Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 17 April 2015

Fesyen : Kurtah atau baju raya Hibster ?

 

Kurtah yang direka oleh Ahmad Fauzi Aryaan yang menarik minat aku kerana dari dulu aku memang minat nak pakai kurtah ni.. Sayangnya bila beli , semua sendat ! Masa tu perut aku tak capai tahap cam sekarang ni ! Aha.. bahasa kasarnya , boroi laa.. hahaha .. Terima hakikat yer..

Kali pertama terpandang , terus tergoda.. Tertanya gak mana nak cari.. Godek punya godek.. akhirnya tau ! Dapatkannya di Butik Hijrah Couture ! Huhh…. butik tempat baju raya aku beli setiap tahun rupanya ! Adehh ..

image

Dan baju raya Hibster yang sedang hangat diperkatakan.. Tergaru kepala aku jap.. Hurm… Ketat ? Adeh… Walaupun ada yang kata orang kurus sesuai pakai tapi ketat ? Fesyen ? Hurm.. Malas nak komen lelebih.. cuma aku takkan pakai laa walaupun aku kurus.. Tak sesuai dengan kehendak aku.. Aku nak tampak segak dan kemas.. Ni nampak cam sesak nafas je bila pakai .. bayangkan nak makan ketupat rendang serta lemang ! Haa..

image

Teringat lagi aku sewaktu aku remaja dulu.. sapa pakai seluar senteng macam ni , memang kena ketawa sampai pecah perut ! Tu zaman budak budak la..

Tah la.. aku rasa , ikut suka korang la.. duit korang.. badan korang.. Cuma , jangan sampai jadi mangsa fesyen.. Dalam drama atau filem ok la.. realiti ? Realitinya , kita di Malaysia.. Bukan Paris !

3 komen :

DYatie ABakar berkata... [Reply to comment]

baju raya hibster.. husb yt mmg menentang habis2an fashion tu.. katanya org mengekalkan keunikan keaslian baju tradisional.. tp dorg pulak nak ikut ala2 korea.. huuuu..

Ahmad Fauzi Aryaan berkata... [Reply to comment]

Terhasilnya adalah ingin mencari alternative, silakan laa berkunjung ke IG @byfauziaryaan atau @ahmadfauziaryaan.

TQ Abg Ben..

aKSARAfENDI berkata... [Reply to comment]

utk photoshoot bole la bju mlayu hipster tu.kalo in real, mmg mati tersendat la jawabnya. Lebih baik baju mlayu yg tradisional.. bru nmpk keasliannya..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI