Qhaliff Iman : Minat sama dengan daddy ! - BEN ASHAARI

Qhaliff Iman : Minat sama dengan daddy !

 

Jam ! Dia minat pakai jam.. Teringat aku sewaktu kecik yang mana ayah aku didik aku pakai jam dari kecik lagi.. untuk aku belajar hargai masa ! 

Dan aku turunkan pada Qhaliff.. Dia akan bukak jam tangan dia , bila nak mandi saja ..

Nak dijadika cerita.. di Giant Nilai tadi , dia bersungguh sungguh nak naik ‘car’… ala , troli yg ada kereta kecil tuu haa ! Adeh.. tak pasal pasal nak berjalan jalan dalam supermarket Giant tu..

Aku tak nak .. cari la idea camana nak kasi dia lupa akan keghairahan dia tu .. Dan aku ternampak booth jual jam ni.. Terus aku panggil Qhaliff.. Terdiam dia dan.. nampak teruja sangat . Dia terus tunjuk jam yang dia nak..

image

image

image

image

Dan.. dia pilih BEN 10 .. Hahahaha.. nak jugak ada BEN tu haa.. Harga , RM8.. Tak kisah la.. mahal sikit untuk didik anak hargai masa .. Pasni leh menabung dari kecik untuk beli jam yang lebih mahal yer.. Jangan guna duit orang tau !

1 ulasan:

  1. Bagus didik anak hargai masa, kalau anak ramai kena beli jam 1 setiap seorang. Takut berebut tinggal tali jam je.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.