GST: Makin ramai berjimat cermat !

 

image

Rambut Zahra makin panjang.. Begitu gak rambut Qhaliff.. Wife ajak gi salon untuk gunting rambut Zahra Salon ? Perghhhh.. perghhhh… Perghhhh dan perghhhh !!

Baru baru ni member aku gunting rambut kat salon dia gi.. dari RM30++ dah naik ke RM50++ ! Gilo aihhhhh.. baik beli mesin dan botakkan kepala jer.. jimat beratus untuk setahun ! Hahahaha.. Adehhh..

Makin ramai terasa kesusahan bila GST dikenakan. Ini diakui oleh rakan rakan bila aku up status berkenaan GST di Facebook.. Ramai dah mula terasa malah mereka yang selama ni menyokong kerajaan pon dah mula menyesal ! Ahaaaa.. Kata dah kan ?

So Zahra… daddy rasa kamu akan punya rambut yang terpanjang di dunia la jawabnya ! Daddy takde duit nak gunting rambut ! Daddy punya rambut pon plan nak simpan macam Bob Marley.. nak kasi ikal mayang skit lagi jer.. hehehe..

10 ulasan:

  1. Sy perasan sgt.. pembeli sekarang membeli 'beringat2 sgt' berbanding dulu beli ikut "NAK' jew.. semuanya sebab GST.. Nilai DUIT menjadi kecik utk membeli barang2 selain keperluan.. hehe

    BalasPadam
  2. Daripada tak pandai gunting rambut, terpaksa jadi pandai sebab kene gunting rambut untuk anak sendiri.. huhu :D

    BalasPadam
  3. Sebelum ni saya selalu g kedai gunting rambut tapi sekarang semua gunting sendiri je ala gunting tegak je senang hehe

    BalasPadam
  4. lima anak sya... suami yg guntingkan rambut diorg.... ala2 peten mangkuk

    Selain itu setiap hari anak sya ... termasuk suami kena bawa bekal... x yah mkn kat luar x perlu nak gi holiday

    Jadi dptlah jimat sikit ....

    BalasPadam
  5. Beli barang pun hanya yang penting je.. yang kurang penting ketepikan dulu.
    psstt: comel dan geram tengok dak Zahra tu..

    BalasPadam
  6. dulu masa kecik-kecik mak tolong potongkan rambut kami jer.. anak lelaki lagi senang, beli mesin, potong sendiri.. banyak boleh jimat tuh..

    BalasPadam
  7. Abang Ben...pernah tertanya tak smpai bila nk blogging? sebab kbanyakan kawan blogger saya semua macam dah pencen dari dunia blog... hurmm.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.