SoSTRETCH , gabungan teknik fisioterapi dari Jepun!

Ketika menerima jemputan SOSTRETCH untuk mencuba fisioterapi mereka , aku terus ke page mereka di Facebook. Yelah , nak tau gak camana mereka buat dan apa kelebihan mereka. Bila terlihatkan yang SOSTRETCH turut berkoloberasi dengan phisiotherapist Jepun , terus aku berminat.

Jauh pun jauh la.. Hahaha.. Jauh tu sebab aku tinggal di Sepang dan SOSTRETCH terletak di ibu kota. 



Untuk ke sini , aku hanya perlu naik monorel dan turun di Bukit Nenas. Terletak di sebelah Hotel Concorde dan Hard Rock Kuala Lumpur , lokasinya sangat mudah di temui. SOSTRETCH di tingkat 14 , Menara IMC. Kalau rajin nak memandu , boleh je parking dalam bangunan ni. Nak bayar parking pun guna mesin jer. Mudah. 

Sebelum naik tu , sila daftar sebagai VISITOR terlebih dahulu kemudian naik terus ke tingkat 14. 



Apa yang menariknya SOSTRECH ni ? Humm... Bayangkan aku yang hari hari bersenam di gym tapi sebelum angkat besi tu , panaskan badan tak cukup dan betul sangat. Fuh.... pastinya otot otot badan akan terasa sakit dan sengal. Semua ni akan menyebabkan badan terasa mudah penat dan hilang mood. 

SOSTRETCH akan maintain dan improve pengerakkan sendi sendi. Secara tidak langsung akan perbaiki kitaran perjalanan darah , sakit sendi , sakit di bahagian bawah badan , kaki , bahu dan sebagainya.

Dan paling penting , mereka yang hidupnya dalam keadaan tertekan senantiasa terutamanya yang hari hari stress dengan kerja, akan terasa rileks sekejap.. er , cam aku.. terlena terus dibuatnya. Bukan urut tau ! Haa.. 

Mereka yang bersukan akan tau kelemahan mereka terutama bila nak stretching  atau panaskan badan.  




Kerjasama  dengan fiosioterapi dari Jepun pastinya memberikan satu kelebihan ketika membuat stretching di SOSTRETCH.  Ahli fisioterapi SOSTRETCH adalah terdiri dari mereka yang terlatih. Tidak gugup sama sekali dan melakukan kerja dengan baik sekali. Senantiasa minta izin sebelum melakukan sesuatu pengerakkan. Tiba tiba rasa cam kat Jepun lak. Huhuh... 

Dibuka pada jam 9 pagi hingga 6 petang , pada hari bekerja saja iaitu Isnin hingga Jumaat. Sabtu , Ahad dan cuti umum , tutup ! Heee... 

Harga rawatan

CG Balance Stretch 
Upper Body - 30 minit ( RM80 )
Lower Body - 30 minit ( RM80 ) 
Whole Body - 60 minit  ( RM160 ) , 90 minit ( RM240 )
Pelvic Adjustment - 60 minit ( RM160 )
Pelvic Adjustment + Upper or Lower Body - 90 minit ( RM240 ) 
Improving Sport Perfomance - 60 minit ( RM200 )

Physiotherapy
Physioterapy - 30 minit ( RM80 ) , 60 minit ( RM150 ) , 90 minit ( RM220 )
Physio + Stretch -  60 minit ( RM 160 )



Bila dah lega, di gym memang sedap la workout. Huhu... Untuk keterangan lebih lanjut , hubungi :

Facebook : SO Stretch 
Instagram : SO Stretch 
Web :  www.sostretch.com
Tel : 03 - 2022 4818



22 ulasan:

  1. Ohhh..best nampaknya.Kelegaan terasa.Dia mesti rasa ringan ni badan lepas buat regangan kan? Menarik sgt ni.. Boleh war war kan pada orang ramai ni

    BalasPadam
  2. Macam sedap je dia bg letup2 tu... Dok sengal2 badan ni...

    BalasPadam
  3. Menarik. Nak try gak lah nnt. Senang nak pi naik monorel ja

    BalasPadam
  4. Dkt dgn opis juju ni ben. Oh baru tau sendi2 tu semua perlu juga dirawat dgn kaedah so strecth. Boleh rekemen dkt kakak nanti sbb dia ada masalah slip disc dan selalu kena fisioterapi. Tq ben

    BalasPadam
  5. Tengok video tu macam tertarik nak try tapi macam takut sakit lak... Sakit tak aben?

    BalasPadam
  6. Best nya, kena pi ni, tq ben for the info, nak bawa mama pi sekali lah

    BalasPadam
  7. Ramai dah buat ni kan. . Husband pun mcm beeminat nak buat ni... Leh lah try kt sini nnt...

    BalasPadam
  8. Menarik ni. Boleh la saya cuba nanti..

    BalasPadam
  9. cam best pulak, mesti lega giler kan rasa badan. nak try buat jugak lah next time turun KL nanti

    BalasPadam
  10. Ni mmg awesome.
    sebenarnya lama dah teringin nak buat adjustment badan ni..terbaik lah

    BalasPadam
  11. Bestya kalau dapat buat jugak ni.. Mesti rasa ringan je badan lepas tu..

    BalasPadam
  12. fuh.. lega urat2 nih bila tgk.. cm bes

    BalasPadam
  13. best pula tgok..
    bdn pun mmg da lenguh yakmat ni..huhu

    BalasPadam
  14. Lama tak urut badan. Sebulan sekali elok amalkan urutan badan untuk improve blood circulation.

    BalasPadam
  15. Azwa Azreen: Wow. Sangat menarik. Tetapi exercise pun lama tak buat. Kena paksa nie.

    BalasPadam
  16. wahh best..kiranya kalau tak ada sakit tapi nak buat jugak boleh kan.

    BalasPadam
  17. fuh sekali dia bagi macam tu erk..bolehla kot suruh laki kita pergi..

    BalasPadam
  18. Macam best je , tapi takottt ahaks

    BalasPadam
  19. Bestnya sekali sekala buat rawatan camni.

    BalasPadam
  20. Best je tengok. Nak buat takut.

    BalasPadam
  21. nak cuba buat yang pelvic adjustment..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.