BEN ASHAARI ,GENGBLOGGER dan JOEGRIMJOW

by - Ahad, Mei 16, 2010

Satu tika dulu .. aku selalu memerhatikan blognya, JOEGRIMJOW ...Dia yang senantiasa ramai pengunjung .. senantiasa ramai mengomen di blognya ... Malah followernya sudah melebihi ribuan ... Setiap entrinya penuh dengan info dan juga dengan penceritaan yang bagus .. Dia juga sering menganjurkan pertandingan ... Kebanjiran pembaca di blognya benar benar menguji kewibawaan aku ... Itulah yang bermain di dalam benak aku , 6 bulan lepas .. Dia adalah antara blogger blogger yang aku 'cemburukan' kejayaannya ..


(Joe , pinjam sat noo)

Gambar ini aku amik dari dalam blog dia ... huk huk .. ketika kali pertama aku lihat , aku semacam tak percaya... Aku berkata dalam hati .. kalau sebulan aku baru leh dapat 100 je follower , nak dapat lebih dari seribu mesti makan bulan dan bintang ... susah susah ..

Ada sorang lagi sahabat yang mencucuk aku lak .. Bagitau aku tentang ranking ALEXA .. dia suh aku check rangking tika tu... Waaaa ... 14 juta ... giler ke apaaa.. Blog aku no 14 juta .. ke 14 juta femes ??? Bleh tahan .. rakyat dalam dunia ni ada berbilion .. no 14 juta pun kira teror apa??? Tetapi kawan aku tu beritahu aku , blog dia dalam no ribuan jer ... haihh .. Aku hanya mampu mengeluh.. Entah bila la aku mampu capai cam diorng ni ..

Setiap hari aku dok tengok blog aku ... suram ... paling ramai pun setiap kali orang masuk baca adalah 5 orang je.. tu pun satu kepuasan bagi aku.. Blog cam aku ni , sapa la nak masuk .. Template pun tade .. cuma warna merah tu jer haa.. apa yg bestnya nak dibandingkan dengan blog blog lain yg penuh dengan warna warni ... lip lap gitu ..

Sekali lagi aku mencuba ... bagi menaikkan blog aku .. aku buat satu pertandingan .. Tu pun setelah mendapat beberapa idea dari blog lain .. antaranya blog JOEGRIMJOW sendiri .. Kerajinannya telah menghidupkan semangat aku ... Aku perlu bersaing dengan mereka ini ... Jika mereka boleh , aku pun boleh ... betul tak ? Pasti boleh... Malaysia tak boleh.. asik kalah ngan China .. Wekkk .. haahha..lari tajuk lak ..

Idea demi idea .. datang ... akhirnya ... hari ini ... bila aku lihat follower aku .. oh ya.. sebelum tu ... aku nak habaq kat korang .. aku tak pernah suh diorng u follow me i follow u , atau nak masuk contest sila jadi ahli kelab dulu ... haaa.. diorg semua ikhlas folow aku... tqqqqq.. Akhirnya .. hari ini ...



Follower yang ikhlas nak baca blog aku dah menjangkau 1623 .. kurang 2 dari JOE .. Aku bukan nak berlagak tapi nak bagitau kat korang .. Sesungguhnya ..dalam dunia blog ni , sapa saja boleh berlaku ... Namun segalanya terletak kepada kebijaksanaan kita sendiri bagaimana mahu berjaya ..

Hari ini , rank dalam ALEXA aku terus naik ...perbezaan yang boleh dikatakan semakin membanggakan ... Gambar Rank Alexa tu adalah untuk hari ini .. dan untuk yang semalam , sila klik sini ..

Kenapa aku bercerita semua ini ? Ermmm... Terlalu banyak blogger yang merendah diri.. Merasakan blog mereka tidak layak untuk bersaing dengan blogger blogger lain ... Sangat menghampakan aku .. Semua blog bagi aku , adalah bagus .. walaupun dia plagiat dari mana mana blog namun bagi aku dia tetap berusaha gak .. bukan mudah nak mencurik entri orang lain .. memerlukan satu kerajinan gak walaupun perbuatannya itu tidak bertamadun ! .. haaa... aku tak suh pun korang g curik entri orang lain ... Tak baeeekk ...

Bagi aku , kalau mereka mampu mencipta blog , maka mereka berkebolehan .. cuma peraaan segan itu patut dibuang .. Anda seorang blogger , kami juga begitu .. apa yang membezakan kita ialah , idea dan bakat ... itu kena cungkil dan cari ... jika temuinya , gunakan dengan bijak ...

Kepada mereka yang ingin membina blog , aku alu alukan kehadiran anda dalam dunia blog ini ... Satu penghargaan bagi aku jika mereka berblog setelah tertarik dengan dunia blogging ini .. Cuma harap niat berblog tu bukanlah semata mata $$ .. Jika itulah niat korang , maka , blog korang akan berabuk .. Percayalah ..


p/s : Joe , sori petik nama ko ek.. hehehe...tqqq

You May Also Like

23 comments

  1. baru perasan header ko pakcik ben...
    JANGAN BIAR AKU MEMBEBEL
    hahaha
    sekali membebel memang dasyat tapi tension juga dengan remaja kacak sepertiku
    ekekekekek

    BalasPadam
  2. wahhhh! rasa sgt termotivasi pas baca ni! tQ encik Ben!!!

    (>.<)

    BalasPadam
  3. pandangan yang menarik :)

    ++ first time komen kot..tgk kosong lagi~ selalunya ramai dah :)

    BalasPadam
  4. BEN, since U dah kata kena buang rasa segan, so Kak Azie nak bagitau. Kak Azie buat blog yang private selama 2 tahun dgn kurang 50 readers. Tentu bukan kerana duit, kan?

    But today buat blog yg open, masih niat yg sama tapi kalu mendatangkan duit, tentu tak salah menolak, kan? kan?

    thanks. Sharing is caring.

    BalasPadam
  5. part merendah diri tu ku stuju
    dunia blog ni sama macam duni luar

    yg kuat saja akan bertahan lama
    segan2
    akan ditinggalkan

    BalasPadam
  6. LOL
    konpem naik lg ku nye blog rini
    huhu
    thx u thx u

    erk
    ku dah jumpa formula nak potong ben balik
    kekeke

    tunggguuuuuuuu
    ;)

    BalasPadam
  7. tahniah n tq kerana memberi semangat untuk terus sya berblogging...
    n tq utk platform yg disediakan.. secara tak langsung blog mimie pun ramai org jenguk.. :D

    BalasPadam
  8. betul2..blog bukan kerana duit...
    jangan dok ingat trafik...jer..mcm bro ben ckp dulu...

    nak kena rajin taip entry dan communicate dgn bloger lain...

    kalu syok sorang2 tak berguna jugak..

    tq..bro...

    BalasPadam
  9. yeah..kalu ikhlas menulis dlm blog, entry yg tak tak brape best pun org ramai bace..
    disebabkan keikhlasan tu menjadikan penulisan itu jd manis dibaca..

    BalasPadam
  10. wah..pjg btol abg ben membebel hari ni ya..mcm cikgu dh ropenya..slmt hari cikgu jgk utk abg ben sbb ni mcm dh kire mengajar jgk ni..mengajar ke arah kebaikan..hehe

    BalasPadam
  11. yeah batul3 aku sentiasa setuju ngan ko.pewitt abg taf hahaha..ben sila bagi semangat camni lagi..spirit!!!

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Satu lagi berblog ni selain kesungguhan, komitmen itu penting juga, kalau tak mula lah blog kita tumbuh lalang...Pasal $$ tu pun satu, jgn pening2 kepala fikir benda tu, kalau ada rezeki kita insya allah..akan menampak kan hasil walaupun lamaa..

    BalasPadam
  14. Penuh Hikmah,saya akan kejar Ucnle Ben,tengok lah nanti ! Hehe :D

    BalasPadam
  15. 1stly selamat ari guru coz u dah macam guru blogger hehehe...motivated n3 ni :)..

    BalasPadam
  16. wah wah wah...peningkatan yang begitu ketara...solute r sama Ben... berblog biar ikhlas, walaupon xde org yang sudi baca..huhu

    BalasPadam
  17. ya.
    encik ben mmg hebat.
    hehe.
    ;)
    belajar drpd anda.

    BalasPadam
  18. salam...abg ben..betul ckp abg ben...nak menulis blog ni kena buang perasaan segan...sebab tu la syu dah start menulis blog dah lama tapi tak aktif sgt...lately ni baru aktif balik..tetiba ada semangat...cuma idea dan bakat tak menyerlah...perlu digilap lagi :)

    thanks sbb abg ben byk bagi info pada blogger baru dan lama....kiranya abg ben ni cikgu kepada blogger baru la...so, selamat hari cikgu :)

    BalasPadam
  19. owh...terima kasih atas nasihat2 yang diberikan
    menaikkan semangat blogger baru macam saya ni
    btw, tahniah2

    BalasPadam
  20. Nak merendah diri jangan sampai diri direndah-rendahkan. Ingat tu..hehe

    BalasPadam
  21. hehehe tahniah. persaingan sihat tu. betul tu, follower yang setia bukan lah sebab nak tggu result contest or wuteve..tp yang setia menanti setiap entry yg di post oleh owner blog tu sendiri. hihi btw i like blog merunnnn ni.he3 blog joe eyka x follow lg. best ke eyk :P ?

    BalasPadam
  22. uhhh.. ter'motivate' bila baca entri ni.. huhu

    BalasPadam