' ‘penjaga’ .. Sapalah aku nak cakap pasal ni kan ?

Satu lagi .. Aku try gak mengayakan satu jenis gaya ni ..

Photo

Ternyata.. tak mudah nak jadi ‘perempuan’ sebenarnya.. Hingga ada yang ada jadi mangsa fesyen semata mata nak kelihatan anggun dan cun di mata .. er.. mata sapa ?

Tak perlu nak marah atau melenting.. Berfikiran logik la skit yer.. Bersederhana tu jauh lebih cantik dari mereka yang over berhias ..  Umpama pelita dengan bunga api .. bunga api ni kalau selalu tengok , lama lama jadi bosan. Tkde kelebihan pon.. Berbanding pelita.. nampak biasa tapi menerangi tempat yang gelap..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Hurm… ikutkan Jumaat ni , aku kena gi Taman Negara dengan kawan aku. Dia mintak aku promosikan pakej pelancongannya di sana. Hurm… Aku suka sebenarnya tapi sejak kebelakangan ni , aku sukar sungguh la nak tinggalkan mereka berdua ni..

Rasa lain semacam bila bangun tidur , diorang takde .. Hurm.. Kalau dah bersama diorang sejak lahir lagi.. jaga.. kasi makan.. tukar lampin .. hari hari !! Bila sehari tak buat gitu .. hurmm…

Teringat aku di Paris hari tu ..Tak sabar sungguh nak balik jumpa diorang ! 16 jam dalam kapal terbang , terasa berhari lamanya ! Ni nak pergi tinggalkan diorang 2 hari lagi ! Tamo laaa.. tak sanggup dah !

Baru aku tau perasaan seorang ibu bila anak mereka nak sambung belajar di luar negeri atau negeri orang .. Dekat sekali pun , tapi jauh di mata .. mmg mendatangkan perasaan yang .. rindu sangat !

Kensel gi Taman Negara !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Ada 8 potong pizza kambing ni.. 6 potong aku sorang je makan ! Serius , aku dah lama tak bernafsu makan gini sejak bulan puasa ari tu.. Kalau gi rumah terbuka pon , tak de selera makan ..

Tapi semalam, aku makan sekenyang kenyanganya ! Huhuhu.. Pizza kambing yang aku  gi makan kat restoran pak arab , Presint Diplomatik di Putrajaya ni mmg kegemaran aku sekeluarga andaikata bila teringin nak makan sesuatu yang mengenyangkan..

Harga pon leh tahan la.. Nak kata murah tu , tak gak la.. Nak kata mahal pon tak gak.. Semalam makan pizza , briyani kambing sepinggan , air tiga gelas .. tak sampai RM50.. Mahal ? Kot .. tapi berbaloi..

Sesekali , boleh laa kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Set pembelajaran Islam untuk Qhaliff.. Asas tapi menarik !

Aku baru sempat bacakan buku The Way to Jannah bersama Qhaliff.. Ternyata dia diam dan memberi tumpuan. Buku ni tak banyak tulisan yang membuatkan kanak kanak boleh beri tumpuan selain dari gambar serta warna yang menarik untuk menarik minat mereka melihatnya ..

Aku disyorkan oleh mereka mencuba buku Phonics Junction for Little Muslims . Aku rasa Qhaliff mesti suka sbb dia mmg dok layan kaedah pembelajaran gitu di youtube. Sambil main , mata dok tengok tv… dalam diam dia ikut.. heee…

Nanti aku bagitau lagi kat korang eh.. Apakah Qhaliff minat atau tidak terhadap buku buku ni.. InshaAllah dia akan selalu bagi kat aku untuk sama sama membacanya..

Terima kasih Umm Waliyya.. Jika berminat nak mengetahui lebih lanjut mengenai produk yang terdapat di butik mereka , sila kunjungi ..

FACEBOOK : https://www.facebook.com/byummwaliyya

Instagram : www.instagram.com/byummwaliyya

web : www.byummwaliyya.com

atau email ke ummwaliyya@gmail.com

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Kul 3 pagi.. aku terjaga .. Tidur awal semalam  sejurus balik dari Alamanda. Terlalu penat badan. Mengantuk sepanjang hari sebelum tu. Pantang dapat letak kepala , pasti terlena. Hurm… Bahaya ! Tapi mata ni mmg tak leh ditahan tahan dah !

Bangun , mandi .. On laptop jap ..  Terdengar la bunyi kereta di luar di ikuti bunyi grill dan pintu ditutup .. Aku jenguk di luar .. Hurmm…

Risaunya bila anak dara aku ni bila dah besar nanti. Andai kata dah sambung belajar , jauh dari mak ayahnya.. Yelah , bila dah pandai berkawan.. keluar sana sini.. balik lewat malam .. takkan kita tak risau kan ?

Beri pendidikan secukupnya.. biar mereka mampu berfikir dengan matang , bijak dan mampu membuat keputusan yang sepatutnya .. kan kan ?

Tak kira anak lelaki atau perempuan.. selagi mereka belum capai usia yang sepatutnya , risau tu tetap wujud..

Semoga kedua anak aku ni , menjadi anak yang mendengar kata dan beriman pada Allah ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Hurm.. Zahra Nur Iman.. Hurm.. Dah mula nampak perubahan. Nak minum susu.. Aku rasa sebab puting botol susu tu keras kot ? Dia nak hisap pon nampak susah jer .. Hurmm .. tapi dia kena gak hisap untuk elakkan kelaparan ..

Photo

Buat masa skang , aku terpaksa mintak wife balik belah tengahari dan susukan Zahra dan sambil sambil tu , aku bagi jugak susu botol. Insiatif lain , wife belikan botol baru untuk dia.. Agak mahal tapi berbaloi sebab tahan sehingga 3 tahun katanya ..

Photo

Aku harap ada perubahan la pasni .. Bukan apa , kalau Zahra dah hisap susu botol ni , aku dah tak perlu risau dengan dia setiap hari bila wife gi kerja..

Hurm.. bila dah jaga anak sendiri ni , baru tahu kenapa mak aku sanggup gi cari aku dan adik aku bila dapat tahu kitorang gi main dalam hutan belukar , satu tika dulu.. pastu dapat la hadiah tali pinggang secukup rasa ! Huhuhuh..

Mak pak mana tak sayang anak kan ? Bela susah susah pastu anak , saja gi cari bala ! Hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Berhenti isi petrol Shell FuelSave 95 atau pun Shell V-Power jer , aku pastikan akan isi borang peraduan ! Tak sampai seminit selesai satu peraduan.. Menang atau tidak , tak kisah .. asalkan mencuba ! Rugi wooo kalau tak mencuba … Setiap minggu , RM40 ribu menjadi milik mana mana pengguna Shell yang join contest #ShellEasyWin ni ..

Selain dari contest #ShellEasyWin ni , leh masuk contest Instagram yang dianjurkan Shell juga.. Camana nak join ? Ahaaa .. aku dah terangkan pada entri aku yang lepas.. Leh rujuk entri Kempen “Shell Easy Win” #ShellEasyWin ni !

Yang penting mencuba.. Dan enjoy.. Jangan lupa pentingkan keselamatan bila nak berselfie nanti yer .. Heee..

Semoga berjaya ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Semalaman tak tidur.. Pagi , selepas makan.. baru terasa mata ni berat sangat. Harap sangat la wife cuti kecemasan gara gara aku mengantuk ni ! Haaa .. Jangan mimpi la yer ?

Photo

Apa yang aku boleh harapkan ialah.. dua dua tidur disebelah awal pagi.. Dan , Zahra tidur lama.. sayangnya Qhaliff tak nak tidur ! Bila Qhaliff jaga, Zahra lak tidur ! Tapi Zahra tidur jap jer.. Kenapa ? Suara dia !! Bising benar… huhuhuh…

Dua dua dah cukup tidur.. Aku ??? Serius , tak leh bukak mata ni langsung .. huhu.. Nak tak nak , curik curik tidur …

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Aku tak cukup tidur. Tak boleh tidur sehingga jam 4 pagi. Nyamuk datang menganggu dan perut pon , satu hal gak.. lapar ! Hurmm.. Tahan je la sampai ke pagi..

Kul 5 pagi wife bangun masak nasi lemak sambal udang. Bau tumis sambal menyebabkan hero yang sepatutnya bangun jam 9 pagi tu , jaga lebih awal… dan … dia join aku makan pagi ..

Photo: Sarapan pagi dah...

Tapi dia lom berselera sangat.. Biasanya lepas mandi baru la dia nak makan dengan seleranya .. hurmm..

Bila si abang dah bangun  , pastinya si adik tu pon jaga gak .. Hurm.. Alang alang dah bangun , mandikan je diorang terus !

Photo

Ada yang tanya aku camana aku mandikan Zahra.. Guna ni jer .. hehehe.. Mudah skit bila guna ni.. Zahra pon , tampak gembira je bila diletakkan atas ni .. Huhu.. aku nak try gak la mandi atas ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Nak marah tak boleh.. Baru nak bersuara terus dia yang berkata dulu..

“ Baa… baa. “.

Nak tak nak , kena nyahut dulu. Belum bersuara dia senyum ! Nak kata apa dah ? Senyum je la.. Terus tak jadi nak tegur perbuatan dia tu.. Pandai betul main psikologi ngan bapak dia ..

Ngan mak dia ? Lagi best.. Terus muncungkan mulut dia , nak cium pipi ! Kensel marah !! Huhu …

Zahra bila kena sakat ngan abang dia , dia mampu jeling jer ! Jeling dia pun , ikutkan dah tersirat seribu makna dan antaranya ialah ..

“ Tunggu la aku leh berjalan.. bercakap ! Siap laa .. “.

Hurmm.. time ni Qhaliff champion la.. Tapi tak pe la.. biarlah masa bergerak dengan sendirinya. Tak payah nak laju laju. Kang dah laju , rindu pulak masa lalu .. hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Aku ada satu penyakit kronik .. boleh dikatakan kronik gak laa.. Iaitu tekanan darah tinggi tahap hypertension. Kiranya tiap kali aku gi check tekanan darah , confirm doktor suruh rujuk aku ke hospital ! Takut ada masalah dengan buah pinggang atau sebagainya.

Hurmm… aku tamo gi ! Doktor kasi ubat darah tinggi .. Aku tak nak makan. Nak usaha cara tradisional. Macam macam aku cuba.. Akhirnya ada kawan syorkan daun misai kucing.. Aku cari gak.. tak jumpa.. Aku tanya mak aku , katanya ada jual. Dan dia belikan setelah bertanya pada rakan rakan dia di networknya ! Haa.. Orang lama pon ada networknya. Jangan ingat #kelabbloggerbenashaari jer ada network ! Hahahaha ..

Dan aku cuba sepaket.. Waktu tu kepala aku mmg sakit sungguh laa.. Berdenyut denyut.. Seingat aku , aku kerap MC gara gara darah tinggi ni.Stress dengan kerjaya ...

Alhamdulillah .. selepas aku amalkan 2 kali seminggu , aku tak rasa sakit kepala dah .. Tapi aku tak check doktor sehingga sekarang.. Hehehe.. Bukan apa , kalau datang sakit aku tu , belakang leher , kening .. semua abis sakit.. Tapi sekarang , alhamdulillah tak sakit dah ..

Kat mana beli ? Ada kawan kata beli kat Cosway.. Aku pun tak pasti. Hurmmm… Try la cari sana .. Tak salah cuba dari biarkan je .. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Photo

Lepas puas kacau mak dia dan adik dia dalam bilik , dia keluar.. Biasanya Zahra akan menyusu bersama dengan Qhaliff. Tapi dia takkan tidur punya ! Mesti keluar nak lepak sama dengan aku dulu , baru tidur !

Tengah aku dok cari idea untuk update blog , Qhaliff keluar dari bilik.. Dia bersuara.. Dengarnya macam bahasa jerman tapi bila aku dengar betul betu , bunyinya gini ..

“ Hi , wat apa tuu  .. “.

Huk alohhhh.. ni mesti belajar dengan sepupu dia yang dah fasih benar bercakap..

Terkedu aku dengar dia kata gitu… Nak je aku jawab tapi risau dia paham kok belah lain lak .. Hahahaha ..

“ Daddy tengah menganyam ketupat ni .. “ . Kalau aku nak jawab la.. Walhal aku tengah dok bersenam atas bola gym ..

Terus dia datang kat aku .. kacau aku lak ! Huhuhuh… Entah kul berapa lak dia nak tidur malam ni … Hurmm.. Dah cuba berpura pura tidur , dia bantai korek lubang hidung aku pastu lap kat mulut ! Rasanya nak terus berpura ke ? Adehh..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Entri Sony Xperia Z2 aku yang jatuh dikatakan berpunca salah letak tempat sewaktu mengecas smartphone aku tu mendatangkan komen mengenai bahaya charge di atas katil atau tilam.

Kenapa aku berani letak atas tilam ? Ikutkan , mmg aku takkan letak sebab tau akan bahayanya.. mampu mengundang kebakaran.. Tapi kenapa aku buat ?

Sebabnya ..

Photo

Aku guna magnetic charging dock. Ianya tak panas dah cepat charge berbanding jika connect melalui kabel usb .. Haaaa… Menarik kan ? Baru tau ? Ke lama dah tau ? Aku je yang tak tau korang dah tau ? Hahahaha. Tak kisah laa..

Buat pengetahuan mereka yang macam aku yakni , tak tau cara lain untuk mengecas sony Xperia Z2 mereka , ada satu lagi cara untuk charge hp kesayangan anda itu !

Sony Charging Plate WCH10.. Huuhu … Ni nak kena beli ni ! Hurmmm .. Kat mana jual ? Berapa harga ?

Eh , ada lagi satu !

29896_22790_1_mid

Sony Wireless Charging Cover WCR12 !!

Menarik ni ! Nak kena cari segera !! Lupa lak.. dengan ni , inshaAllah tak panas hp ketika mengecasnya..

Er , yeker ?

Apa pun , sila amik langkah keselamatan yang sepatutnya Elakkan charge di tempat mudah terbakar ! Kan kan.. Terima kasih atas nasihat..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Macam best je kan ? Confirm mengigil kaki bini aku tengok banner ni  !  Lokasi , Kuala Lumpur Convention Centre. Bila ? 29-31 Ogos yakni minggu ni ! Ahaa… Gaji pun dah dapat kan ? Heheheh ..

Ada contest ? Ada yang sedang dijalankan di page Parents & Kids Expo. Tengah pikir nak masuk ke tak.. Hurmmm.. hurmm..

Banyak booth dibuka nanti.. huhu .. Cam best kan ?

Photo: The Parents and Kids Expo / Pregnancy & Baby Show 2014 is coming soon! Mark your calenders on 29-31 August and drop by for free samples and promotions. 

Best ? Kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Baru balik dari Ciao Ristorante , Kampung Pandan. Kali pertama aku disini.. Aku tak tahu langsung kewujudan restoran mewah ni di sini walhal sekolah aku dulu sini jer .. Tapi dulu , kawasan ni mmg terbiar je.. Sekarang jer dah meletup !

Bermula dari aku terima satu email dari company media pengiklanan online yang meminta aku hadir ke majlis tersebut. Bukan free yer.. Berbayar ! Kalau aku sebut harga , mesti tak caya. Aku cuma perlu hadir , dan amik gmbar.. pastu post je ke FB dan tweet ! Settle keje aku !

Jadual , pendaftaran media jam 10 pagi. Aku dah tiba kat sana jam 920 pagi. Biar awal dari lambat ! Disiplin perlu ada untuk terus kekal dalam bidang ni .. Kalau rasa diri tu dah cukup bagus , dah cukup popular , sila abaikan part disiplin tu. Nanti tau la mana hala tuju karier tu.. Heh..

Sampai je sana , terus aku cari PR yang patut aku temui tu. Rupanya job aku terima ni dari agensi Singapura dan berkerjasama dengan PR di Malaysia. Aku sorang je lak tu melayu.. Bangga siut .. Yang lain , media cetak seperti Harian Metro.

Memandangkan event belum bermula , aku dibawa bertemu pegawai atasan Petronas yang incharge majlis  tu.. Berkenalan pastu dijemput minum dulu sementara menanti majlis bermula.

Hurm… Bangga dalam diri.. Aku hadir atas tiket blogger . Bukan kali pertama. Di Toulouse , Perancis ari tu pon gitu gak. Pegawai atasan AirBus datang melayan kami. Bawa gi makan dan pusing bandar penerbangan tu..

Kalau tanya aku , apakah aku menyesal berenti kerja kerajaan , maka jawapan aku.. aku silap tak mula dari awal lagi ! Kalau tau , awal awal lagi aku nak bergelar blogger !

Untuk pengetahuan , aku mmg bercita cita nak jadi penulis dan alhamdulillah.. sejak jadi blogger ni , lebih 50% impian aku selama ni tercapai !

Seronok jadi blogger. Orang keliling kita pon mula hargai blogger yg mana dulu mereka cop blogger ni , sekadar mainkan isu panas dan huru harakan dunia online ! Sekarang , blogger memainkan peranan penting dalam duni pengiklanan !

Kesilapan bila blogger dah cipta nama ni ialah .. berlagak selebriti ! Dia terlupa , setiap hari ada je blogger muncul tanpa perlu masuk akademi fantasia !

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Bila gi event atau apa jua aktiviti luar bersama rakan rakan mahupun seorang diri , sebagai blogger pastikan akan bawa gadget utama iaitu kamera ! Pentingnya kamera ini adalah untuk memastikan entri kita tu punya gambar yang jelas dan cantik..

Macam aku , aku mulakan dengan beli kamera kompak. Yang boleh masuk dalam air tu .. lasak dan berkualiti. Olympus tak silap aku. Kemudian aku tukar ke Nikon sebelum gunakan Sony. Aku bukanlah pro sangat guna kamera dslr .. maka aku gunakan Sony Alpha5000 yang sesuai untuk mereka yang amatur.

Selain dari kamera dslr , aku kena guna kamera handphone. Aku perlu segera update ke media sosial bila amik gambar. Agak kurang beminat untuk letak watermark kerana setiap gambar aku tu amik tu , hak Allah. DIA yang bagi idea pada aku dan izin untuk aku amik gambar gambar tu.. Kalau rasa nak guna , amik je la.. Melainkan gambar gambar peribadi ! Yang tu aku tak benarkan laa..

Untuk kamera handphone atau smartphone , aku suka guna Htc dan sekarang Sony Xperia Z2. Cantik dan pantas ! Penting untuk aku bila ada event atau aktiviti .. kena cepat amik gambar ..

Guna Sony Alpha5000 .

Sony Xperia Z2 .. Gambar gambar ni boleh jadi lebih cantik jika main manual. Aku guna auto jer.. Malas nak setting .. Hehehehe ..

Tapi sekarang ni , aku suka guna GoPro ! Imej fisheye yang dulu aku tak reti hasilnya , tapi selepas bergambar di Paris .. aku semakin teruja mengusungnya ke mana mana.. Nak gunakan pon mudah ..

Nanti nak try guna GoPro masuk Taman Negara.. Mesti cool kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

GHomepage1

JuzQ30 ini adalah produk terbaik untuk minda yang ada dalam pasaran. Ia ekstrak lebih daripada 10 pemakanan minda dan diadun dengan madu dan air zamzam serta terapi Quran.

RAHSIA MINDA ANAK CERGAS Produk JuzQ30 SANGAT BAGUS untuk ibu-ibu mengandung kerana otak bayi sedang membesar. Insya Allah bayi anda lahir sebagai seorang yang GENIUS!

Diadun pula bukan dengan air biasa, TETAPI sebaliknya air zamzam yang telah ditulis dengan 6,236 ayat al-quran menggunakan zaffaran dan dibacakan 30 juz al-Quran.

Dengan izin Allah, antara khasiatnya yang paling utama ialah:

  • Menyuburkan sel-sel otak.
  • Meningkatkan daya fokus dan tumpuan
  • Menstabilkan frekuensi minda
  • Memberikan ketenangan dan mampu mengawal emosi
  • Terang hati
  • Melembutkan hati yang degil.
  • Mudah faham, cepat ingat dan ligat berfikir.
  • Meningkatkan semangat belajar.
  • Memudahkan hafalan.
  • Membantu melancarkan perjalanan darah.
  • Mencantikkan kulit.
  • Banyak lagi khasiat tambahan lain.

** Tip-tip kesan maksimum**

  • Ambil ketika perut kosong
  • Amalkan secara berterusan
  • Selawat ke atas Nabi dan doa

RM80.00 (SM)
RM90 (EM)

untitled

Free postage / C.O.D at Jb & Pasir Gudang

Contact Number

  • Juliana 019-798 7749
  • Hayati 019-232 5102

Facebook : https://www.facebook.com/pages/JuzQ30-Minuman-IQ/233155423526097

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Retak ? Sapa buat ?? Qhaliff main ke ? Ke wife baling ke dinding ? Atau aku yang buat ?? Gini ceritanya ..

Sedang bersiap nak ke majlis raya , tiba-tiba wife aku datang duduk sebelah aku. Muka mengelabah giler !

“ Bang.. handphone abang retak.. Zila bagi jatuh. “.

Huh…. Aku terus bangun dan masuk ke dalam bilik. Kelihatan cadar katil dah takde.. Sah sah dia tarik cadar yang menempatkan handphone aku yang sedang dicaskan tu..

Aku pegang .. belek Z2 aku tu.. Ada retakan ..

 

Hurmm.. Aku raba permukaan.. Hurm… On handphone aku.. Takde masalah… Wife aku tunggu respon aku..

“ Berbaloi gak beli screen protector ( screen glasses ) mahal mahal ni . “.

“ Kenapa ? Kan retak tu… ? “ .

“ Yang retak tu , screen protector.. Bukan screen ni.. Nasib baik .. Cuak ke ? “.

“ Maunya tak.. kang abang mengamuk .. “.

Senyum je aku. Syukur takde apa apa skrin tu.. Kalau tak , duit lagi. Nasib baik pelaburan membeli screen glasses tu berbaloi.. Kalau beli yang murah punya , rasanya.. hurm…

Tak pe la.. duniawi je semua ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Malam tadi , aku patut gi ke surau untuk tolong jiran tetangga bagi persediaan majlis hari raya esok , lepas Isyak tapi payah benar la nak melarikan diri dari dia.. Asyik nak mengekor jer.. Macam tau tau aku nak keluar..

Wife suruh aku gi beli makanan dulu sebelum keluar.. Jadi , dia akan tidur selepas makan .. Hurm.. Ok gak idea dia tu.. Aku pun ajak dia berjalan kaki ke restoran berhampiran.

Sukaaa la dia !! Berlari lari dia. Cuaca pulak dingin jer .. Syok laaa … Sampai situ , asalnya aku nak tapau jer tapi.. Hurmmm ..

Lepak terus je la kat situ.. Heeee… Senang ! Balik , terus dia tido.. Hehehehe…

Dan aku leh la lari ..

Sampai ke tapak majlis , diorang dah lama dah mula.. Huhu.. segan aiii … Yelah , aku amik masa 3 jam untuk lari dari dua dua anak aku tuu.. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Bila aku post gambar ni … ada komen yang buat aku senyum sampai ke ubun ubun !

  • kenpa pic ni nmpak lagi muda eh
  • Alamakkk..gaya mengoda..hihihi
  • Handsome ea bila En Ben x berkaca mata .nmpak muda belia.muka sama
  • Ha ah. Baru nak ckp. Nmpk mcm bdk bdk plk ben
  • Posisi yg menarik , nampak 10 thun lebih termuda
  • cepattttt .ekekeke – ok .. yang ni sila abaikan .. komen jeles ni !
  • Edit ke apa nmpak muda pulak
  • eh..nmpk muda la muka ben..mkn jamu ke? haha

Ok.. cukup cukup sudah ! Kang ada yang muntah darah baca komen diorang tu.. Apa respon aku dan Zahra bila orang kata gitu ?

Photo

Ada dua tips sebenarnya untuk lelaki tua macam aku ni , kelihatan muda belia seperti belia 4B !

Tips pertama ..

Sila nikah cepat dan dapatkan baby secepat mungkin. Pastu jaga sendiri sehingga usia 4 tahun. Lepas 4 tahun leh hantar anak tu ke taska..

Kenapa lak ? Sebab bila ada baby , kita akan senantiasa senyum ikhlas dengan dia . Dia pun senyum mesra dengan kita..

Photo

Haaa.. isteri kita pun belum tentu dapat lemparkan senyuman seikhlas baby kita senyum ! Kan ? Sesekali je la dapat.. tu pun lepas dapat hadiah cam peti ais atau pun periuk nasi elektrik yang mampu masak 600 jenis masakan !

Tips kedua untuk lelaki tua kelihatan muda ?

Ok.. Jika lelaki tu dah kawin .. tapi takde baby walaupun pelbagai usaha dah dibuat .. jangan risau .. Sila cari anak dara yang benar benar dara .. terutama yang baru lepas abis sekolah menengah dan gagal SPM .. pinanglah dia dan jadikan isteri.. Pastu panggilah dia ‘baby’ .. InshaAllah , rupa anda akan kelihatan muda berbanding sebelum sebelum ini .. Trylah kalau tak caya..

Risikonya ? Ada .. kalau tak muda , anda akan lebih tua dari asal ! Sapa suh tak reti adil ? Haaaa…

Tips ketiga ? Sila beli e-book saya yang bertajuk , JANGAN MENGATAL DAH ! DAH TUA , BUAT CARA TUA !!

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Selepas gi beraya di rumah blogger Ujang ( dan YanaMib ) , aku sekeluarga terus gi ke rumah blogger Que Achmad.. Lama dah nak gi rumah dia tapi asyik tertunggak jer.. Dari bujang hinggalah dia dah ada anak , ni kali pertama singgah ke rumah dia .. Huhu.. Biasa dia yang singgah rumah aku.. Terima kasih.

Photo

Untuk pengetahuan , Ean lahir 10 hari lebih awal dari Zahra. Berat Ean pun lebih 1kg dari Zahra .. tapi ketinggian , Zahra tinggi skit.. Mungkin sebab Zahra ikut bapak dia ..

Satu lagi persamaan .. dua dua berdarah Red Warrior ! Hehehe.. Kelantan lor .. Cuma Mykid Zahra , tertera lahir di Putrajaya manakala Ean lahir di Kelantan. Mak Zahra je orang Kelantan.

Photo: Zahra dengan Ean..

#kelabbloggerbenashaari

Tapi benarlah kata orang .. Bayi perempuan ni lebih cepat matang berbanding bayi lelaki.  Setujukah ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

image

Sekarang baru aku faham kenapa mereka memilihnya .. Hurmmm.. Teringat aku pada satu soalan yang mmg membuatkan rakan rakan garu kepala.. Nak pilih masa satu ?

Soalannya..

Andai kata anda baru pulang dari kerja.. melihat rumah 2 tingkat anda terbakar , dan di dalam rumah tu ada pasangan anda yang baru saja mengalami kemalangan yang mana dia tak mampu bergerak .. di tingkat atas rumah.. manakala 2 orang anak kecil anda juga turut berada di tingkat yang sama ..

Yang mana satu anda akan selamatkan dulu ? Anda cuma boleh masuk ke dalam rumah sekali saja kerana kebakaran sedang marak dengan pantasnya !!

Pilihan di tangan anda.. Selamatkan pasangan anda atau anak anak anda ? Jangan lari dari soalan yer …

Dan aku faham sekarang .. Hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Comel ? Sejak dia berusia 3 bulan ni , dia mmg berlagak comel dan kuat membebel ! Nasib baik la dia adik.. Kalaulah dia kakak , aku rasa naya Qhaliff ! Hahahaha ..

Photo: # kelabbloggerbenashaari

Ada kawan tanya di Facebook.. beli mana headband Zahra ni .. Oh , tu headband namanya ? Aku ingat cekak .. hahahaha.. Maaf la , aku kurang arif bab aksesori wanita ni.. Yang aku kenal gincu jer ! Lain lain , kureng amik tahu..

Beli mana ? Hurm… Aku tanya kat wife sat .. Ahaa.. dah tau dah ..

Ada macam macam design rupanya .. Hurmm.. Dia beli kat Little Arissa Baby Shop di Facebook. Kenapa dia beli ? Ahaaa.. tu nanti cerita.. Bersebab beli ni.. bukan suka suka tauuu .. Rezeki dari Allah untuk anak anak.. Alhamdulillah .. berkat bapak diorang berjaga tiap malam , update blog .. heee…

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes