GST : Apakah ramai peniaga melayu akan bungkus ?

 

Ada dah dua tiga orang rakan aku yang berniaga makanan bersuara… sejak GST ni , jumlah kutipan merosot sangat ! Sangat merosot ! Dah la harga jualan tak berubah ditambah lagi dengan kurangnya pelanggan ! Camana nak survive kalau gini ?

image

Mungkin kerajaan boleh tarik nafas lega tapi rakyatnya ? Aku sendiri terpaksa butakan mata aku setiap kali membeli barangan.. Kalau aku amik kira cukai yang bakal atau telah dikenakan , maka anak anak aku terpaksa telan air liur je tengok anak orang orang kaya membeli belah atau makan sedap sedap di shopping mall ! Bukan dia je , aku pun gitu gak !

Peniaga online ? Hurm.. Aku dah mula nampak tak byk iklan dipaparkan di media sosial.. Yang papar pon dah mula berkira soal keuntungan atau paling tidak pon balik moda ! Macamana tu ?

Aku tak pasti peniaga bangsa lain tapi yang pastinya peniaga bangsa melayu yang bajet kecik ni memang terasa bahang keperitan. Harapnya pasni kerajaan akan tolong  mereka agar mereka mampu terus bersaing dalam dunia perniaagan..

Apakah GST akan hapuskan golong miskin atau menambah lagi golongan ini ? Aku tertanya gak..

9 ulasan:

  1. tak tahu nak cakap apa dah ttg GST ni. buat sakit dan bengkak hati je.terseksa sungguh.

    BalasPadam
  2. nervousnya nak balik Malaysia ni T_T

    BalasPadam
  3. Rasanya mmg kebanyakan peniaga rasa bahangnya. Mcm sy yg ank ramai sah la bab membeli enda yg blh dielak tu mmg elak. Kalau dulu sesuka hati je sarapan luar atau beli kat tepi jalan. Skrg ni sabtu ahad je lah klu nk g mamak . Pejam mata soal gst nnt terliur sampai meleleh air liur duk kira gst lima keping roti canai kena bayar 30 sen gst. Ekeke

    Peniaga jual sarapan kat area sini dh mula naikkan harga makanan. Yg tak naikkan harga muka kecikkan saiz kuih. Cucur badak dah tak bulat leper tp jd bulat mcm cekodok pisang cenonet je. Kalau makin mahal memang jarang sangat lah kot nak membazir beli kat luar selagi benda tu blh buat sendiri mmg buat je lah. Phewww.. Gst gst gst

    BalasPadam
  4. rasanya bakal bertambah golongan miskin. yang dulu mana sederhana ditambah dgn ekonomi skrg jd serba tak cukup daa dibuatnya. apa nikmatnye hidup jika makan disekat2 perbelanjaan dicatu :( sedangkan golongan sederhana ni hampir 70% masa mereke dihabiskan untuk bekerja. kalau da semua terpaksa kita sekat2 sebab cost tgi apa je tinggal utk kita nikmati hasil dr penat lelah bekerja??

    BalasPadam
  5. SALAM JUMAAT...NAMPAKNYA RAMAI YG MENGURANGKAN PEMBELIAN...EKONOMI MENINGKAT KE MERUDUM TU?

    BalasPadam
  6. saya cuba positif atas apa jua langkah kerajaan tetapi hari ini 'hati banyak sakit'....kena layan gst dekat RM20!

    BalasPadam
  7. kesian pada yg berpendapatan rendah.. tambah2 lagi orang kampung. Tunggu ajelah perubahan apa yg mereka bawakan kepada kita..

    BalasPadam
  8. takut ramai yang dikategorikan dalam kategori miskin nanti..

    BalasPadam
  9. tak tahu nk ckp apa..nak g mana2..skit2 kena gst...sedih rasa..ni membeban kan org yg brpendapatan rendah..apatah lagi peniaga...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009