Bila blogger review produk !

by - Rabu, April 01, 2015

 

Hi,

Salam,

can i know how much the cost for do ads in ur your blog?

And can i know when you free to publis the product review?

Thank you. “.

 

Aku bagitau harga review aku dan terus tak balas. Produknya ialah minuman kesihatan.  Aku tersenyum. Tak pe.. aku tak kisah sangat pon ! Sebab apa ?

Blogger perlu tahu .. setiap review yang mereka buat , mereka perlu ‘berpengalaman’ keatasnya ! Kena cuba dan kena rasa ! Contohnya produk kecantikan.. kena pakai kat muka dulu kan ? Produk kesihatan pulak kena makan ! Walaupun dah diberitahu ada kelulusan tapi kita tak pasti kesannya pada badan kita ! Ada yang sesuai dan ada yang tidak ! Andai kata tidak sesuai ? Apakah kesannya ? Jatuh sakit ? Camana dengan organ kita ? Apakah ianya dah diinsurankan ? Kalau masuk hospital camana ? Sapa nak tanggung ?

Mengarut ? Memang laaa.. tapi kena fikir ! Zaman ni dah wujud macam macam penyakit yang tak pernah dengar sebelum ni .. Kena hati hati melainkan kita dah familiar dengan jenama tersebut ! Ni tiba tiba muncul , kata bagus ! Camana tu ??

Ada blogger sanggup amik murah.. asalkan duit masuk ! Ok , tak pee.. hak masing masing .. Cuma aku nak ingatkan , apa yang korang review tu akan dibaca oleh pembaca korang ! Ada blogger cuba pon tidak tapi tulis dalam blog .. dah cuba dan bagus ! Hurmmm.. Anda menipu pembaca anda !! Anda blogger tidak bermaruah !

Buat peniaga yang nak gunakan khidmat blogger.. Jangan amik kesempatan dan perlu ada sikap bertanggungjawab juga ! Jangan pikir nak untung jer !

You May Also Like

12 comments

  1. memang betul pun apa yang aben cakapkan ni, ada sesetengah tu dah email lepas tu diam bila kita beri rate kita...hik hik hik...tapi tak kisah, rezeki ada di mana-mana kan...

    tang yang main rembat hamik murah tu, memang hak masing-masing...asal duit masuk katanya... tapi sebenarnya there's more to it... I've learned from you... thank you aben... :)

    bukannya asal ada, murah pun tak apa, tetapi kena bersifat lebih bertanggungjawablah kan...tak naklah jadi blogger tak bermaruah... moga moga tidak... In Shaa Allah...

    BalasPadam
  2. HURMMM BETUL tu...mmg selalunyer pun bloggers ni mudah sangat diguna pakai utk review produk dorang dgn harga yg terlalu murah n xberbaloi2

    BalasPadam
  3. setuju aben.... semoga ramai yang berfikiran gini jugak.

    BalasPadam
  4. agree. tapi selalunya yang melepaskan batuk kat tangga tu yang selalu dapat review *mih mih mih* saya jealous kot.

    BalasPadam
  5. abg ben mcm mna ey nk bg abg ben rasa ?? nak juga suh abg ben review kita nye produk..

    BalasPadam
  6. salam abg ben. saya setuju dengan pendekatan cuba dulu, baru review.

    pada saya, bila dah cuba barulah kita boleh bagi review yg tepat, pro and kontra. owner produk puas hati, pembaca/pembeli dapat maklumat betul, blogger pun dapat kredibiliti..

    BalasPadam
  7. Betul.. kalau sekadar review tapi kita tak tahu hasil dan kesannya tak guna jugak.. dalam masa yang sama macam menipu pembaca pulak..

    BalasPadam
  8. Betul...sebab kalau apa-apa yang terjadi nanti,blogger juga yang disalahkan...

    BalasPadam
  9. Walaupun Yt tak ada pengalaman lagi, tapi Yt setuju. :)

    BalasPadam