Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 7 April 2015

Satu lagi penghargaan buat aku dan #kelabbloggerbenashaari !

 

Alhamdulillah..setelah perbincangan dilakukan dengan penuh santai maka terpatrilah satu perjanjian lisan ! Heheehe .. Terasa satu kedamaian bila aku bersetuju melakukannya , dengan percuma ! Maklumlah , nak bina masjid.. aku tak mampu.. Maka dengan cara beginilah aku membantu mereka yang memerlukan khidmat aku dan juga rakan rakan seperjuangan , #kelabbloggerbenashari !

image

Tugasan aku , memang best ! Ikut konvoi Program Ziarah Korporat dan Media Bersama Asnaf ( ZIKRA ) anjuran Lembaga Zakat Selangor  yang bertujuan mendedahkan aktiviti agihan secara langsung kepada masyarakat disamping mendapatkan maklum balas secara terus daripada peserta jemputan terhadap keberkesanan agihan zakat yang dilaksanakan di Selangor.

Programn in bukanlah untuk aku sorang jer.. Mana mana blogger berminat nak turut serta , boleh bagitau aku.. Dan ianya bukan sekali ni jer.. InshaAllah..

Antara lain tugasan aku ialah menyebarkan serta memberitahu segala aktiviti serta agihan zakat yang sedang atau akan diadakan nanti.

Dan.. bagi mereka yang berminat atau ternampak insan insan sekitar Selangor yang memerlukan bantuan , janganlah sekadar amik gambar pastu post ke Facebook tanpa ada sebarang tindakan yang lebih sempurna seperti dapatkan maklumat dengan lebih lengkap seterusnya boleh salurkan terus ke Lembaga Zakat Selangor menerusi aplikasi mobile..

imageimage

Atau..boleh je bagitau aku.. dan aku akan sampaikan maklumat pada mereka.. Kira dah ada network power dah niii ! Haa.. Rugi tak gunakan betul betul.. kan ? InshaAllah..

Bagi blogger yang berminat nak join program amal ni , boleh pm aku di Facebook.. Bermula pada 15hb nanti , 1st program kita la.. dan kali pertama libatkan blogger !

Terasa bangga bila khidmat diperlukan.. Maklumlah , ramai pandang sipi sipi peranan blogger ni.. Dok pikir sebarkan info fitnah je atau dok berhiburan jer.. kan ? Hee…

7 komen :

sayidah napisah berkata... [Reply to comment]

wahhh bagusnya! :D

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Tahniah Abg Ben. & KBBA
Moga usaha murni ini mendpt keberkatan.
Yup, KBBA bukan sekadar blogger :)

Nett berkata... [Reply to comment]

wah! Tahniah ben & KBBA...
Ada masa nak join jugak...

Nanti pm tepi...

mOoN IzzaN berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah..
tahniah aben dan KBBA..

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Terbaik! InsyaAllah next time nak join juga

Syasya Harun berkata... [Reply to comment]

Tahniah....terbaiklah....

Allene typicalmommy berkata... [Reply to comment]

terbaik....

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI