Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 9 Februari 2012

Lelaki jadi kuat bila g gym !

 

 

IMAG1596-1-1-1

Haah ??? Jadi kuat ? Kenapa lak ?? Haaaa … Ni la rahsianya .. Jeng jeng jeng  …

Bila lelaki g gym , mereka akan automatik jadi kuat bila ada anak dara g gym , pakai ketat atas bawah .. Haaa.. Baju senteng dan berlari lari manja atas treadmill .. Tapi bukan semua gym leh ada ‘suppliment tambahan’ tu .. Hehehe ..

Automatik leh angkat 100kg tanpa bantuan punya .. Jangan pandang ? Giler ke apa ? Hahahaha .. Memang kena pandang besi je kalau g gym ni terutama gym gym ‘berkelas’ ..

Nasib baik skang aku g gym awal . Belum bukak , aku dah ada .. Kalau tak ? Confirm otot kat badan aku tak cukup tempat nak tumbuh punya !!

Mesti TONTON 2012 - BATTLESHIP

 

 

BATTLESHIP , tak silap aku keluar Mei 2012 . Adoi .. Mei la pulak ! Hahaha .. Bukan takat movie ni je nak keluar , anak aku pon tu nak keluar time tu gak .. Hahah.. Masak ! Camana ehhh Aiyooo ..

Best ni ! Aku mmg minat filem fiksyen gini. Baru berbaloi tengok wayang. Ni tengok Ombak Rindu kat panggung .. Aiyoo.. Cam tak kena lak ngan jiwa aku.. Jiwa aku yer..  Jiwa korang , aku tak pasti la yer ..

Aaahhh … utamakan yang patut utama… Movie ! Hahaha … Memang kena pancung aku punya ! Jangan cari pasal woo.. Download je la movie Battleship ni nanti .. huhu .. Jimat RM11 termasuk cukai..

Mesti TONTON 2012–SPIDERMAN

 

Spiderman 2012 ni kena tgk 3D baru puas . Sebab mmg pon untuk 3D tapi 2D pon ok gak la .. Bagi yang tak pernah cuba 3D , sila la.. Confirm keluar geleng kepala punya .. Hahaha .

Spiderman terbaru ni , hero baru .. Cam agak ganjil skit je sbb dah biasa dengan yang lama. Jadi , tak perlulah nak buat perbandingan. Layan jer ..

Tamo layan kat panggung , download je la eh .. Hehehe .. Tapi aku rasa aku nak layan 3D nanti kat Alamanda .. Sapa nak join ?

Header pilihan BEN ASHAARI

 

image

Simple tapi ada makna ! Pemilihan template yang begitu amat sesuai sekali dengan headernya. Bukan mudah nak bermain color . Salah main , jadi hambar dan hilang mood terus ..

Blog cikgu ni mmg menarik bila dibaca apatah lagi perkongsian kisah hidupanya sebagai anak perantau .. Nak tau kisah dia ? Jom g tengok blognya ..

http://goldazone86.blogspot.com

Alang alang menutup aurat , kan Ana Rafali kan ?

 

image

Ada yang kata , skit skit .. nanti tutup abis laa kan ? Masalahnya satu je yer .. AJAL tu .. Kalau nak berhijrah , bagi yang terbaik . Jangan la buat skit skit . Contoh solat la kan .. Hari ni , satu waktu .. Esok lusa buat lagi  satu dua waktu .. Umur berapa dah tu ? Kalau 7 tahun tu lain la.. Ni ?? Haa.. Disiplinkan diri tu .. Makan boleh pulak ikut waktu kan ?

Aku bukan nak kata aku bagus. Ni nasihat untuk aku gak la. Sambil untuk aku , apa salahnay aku pelawa kawan kawan gak kan . Tak la aku makan sorang . Kita sama sama berhijrah .Tak payah tunggu Maal Hijrah tahun depan untuk berhijrah.

Alhamdulillah .. Kan ayu tuu .. Kalau dulu sekadar nampak ayu , ni terang terang ayuuuu dan jelita kauuu .. Perghh… Biar tutup abis yer Ana. Jangan tutup dan ketat ketat. Ada yang kata janji bertudung. Janji bertudung ni bukan perintah Allah. Perintah Allah , menutup aurat. Maka kena tau la camana nak berpakaian menutup auratkan ?

Rujuk kitab  Al-Quran dan hadis yer  .. Jangan rujuk kawan kawan ..

Akak cashier terbaik di Malaysia !!

Hahaha.. serius ! Aku tak tahan tengok akak cashier parking yg berbangsa India ni ..


Dari mula aku dtg ke plaza Damansara ni , aku terpikat dgn senyuman dia yg cukup ikhlas !  Masa bgtau jumlah , dia senyum .. Amik duit ,senyum.. Pulangkan baki pon senyum.


Memandangkan hari ni hari terakhir wife aku buat check up ngan Dr.Hamid ni , aku nekad .. Lepas dapat duit baki tu , aku terus bgtau dia ..


" U cashier terbaik di Malaysia yg pernah i jumpa ".


Senyum dia seolah olah dah biasa terima pujian gitu . Dan bagi aku mmg dia layak !


Aku rasa orang sakit hati pon leh sejuk tgk dia senyum .. Bukan muda dan biasa je orangnya tp dengan senyuman dia tu , dia nampak muda dan ceria walaupun sbg cashier parking jer ..


Kalau muda tu , leh jd pramugari tu .. hihi ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Style Anda Jadi Perhatian!

 

 

Inginkan kelainan dari style yang biasa.
Jom tengok di www.suehijab.com !

32 minggu sudah si kecil 'di dalam tu ' ..

" By now, your baby weighs 3.75 pounds (pick up a large jicama) and is about 16.7 inches long, taking up a lot of space in your uterus. You're gaining about a pound a week and roughly half of that goes right to your baby. In fact, your little one will gain a third to half of his or her birth weight during the next seven weeks as he or she fattens up for survival outside the womb.


Your baby now has toenails, fingernails, and real hair (or at least respectable peach fuzz). The skin on your baby's body is becoming soft and smooth as he or she plumps up in preparation for birth. "


Check up sekali lagi ari ni . Patutnya tadi aku dan wife g kelas antenatal .. Takde kaitan dengan Hari Natal yer ..


Kelas tu kat Hospital Serdang , kul 10 pagi tadi . Dlm 9 lebih gitu dah g sana.  Bila sampai , terkedu aku tgk kereta yg bersepah kt sana ..  Parking di mana mana saja termasuk kat tepi longkang atau jalan besar ! Aku tak berani amik risiko tu . Merbahayakan nyawa orang lain .


Lalu aku kenselkan je kelas tu (free jer) dan plan nak cari kelas swasta. Bayar pon bayar laaa ..


Dan , skang kat klinik Dr.Hamid Arshat. Menunggu masa utk masuk dan scan ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tetap tak de hak !

 

Aku pernah gak kerja kat kaunter perkhidmatan awam ni . Apatah lagi yang datang biasanya nun orang dari luar negara yang kaya raya ! Jadi diorg punya karenah ni , lain skit . Maklumlah ada duit , pangkat dan gelaran .

Sakit hati ? Hari-hari ! Bermula 8.30 pagi – 5.30 petang. Balik rumah , legaaa woo .. lepas geram kat gym ! Kat opis , senyum sokmo. Kalau geram pun tetap senyum .

Bayangkan keje aku masa tu dok menjelaskan menda yang sama pada mereka yang datang untuk mendapatkan maklumat . Semua menda yang sama . Kena jelaskan guna mulut woo.. Penat bercakap sampai aku malas bercakap dengan orang lepas kerja ! Hahaha ..

Kalau takat bagi informasi tu tak pe la. Ni siap ada yg bertekak untuk membolehkan apa yang tak boleh ! Siap ada yang ugut nak lapor pada menteri , perdana menteri pon ada ! Haa.. Dan mmg aku pernah dapat pon email aduan dari pihak atasan . Mereka terus  menyalahkan aku. Nasib baik bos tau keadaan sebenar ..

Geram nak belasah ? Hahaha .. Sapa aku nak belasah orang weh ? Bukan soal kalah menang. Soal menyesal selepas itu. Kalau aku meringkuk dalam penjara? Kalau aku kena sama ? Puashati ke dengan sedas tumbukan atau penerajang ? Cerr pk ? Mak bapak aku tak malu ke dengan jiran yang ada kerjanya  sebagai wartawan hiburan tak bergaji ni ? Cer pk ?

Aku geram , aku masuk dalam. Tanya bos .. Apa yang patut aku buat.. Nasib baik dapat bos yang bijak mengawal situasi. Haaa.. Kalau tak dapat bos gitu camana ? Aku terus terang .. Aku berenti kerja seperti mana yang aku buat sekarang ni. Dosa pon kurang kan ?

Kita jangan cakap la sapa salah sapa betul. Aku pernah tanya pada kawan aku yang bertugas di jabatan siasatan jenayah yang kerjanya hari hari meyoal siasat orang .. 

“ Kalau aku sakit hati kat orang , aku pukul dia , aku salah kan ? “

Betul katanya ..

“ Kalau dia sakitkan hati aku .. maki hamun aku , aku pukul dia dulu , boleh kan ? “

Tak boleh katanya .. Kecuali jika kita mempertahankan diri .. Faham tak ? Maksudnya jika dia pukul kita . Kalau dia pukul pun , kita tak leh la pukul dia sampai mati. Cukuplah sekadar mempertahankan diri. Pastu buat laporan polis .

Negara kita ada undang-undang. Ini Malaysia. Agama rasminya Islam. Nabi Muhammad s.a.w pun pernah di maki hamun. Malah lebih teruk dari itu. Bukankah kita disuruh mencontohi sifat-sifat terpuji Rasulullah s.a.w ? Takkan masa Maulidur Rasul je kot nak ikut ?

Kalau tak tahan tekanan di tempat kerja  , berenti saja .. Buat bisnis sendiri. Baru tau camana perasaan sendiri bos sendiri kuli ..

Istighfar banyak – banyak. Sesal dahulu berpendapatan. Sesal kemudian ? Tak guna dah …

Video kakitangan KFC yang kurang ajar

 

Video Kakitangan KFC yang kurang ajar yang panas di internet sekarang ini .

 

Tajuk akhbar , Kosmo hari ini yg mana membuatkan aku tak jadi mandi dan terus update kat blog .

Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai yang mana seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC gara-gara  tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan. – Kosmo

Hurm .. Aku tak berani nak kata salah sapa tapi bagi pihak KFC yang pastinya nak jaga nama baiknya , akan mengambil tindakan terhadap  mana mana kakitanganya yang melanggar peraturan. Kalau kita pon pasti buat gitu kan ?

Bab lambat ni aku rasa ramai tau punya la kan .. Bukan kat dalam video tu jer .. Baru-baru ni pon terjadi kat aku di KFC Stadium Bolasepak Cheras. Sejam tunggu ! Pelanggan lain yang datang lambat , pon leh dapat awal dari kitorang . Dah la tu , dia kata nak hantar , last last adik aku g amik sendiri ! Baru dapat  woo .. Sejam okeh !  Kalau nak kata baru masak , kenapa yang lain dapat ? Yang sama gak tuu .. Order ayam jer tuu .. Bukan mintak nasi minyak atau nasi kandar ! haaa .. Bayangkan kalau aku yang g mintak ? Mulut aku celupar skit tapi tak sampai hati nak lafazkan ..

Aku tau .. kerja kat restoran segera ni perlukan mental yang kuat . Mereka yang datang makan kat situ , nak cepat punya .. Mestilah kan ? Nama pon segera. Orang dah lapar , nak makan. Jadi , nak cepat la kan .. Harga pon bukan murah kan ?

Di sini aku nak tekankan , mereka yang rasa-rasa panas baran dan tak tahan melayan karenah orang , aku nasihatkan tak perlulah kerja di restoran makanan tak kira segara mahupun lambat. Bukan mudah ! Penat woo .. Penat fizikal dan mental .. Bila dah penat , maka .. Tuu.. dalam video tu la kesannya ..

Hurm .. Pihak syarikat bertanggungjawab pon kena buat satu latihan mental yang betul betul mencabar .. Hanya mereka yang benar benar layak ( sabar , jujur dan pembersih  dsbnya ) saja , baru amik .. Untuk masa akan datang ..

Aku sokong Nasir Bilal Khan !

 

Ya ! Inilah yang patut ada pada pelakon di negara kita ! Semangat aku membacanya ..

“Ibadah itu luas dan dalam berkarya juga kita boleh beribadah. Sebab itu saya hanya terlibat dengan projek filem atau drama yang meninggalkan kebaikan kepada masyarakat,”. katanya pada mStar Online.

Nasir Bilal Khan memboikot segelintir pembikin / pengarah beragama Islam yang obses pada ideologi barat dalam berkarya. Ini kerana mereka terlalu taksub untuk menghasilkan karya yang bertujuan untuk melekakan penonton semata-mata.

Yeah ! Tahniah Nasir Bilal Khan ! Anda telah membuktikannya ! Tak semestinya wang ringgit memberikan kepuasan atau anugerah yang dikejar oleh semua pelakon !

Harapnya lebih ramai lagi pelakon kita yang beragama Islam membuka mata mereka . Anda menjadi contoh pada peminat anda .. InsyaAllah .. Bukan susah pon dan takkan rugi laa .. Rezeki Allah ada di mana mana . Yang penting , niat ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI