Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 31 Disember 2015

Filem DILWALE bernasib baik !


Akhirnya , dapat jugak aku gi menonton filem yang menjadi sebutan ramai terutama peminat peminat Hindustan.. Ramai kata best ! Menitis air mata menonton filem lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol ni.. Dan ada yang menyimpan azam 2016 untuk mengulangi menonton filem ni berkali kali ! Fuhhhh... mantap sehhhh ! Patutlah kutipan tiket mencecah  tahap box office melebih RM1 juta di Malaysia .

Ok.. apa pendapat aku mengenai filem Dilwale ni ? 





Nampak tak ? Fokus kamera aku cumalah pada Shah Rukh Khan dan Kajol. Dua pelakon lagi tu.. si pembantu heroin tu lawa laa.. lakonan , masih belum begitu mantap.. Pembantu hero lak , aku rasa ni mungkin filem dia yang terakhir la.. Hehehehe.. Takde keunikan ! Yang pembantu heroin tu ada harapan gi jauh sebab cun.. 

Hurmm.. Filem ni bernasib baik sebab ada orang lama ! Kalau takde orang lama , aku rasa filem Isteri Untuk Dijual lagi best kot ? Seriusss ! Tapi kalau nak dibandingkan dengan Kabhi Kushi Khabi Ghum , filem ni bukanlah lawan dia ! Terlalu jauh.. Dalam filem ni aku gagal menitiskan air mata ! Tapi dalam filem tu , 20 kali ulangtayang pon aku tetap akan menitis airmata ! 

Kelebihan filem ni selain SRK dan Kajol , ialah lokasi pengambaraan terutama part menyanyi ! Fuhhh.. tip top gambar dia ! Tapi bila masuk part bergaduh , memandu laju tu .. nampak sangat la tak real ! Mainan kamera gagal di situ ! Atau dia saja buat gitu ? Tu aku tak pasti tapi gagal di situ ! 

Hurm.. Lagu lagu dia ? Hurm.. Tak dapat menandingi lagi KKKG langsung ! Suara SRK ketika menyanyi pon jauh lari ! Adoiiiyaii.. Hilang mood aku terus ! Nasib baik pembantu heroin cun ! Kajol kelihatan cun dalam filem ni ... aku rasa sebab lighting kot ! Memang dia cun tapi nampak la permainan kamera dan lampu kat situ.. 

Gengster ? Hehehehe.. KING terlalu KONG ! Nampak ketua penjahat macam budak tak lepas UPSR pon ! Hurmm... Babak gaduh tu , cam biasa laa.. Hindustan kannn... Tu memang tak yah nak pertikai laa.. layankan ajaa ..

Kesimpulan.. aku bagi 3 bintang jer filem ni ! Kalau ajak tengok lagi , aku rasa aku tak nak ! Kalau ada ulangan kat tv pon , aku rasa aku tak tengok kot .. 

Nak tengok IP MAN lak nanti ! 

36 komen :

siti nurafida noh berkata... [Reply to comment]

Memang rare review ni. Sebab yang saya baca semua orang kasi 5 bintang.. huhu

mas saari berkata... [Reply to comment]

bagi saya best jer.. heheheee

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

setuju

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

alaaa.. tak dapat tengok lagi kat panggung. tunggu tayang kat tv jer la ..biasanya filem lama lagi mantop.. nangis berkali-kali tengok KKKG

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

alaaa.. tak dapat tengok lagi kat panggung. tunggu tayang kat tv jer la ..biasanya filem lama lagi mantop.. nangis berkali-kali tengok KKKG

Nor Afidah Bte Che Azmi berkata... [Reply to comment]

Betul tu..kabi kushi kabi ghm..baru tgk ahad lepas..rasanya kali yang berapa puluh pun still teriak lagi..mcm semalam pun ..tv 2 punya citer..still aura ada lgi..kalau lagu susah org nak hafal..memang sukar sikit nak rasa feel dia

Masita Eyta berkata... [Reply to comment]

tak tau nak tengok ke x ni... sebb yg komen sume kata best..tapi yang ni komen yang jujur..pk balik la nak tengok ke x hahaha :p

♥ aiNa yaZiD ♥ berkata... [Reply to comment]

Dilwale ni lagu best. Kajol nampak la makin tua makin cantik. Tp mmg tak boleh lawan KKKG. Cuma part kasih sayang abang-adik, kakak-adik tu menyentuh hati. gituw. hehe =)

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

okaylah tak perlu ke panggung kalau nak tengok, baca komen pon dah tau..aku bukan peminat bollywood. Tapi SRK n Kajol kuat tarikan dia..kalau termenonot juga nanti sebab depa dua org lah .

Abam Korie berkata... [Reply to comment]

x tengok diwali lagi. tapi mmg kkkg takde yg boleh lawan. 100 kali ditygkan. 100 kali gak nangis. janji jgn banyak potong time tygan. huhu

Izzati Suhaide berkata... [Reply to comment]

Betoll..kabhi kushi kabhi gham tgk la banyak kali pun memang buat kita menitiskan air mata...

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

tak tengok lg sampai habis hubuhu tp kajol mmg cantik lah..lain dr dulu...

Cik Ayu berkata... [Reply to comment]

tak tengok pon lagi..hehe

syima yusuf berkata... [Reply to comment]

Nak try tgk la nnt hehe

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

terus skip komen. lps tgk nanti, baru nk baca review ni. kahkahkah..

Salina Johari berkata... [Reply to comment]

Lama dah tinggalkan hindustan..hero pun dan dimamah usia..gitula..

irra yyan berkata... [Reply to comment]

Tengok SRK dan kajol jugak. Nampak muda sentiasa

Que Achmad berkata... [Reply to comment]

alaaa. xbest ek?

Ar Eirza Japar berkata... [Reply to comment]

teringin gak nk tgk..tp blum smpai tahap nk g tgk kt wayang...tnggu tayang tv or download je nnti..hahaha

dlm byk2 filem hindustan..seingat sy...kuch2 hota ei je sy layan byk kali...kih3x...

IQ = Iez Qis berkata... [Reply to comment]

alaaa, kenapa first time baca review, abg ben cakap tak best...camno nak nengok ni..huu..

semalam layan kaho naa pyaar hai lagi sebak~

iffah hussin berkata... [Reply to comment]

Yeayyy dah tgk 2 kali...

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Belum tengok lagi..teringin jugak nak tengok nie Ben..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

PC belum tengok lagi....tapi yang KKKG tu memang tidak dinafi..tengok berkali kali pun tetap menyentuh emosi..lain auranya...

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

saya tunggu tengok kat tv je. huhuh

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Kalau banding dgn kabhi kushi, rasanya memang susah nak dpt filem yang boleh tandinginya. KKKG heavy drama, nangis berjurai airmata. Pelakon KKKG mmg pelakon yg legend. Dilwale lebih ringan & fun storyline. Tapi for me tetap best, enjoy sepanjang tengok Dilwale. Dan nak ulang tengok lagi nanti hehe

Shahkhairul Nizam Ramli berkata... [Reply to comment]

Hahahahahaa... Rmai kata best,... Aku pun beriya melayan... Skali... Owh.. Sedey mak....

Sunah Sakura berkata... [Reply to comment]

Haha..setuju part kalo takde orang lama, orang tak tengok kot cerita ni..tapi nice la pengarah dia cuba tampilkan balik hero n heroin lama tu kan..part tak nangis tu setuju jugak..ahahaha..tak sampai sebab laju sangat semua scene pun..tapi part lagu, tak berapa sama pandangan..kah kah..berhantu betul janam janam dalam hati saya sejak malam tadi..šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚

Amanda Suria berkata... [Reply to comment]

Tak tengok lagi..cik abe x minat nak teman..kalau hindustan lama- lama dia suka..yg moden ni dia x suka..jiwang sangat katanya...erm...x merasa la tgok...

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Dilwale tak tengok lg...nanti nak cari la bila pi tgk

DRAMATIC UNIQ berkata... [Reply to comment]

@Mama Kembar 3

Setuju dengan komen Mama Kembar 3 ni.. :) Macam tak adil nak bandingkan Dilwale dgn KKKG.. hehehehehe.. tema lain2, production house lain2 dan memang semua lain..

Apapun suka Dilwale..!! Nak tengok banyak2 kali..hehehehe.. bukan sebab SRK or Kajol sahaja tp sebab Rohit Shetty dan seluruh team produksi... :)

p/s : tak nak komen tak nak komen tapi komen juga.. hahahahaha.. apapun jujur review Ben ni and thanks sudi tgk Dilwale...

Mera Hussain berkata... [Reply to comment]

Dlm filem nie diorang mmg mekap tebal habis sbb nk bg nmpk cantik n muda. The real life srk n kajol kurus + tade la putih mne. Hahah

Chubby Hanna berkata... [Reply to comment]

OKAY GOOD. Ini review yang dah lama ditunggu. Akhirnya! Thanks abang Ben, kompem x dapat g tengok dilwale ni, tunggu IP MAN jelah... huhu..

Hanim Hashim berkata... [Reply to comment]

belum teringin lagi nak tengok Dilwale ni, tunggu keluar kat tv je la hehe

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

selamat tak jadi tengok filem ni. wife beriya-iya ajak, tapi saya malas nak tengok. hehehehehe

Kim Chaa berkata... [Reply to comment]

Satu satunya yg komen dilwale tak best.

http://kimchaa.blogspot.my

Salhah Suhot berkata... [Reply to comment]

Setuju dengan abang ben. Kalau tak de kajol ngan srk, citer ni mungkin tak kemana.
.
Btw, kkkg memang tak jemu tonton.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI