Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 8 Januari 2016

Agrofarmstay@Skill Tech sesuai untuk berkursus !


2 hari 1 malam , di Agrofarmstay@Skill Tech , Melaka  buat kali kedua. Kali pertama dulu , aku hadir ke sini bersama sama keluarga tercinta. Tapi kali ni , aku 'keseorangan' namun 'berteman' .  Kenapa ? Sebab kali ni datang bukan untuk bercuti suka ria tetapi untuk menghadiri bengkel Fotografi bersama rakan rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari.


Agrofarmstay di Durian Tunggal ni bagi aku , satu tempat yang santai dan rileks. Takde tekanan di sini. Kalau nak buat kursus jangka pendek mahupun panjang , rasanya di sini takde masalah. Kiranya nak berkursus pastu bersantai sambil melakukan aktiviti aktiviti mencabar tetapi menyeronokkkan , memang ok sangat la.. 

Resort ini dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi.. Mendamaikan. Tempat penginapan pon ada banyak. Selesa dan yang penting , harganya.. memang mampu duduk punya laa ! Nak lagi best , duduk beramai ramai... Ada 6 jenis penginapan disediakan di sini.. 

1-. Villa - 14 katil
2-. River View – 2 katil
3-. River View – 6 katil
4.- Garden View – 8 katil
5-. D’Lodge – 6 katil
6-. Challet – 10 katil

Mengenai resort , korang boleh tengok di page mereka , Agrofarmstay at Skill-Tech. Segala maklumat ada di sana. Tapi apa yang aku nak tekankan dalam entri ni ialah tempat untuk mengadakan kursus. Maklumlahkann... tahun ni tahun penuh cabaran terutama dari sudut ekonomi dan kewangan. Nak tak nak , kena berjimat cermat. Maka Agrofarm @ Skill Tech ni berbaloi untuk mencuba !  








Jangan risau.. Malam malam , boleh layan karaoke ! Memang layan kalau dah start pegang mic. Heheheh.. Bab makan pon jangan risau.. Mereka akan sediakan kalau korang amik pakej yang disediakan. InshaAllah sedap sedap belaka.. 

Sebarang pertanyaan.. 

RESORT AGROFARMSTAY @SKILL-TECH
Lot 453, Batu 13
Jalan Tebong / Machap
76100 Durian Tunggal
Melaka

HOTLINE : 016-209 8623 / 012-211 8246

5 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

selamat berkrusus

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

best! nak kena repeat balik datang sini...

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Tak ada rezeki nak join hari tu,memang sesuai utk tempat berkursus atau hari keluarga..luas kan..

syima yusuf berkata... [Reply to comment]

Suasana yang tenang dan ala-ala farm, memang best. Serius

Fara Hani berkata... [Reply to comment]

trauma pergi sini sebab kene rendam dalam kolam yang area surau tu. fuhh...
http://cik-hany.blogspot.my/2015/11/induksi-kptm.html

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI