Projek malam ni ... kat Putrajaya... ni dok tunggu krew 1TUBE ...tak sampai sampai lagi haa.. cam biasa la kan .. hehehe.. dah la perut wat hal lak.. adoi.. tadi kat rumah tak nak la sakitnya..
OK ok.. sampai dah.. sambung lagi nanti...
Projek malam ni ... kat Putrajaya... ni dok tunggu krew 1TUBE ...tak sampai sampai lagi haa.. cam biasa la kan .. hehehe.. dah la perut wat hal lak.. adoi.. tadi kat rumah tak nak la sakitnya..
OK ok.. sampai dah.. sambung lagi nanti...
Bila sebut blogger otai , pastinya dalam kepala dok pk bagus abis laa dalam bab bab blogging ni .. Aku antara mereka yang gemar ingat aku otai ! Mak aih.. malu aku .. Old timer mungkin walaupun tak la old mana pun ... baru setahun lebih je... tu pun tak lepas lagi 1 tahun 6 bulan.. haaa.. muda lagi kan ? Jadi sila tarik balik gelaran tu..
Ada yang dah bertahun tahun blogging pon tak nak digelar otai .. Otai ni apa sebenanya ?? Apakah dia mahir dalam dunia blog layak digelar otai ? Atau dah berpengalaman dalam dunia blog maka selayaknya dia digelar otai ?
Aku pon tak tau la .. dari mana datangnya perkataan ni pon aku tak pasti.. Yang aku tau sejak aku register blogspot ni , otai ni dah meniti di hujung jari jemari blogger ..
Sapa otai sebenarnya ? Hahaha.. jgn tengok aku.. Mat Gebu pon korang jangan tengok.. kang korang tengok dia , dia tengok aku balik .. sapa susah ? Otai gak susah .. Otai makanan tuu.. haahha..
Jadi.. tiada otai tiada petai..
entri 6 minit di stesen erl tasik selatan.. hahaha..
Kejadian benar benar berlaku pada aku baru baru ini .. Setelah itu , aku insaf.. kebetulan pulak internet di kawasan aku terus down to earth punya .. Setakat downtown dia tak pandang punya wehh ..
Sejak peristiwa itu , aku tak berani lagi berblogwalking di malam hari lebih lebih lagi pada jam 12 malam !! Sangat evil dead okeh !! Sapa sangka ianya menjadi kenyataan !
Okeh ! ini bukan mimpi mak limah cam semalam tu yer ( link ) ... Ni gara gara .. takkan nak salahkan dia kan ? Aku tak leh salahkan dia.. aku yang silap..
Gini cerita dia.. kalau tak silap aku , waktu tu aku dok pasang movie hantu kat Astro .. sungguhpon tak best hantu dia tapi kita scary la gak bulu roma aku ni ha...
Sedang aku tengok sambil sambil blogwalking ke blog blog yang penuh dengan perhiasan dan juga melihat keindahan ikan ikan di dalam kolam di blog mereka , tiba tiba aku terkejut !
Gulp.. geram satu hal ! Yelah.. takat hantu terpacat depan tv tu biasa dah aku tapi ni haa...LAGU kat dalam blog ni .. kuat tetiba ! Mak aih.. nasib baik aku takde heart attack.. kalau ada ??? Sapa nak ganti aku update blog yang tak best ni ????
Moral... buang jauh jauh speaker anda ! Kita tiada hak menyuruh blogger membuang radio mereka di dalam blog mereka okeh !
Terima kasih.. haaa..barulah komen namanya... Bagi mereka nak promote entri mereka pon aku tak kisah.. korang komen la berapa panjang pastu letak je link korang kat situ.. Che Beng tak marah punyaa...siyess... tapi jangan lak buat pasar borong kat ruang komen tu dah la ... ek.. OK ? Paham tak ni ? komen pastu tinggalkan link.. mesti diorg nak jejak semula pemgomen tersebut.. Ehem..
OK.. entri aku tadi tu haaa.. amboi.. ramai terasa lak ?? ada yang ketawa lak tu.. Tuu haa.. si Sunah tu haa.. Tapi ketawa dia memain je..kan kan ?
Aku keluarkan entri tu sbb ramai sangat tanya aku .. " kenapa blog diorng tak ramai pembaca.. " .. "entri dah best tapi tkde komen" .. " update dah bagai nak rak tapi ?? " atau "dah abis dah promosi..tapi tak laku gak " .. haaa... sbb tu aku ajak buat pembedahan kat blog tu haaa...
Kan dah ramai terasa.. kalau terasa tu , gamaknya betul la kot kata kata aku.. tapi kalau korang tak kisah dengan ada atau tidak pembaca tu , maka korang boleh anaktirikan je entri aku tu.. tak berharga langsung buat korang.. jgn risau pasal tu sbb korang berblog untuk suka suka.. tapi jgn lak mengadu kat kawan kawan lain kata tak sudi nak masuk blog dia ..
Satu lagi.. dulu aku kerap ditegur.. ramai masuk blog aku , pastu keluar dengan berpinar bijik mata ! Gamaknya kenapa yer ? Korang rasa kenapa? Aku rasa... hahaha.. check la balik template ..font... dan color.. semua tu memainkan peranan yang amat penting..
Bagi yang terasa tadi , ampun maaf dari aku yer.. che beng sekadar bergurau di hari raya ini ... OK.. jumpa lagi minggu depan di ruangan yang sama iaitu Deco deco bersama Beng beng boong..
Apa yang aku perasan ... blogger ni mmg matang walaupun orangnya kecik.. hehehe ...
Kalau makan nasi takde lauk , tak best la kan ? Ada lauk baru la best... Sama gak baca blog.. kalau takde gambar , mengantuk la weh... tapi kalau dalam blog tu , gambar saja pon ngantuk gak kan ? Tapi kenapa dua dua ada tetap mengantuk gak ?
Jom post mortem.. Cuba tengok gambar tu .. apakah gambar dalam tu gambar korang je ?? Dari mula sampai abis muka kooooo jeee.. dah la tu .. gambar pon kabur.. tak jelas.. tak cantik.. tengok pon sakit mata.. Gambar pon memainkan peranan penting .. Cuba tengok blog MAT GEBU ( sila klik kat atas tu ) , walaupun dia buat resepi mee goreng tapi mee dia nampak cam kambing panggang ! Haaa.. sedap berkrim.. tu baru gambar !
Kedua ..entri korang tu... entri korang tu , satu isi tapi dihuraikan berapa perenggan ? Apa kata buat je rumusan .. singkatkan .. kecuali bila part part penting tu baru , kasi penjelasan agar tidak ada sapa tersesat ..
Bagi aku la kan ... dari hari Isnin sampai Jumaat , sila buat entri yang simple dan ringkas.. Sbb apa ? Yang masuk baca ni majoriti yang dok kat opis dan kelas tu haaa... akak akak yang kat rumah pon kalau bukak , jap je.. pastu g bukak blog gossip artis , blog masakan , blog baby baby , blog mekap mekap gitu.. blog cam aku ni , diorg singgah bila nak shutdown pc jer... hahaha.. guwau je kak oiii ..
Maka , sebelum korang nak menangis sbb blog tak de pembaca , pe kata korang tengok balik blog korang tu .. Yang perhiasan perhiasan kat kiri kanan atas bawah tu pon kalau boleh , simpan dulu.. Tunggu krismas baru keluarkan yer .. sesuai letak kat pokok tu nanti ..
Kesimpulan .. entri , gambar kena menarik dan jelas .. blog korang bukan blog X-FILES yer .. ke mmg ya ???
Assalamu'alaikum.. Mudah-mudahan semua sahabat blogger sekalian sihatlah hendakNya...Tadi singgah blog Ben Ashaari.. Hari ni Ben buat segmen komen pilihan.. Hadiahnya sesiapa yang terpilih sebagai pengomen pilihan, blognya akan direwiew oleh Ben sendiri.. Kalau nak join boleh pi (sini)..Ermm.. Bukan aku cakap aku nak join, cuma tadi masa tengah fikir nak tulis apa kat blog aku hari ni, tiba-tiba idea nak menulis tu mai bila aku baca entri Ben ni.. Jadi akhirnya tajuk kat atas tu la yang aku pilih..Terus kepada tajuk kita petang ni...Bagi aku blogger kita sukar bersatu kerana ada sifat mazmumah (keji) dalam hati yang namanya 'HASAD'... Cuba perhati...
Sambungan di SINI
Aku tak nak bicarakan mereka yang gemar memplagiat entri entri orang lain atau dok mengondem blogger lain secara terbuka.. Mmg banyak cara nak jadi blogger ni ...dan itu antaranya ..
Dear Ols ♥ salam semua.. pashmina in da house.... pencinta pashmina...mari2...grab cepat...murah jek... boleh digayakan ala2 yuna or hana tajima....^_^.. sangat cantek!... PRICE : shawl hana = RM 18/pcs (update price : 27.03.11) (price not include inner) nk order??..... isi jea form kat SINI
Maaf.. aku beri laluan pada iklan sebentar.. ingat tv je boleh bagi iklan ke ? Aku pon boleh..Sumber pendapatan negara la katakan .. hehe..
Apa yang aku nak cuba keutarakan ialah semakin ramai punya blog.. Dan ini satu perkembangan yang amat bagus sekali bagi aku .. Makin ramai , makin meriah .. tapi berapa ramai yang serius dalam berblogging ini ? Boleh kirakan ?
Kenapa ini berlaku ? Pada pendapat aku , ini disebabkan pengaruh kawan kawan ... kedua ingin membuktikan mereka juga boleh berjaya dan juga mampu popular krana punya paras rupa ..
Tapi bila dah mula , baru mereka sedar .. bukan mudah sebenarnya lebih lebih lagi dalam usaha mencari pembaca pembaca blog mereka ..
Apakah kesilapan mereka sebenarnya ?? Pada pendapat aku .. kegelojohan mereka sebenarnya.. Sikap ingin cepat berjaya penyumbang utama kepada kegagalan mereka dalam dunia blog ini .. Mereka sangka dengan memacakkan muka saja sudah cukup memadai.. kan ?
Itu pendapat aku la.. pendapat korang lak ?
http://masikarfan.blogspot.com/
Aku takkan paste komen dia.. hehe.. kenapa ? Nanti akan ada yang pertikaikan.. " ni komen pilihan ?? " .. Jadi komenlah dengan seikhlas hati.. ini masa untuk belajar mengomen agar ramai blogger lebih buka mata akan keikhlasan anda sebagai seorang blogger.. InsyaAllah...
" BILA BLOGGER BERSATU "
Aku terfikir... kenapa blogger sukar bersatu ? Apakah benar mereka kata , bangsa kita ni tak boleh tengok orang lain berjaya dan akan pastikan si dia tu berada di takuk yang sama seperti yang lain ?
Aku terfikir juga.. perlu ke blogger bersatu ? Untuk apa kita bersatu sedangkan pulangannya , blogger tu yang untung kan ? Agaknya la kan.. apa yang korang fikir yer ? Apa pendapat korang mengenai dunia blog ini sebenarnya ?
Dari kecik sampai ke besar ... perkara paling aku nak elakkan ialah bergaduh .. Kenapa ? Bergaduh akan mengundang satu perasan yang amat tidak selesa dalam diri .. Seolah olah ada satu beban besar dalam jiwa.. ditambah lagi dengan bintik bintik hitam di dalam hati akibat dendam dan ketidakpuashati ... sangat tidak bagus ..
Apa yang kita dpt dari pergaduhan ? Kenapa kita bergaduh ? Perlukah kita bergaduh ? Segalanya berpunca dari sikap manusia itu sendiri.. Ego .. sombong.. riak .. cemburu .. sakit hati.. dendam .. semua itu antara punca kepada pergaduhan ..
Kita selalu fikir dengan bergaduh mampu menyelesaikan masalah tersebut.. Sewaktu aku sekolah dulu , kumpulan budak sekolah bergaduh.. dibelasahnya sorang budak dengan teruk.. apakah selesai masalah mereka ? Esoknya , abang budak tu datang bawak geng dia lak.. Sampai bila nak selesai ? Tu belum masuk campur lagi dek pak polisi .. kalau ada sampai yang mati ? Takat patah tu ok lagi..
Sekarang ni .. tengok orang tua tua lak gaduh .. paling terbaru .. isu video seks.. Yang sorang keluarkan kenyataan begini .. cakap begitu.. Yang sorang lagi bengang.. korek punya korek , jumpa dosa silam dia.. dibuka semula ..
Persoalan yang patut ditanya pada diri sendiri .. SIAPAKAH YANG SEDANG KETAWA TERBAHAK BAHAK ? SIAPAKAH YANG BAKAL MENEMANINYA KE NERAKA KELAK ?
Pk la sendiri ...
Okeh.. baca ni dulu.. senang senang dpt kawan baru.. insyaAllah ...
TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAPANGKAN MASA MEMBACA ENTRI MEREKA ..
http://nurheartz.blogspot.com/
Atas idea LOGORITHM , maka aku akan buat satu segmen khas. .setiap komen yang best dan menarik ,akan menjadi di promote blognya.. Terima kasih ..
Bukan sehari aku hidup diatas muka bumi ini .. Pelbagai karenah manusia pernah aku lihat.. Walaupun aku belum merantau ke dunia luar tapi sepanjang aku mengenali manusia yang berada di depan mata aku , belakang kepala aku mahupun di kiri kanan , sudah memadai mengatakan dunia manusia ni menakutkan ..
Cuba tenangkan fikiran kita .. bayangkan dunia ini penuh kehijauan .. kita berdiri ditengah tengah kawasan lapang nun menghijau.. kicauan burung dan unggas mendamaikan jiwa kita .. tidak bunyi kebisingan kota.. suara manusia terjerit jerit.. ketawa .. menangis.. apatah lagi bunyi suara suara sumbang yang mengumpat , menfitnah , membodek , mencaci maki ...dan banyak lagi...
Tapi dimana suara suara yang melafazkan zikir , selawat dan sebagainya yang sepatutnya meniti dibibir kita setiap saat ? Kita lebih gemar meletakkan najis dibibir kita dari meletakkan haruman bunga sebenarnya kan ?
Bicara aku ini juga mengenai aku.. bukan nak menuding kepada sapa sapa.. Aku sedar kelalaian aku.. aku sedar kealpaan aku ... Alhamdulillah , Allah memberi aku sehari lagi untuk memperbaiki lagi amalan aku ..
Manusia termasuk aku .. punya satu perasaan .. perasaan yang selalu memikirkan kita lebih bagus dari orang lain .. apatah lagi bila kita punya kuasa , pangkat , nama maka kita layak merendahkan orang yang di sekeliling kita ... Tapi kita terlupa , apalah sangat semua itu bila nafas kita terputus ..
Malu aku sebenarnya .. makin kita berjaya , semakin kita alpa.. semakin merasakan dunia ini kita yang punya .. Semakin kita jauh dari Allah .. semakin kita kembali jahil ..
Bila aku renung di cermin .. aku tak mencari apakah dosa ku semalam .. Aku tak mahu fikir keadaan jiran sebelah.. aku tak mahu fikir untung nasib rakan rakan aku .. Apa yang aku nampak , semakin kedut diwajah aku .. apa yang aku cari , jerawat di pipi .. Itu yang aku mengeluh sebenarnya ..
Apakah yang akan aku bawa sebagai bekalan di kubur nanti sekiranya , seminit lagi berakhirnya sandiwara aku di pentas dunia ini ?
Bersedia atau tidak , malaikat maut tidak akan menunggu ..
Salam ... selamat pagi kawan kawan ..
Penat... wife pon cam tak sihat jer... ni pon dah lewat g kerja..patutnya time ni dah sampai kat stsn ERL ... bukan tak terjagaa tapi berkali kali terjaga .. set jam ...4 kali alarm.. hahaha..
Alhamdulillah ... bernafas lagi sehari ... Harap harap hari ini segalanya berjalan dengan lancar .. tiada sebarang masalah ... entahlah... mengenangkan nasib kawan , sedih jer ...
Manusia ni .. tak reti menghargai pengorbanan manusia yang lain .. diorng lebih gemar mencari kesalahan orang lain ..itu yang seronok... Sebab itulah Allah Maha Adil .. Buat baik dibalas baik ... Manusia ? ada manusia nak berlagak tuhan ... tapi ?? Hurm..
Janganlah kita riak dan angkuh .. sesungguhnya bukan milik kita perasaan itu ..