Tiada jodoh antara kita - 2

by - Rabu, Julai 07, 2010

Menurut kawan aku , arwah kekasihnya tu mengidap barah otak ..pernah buat pembedahan sekali dulu , menurutnya ..Tapi minggu lepas , katanya .. tiba tiba dia mengalami pendarahan .. Hidungnya berdarah secara tiba-tiba ... pengsan kemudiannya ..

Aku tak sanggup dengar lagi ceritanya .. Aku menepuk bahunya dan tersenyum .. Lalu aku berkata , kita semua akan menurutinya satu hari nanti .. Sekurangnya dia dah tau bagaimana penghujung nafasnya sedangkan kita belum tau lagi ... Panjatkan doa dan sedekahkan fatihah buat rohnya ...

Patutlah aku tengok dia murung dan takde mood je nak berlatih .. Kalau tak , mau bising la gak mulut dia .. Tak lama kemudian , dia mintak diri .. Selepas bersalaman dengan aku , dia beredar ..
Aku menurutinya tidak lama kemudian ..

Di bawah , aku terlihat dia berbual dengan seseorang.. Aku lalu depan dia .. senyum dan pandang lelaki yang sedang berbual dengannya .. Huh.. aku kenal sangat lelaki ni ... Lelaki giler ! Lelaki ni aku ( bukan aku je ) cukup anti sangat .. kalau main bola , tak bergaduh tak sah ! Dia mulakan dulu tapi dia salahkan orang ! Camana tu ? Dulu kalau main bola kat padang , nampak kelibat dia je , aku terus hilang mood .. bukan apa , orang main bola tapi dia main kungfu ! Nak terlibat sama tak guna sbb orang respek bapak dia .. Dan dia sendiri pun dah berumur... Buang masa nak bergaduh .. Amik alternatif lain , undur diri.. melepak je la kat luar.. atau main je kat pertahanan.. Tapi yang pasti , mmg menyampah ..

Ops.. lari tajuk ... mesti ada yang terpinga pinga ... apa cerita pasal kawan aku tadi tu.. kalau nak tau sebenarnya , bacalah kat TIADA JODOH ANTARA KITA ..

BA: Malas nak bergaduh ..

You May Also Like

0 comments