Kalau anak aku GAY , boleh terima tak ?

by - Isnin, Februari 27, 2012

 

Wow .. ada seorang kawan blogger tanya aku pasal tu . Dan dia bukanlah beragama Islam. Sebab itulah soalan begitu boleh terkeluar dari mulutnya .

Aku tak salahkannya. Di zaman ini , ramai keliru antara agama dan adat . Tak tau mana satu yang nak diikutkan atau nak ditolak. Mereka yang jadi begini , mungkin tidak punya didikan yg secukupnya lalu gagal membezakan antara adat dan agama.

Dia tanya aku , apakah aku dapat terima jika anak aku gay ? (Semoga Allah menjauhi perkara perkara tersebut dari keluarga aku , sahabat-sahabat dan juga saudara seagama aku ). Tidak sama sekali aku dapat menerimanya. Bukan kerana aku tak dapat menerimanya tetapi ISLAM mengharamkannya !

Ditanyanya lagi mungkin aku boleh bertolak ansur atau tidak risau jika anak aku itu memberontak nanti ? Didikan awal amat penting ! Dari rumah lagi diajar mana yang boleh dan mana yang tidak. Apa itu haram dan hukumnya jika melakukannya. Perlu diajar dari rumah lagi ! Jika tiada asas begini , maka mmg cari pasal !

Aku ada bagitau kat wife .. Jika ditakdirkan anak aku bijak dalam pelajarannnya , aku tetap biarkan dia disamping aku .Biar dia membesar disisi aku sehinggalah dia benar benar mampu berfikir dengan sematangnya.

Mungkin aku kolot tapi itu lebih baik dari dia menyalahkan aku dan isteri aku kemudian hari. Zaman ini , sangat mencabar ! Sangat sangat mencabar dan aku tidak langsung memandang remeh mengenainya ! Tersalah langkah , mmg sukar untuk diundurkan dan menyesal tiada gunanya ..

GAY , LESBIAN atau SEKS BEBAS , bukan budaya kita dan tidak diajar dalam ISLAM ..

You May Also Like

18 comments

  1. betul... semoga kita sentiasa di rahmati Allah.. :)

    BalasPadam
  2. betul... biar la nampak kolot tapi niat sebenar adalah untuk menjaga...

    BalasPadam
  3. dah jelas2 termaktub dlm al Quran yg tiga gerombolan tu haram.. so takleh nk memandai nk halal kannya.. boleh ke kita lawan Tuhan? tidak sama sekali.. setuju ngan abang ben ^_^

    BalasPadam
  4. semoga kita semua yg beragama islam dijauhkan dari gaya hidup yg tak baik itu...

    BalasPadam
  5. betul..kalu biar anak mcm tu je, silap2 haribulan...jadi kot lain...sangat bahaya...

    BalasPadam
  6. en. ben,

    di kg. saya, ada sorg budak gay, tanpa diketahui oleh ibubapanya. sedangkan budak tu membesar di rumah, bersama-sama ibubapanya, mcm mana tu?

    BalasPadam
  7. @Yana Libra Hmm~ btul3!! Takut jugak~

    BalasPadam
  8. HARAM di sisi ISLAM... Minta jauhkanlah....

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum...

    SETUJU 200% !! Ini bukan soal nak buang anak atau tidak. Tapi ini soal menjalankan hukum Allah ..

    Sedangkan Nabi Ibrahim a.s sanggup mengorbankan anaknya, Nabi Ismail di atas perintah Allah s.w.t, siapalah kita nak melanggar hukum Tuhan... Subhanallah ..

    BalasPadam
  10. minta jauh la bende2 cmni...amin.

    BalasPadam
  11. betul brader ben..zaman skrg makin byk cabaran nak besarkan anak.

    BalasPadam
  12. Tak apalah kalau kolot. Asyik nak anak kepit dengan kita. Tak apa. Sekurang-kurangnya kita boleh kawal mereka sebab ada di depan mata. Biar kita susah sekarang, jangan nanti susah nak menanggung dosa di akhirat nanti sebab biar anak sampai jadi macam tu.

    Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Waktu kecillah kena didik anak dekatkan diri dengan aktiviti keagamaan. Baca Al-Quran, solat berjemaah, belajar baca doa dsb.

    Insyaallah kalau niat kita betul, bersungguh-sungguh, Allah akan permudahkan. =)

    BalasPadam
  13. Nauzubillahiminzalik..minta-minta dijauhkan dari perkara macam tu..selalulah membaca Al-Quran dan perdengarkan ayat-ayat suci kat baby tu..

    InsyaAllah dia akan jadi sebaik papnya..

    Amin..

    BalasPadam
  14. Oh . Jadi sebab tu ayah sy x bagi sy masuk asrama . Skrg sy faham :)

    BalasPadam
  15. moga dijauhkan...
    utamakan agama kita...
    biar kita dipandang kolot,
    asalkan anak kita selamat dunia akhirat

    BalasPadam