Filem DILWALE bernasib baik !

by - Khamis, Disember 31, 2015


Akhirnya , dapat jugak aku gi menonton filem yang menjadi sebutan ramai terutama peminat peminat Hindustan.. Ramai kata best ! Menitis air mata menonton filem lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol ni.. Dan ada yang menyimpan azam 2016 untuk mengulangi menonton filem ni berkali kali ! Fuhhhh... mantap sehhhh ! Patutlah kutipan tiket mencecah  tahap box office melebih RM1 juta di Malaysia .

Ok.. apa pendapat aku mengenai filem Dilwale ni ? 





Nampak tak ? Fokus kamera aku cumalah pada Shah Rukh Khan dan Kajol. Dua pelakon lagi tu.. si pembantu heroin tu lawa laa.. lakonan , masih belum begitu mantap.. Pembantu hero lak , aku rasa ni mungkin filem dia yang terakhir la.. Hehehehe.. Takde keunikan ! Yang pembantu heroin tu ada harapan gi jauh sebab cun.. 

Hurmm.. Filem ni bernasib baik sebab ada orang lama ! Kalau takde orang lama , aku rasa filem Isteri Untuk Dijual lagi best kot ? Seriusss ! Tapi kalau nak dibandingkan dengan Kabhi Kushi Khabi Ghum , filem ni bukanlah lawan dia ! Terlalu jauh.. Dalam filem ni aku gagal menitiskan air mata ! Tapi dalam filem tu , 20 kali ulangtayang pon aku tetap akan menitis airmata ! 

Kelebihan filem ni selain SRK dan Kajol , ialah lokasi pengambaraan terutama part menyanyi ! Fuhhh.. tip top gambar dia ! Tapi bila masuk part bergaduh , memandu laju tu .. nampak sangat la tak real ! Mainan kamera gagal di situ ! Atau dia saja buat gitu ? Tu aku tak pasti tapi gagal di situ ! 

Hurm.. Lagu lagu dia ? Hurm.. Tak dapat menandingi lagi KKKG langsung ! Suara SRK ketika menyanyi pon jauh lari ! Adoiiiyaii.. Hilang mood aku terus ! Nasib baik pembantu heroin cun ! Kajol kelihatan cun dalam filem ni ... aku rasa sebab lighting kot ! Memang dia cun tapi nampak la permainan kamera dan lampu kat situ.. 

Gengster ? Hehehehe.. KING terlalu KONG ! Nampak ketua penjahat macam budak tak lepas UPSR pon ! Hurmm... Babak gaduh tu , cam biasa laa.. Hindustan kannn... Tu memang tak yah nak pertikai laa.. layankan ajaa ..

Kesimpulan.. aku bagi 3 bintang jer filem ni ! Kalau ajak tengok lagi , aku rasa aku tak nak ! Kalau ada ulangan kat tv pon , aku rasa aku tak tengok kot .. 

Nak tengok IP MAN lak nanti ! 

You May Also Like

36 comments

  1. Memang rare review ni. Sebab yang saya baca semua orang kasi 5 bintang.. huhu

    BalasPadam
  2. alaaa.. tak dapat tengok lagi kat panggung. tunggu tayang kat tv jer la ..biasanya filem lama lagi mantop.. nangis berkali-kali tengok KKKG

    BalasPadam
  3. alaaa.. tak dapat tengok lagi kat panggung. tunggu tayang kat tv jer la ..biasanya filem lama lagi mantop.. nangis berkali-kali tengok KKKG

    BalasPadam
  4. Betul tu..kabi kushi kabi ghm..baru tgk ahad lepas..rasanya kali yang berapa puluh pun still teriak lagi..mcm semalam pun ..tv 2 punya citer..still aura ada lgi..kalau lagu susah org nak hafal..memang sukar sikit nak rasa feel dia

    BalasPadam
  5. tak tau nak tengok ke x ni... sebb yg komen sume kata best..tapi yang ni komen yang jujur..pk balik la nak tengok ke x hahaha :p

    BalasPadam
  6. Dilwale ni lagu best. Kajol nampak la makin tua makin cantik. Tp mmg tak boleh lawan KKKG. Cuma part kasih sayang abang-adik, kakak-adik tu menyentuh hati. gituw. hehe =)

    BalasPadam
  7. okaylah tak perlu ke panggung kalau nak tengok, baca komen pon dah tau..aku bukan peminat bollywood. Tapi SRK n Kajol kuat tarikan dia..kalau termenonot juga nanti sebab depa dua org lah .

    BalasPadam
  8. x tengok diwali lagi. tapi mmg kkkg takde yg boleh lawan. 100 kali ditygkan. 100 kali gak nangis. janji jgn banyak potong time tygan. huhu

    BalasPadam
  9. Betoll..kabhi kushi kabhi gham tgk la banyak kali pun memang buat kita menitiskan air mata...

    BalasPadam
  10. tak tengok lg sampai habis hubuhu tp kajol mmg cantik lah..lain dr dulu...

    BalasPadam
  11. terus skip komen. lps tgk nanti, baru nk baca review ni. kahkahkah..

    BalasPadam
  12. Lama dah tinggalkan hindustan..hero pun dan dimamah usia..gitula..

    BalasPadam
  13. Tengok SRK dan kajol jugak. Nampak muda sentiasa

    BalasPadam
  14. teringin gak nk tgk..tp blum smpai tahap nk g tgk kt wayang...tnggu tayang tv or download je nnti..hahaha

    dlm byk2 filem hindustan..seingat sy...kuch2 hota ei je sy layan byk kali...kih3x...

    BalasPadam
  15. alaaa, kenapa first time baca review, abg ben cakap tak best...camno nak nengok ni..huu..

    semalam layan kaho naa pyaar hai lagi sebak~

    BalasPadam
  16. Belum tengok lagi..teringin jugak nak tengok nie Ben..

    BalasPadam
  17. PC belum tengok lagi....tapi yang KKKG tu memang tidak dinafi..tengok berkali kali pun tetap menyentuh emosi..lain auranya...

    BalasPadam
  18. saya tunggu tengok kat tv je. huhuh

    BalasPadam
  19. Kalau banding dgn kabhi kushi, rasanya memang susah nak dpt filem yang boleh tandinginya. KKKG heavy drama, nangis berjurai airmata. Pelakon KKKG mmg pelakon yg legend. Dilwale lebih ringan & fun storyline. Tapi for me tetap best, enjoy sepanjang tengok Dilwale. Dan nak ulang tengok lagi nanti hehe

    BalasPadam
  20. Hahahahahaa... Rmai kata best,... Aku pun beriya melayan... Skali... Owh.. Sedey mak....

    BalasPadam
  21. Haha..setuju part kalo takde orang lama, orang tak tengok kot cerita ni..tapi nice la pengarah dia cuba tampilkan balik hero n heroin lama tu kan..part tak nangis tu setuju jugak..ahahaha..tak sampai sebab laju sangat semua scene pun..tapi part lagu, tak berapa sama pandangan..kah kah..berhantu betul janam janam dalam hati saya sejak malam tadi..😂😂😂

    BalasPadam
  22. Tak tengok lagi..cik abe x minat nak teman..kalau hindustan lama- lama dia suka..yg moden ni dia x suka..jiwang sangat katanya...erm...x merasa la tgok...

    BalasPadam
  23. Dilwale tak tengok lg...nanti nak cari la bila pi tgk

    BalasPadam
  24. @Mama Kembar 3

    Setuju dengan komen Mama Kembar 3 ni.. :) Macam tak adil nak bandingkan Dilwale dgn KKKG.. hehehehehe.. tema lain2, production house lain2 dan memang semua lain..

    Apapun suka Dilwale..!! Nak tengok banyak2 kali..hehehehe.. bukan sebab SRK or Kajol sahaja tp sebab Rohit Shetty dan seluruh team produksi... :)

    p/s : tak nak komen tak nak komen tapi komen juga.. hahahahaha.. apapun jujur review Ben ni and thanks sudi tgk Dilwale...

    BalasPadam
  25. Dlm filem nie diorang mmg mekap tebal habis sbb nk bg nmpk cantik n muda. The real life srk n kajol kurus + tade la putih mne. Hahah

    BalasPadam
  26. OKAY GOOD. Ini review yang dah lama ditunggu. Akhirnya! Thanks abang Ben, kompem x dapat g tengok dilwale ni, tunggu IP MAN jelah... huhu..

    BalasPadam
  27. belum teringin lagi nak tengok Dilwale ni, tunggu keluar kat tv je la hehe

    BalasPadam
  28. selamat tak jadi tengok filem ni. wife beriya-iya ajak, tapi saya malas nak tengok. hehehehehe

    BalasPadam
  29. Satu satunya yg komen dilwale tak best.

    http://kimchaa.blogspot.my

    BalasPadam
  30. Setuju dengan abang ben. Kalau tak de kajol ngan srk, citer ni mungkin tak kemana.
    .
    Btw, kkkg memang tak jemu tonton.

    BalasPadam