Saat Gementar..

 

Dah tiba masanya.. Kelab Blogger Ben Ashaari diberi penghormatan yang mana setelah selama ini dikritik sesetengah pihak yg merasakan kelab komuniti blogger ini bersifat peribadi .

Kami diberi peluang untuk menabur jasa dan bakti walaupun peranan kami kecil saja .. Alhamdulillah.. sekurangnya ada jugak pihak yang nampak blogger ni berperanan membantu mereka memperjuangkan nasib manusia lain.. Bukan segalanya kerana wang ringgit !

image

Yer.. Hari ni .. InshaAllah , ramai rakan blogger akan turun memberi sokongan terhadap AMAN PALESTIN yang membantu rakyat Palestin.Terima kasih bohh..

Aku sebenarnya tak tau pon mengenai kerjasama ini. Awalnya aku dihubungi untuk membantu mendapatkan blogger bagi menjayakan satu program. Aku pun seperti biasa tanya la.. mana mana blogger yang berminat untuk serta kerja amal ni.. Ini bukan pertama kali aku dihubungi mereka .. dan aku membantu mana yang terdaya. Selagi terdaya.. InshaAllah..

Semoga majlis hari ni berjalan dengan lancar.. Terus terang , aku agak gementar kerana majlis ini dihadiri oleh orang orang besar… dan aku tak nak berucap untuk mewakili blogger ! Huhu..

image

Terima kasih buat rakan rakan yang memberi sokongan.. Moga majlis ini diredhai Allah..

6 ulasan:

  1. Tak dapat hadir walaupun berminat, tetapi demi Palestina, sokongan tetap akan diberi tanpa berbelah bahagi! Tahniah!

    BalasPadam
  2. Tahniah aben..good luck kbba.. moga semua urusan dipermudahkan..

    BalasPadam
  3. good luck kbba..Moga sukses ya program palestin.☺

    BalasPadam
  4. Maaf ben, tak berkesempatan join program ni...

    BalasPadam
  5. Moga segala perancangan berjalan dengan lancar. Sebuah program yang mengiktiraf peranan para blogger dalam membantu umat tertindas. Tahniah buat semua.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, insyaallah sekecil kecil usaha abg ben akan diberkatiNya. Syaza baru je tulis http://tinyurl.com/lt8am8c

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009