Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 16 April 2015

GST : Cadangan tidak masuk akal !

 

Gelak ? Tidak lagi ! Marah ? Takde selera pon.. Geram ? Dah bosan ! Aku dah takde apa apa perasaan bila melihat atau membaca satu persatu idea yang datangnya dari mereka yang digelar ahli bijaksana negara ni.. Dah naik gaji , makin meroyan pulak idea mereka ! Aku rasa la , dah patut bersara menteri menteri ni ..

image

Tarikf siang mahal , malam murah ? Ni punya idea , budak sekolah pon leh bagi ! Serupa idea suruh bercucuk tanam mahupun memasak sendiri sebelum gi kuliah atau makan malam..

Aku takde pulak dengar cadangan dari pihak diorang ni yang mana akan jual aset aset mereka untuk membantu membayar balik hutang piutang yang mereka buat ! Ni balik balik , rakyat jugak yang kena ! Dah tu diorang ? Terus kumpul harta ? Di kala rakyat derita bayar GST , diorang up gaji ! Apa ni ???

Dah sekarang suruh berpeluh di siang hari.. malam hari yang dah sejuk tu , baru nak pasang aircond ? Agak agak la kot idea tu  ! Mentang mentang la korang yang keluar idea ni , duduk di pejabat ! Sejuk !! Aircond rakyat bayarkan ! Kalau nak adil , tutup aircond dan pasang je kipas siling ! Baru la adil dan saksama bagi mereka yang duduk di rumah seperti aku ( suri rumah bersama anak anak ).

Tolonglah yer.. tolong.. pasni kalau nak keluar idea , bagi idea yang mana , pihak atasan berkorban untuk orang bawahan.. Bukan orang bawahan dikorbankan lagi untuk memastikan negara terus selamat walhal apa yang berlaku adalah berpunca dari kesilapan sendiri !

Tun M , saya bersama anda ! Sila letak jawatan kalau dah tak mampu memimpin ! 

10 komen :

NaZiRaH @ Ezyra berkata... [Reply to comment]

menteri memang suka bagi statement bodoh, semalam pun dengar berita dia kata dia tak nampak GST tu sebagai satu keburukan, apa dia nampak kebaikan jer, yg harga naik sebab gst tu suma manipulasi katanya.

dah terang lagi bersuluh suma barang naik sebab GST, manipulasi apanya.

aKSARAfENDI berkata... [Reply to comment]

Makin geram dgn idea2 bangang ni.dorang sng lah hdup, makan kena hidang bagai. duit tak disentuh sbb semua disediakan krajaan. stress hidup mcm ni.

ewento marcello berkata... [Reply to comment]

akhirnya....kita juga yg dibebankan....

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

Yup, betul tu, mereka ni dah macam terlalu angkuh dengan apa yang mereka ada. Hinggakan setiap apa yang mereka buat, mereka akan fikir, itulah yang paling baik. Tiada siapa pun yang memikirkan rakyat bawahan.

Terima kasih pada Tun mahathir sebab berani bersuara untuk rakyat.

Salam kenal dari blog ceritaejoy.

~ Ain Dania ~ berkata... [Reply to comment]

Setuju dgn Abg Ben...setuju dgn Tun M...sila letak jawatan pak menteri...kami tak perlukan idea lawak antarabangsa anda..!!!

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Rakyat yang dah sedia nazak kat bawah ni semakin nazak la jawapnye..yg bercakap pong pang pong pang tu takde apa sbb dia tak rasa..gaji dia semua tu ntah halal ke tak laa gamaknya duk kerah duit rakyat..agak2 la kan kalau semua menteri ni bersatu padu pakat ramai2 buat rumah ala kadar beli aset ala kadar agak2 Malaysia ni mmg negara kaya raya laa kan..Ni tak sorang menteri jam tgn saja ratus ribu ., juta pon ada..tu menteri tak lagi anak menteri yg pakai macam2 barang mahal.agak2 kalau bisness masyuk sekalipon bila nama duit sendiri rasa2 diaorang nak ke membazir lagu tu..ermm tepuk dahi tanyalah hati sendiri..Ambil la cth Saidini Umar Al Khattab dlm memimpin negara..jgn kadikan rakyat terbeban kerana pemimpin terlampau rakus ..Kita ni rakyat biasa bila berckp tadak org pandang..Kat mana lagi nak luah rasa,,Jadi kena fikir laa balik apa kesan akan datang..

NFH berkata... [Reply to comment]

Damn u pak menteri half past six je yang pegang jawatan dalam kerajaan skang ni.

Syarat utama janji kipas ahjibgor. Rakyat tak pe, suara rakyat bukan sampai kat ahjibgor pun..

Ada satu negarawan sanggup jadi suara rakyat dikatakan nyanyuk.

Tun M, kami bersamamu !

Fathiyah Selamat berkata... [Reply to comment]

Teringin nak tengok menteri letak jawatan daripada dengar diorang bagi cadangan bodoh.

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

Apa gila siang nak kena berjimat dari segi penggunaan elektrik..? Panas membahang kot sekarang.. Kalau kita boleh bertahan.. anak2? Nak dibiarkan kepanasan..?

Memang patut pun dorang letak jawatan..
Saya setuju bubarkan je tampuk pemerintahan sedia ada ni, gantikan dengan mereka yang benar2 layak dan yang reti menghargai rakyat, bukannya kaki kipas, kuat mengampu, kaki bodek.

ma ❥ berkata... [Reply to comment]

setuju.. nak nampak gk ada rupa penyumbang idea konon nak ringankan beban rakyat walhal pusing balik jap lagi semakin teruk rakyat di tindas tapi mereka biar apa pun keadaan negara ekonomi mereka dan sesi keluarga semua dlm keadaan baik cm xde pape berlaku!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI