BEN ASHAARI



 

Bertolak jam 6.30 pagi. Sampai betul betul dalam rumah di Kok Lanas, jam 6 petang ! Haaa… Cer kira berapa jamm .. !! Perghh.. Ni gara gara banyak kali berenti rehat dan tidur 5 minit ! Hehehehe .. Terpaksa !

Awal pagi semalam , aku ikut jiran meronda taman perumahan. Huhu.. Saja meramaikan majlis .. Dan kesannya ? Kesannya ni laaa.. Terlalu letih mata gara gara tak cukup tidur !

Dan untuk menghilangkan ngantuk dan keletihan ketika memandu , aku try amik Red Bull yang mahal punya tuuu.. RM7.20 setin ! Beli 2 tin gitu haa…

image

Apakah mampu menghilangkan ngantuk aku seperti sebelum ni aku minum Livita with Honey tu ? Boleh laaaa.. Tapi aku tetap gagal mengawal mata aku dari terlelap beberapa kali ketika memandu disebabkan cuaca yang terlalu..

image

Panas koooo !! Aku pakai RayBan.. kurang sedikit tapi aku kan rabun.. Nak memotong tu aku kena pastikan keadaan kenderaan di hadapan aku tu.. Maka tak berani la nak pakai .. takut tak perasan kereta nanti !

image

Nak tak nak.. aku kena berenti banyak kali dan lelapkan mata agar hilang letih mata tu ..

image

12 jam perjalanan kali ni jadi terlalu lama walhal sebelum sebelum ni pon , masa perjalanan memang gitu pon sebab aku kerap berenti gak.. Cuma kali ni , cuaca kering di pantai timur menambahkan lagi keletihan ketika memandu.. Kita tak perasan tapi itulah sebenarnya.. Maka , banyakkan minum air suam ketika ni yer.. Huhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Terletak di Kota Warisan , Sepang.. akhirnya aku sekeluarga berjaya juga singgah makan di sini.. Lama dah tengok restoran ni .. setiap kali balik dari Cheras , pasti akan lalu dan terliur melihat dari jauh.. hehehe ..

Tertanya gak.. sedapkah ? Pengunjung tak putus putus setiap hari.. Rasanya kalau Ramadhan ni , jangan mimpi la dapat booking makan kat sini punya ..

Seorang , RM28 jer.. Ok la kan ? Dari gi makan kat Secret Recipe tu.. mau mau kena dekat RM70++.. Humm..

image

image

Meja yang disediakan , memang banyak ! Ini bermakna tempat ni dapat sambutan setiap malam..

image

Wife pilih meja .. Berdekatan dengan tempat makanan.. hehehe .. Senang nak ulang alik..

image

image

Sebelum mak pak makan.. kasi anak makan dulu.. Amik ais krim dulu untuk Qhaliff.. hehehe .. Zahra ? Hurmm.. dia makan biskut dah la ..

imageimage

Dah pilih apa nak … Masa untuk rebus dan bakar ! Huhuhuh… Bakar ke ? Ke masak ? Tah.. hahahah ..

image

Kalau takde selera nak makan menda menda ni , ada pilihan lain ! Jangan risau aihhh .. Ada mee goreng , keow teow goreng , nasi goreng dan pelbagai lagi pilihan yang menarik tekak untuk menjamahnya !

imageimage

Pilihan banyak.. Jangan tamak.. Tak abis kalu ?

image

Hehehe.. Makanlah dengan bersederhana..

Amacam ? Menyelerakan tak ? Kan ? Aku tau.. nampak sedap tapi ?? Haaa.. Ok , ni pendapat aku.. Bagi aku rasanya boleh tahan. Tak de pulak rasa sakit kepala selepas makan.. Aku pernah makan steamboat tapi lepas tu , aku sakit kepala yang amat sangat ! Diorang kata ajinomoto punya penangan.. Wallahu a’alam .. Aku bagi 2.5 dari 5 bintang. Ala ala je la. Bagi aku , ok dah .. Boleh repeat pergi lagi..

Aku tak sempat nak rasa semuanya sebab Qhaliff dok ligat bermain dalam ni . Risau pulak aku nanti sebab ada ‘api’ dan ‘air panas’. Makan secepat yang boleh , pastu beransur.

Bagi aku la kan  , kalau restoran yang begini .. sebaiknya perlu ada kawasan untuk kanak kanak bermain. Seperti beberapa restoran yang aku pergi , mereka dah sediakan ruangan kanak kanak .. maka mak pak leh makan hingga kembung perut.. Hehehhe.. Baru puashati kan ?

Layanan..kebersihan serta kawasan parking , takde masalah..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Dinding kotor ? Tu hasil karya agung Leonardo Da Qhaliff Iman Al Bukaki  ! Tak larat dah nak larang.. Makin dilarang makin dia berkarya !

Dan adiknya ? Dah mula selongkar apa saja barang yang ada berhampiran dengan jari jemarinya. Perlahan lahan dia gerakkan jari dia untuk menarik barang tu.. Dah dapat ? Hurmm.. Nak amik balik ? Hurmmm..

image

Dia suka tengok apa yang abang dia lakukan.. Pastu ketawa ! Macam paham pulak diaaa ! Dan abang dia , suka meniru orang ! Ada sekali tadi.. seorang budak yang lebih tua dari dia dok berdiri melihat cermin mata kanak kanak sambil berpeluk tubuh.. Qhaliff berdirii sebelah budak tu pastu buat cam budak tu buat iaitu berpeluk tubuh sambil pandang budak tu ! Boleh ???? Tu cara dia nak masuk line.. Kalau budak tu layan , maka jadilah teman sepermainan.. Kalau tak layan , dia pon blah.. Apadahal kan ? Hahaha ..

Zahra pon dah turut sama daahh ! Sekarang ni , nak pakaikan diapers pon payah.. Dia dah mula larikkan diri macam abang dia ! Huhhhh..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Seringkali aku dapat persoalan dari rakan rakan di Facebook , camana dan bagaimana senaman atau workout untuk wanita yang lebih terarah kepada nak menguruskan diri atau membakar lemak lemak yang ada ! Dan aku hanya mampu mengaru kepala .. Maklumlah , biasa gi gym aku bersenam dengan rakan lelaki jer.. Tak pernah bersenam dengan rakan perempuan pon !

Nak lagi best , zaman ni semua orang nak kurus tapi malas nak bersenam ! Ok.. sebenarnya bukanlah malas tapi lebih pada takde masa atau tak tau camana nak bersenam dengan betul .. termasuk juga aku ! Haaaa , kan ?

Bersenam dengan cara yang salah atau tak betul , boleh mencederakan anggota badan . Maka , buku yang ada di tangan aku ni ,amatlah bersesuaian sekali buat mereka yang nak kekal cergas serta membakar lemak dengan cara yang lebih teratur dan berdisiplin !

30KG DALAM MASA 80 HARI hasil penulisan Sufian Sulaiman berdasarkan pengalaman sendiri yang mana beliau telah membantu seorang gadis menurunkan berat badan dengan teknik , kaedah , strategi dan tips yang betul hingga berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 37kg !!

imageimage

Gambar bukan hasil edit ni adalah bukti yang mana Farhana yang sebelum dia mula berlatih , beratnya adalah 86kg ! Bayangkan hasilnya .. Ok , bukan sekadar kurus yer tetapi juga berstamina tinggi ! Haaa.. Ini yang penting , ok !

Dalam buku ni , disertakan visual latihan yang betul , kata kata semangat , teknik kemahiran yang sebenarnya sesuai untuk wanita dan faktor kegagalan serta kejayaan seseorang individu dalam mengejar impian memiliki bentuk badan yang diimpikan !

imageimage

Kurus dan berstamina ! Wow ! Inilah badan yang patut dimiliki oleh semua gadis gadis yang dapatkan bentuk badan impian ! Susah ? Biar susah susah dahulu , bersenang senang kemudian.. Takkan nak tengok diri sendiri termengah mengah naik tangga kot ? Adoiyai.. muda lagi dah mengah.. haaa.. Bikin malu sama orang tua kita , kan ?

Ok.. Buku terbitan Alaf 21 ni berharga RM29.90 ( Semenanjung ) dan RM32.90 ( Sabah dan Sarawak ) dan boleh dapati di kedai buku POPULAR dan mana mana kedai buku berhampiran . Juga terdapat dalam bentuk e-book di mall.karangkraf.com .

image

Bagi yang tercari cari khidmat Personal Trainer untuk bersenam dengan lebih betul dan berdisiplin , silahubungi penulis di talian 019-2401729.

Manakala untuk info kurus , sila LIKE FanPage GEMUK2KURUS dan layari blog di alamat www.sportfitnhealth.blogspot.com

Apa guna badan cun tapi lembik kan ? Hehehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Bukan senang nak review tudung / shawl ni ! Apatah lagi wife tak nak interframe dalam blog.. haaha.. Nak tak nak , aku sendiri kena cuba try .. Baru original yer review tu kan ?

Ok… Shawl dari SafuraOnlineShop ni bagi aku , kainnya ‘berat’ dan jatuh.. Maknanya kalau angin tiup pon takde la nak melayang layang punya la.. Berat tu tak de la sampai sakit leher atau kepala jadi berat disebabkan kain tu.. Hahaha.. Apa la pikir gitu sekali haaa ..

image

Aku test pakai sendiri .. Bukan nak menyerupai perempuan yer !! Aku test untuk pastikan testimoni rakan blogger yang guna Instat Shawl dari SafuraOnlineShop memang seperti yang diperkatakan ..

image

Yup ! Serius.. Sedap pakai ! Hahahaha .. Wife yang cuba sebelum tu pon jatuh hati dan siap tanya lagi warna lain.. Adehh.. Dahhhhhh pulakk.. Tak pasal pasal ..

Harga , jangan risau.. Bukan semahal tudung yang berjenama tutttt.. Haaaa.. Mampu milik punyaaa !

image image

Nak tahu dengan lebh lanjut , boleh gi belek…

Instagram  : https://instagram.com/safuraonlineshop/

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), syarikat minuman dan makanan tempatan terkemuka, telah melancarkan Yeo’s Yeogurt, minuman tanpa perlu didinginkan yang mengandungi susu dan asid laktik.

Yeo’s Yeogurt mempunyai enam pilihan yang lazat, antaranya ialah Asli, Anggur, Oren, Mangga, Epal Hijau, dan Laici. Selaras dengan pegangan slogan, “Yeo’s, Pilihan Semulajadi”, kesemua  Yeo’s Yeogurt ini tidak mengandungi bahan pengawet tambahan.



image





Manakal peraduan “Yeo’s Yeogurt” ‘Drink & Win’ yang telah mula untuk selama 10 minggu, yang bertujuan memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi hadiah yang lumayan.

Selama 10 minggu berturut-turut, peraduan yang akan bermula dari 12 Mac hingga 22 Mei 2015, bakal menyaksikan 3 pemenang mingguan memenangi satu unit iPad Air Wifi 16G keluaran terbaru setiap seorang. Pada penghujung peraduan, pemenang utama akan membawa pulang sebuah Macbook Pro 13” bersama wang tunai sebanyak RM10,000. Pemenang tempat kedua pula akan menerima sebuah Macbook Air 11” diikuti pemenang tempat ketiga akan menerima iPhone 6 64G.

Bagi melayakkan diri untuk menyertai peraduan Yeo’s Yeogurt ‘Drink & Win’ ini, bolehlah mengikuti langkah-langkah seperti dibawah;

1. Beli mana-mana jenis Yeo’s Yeogurt dalam apa sahaja jenis saiz kotak.

2. Ikuti akaun wechat Yeo’s Malaysia dengan mengimbas kod QR pada bahagian atas poster yang terdapat di cawangan-cawangan yang terpilih, atau ikuti akaun Yeo’s Wechat melalui Wechat ID: YeosMalaysia




image image



3. Peserta hendaklah mengambil gambar resit dan masukkan jumlah kotak yang telah dibeli. Gambar resit haruslah disimpan bagi tujuan pengesahan.



image



4. Setiap penyertaan yang berjaya, anda akan menerima pemberitahuan dari akaun rasmi Yeo’s Malaysia diikuti dengan lampiran imej.


5. Jawab soalan mudah yang berkaitan dengan imej berkenaan: “Yeo’s Yeogurt mengandungi khasiat? ” Pilih A : Susu atau B : Coklat


Bagi maklumat lanjut mengenai peraduan ini, layari www.yeos.com.my/drinknwin
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Di kala ini blogger sering mendapat perhatian. Setiap hari ada saja job berbayar atau percuma ditawarkan pada blogger blogger seantero dunia. Ok, aku fokuskan pada Malaysia sekarang eh..

Kenapa blogger jadi pilihan mereka yang ingin memasarkan produk mereka ? Humm.. Yang pertama , blogger ada pengikut mereka tersendiri dan pastinya pengikut mereka ini sudah mengenali blogger kesayangan mereka ni bertahun lamanya. Eceh , kesayangan tuuu .. Hehehe..

Amik contoh aku.. Sepanjang pengalaman aku jadi tukang review berbayar atau percuma , aku dapati kebanyakkan produk tersebut mendapat perhatian rakan pembaca .. Sebagai contoh , Pati Batook Ori yang mana aku sendiri gunakan pada aku dan anak aku kemudian aku promotekan pada rakan pembaca .. Alhamdulillah , mendapat impak positif dari mereka yang membelinya.

Bagaimana pulak dengan review yang lebih menjurus kepada kritikan ? Ok.. biasanya movie la jadi bahan review yang mendapatkan feedback yang agak mendalam kritikan.… Movie yang aku tonton tak kira  la percuma atau aku beli tiket tu, pasti akan review sebaik mungkin sebab akan ada rakan pembaca tertarik lalu pergi menonton movie tersebut.

Ada beberapa movie yang aku gi tonton dan berikan kritikan. Ini disebabkan cerita tu memang tak best ! Takkan nak tulis kat best kan ? Terutamanya film melayu.. Haih.. dan kebelakangan ni , movie dari luar negara pon dah semakin kelaut jalan ceritanya .. Memang aku kritik kaw kaw !

Dan mereka yang membacanya akan berterima kasih kerana menyelamatkan duit mereka !

Blogger jika tau peranan sebenar mereka .. mereka tau akan betapa besarnya tanggungjawab mereka ! Bukan sekadar menulis  tapi lebih pada beri infomasi tanpa henti pada pembaca mereka !

Film terbaru .. Run All Night dikatakan film gagal lakonan Liam Neeson ! Adehh.. Baru nak gi tonton.. tapi bila baca review seorang blogger , terus hilang nafsu..

Nampak tak permainan dia ? Kan ? Hahahaha ..

Tu belum review makanan kan ? Kadang kadang review makanan ni payah. Kena ikut tekak masing masing. Belum tentu kira rasa tu sedap , bgi orang lain ianya sedap gak ! Haaaa… Blogger food review ni memang perlu ada lidah atau citarasa yang ..hurmm.. menakjubkan kot ? Hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Selesai event Yeos.. Naik lrt hingga Cheras kemudian naik teksi. Pemandu teksi tu seorang lelaki berbangsa cina dan berumur. Aku rasa usia dia lebih 70 tahun. Dah baya baya ayah aku.

Yang menjadi perhatian aku ialah jari jemari belah tangan kiri. Aku rasa dia ada gout kot ? Tak berfungsi keseluruhan jarinya. Dia memandu pon dalam keadaan yang nampak macam.. hurmm.. kena kerap seimbangkan pemanduannya.. seolah kereta tu takde ‘power stering’.

image

Namun dia tetap mengagumkan aku. Walaupun di usia gitu , dia tetap terus mencari rezeki..Dan reti guna ‘signal’ bila nak masuk simpang ! Kita yang sihat ni , nak guna ‘signal’ pon tak reti seolah jari jemari dah kudung semua !

Sebenarnya , setiap hari Allah ‘mendidik ‘ kita secara tidak langsung dengan kehidupan yang amat asas ini namun kita payah nak nampak ! Hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Mudah jer.. Bila ada job atau jemputan ke majlis , rakan blogger akan war warkan pada rakan mereka yang ada di dalam network. Ini kerana mereka kenal cara mereka bekerja dan komitmen terhadap setiap tugasan yang mereka dapat !

Disiplin , kerjasama dan kecekapan ! Bukan kira kau popular ke , kau top ke .. tidak sama sekali !

image

image

Sebenarnya , tujuan NETWORK dalam dunia blog ni luas sangat ! Kalau ada yang beranggapan hanyalah untuk kepentingan peribadi , maka sila banyakkan bergaul dengan manusia ..

Terbaik #kelabbloggerbenashaari !

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Gambar anggota polis bertugas tertidur dirakam dan disebar di media sosial lalu kedua anggota polis tersebut diambil tindakan tatatertib !

image

Persoalannya , wajarkah buat begitu ? Apakah niat orang yang merakam tu ? Hurmmm.. Bagi aku , sungguh tidak bertanggungjawab perangai begini !

Aku bukanlah nak backup sangat tapi aku pun manusia. Aku yang jaga dua orang anak aku di siang hari pon kerap juga tertidur ! Bukan nak sangat tidur tapi dah tak boleh lawan bijik mata ! Apakah orang yang amik gambar ni tak pernah tertidur ?

Oh.. kalau dia polis maka dia tak leh tertidur ? Hurmmm.. Agak agak la.. Diorang ni pon manusia ! Kalau letak robot kat situ , baru padan muka ! Cakap la ngan robot.. Haa.. Kalau kena saman , takde budi bicara dah ! Sila bayar tanpa ada rayuan.. Haih..

Kita ni , part nak jatuhkan orang lain .. laju je kan ? Kena kat batang hidung sendiri.. baru ada akai !

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Hurmm.. Aku plan nak tidur di bilik sebentar untuk bangkit kembali jam 12 tengah malam manakala wife tidur di ruang tamu bersama anak anak.. Aku kena jauh dari Qhaliff.. Kalau ada dengan dia , dia takkan tidur ! Mesti nak ajak main..

Zahra ? Dia puas dah tidur siang hari.. Maka malam hari dia jadi burung hantu ..

image

Baru aku terlena dalam beberapa minit.. Terdengar suara di hujung kaki aku.. Aku bukak mata.. Zahra ketawa.. Huk alohhh.. Jauh laa dia merangkak ! Nasib baik dia masuk bilik.. Kalau ke bilik air ???? Hurm.. Sila tutup pintu bilik air bagi mereka yang ada anak kecil yang dah pandai merangkak dan berjalan ! Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Sewaktu sekolah dulu , kacang tumbuk ni antara kegilaan aku di samping air kotak teh o limau.. hehehe.. Wajib setiap hari .. sampai aku sakit perut gitu ! Huhuh..

Tapi sekarang , kacang tumbuk ni macam tak beberapa asli sangat.. manis dan macam banyak tepung lak.. Keras semacam berbanding dulu.. rapuh tapi sedap banget !

image

Namun begitu , kesan sampingan dari kacang tumbuk ni ada pada aku ! Muka confirm akan naik jerawat batu .. Huhuhuh.. Suka punya pasal jerawat pon jerawat laa…

Dulu , 20 sen .. sekarang tak tau berapa dah .. Ni pon beli sebalang ! ahahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Ada manusia jenis tanam bijik durian hari ni , minggu depan nak pungut hasil dah ! Tak sabar sabar ! Bila tak dapat pulangan , caci maki serta kejian dilemparkan ! Apakah dia terlupa rezeki tu dari mana ? Sapa yang beri ? Kan ?

Hari ni , ada rakan lama pm aku di Facebook. Tetiba minta alamat rumah . Aiseyman.. Nak bagi kad kawin kah ?

image

Sekali.. nak hantar novel koooo !! Tu diaa !! Tapi … sapa dia ni ?  Borak punya borak .. Rupanya , dia adalah salah seorang blogger yang pernah aku review bertahun tahun dulu.. Ketika tu , dia berusia 13 tahun dan sekarang .. dah 17 tahun ! Berjaya juga dia hasilkan sebuah novel ! Alhamdulillah.. Bagi yang reti manfaatkan dunia maya ni , dia akan dapat hasilnya .. kan ? Baca review tu di SINI ..

image

Tak sabar pulak nak baca novel orang muda ni.. hehehe.Aku nak tulis panjang lagi pasal ni tapi Zahra dok mai kacau…Adehh..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

image

Terkedu ? Kecil hati ? Bengang ? Rasa apa ?? Aku rasa … aku rasa … Biasa jer .. Kalau aku tak buat , aku tak perlu nak sentap atau nak marah ! Kan ?

Bagi aku la.. sebelum kita nak menuding saudara seagama kita yang lain tu ‘tak betul’ kita kena pastikan dulu diri kita.. kemudian , fakta serta maklumat tersebut.. Kemudian , kesan dari tuduhan  tu.. Apakah impaknya ? Kalau tak , kita sebenarnya agen yahudi .. berjaya memecah belahkan saudara seagama ,kan ?

Blogger , satu nasihat la .. Ada yang baru buat blog , masih tercari rentak dan hala tuju.. Ada yang nak cepat dapat duit sampai terlupa keberkatan malah ada yang tak kisah soal halal haram.. Biarlah RM1 , tapi berkat dari RM1K tapi hasilnya dari penulisan yang merosakkan minda pembaca atau gossip yang menjatuhkan insan lain mahupun menulis fitnah !

Bagi aku , pengomen di dalam gambar tu  lom tau keselurahan kerja kerja yang perlu dilakukan oleh seorang blogger yang benar benar mencari makan melalui blog..

Fikirkan sendiri sebelum melemparkan tuduhan dan blogger pon sila jaga nama masing masing ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Aku dipelawa untuk satu job yang luar biasa ! Job ni job berbayar la.. Task dia memang mencabar jiwa ! Apakah task tu ? Jeng jeng jeng… Aku tak boleh guna media sosial selama seminggu ! Ada berani ? Huhuhuh..

Tak guna internet ? Selama seminggu ? Perghhh.. Gatal tangan aku nak post gambar anak anak aku ke FB , Instagram dan nak update blog weh !

image

Ok.. aku terpaksa tolak job tu.. Bukan tak boleh buat tapi rasa tak adil lak untuk pengiklan di blog aku tu sebab diorang bayar sebulan , kan ? Kalau trafik tak masuk.. acaner dorang nak dapat pelanggan ? Hurmm..

Duit , bukan segalanya .. kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Lepas subuh pagi tadi.. Zahra antara terjaga dan tidak gara gara batuk kejap datang kejap hilang.. seolah gatal tekak.. Terus aku cari minyak Pati Batook Ori ni dan sapukan di dada dan belakang dada dia ..

Alhamdulillah.. selepas sapu tu , dia kurang batuk dah dan.. terus lena tidur hingga jam 9 pagi ! Wah , lega daddy … huhu.. Dapat rehat jap sebab malam tadi daddy berjaga … Ikut ronda kawal taman perumahan.. Sukarela.. bukan PaksaRela yer..

image

Bila aku pos di Facebook gambar ni , ramai rakan rakan yang dah beli memberikan komen positif dan ramai juga yang bertanyakan di mana nak membelinya..

Ada banyak size dan harga .. Boleh je rujuk ke page PATI BATOOK ORI di Facebook.. Sebaiknya jangan beli sedikit sebab akan ada rakan rakan atau saudara mara akan mintak pada anda ! Sediakan stok dan jual je pada mereka.. Bila lagi nak buat bisnis kan ? Hehehhee..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Qhaliff dah mula menghasilkan karya karya agungnya di rumah ! Antara yg dah jadi masterpiecenya ialah dinding , cermin mekap mak dia dan ..perut aku !

Orang kata jangan dilarang mereka berkarya ! Biarkan saja mereka luahkan bakat terpendam mereka .. Hurmmm… aku tak tau la sapa mereka tu haaa ! Grrrr..

image

Untuk menghasilkan karya yang terbaik terutamanya dalam bentuk lukisan , menurut Qhaliff .. si pelukis perlu melukis sambil pakai diapers .. Baru terasa feel dan moodnya ! Dapat menghayati seni dengan lebih mendalam..

Aku tak tau la dia dapat idea tu dari sapa .. Diana Danielle kot ? Huhh.. Harapnya tidak la .

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Lagi kes pecah rumah ! Nasib baik mangsa tak diapa-apakan , menurut sumber. Berpeluh tengok gambar yang diberikan melalui group whatsapp ! Hurmmm..

image

Grill tu dikopak begitu saja ! Ternyata yang buat kerja ni , bukan calang calang orang ! Mereka berpengalaman dan punya ilmu ! Hurmm..

Nampaknya kawalan perlu diperketatkan lagi ! Kerjasama dari penduduk taman perlulah 100% . Jangan ada yang tak amik kisah atau tak pedulik.. Hurmm..

Menurut seorang rakan blogger , penduduk di taman perumahannya tidak sebulat suara ! Ada yang tak setuju dan menentang. Hurmm.. Apakah dia tunggu keluarganya jadi mangsa baru nak amik rasa tanggungjawab tu ?

image

Sikap pentingkan diri ni semakin menebal di kalangan kita. Ada yang rasa memadai jaga diri dan keluarga sendiri lalu tak amik kisah akan orang lain.. Apakah dia lupa bila dia mati nanti , sapa yg akan datang tolong uruskan jenazahnya ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Kedekut dengan senyuman atau memang pemalu ? Kalau nampak aku , cepat je dia senyum tapi bila keluar je rumah.. nampak orang lain.. Hurmm.. muncung terus !

image

Tapi bila dia senyum ..

image

image

Hurmmm.. buat geram je nak gomol leher dia .. Mengekek ketawa kegelian.. hahaha .. Haih.. ‘sombong’ cam daddy bila muka masam..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Baru selesai 'meronda’ taman perumahan bersama beberapa orang jiran.. Dengarnya ada kawasan perumahan berhampiran kena lagi. Cuma tak sempat nak masuk je la..

Jadual dibuat.. cuma ..hurmm… Maklumlah , hari bekerja.. Payah nak dapat sukarelawan. Nasib baik ada ‘orang lama ‘ sudi turun padang.. Aku , join sama.. Kalau ikutkan , aku banyak kerja gak kat rumah. Orang rumah aku pun dah tak cukup tidur. Zahra lak , minggu ni dia punya time tidur berubah. Siang lena, malam jaga ! Tapi memikirkan diorang , aku kena keras gak ! Kena turun padang membantu jiran lain mengawal taman..

image

Berbekalkan kayu dan rotan.. maka merondalah dari kul 1 pagi hingga 3 pagi sebelum bertukar syif. Huhuh.. Syok gak sebenarnya sebab dapat kenal jiran dengan lebih dekat bila begini. Kalau tak , asyik dok angkat tangan dari jauh bila selisih jer..

Kalau nak harap polis je meronda , payah gak.. Diorang pon banyak kerja lain nak kena buat.. Nak tak nak , kita sendiri kena amik inisiatif agar anak bini kita dapat tidur dengan tenang. Sebagai lelaki dan ketua keluarga , kita kena berkorban.. Tidur ? Dulu masa muda dah puas tidur.. Apa salahnya bekorban sesekali kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Terkedu.. Nak percaya atau tidak ? Hurmm.. Tapi ni bukan kali pertama aku membacanya ! Banyak kali dah aku dengar melalui sumber yang amat boleh dipercayai !

Suami tak kerja.. duduk rumah , goyang kaki tapi mintak duit kat isteri untuk terus hidup ! Ada pulak suami keluar gi kerja berminggu lamanya tapi satu sen pon tak bagi kat isteri ! Nak tak nak , isteri kena kerja untuk cover perbelanjaan keluarga ! Lagi ? Yer..si isteri sanggup buat pinjaman peribadi untuk si suami berkahwin lain !!

Cerita tipu ? Hurmm.. Banyak lagi sebenarnya kalau nak diceritakan ni .. Semuanya gara gara , I LOVE YOU membuta tuli ! Semua tak pikir panjang.. Asalkan si laki tak tinggalkan dia , dah laa ! Haihh..

Zaman ni kan.. bukan lagi dah perempuan kaki kikis ! Lelaki dah cukup bijak amik peluang terutamanya perempuan yang gemar tunjuk harta dan pangkat ! Lelaki dah mula bijak atur strategi.. Hanya perlu bekalkan kekacakan dan kepetahan bercakap terutamanya bab agama dan dunia ! Cair..

Sebab tu jangan ikut nafsu .. Jangan asal kawin ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

“ Kau naik dah pangkat ? “.

“ Belum lagi la , Ben. Segalanya bergantung pada kekosongan .. Ada yang patut bersara dah tapi .. hurmm… Ada yang dah bersara tapi sambung kontrak ! Acaner orang cam aku ni nak naik pangkat ? Segalanya bergantung pada kekosongan .. Hurmm .. Boleh stress macam ni .. “.

Aku memahami sangat.. Kalau pejabat penuh dengan mereka yang dah patut lepak rumah dan bermain dengan cucu , maka …terbayang macam ni ..

image

‘ Orang lama ‘ ni bagus sebenarnya kalau ada di pejabat . Pengalaman mereka mahal tapi kehadiran orang baru juga amat penting bagi memastikan urusan pentadbiran dan operasi berjalan dengan lebih cekap dan pantas..

Adakalanya , kita patut tahu bila nak berenti.. Jangan menyusahkan orang lain..

Sediakan payung di usia muda..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Nak ikut Ayah Su balik universiti.. Uhukk.. Masing masing sedih ! Hahahaha .. Tak bagi ikut , terus meraung .. Adeh.. jenuh aku nak memujuk dalam kereta ..

image

Tapi nasib baik laaa dia ni jenis meraung 5 minit pastu terus lupa ! Tak berbangkit dah isu.. Harapnya nanti bila dah besar , jangan wat perangai gini la …terutama bila putus cinta . Jenuh nak tenangkan diri.. tapi bila dah tenang ,cepat je recover .. Terus kata gini..

“ Aku ada awek ke sebelum ni ? Tak perasan lak.. “.

Kannnn..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image image

Makin besar tinggi… Bulan depan masuk 3 tahun usia dah.. Dah boleh kawin dah ni ! Hahahaha.. Giler nak bercucu dah ke apa ? Huhhh… Cakap pon masih berbaur jerman ! Hurmm..

Tapi kan.. dalam jerman jerman pon , bila datang mood dia .. cakap memang makan dalam punya laa ! Contoh ? Dia tengah tidur , dan aku atau wife kejut dia .. bangun tidur la..

“ Qhaliff.. bangun.. Nak ikut daddy tak… “.

“ Hurmm.. malas ! “.

Mata tak bukak tapi bagi jawapan ! Huhhhh..

Contoh lain… Bila aku menyanyi dalam kereta , dia akan bersuara..

“ Daddy.. senyap.. ! “.

Kecik besar kecik besar je aku tengok dia bila dia cakap gitu ! Kalau dah petah bercakap , gamaknya mau teruk gak aku kena smash ngan dia nanti !

Gulp.. 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Mahukan anda jalan begini di pusat membeli belah terkemuka di Putrajaya , Ioi City Mall ? Yes… aku selamba jer ! Qhaliff suruh aku buat gini selepas aku buat kat dia dulu.. hahaha.. Kiranya nak sama sama.. so sweetttt ! Hahahaha …

Aku ingatkan aku nak kenakan dia.. rupanya , ngan aku aku terkena !

image

Abis satu mall aku berjalan begitu.. Segan ? Takde makna laaa… Jalan ngan anak je pon kan ? Bukan keluar dating ngan awek yang belum sah jadi bini pon.. Tu patut segan terutamanya segan kat Allah.. kan ? Hehehe..

image

Hurm… Rezeki anak… jumpa je Toy's R Us .. dapat mainan.. nasib baik la pilih yg mampu beli.. Huhuh.. Tak yah ikutkan sangat ? Hurm… Biar la.. minda nak berkembang.. Biar dia kreatif skit , kan ?

Bukan manjakan anak.. tapi aku tau camana rasa bila nak mainan , tak dapat.. Hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Januari 2026 (4)
      • Sahabat Blogger @ Kelab Blogger : Hooda
      • Aku berhenti minum kopi dan tukar kepada..
      • Pening kepala aku dengan itik itik ni !
      • Tik Tok bikin hal sama seller ?
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes