Itu antara artis tu ngan Tuhan laaa ..

by - Ahad, November 13, 2011

 

“ Aku minat giler la kat minah tuuu … seriuss  “

 

“  Hurm… Aku tengok dia , biasa je la.. Samaa je seperti yang lain.. Takde la sampai nak buat aku sebut ‘Wow’ tiap kali dia menyanyi .. Tapi ok la.. rezeki dia .. Cuma aku tak gemar tang pakaian dia tu ..  “

 

“ Eh , nape lak .. Ok per ? Sekurang-kurangnya dia bertudung abis.. Tak nampak rambut pon .. Haaa.. ok la tu kan ?  “

 

“Islam suruh bertudung ke menutup aurat ? Lagi pun , dia kan ramai peminat terutamanya perempuan yang muda muda ni.. Kan bagus dia jadi satu contoh yang bagus untuk diikuti terutama tang agama tu.. Secara tak langsung , dia berdakwah gak kan “

 

“ Alaa.. biar je la .. Tu antara dia ngan Tuhan laa.. Kita sapa nak tegur dia ??  “

 

“ Kau kata kau minat dia .. Antar la email ke.. Atau tulis kat wall Fb dia ke ..Tweet dia ke.. Sekurang-kurangnya kau adalah peminat yang mengambil tahu hal dia .. Tu baru peminat .. Bukan time menang baru berteriak gembira.. Tang lain , lantak pi laa.. Aiseman , hang nii .. “

 

“ Ahh… biar je laaa… “

 

“ Haih … peminat la sangat .. Cait … “

 

 

Surah Ali Imran ayat 104:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

 

Wallahualam …

You May Also Like

11 comments

  1. yang baik dijadikan teladan yg buruk dijadikan sempadan

    BalasPadam
  2. Selain selebriti, isteri2 pemimpin pun patut ditegur supaya menutup aurat.

    BalasPadam
  3. saya dah tau ,, siapa perempuan ituuuuu :P

    BalasPadam
  4. Jadikan satu pngajaran wat dri sndiri...

    BalasPadam
  5. menjadi artis dan celebriti sentiasa jd pujaan anak muda.jd idola , mmg sedih bila ramai yg terikut2 fesyen yg tak selari dgn tuntutan agama.wallahualam, nnt ckp lbh org kata kita bkn baik sgt pun.

    BalasPadam
  6. Adalah satu kerugian jika artis dijadikan idola
    Oleh anak muda zaman sekarang

    BalasPadam
  7. salam. Saya tertarik pada entry ini. semoga menjadi terbaik masa akan datang.

    Insha Allah..

    oleh itu, masyarakat juga bisa tegur golongan artis. memberi kata2 insaf supaya mereka kembali jalan yang benar.

    kerana mereka sudah terbabas...


    firman allah:
    Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Al-Faatihah 1:6)

    BalasPadam
  8. paling tidak pon cegah lah dengan hati =) berazam x nk mencontohi sikap yg x bek tu =)

    BalasPadam
  9. sebenarnya kita salah sebab hanya mula menyalahkan mereka apabila mereka sudah boleh membuat pilihan sendiri. lebih baik sekiranya kita ambil inisiatif mendidik mereka yang masih kecil daripada duk sebok-sebok dengan orang yang 'masuk telinga kanan keluar telinga kiri' ni.

    BalasPadam