Akhirnya , ibu tidak lagi lewat dan jimat petrol !

by - Jumaat, Februari 19, 2016


Bayangkan.. setiap kali aku ada job atau event , aku kena gi Cheras untuk antar anak anak aku ni ke orang tua aku. Mintak diorang jaga sekejap. Tapi tak semudah itu ! Meh aku cerita perjalanan aku setiap pagi bila aku ada kerja luar ! 

 Dari Sepang ke Cheras pastu ke Putrajaya -untuk hantar wife ke pejabat dan baru ke lokasi event .

Bila selesai event , aku akan terus ke Cheras terlebih dahulu pastu ke Putrajaya semula untuk amik wife. Kemudian ke Cheras semula dan malam , baru pulang ke Sepang.. Petrol . RM30-50. Tol ??? Tu pun ada anak menteri mana tah  kata rakyat Malaysia ni pemalas ! Adehhhh... Tak cukup rajin lagi penyayang pada keluargakah ? 

Kenapa jadi gitu ? Sebab Zahra tak nak duduk dalam car seat. Setelah dia berusia skit ni , baru laaa nak duduk ! Tu pun baru minggu ni. Dan bila dia nak duduk dalam tu , perubahan perjalanan berlaku.. Dari rumah aku , terus hantar wife ke pejabat dan baru ke Cheras. Fuhhhh.. legaa !


Dan si abang.. dulu tak nak beralah langsung.. tapi sejak dua menjak jadi abang long , dia sangat matang.. hahahaha... Automatik seat belakang tu , tempat kegemaran dia dan dia suka melihat permandangan luar... huhuhuh.. 

Lega aku..

You May Also Like

4 comments

  1. baguslah zahra dah nak duduk dekat kerusi tu...abg long sgt baik ye...pandai mengalah dengan adik

    BalasPadam
  2. Dia dah mula membesar, dulu sebab dia tak tahu.. tu yang dia tak nak mengalah..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...qhaliff duduk belakan sambil merenung luar jendela kereta...sambil fikir tu...tongkat dagu lagi...hihi..

    BalasPadam