Selamat Hari Lahir , Muhammad Qhaliff Iman !

 

Yang ke 3 !  Besar dah dia.. cakap pun dah banyak , gaya pon dah macam abang abang.. Kena ngorat pon dah .. Reti malu pulak tu.. Hahahaha …

Rasa masa berlalu begitu pantas namun aku masih lagi kelihatan begitu muda jelita seolah olah tidak dimakan usia.. Hahahaha.. Kalau aku gi gym , mungkin nampak gitu.. Tapi dah setahun bercuti ni.. Kena kembali bersenam untuk kelihatan awet muda ! Lalala..

Ok ok.. terlari fokus lak.. Qhaliff Iman , sempena hari lahir dia hari ni.. aku cadang nak bawak dia gi Sunway Lagoon. Tapi bila difikirk-fikir kembali , hurmmm… Jumlah harga yang dikenakan serta nak makan di dalam tu , mungkin akan cecah ratusan ringgit ! Di zaman GST ni , nampaknya aku kena fikir masak masak ! Dengan duit sebegitu rupa , aku dapat membeli barang dapur untuk seminggu ! Sebelum GST , mungkin dapat sebulan.. hehehe .. GST jugak dipersalahkan yer ?

Sebelum setahun usia..

image

 

Setahun usia ..

image

 

Dua tahun ..

imageimage

 

Dan hari ni , cecah 3 tahun usianya !!

image

Hurm.. dah boleh harap banyak dah.. tapi tu time rajin dia la..Kena time dia malas , perghhhhhh….. Dia leh wat dek jer .. Saja mintak kena gomol time tu haa.. Pandai dah ‘berperasaan’ di usia ni.. Kena bijak berkomunikasi dengan anak anak usia gini .. diorang ingat dah !

Hadiah ? Kensel gi Sunway Lagoon. Jom gi beli kolam air ! Kita mandi depan rumah beramai ramai ! Lagi best ! Leh mandi banyak kali kan ? Jimat pon , jimat dah ! Haaaa… Bijak tak daddy ?

image

Cari macam ni jer .. kan ? Kat ELC ada jual..

12 ulasan:

  1. selamat hari lahir Qhalif..semoga menjadi anak yg soleh.. :)

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Lahir , Muhammad Qhaliff Iman besar dah dia...

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Lahir buat dak Qhaliff..
    Moga sentiasa ceria, sihat dan kuat bersama keluarga tersayang..
    Moga dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang taat kepada ibubapa..
    InsyaAllah.. amin..

    psstt: Usia dak Qhaliff sebaya dengan dak Nuha.. Dak Qhaliff awal bulan.. my anak dara dak Nuha hujung bulan.. ;)

    BalasPadam
  4. happy birthday Qhalif..
    pas ni nak kena cari calon menantu la pulak hehe

    BalasPadam
  5. selamat hari lahir qhalif dah makin besar makin bijak dia... makin hensem juga.. moga menjadi anak yg soleh dan kebanggaan ibu bapa ...

    BalasPadam
  6. Happy Birthday Qhalif...Semoga membesar dengan sihat dan ceria selalu...Aah, baik beli kolam air dan mandi je kat rumah lebih puas hati, dan masak macam-macam lagi enjoy..:):)

    BalasPadam
  7. selamat hari lahir,semoga panjang umur dan murah rezeki ^_^

    BalasPadam
  8. hepi bufday qhaliff iman...smoga trus mmbesar dgn sihat...tgk qhaliff automatik terbyg anak sndiri..sama usia..lain bulan aje :)

    BalasPadam
  9. Happy birthday Qhaliff Iman...!!!! muahh cikedddd... ;)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009