Indonesia digesa bertindak terhadap Malaysia
JAKARTA: Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Priyo Budi Santoso mendesak kerajaan Indonesia bertindak terhadap Malaysia kerana menangkap tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan negara itu.
“Sesekali kita perlu mengajar Malaysia. Saya begitu marah melihat tindakan mereka,” kata Priyo.
Beliau menganggap tindakan polis Malaysia menangkap pegawai kerajaan Indonesia sebagai provokasi.
“Jika mereka mengesyaki rakyat biasa, ia memang wajar.
“Tetapi jika petugas pakaian seragam, ia sama dengan tindakan provokasi terhadap kerajaan Indonesia.
“Kita perlu bertindak balas. Kita perlu menangkap petugas Malaysia. Kita perlu menahan mereka seperti mereka menahan pegawai kita,” katanya.
Menurut Priyo, tindakan diplomasi terhadap kerajaan Malaysia perlu dilakukan dengan tegas.
“Ia tidak boleh diatasi dengan berbincang saja. Lebih-lebih lagi peristiwa ini sudah berlaku berulang kali,” kata Priyo. - Agensi
sumber : HMETRO
BA: Spesis ginilah yang dok menghancurkan persahabatan sesebuah negara .. sedangkan boleh 'cerita' dengan elok.. pekena kopi dulu ke sambil bincang.. tau tau nak 'gaduh' jer.. haih
8 comments
die org ni memng spesis suka gaduh..
BalasPadamsabau je la
Saya pengurus persatuan nelayan juga. Biasanya "mereka" akan tarik nelayan kita ke perairan sana. Jadi depa boleh "kautim". Tapi mungkin kali ni marin ada disana. jadi 2-2 pun kena. :D
BalasPadamalamak...malaysia dan indonesia tak jao...tapi kalu dah langgar kawasan perairan kite...tak salah kite menahan...setiap negara kan ada sempadan masing2...
BalasPadamdiorg mmg suka cr gaduh...tak bertamadun btul..pastu cket2 wat demonstrasi...*sigh*
BalasPadamantara bulan ogos dan september ni kalau kita dok perhatikan isu2 antara kedua2 negara memang hangat...
BalasPadamkadang2 benda yang remeh temeh pun nak jadi isu...
indon oh indon...
Tak boleh lah gaduh gaduh..alah tangkap sikit je tu..
BalasPadamSuka sama awek Indon..
hmmm...manusia sama je..tp kalau da xbleh sabar,cmne..haaihh..xpyh kot nak gado2..
BalasPadamtak tau la msia-indonesia ni asyik ada problem je...dah la isu org gaji tak settle lagi...
BalasPadam