Isu APA CELOP : Ahmad Idham kecewa

by - Khamis, Februari 23, 2012

 

image

"Saya tidak faham mengapa ada pihak boleh mengatakan saya menghina agama saya kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Apa Celop.

"Hanya kerana watak mat rempit yang mengucapkan kata-kata itu, terus saya dituduh menghina Islam, ia membuatkan saya berasa sedih," ujarnya kepada mStar Online.

Ini pendapat aku la yer .. Maaf la En. Ahmad Idham. Aku tau anda seorang pengarah yang berkaliber dan bagus .. Takde TAPI .. Memang anda tip top ..

Isu penggunaan perkataan APA CELOP tu pada tajuk drama dan dialog amatlah tidak sesuai sekali kerana kerajaan sedang giat berusaha memperbetulkan penggunaan bahasa di kalangan rakyat Malaysia ..

Yer , mmg mat rempit yang guna . Tapi kenapa nak diperbesarkan sehingga menjadi drama  ? Aku  tau niat anda untuk memberi kesedaran. Rasanya dengan mendedahkan kebenaran apa yang berlaku di luar sana itu , tidak sama sekali akan memberi impak pada si kecil yang tonton tv tu mahupun si remaja ! Mereka belum mampu memproses data data yang masuk ke dalam kepala mereka seperti mana orang dewasa mengolahnya .

Sebagai pembikin karya ternama di negara ni , aku rasa anda mampu buat sesuatu pembaharuan dalam industri lakonan di negara kita ni dan bukannya mengambil segala kejadian di sekeliling masyarakat kita lalu dijadikan drama mahupun filem .

Tugas anda ialah mengubahnya ! Bagaimana filem asing mampu memberi impak pada rakyat di negara kita hanya dengan menonton filem atau drama mereka ? K-Pop , street dance sebagai contoh .. Atau filem filem animasi yg membuatkan peminatnya di sini jadi satu kegilaan.

Tapi apa yang aku nampak , kita cuma mampu kaut kejadian yang dah sedia wujud. Itukah kreativiti seorang pembikin filem ? Itu saja ? Ambik contoh KRU yang seringkali  cuba membawa perubahan dalam idea mereka. Satu kelainan yang mana penonton pon boleh terasa uniknya filem itu walaupun ada kalanya nampak ‘ganjil’ sedikit namun yang penting adalah usaha !

Bagaimana seorang ibu atau bapa mahupun guru nak jelaskan pada anak mereka maksud APA CELOP tu ? Nak kata itu bahasa mat rempit ? Kenapa nak dedahkan golongan mat rempit ini pada masyarakat sedangkan masyarakat di malaysia ni lama dah tau akan kewujudan mereka . Nak popularkan mereka atau sedarkan mereka ? Tak kisah la kan .. duit anda kan ?

Aku tak kisah pon anda nak bikin cerita tentang apa sekali pon .. Aku dah bagi buah fikiran aku mengenai citarasa masyarakat yang kembali mula memilih drama/filem untuk ditonton di wayang atau download jer di internet ..

Haa .. satu lagi .. Star Wars.. Kali pertama aku tonton filem tu , aku tertanya , apakah akan wujud komputer sebegitu rupa ? Waktu tu , tahun 80an tak silap aku .. Dengan idea kereta secanggih itu ? Atau pedang laser ? Mereka merekanya  dalam filem tetapi ada yang berjaya menjadikannya kenyataan . Dari filem jadi realiti ! Dari sekadar rekaan menjadi kegunaan masa kini. Faham tak maksud aku ni ?

Kita ?  Tolong fikirkan la hala tuju masyarakat kita ni terutama bangsa melayu yang tak abis abis disuapkan dengan cerita cerita  french fries !

Maaf.. Bukan menghina . Sekadar pendapat. Takde caci maki kan ? Terima kasih.

Ada pembikin filem berpegang pada .. NAK TONTON , TONTON … TAK NAK SUDAH ! TUTUP TV .. Patutkah ?

You May Also Like

40 comments

  1. setuju sgt..errr maksud ape celop pun sy tatau

    BalasPadam
  2. Tayangan yang macam tu memang saya tak bukak untuk tatapan seisi keluarga. Takut berasap telinga sendiri mendengar bebudak ikut bahasa-bahasa tak seswaii... Ari tu dah bengang dengan kelahiran ayat "ada aku kesah?" .. mmg tak patut le...

    BalasPadam
  3. meruntun moral masyarakat dgn penggunaan ayat seperti ini..

    BalasPadam
  4. Setuju..Pembikin Filem tidak sedar atau buat2 tidak sedar tentang impak Filem ni pd bangsa sendiri. Mungkin mereka tidak perlu menjawab soalan dr anak2 mereka tentang bahasa mat rempit ni..atau pun mereka sendiri pun tak bg anak mereka tengok Filem mereka sendiri....tolonglah peka..jangan duit jadi matlamat dlm hidup.

    BalasPadam
  5. err. kenapa ya harus buat cerita macam ni? sikit-sikit ceirta rempit. teladan zero. penggunaan bahasa tidak begitu baik, kalau macam ni macam mana bahasa kita nak diperbetulkan.. kata nak memartabatkan bahasa melayu.

    BalasPadam
  6. Maaf lah kalau sy tanya. Apa maksdu Apa Celop?. Seriusly tak tahu...

    Apa Celop sama ke ngn "Apa Barang...."

    BalasPadam
  7. hahhaah.. kata orang apa celop ni maksud dia mmg x elok untuk orang islam guna

    BalasPadam
  8. hmm ahmad idham mungkin brniat baik, tp tak cukup kaji lagi sebelum buat...

    mohon tuka tajuk drama..

    p.s brpegang pada prinsip "NAK TONTON , TONTON … TAK NAK SUDAH ! TUTUP TV"
    sangat tak patut.. premature punya acting..

    BalasPadam
  9. @Eera Shera

    Celop tu maksud nyer...lebih kurang mcm cilok arr..ayat yg di gunakan dikalangan mat2 rempit melaysia..yg suke main cilok jer di atas jln raya..main tarm,main tabai jer bila bw motor..tak ikut undang2..lebih kurang mc tu ladr pemahaman Hm la...

    BalasPadam
  10. betul abang ben ashaari..adik bongsu saya pun suka sangat sebut perkataan tuh..saya pun baru tahu apa maksud apa celop--> http://www.kubakoya.com/2011/09/review-hantu-bonceng-maksud-sebenar-apa.html ..kan sudah memberi kesan negatif kepada kanak-kanak..

    BalasPadam
  11. mungkin guna tajuk ape celop tu untuk tarik org tgk je.. cer ke perenggan yg ahmad idham try bina budaya berzikir dikalangan penonton..

    "Jika dilihat hari ini golongan remaja dan kanak-kanak lebih terbiasa dengan ucapan seperti Oh My God, Oh!Damn dan sebagainya selain tidak lagi menggunakan kata-kata Ya Allah Ya Tuhan Ku, Alhamdulilah, Astagfirullah A'lazim dan sebagainya.

    perenggan ni sgt terbaik rasanya dri akbar mstar tu. atleast OMG dan oh damn tu mampu diganti dgn kata2 zikir..

    BalasPadam
  12. yeah betul! sgt sokong..
    apa celop! ngee..

    BalasPadam
  13. Salam Ben,

    Setuju! Harap En Ahmad Idham boleh berfikir semula... Terima dgn hati terbuka :)

    BalasPadam
  14. sgt setuju dgn pendapat abg ben!!!

    BalasPadam
  15. saya sangat bersetuju dengan pendapat abg ben...

    sebagai orang media, mereka harus peka dengan penonton2 mereka... mereka kena ambil peluang untuk mengubah pemikiran masyarakat ke arah yang lebih baik.. kalau benda xelok itu, apa kata ubahkan dia jadi elok walaupun hakikat realitinyer tiada... sekurang-kurangnya kita mendidik masyarakat ke arah yang lebih baik... tidak perlu menonjolkan sisi gelap bangsa kita sendiri kerana penonton-penonton di malaysia bukan hanya orang dewasa mahupun mat rempit itu sendiri.. golongan kanak-kanak juga menonton.. dan ini dapat mempengaruhi tumbesaran mereka akan datang... kiranya seperti kita mendidik meraka untuk menjadi apa yang ada didalam drama tv ataupun filem.. anak-anak ini masih kecil, tidak tahu apa2 lagi... mereka membesar melalui apa yang media tonjolkan... tidak salah jika kita menggunakan perkataan berunsurkan agama kan? kerana ini akan menjadi ikutan para anak-anak di luar sana.. bah kan "apa celop" itu sendiri tiada dalam kamus dewan...

    ini hanyalah pendapat peribadi saya.. maaf jika ada yang sakit hati... saya hanya meluahkan apa yang saya rasa.. :)

    BalasPadam
  16. drama/filem malaysia banyak yang merosakkan, melalaikan dari yang memberi makna atau teladan yang baik... sangat bosan nak tengok filem melayu sekarang yang tak sudah2 dengan hantunye...

    BalasPadam
  17. ye betul..untuk yg dah berfikiran matang mcm kita ni , kompom2 lah kita takkan ikut bahasa2 rosak tu..tp untuk budak2 kecik atau budak besar yg akalnya tak matang lagi, bahasa2 rosak atau apa sahaja adegan2 tak elok dalam filem tu akan menjadi ikutan. dorang kena pikir, bukan semua rakyat msia pandai berfikir buruk baik.

    kenapa la balik2 msia ni kuar cite bohsia la rempit la..sudahnya sume pelakon2 msia dah serupa bohsia sbb pakai baju pon mcm bohsia time blakon. sume cite2 longkang je. cuba la buat cerita terdiam berfikir contoh mcm cite mission impossible tu hohohoh.

    BalasPadam
  18. ya...betul.org2 yang bikin filem or drama or apa2 la yang masuk kat tv tu tolong la guna perkataan yang ada maknanya dalam bahasa kita.kalau kecik2 lagi budak2 dah guna perkataan mcm tu...dah besar nnt tak tahu la macamana...please la...kita nak sokong filem kita...BAHASA JIWA BANGSA....

    BalasPadam
  19. saya rase sy tak brape nak setuju. mungkin tajuk ''apa celop'' sesuai dengan tema cerita tu. mat rempit. kita jgn ambik tajuk cerita tapi ambil pada isi cerita tersebut. huhu.. *just saying

    BalasPadam
  20. kalu ahmad idham baca apa yg abg ben komen ni, harap dia bole paham.
    jgn ingt nk buat duit semata2.

    BalasPadam
  21. kadang2 ahmad idham tu cakap ikut kepala dia je. dia je yg betul. konon masyarakat boleh menilai lah, apa lah.. pi gi rah.. memang tak tengok langsung cerita ni. full stop

    BalasPadam
  22. yang buat mat rempit kembali bangun bersemangat waja sebenarnya pengaruh dari cerita-cerita macam ni lah..konon nak beri kesedaran..sebenarnya nak ambik kesempatan..nak ajak mak rempit kasi tolong tambah rating siaran..nak suruh mat rempit penuhkan panggung-panggung biar cerita meletup kebabom..kan kan kan?

    ke camna?

    BalasPadam
  23. aku setuju dgn ko ben...anak aku 7 thn pun da tnaye...mummy apa maksud celop tu...ape aku nak jawap....

    BalasPadam
  24. setuju sgt..budak2 pun dah pandai menjawab apa celop klu mak dia suruh baca buku ke, mandi ke..pengaruh yg tak elok utk masyarakat T__T

    bila dah ada anak nnt, kena la control rancangan tv..

    BalasPadam
  25. Assalammualaikum ..

    Setuju !! Biasanya, kalau budak2 yang tgk citer2 macam ni, pengajaran yang cuba nak diselitkan tu bukan diaorg namapak pun. Yg akan menjadi ikut2tan adalah dialog2 yang digunakan .. Contohnya macam ayat "apa celop" nilah ..
    Lagi satu, sekarang ni, kalau tgk mat rempit, org akan pikir, "tak semua budak rempit ni jahat". Takut ada budak2 generasi sekarang yang akan cuba2 merempit sebab rasa tak semua yang merempit tu jahat .. Hmmm .. Just a tought ..

    BalasPadam
  26. o0o citEr nEyh yg gAnti nilapurA tUu?? hMm..xtgK...xmnArik minAt sAya utK tgK...~ hUhu..tgK kArtun bEz lA :)

    BalasPadam
  27. Sejujurnye saya sendiri pun tak faham apa maksud APA CELOP tu...

    BalasPadam
  28. nmpk mcm tak sesuai la bile kalimah Allah tu disebut dlm drama tu... bkn drama keagamaan pun... hurm...

    BalasPadam
  29. sokong sgt dengan entry abg ben nie...


    p/s:kemain panjang yer entry abg ben kali nie hehehehhehe :)

    BalasPadam
  30. Baru semlm anak tanya... Jadi blur jap nak jawab... Cuma pesan jgn guna coz tu bukan bahasa proper.. But her answer.. Kat sekolah semua kawan kawan guna... Habissss

    BalasPadam
  31. waahh panjang nyer entry abg ben..hihii..

    adik2 saya pon dah mula cakap APA CELOP..bila jumpa sesama kawan..
    bila marah xboleh dah...jawapn dia tetap sama...
    APA CELOP akak ni..

    adoii...

    BalasPadam
  32. tu la...contoh yg tak baik pada anak2.bayangkan anak saya yg baru nk masuk 4 thn pun skang ni dah pandai ckp 'ape celop kat saya....isk3

    BalasPadam
  33. geli dgr pelakon2 tu "ape celop".
    takde faedah pun buat drama camtu.
    makin bagi pengaruh tak elok ade la.

    BalasPadam
  34. salam abg ben
    suka ngan komen abg tentang isu ni..
    sy cuba gak tgok aritu tapi sekejap je sebab rasa cam hampeh..bosan dah cite rempit2x ni...lagi satu,sy ada ank yg sedang hendak membesar..so, sy taknk ank sy tengok cite2x mcm tu...tak sesuai rasanya

    BalasPadam
  35. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  36. skit2 crite mat rempit, pasni mmg x heran lah melayu akan dikaitkan ngan budaya mat rempit. patut org slalu ckp melayu ni akan pupus dlm masa 50 taun, pupus bkn sbb bangsa tp sbb hilang budaya dan identiti sndiri. pengarah2 skunk ni x pnah pikir ke impak filem dan maruah bangsa? spatutnye buatlah filem yg bole promote budaya kita...ni tak, skit2 mat rempit x pn lawak bodoh dan crite hantu... tu je modal kita yg ade?

    Ahmad Idham ni x serik2 lg ke crite hantu bonceng yg kene kutuk kaw2? ape motif dia suke sgt hina agama?

    BalasPadam
  37. btw aq nk tmbah skit, maksud "apa celop" tu sbnarnye "wat the fuck"... bayangkan kalo si anak ckp camtu ngan mak dia bile disuruh buat keje x derhaka ke jdnye?

    BalasPadam
  38. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam