GARAGE 51 , sedapkah ??

by - Isnin, Februari 01, 2016

Akhirnya , aku berjaya jugak landing di Garage 51 selepas melihat beberapa orang rakan blogger di Facebook dok galak post gambar makanan serta minuman yang mereka order di sana ! Gulp.. Nampak sedap .. tapi masalahnya ialah nampak manis jugak ! Adoiyai.. aku dah la tengah diet ! Camana eh ?

Orang kata.. jangan menilai melalui gambar ! Heheheh.. Dan hari ni aku nekad nak merasai sendiri keenakkan makanan yang disajikan di Garage 51 ni bersama rakan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari.

Pasang waze.. Nak tau berapa jauh dari rumah aku.. Oh , tak lama pon.. cuma amik masa 40 minit jer ! Hehehe.. Rumah aku nun di Sepang.. Nak ke Sunway , bukanlah dekat tapi disebabkan nak menikmati sendiri ' Garage 51' ni , aku redahkan jua.. hehe...



Tak susah nak cari rupanya ! Betul betul dekat dengan Sunway University je pun. Cuma masalah parking je la masalahnya. Kawasan ni memang meriah ! Kalau nak datang , pastikan sebelum waktu makan tengahari atau selepas itu.. Hehehe.. Malam pon ada .. Tapi tu bukanlah alasan untuk aku batalkan niat aku untuk makan tenghari sambil bersantai dengan rakan rakan.. 

Ok.... Dapat parking.. dan terus masuk ke sini.. Masuk je dalam ni , aku terpaku jap.. Simple tapi kemas ! Pekerjanya pon meriah jer.. Ramah ! Tu yang bagus tuu... 






Ok.. aku g tandas.. Check tandas.. hehehe.. Waduh ! Leh tahan.. unik ! Hahahaha.. Best , Best ! Memang ok la lepak sini.. tapi jangan lama lama laa ! Hehehee.. Orang lain pon nak makan gak kan ? Heheee.. 

Masa untuk order makanan.. Hurmm... banyak gak pilihan.. Tak tau nak order apa... Aku pun tanya kat staff di situ.. 


" Boss.. apa yang sedap di sini.. "

" Semua sedap... ". Dia senyum kat aku.. Adehhh. Takkan aku nak balun semua kot ?? Hahahaha... Letih guee nak menghabiiskan semua makanan.. 

Dan aku pun tanyalah apa dia punya cadangan.. Dan dia cadangkan...





Dan kawan kawan lain turut order makanan... berdasarkan gambar ! Hahahaha.. Perghhh... agak 'mengerunkan' . Pada tanggapan aku , pasti manis manis belaka ! 





Aku sempat merasa satu dua minuman di atas termasuk aku punya , ice latte.. Hurmmm.. Tak manis rupanya ! Jauh melesest jangkaan aku ! Ini sudah bagus ! Takda la aku balik rumah 'jalan kaki' untuk membakar kalori yang masuk tadi tu ! Heheehhehe.. Siap aku dioffer 'gula' lagi kalau nak kasi manis.. Bermakna memang saja buat gitu laa.. Maklumlah , zaman ni memang ramai kaki makan tapi tak nak manis manis dah ! Nak jaga kesihatan tapi tak nak buang hobi suka makan tu.. kan kan ?

Camana pulak dengan makanan ? Yang aku order tu , spagetti.. memang sedap laa  ! Bagi tekak aku laa.. Bukan la tahap sedap giler giler tapi sekadar kena dengan tekak aku ! Haaaa.. Aku tak tau la kot korang rasa camana kalau gi sini nanti.. Kalau tak sedap , panggil je chef dan tanya kenapa tak sedap ! Hahahaa.. Jangan up terus di Facebook yer.. Heee..



Ada banyak lagi makanan yang diorder tapi aku tak sempat nak amik gambar sebab sibuk dok makan ! Tak tahan wooo tengok makanan.. Hahahaha.. Tapi yang pasti semuanya tampak menyelerakan sama sekali ! Tak caya ? Leh je tengok  di Facebook dan Instagram Garage 51 ni.. 



Dan orang kata.. kalau sedap , jangan makan sorang ! Ingatlah orang di rumah.. hehehe.. Aku pun tapau la untuk wife dan anak anak di rumah.. Ikutkan , aku nak bawak diorang tapi disebabkan wife dok muntah muntah lagi.. maka diorang tunggu aku di rumah je la.. hehehe.. 


Garage 51 , menjanjikan kelainan dari kebiasaan... Oh ya.... CNY nanti , tetap dibuka untuk menanti kunjungan anda... Heeee...

You May Also Like

12 comments

  1. Perghhh....!!!
    Dah rasa air dia memang recommended.
    Tak caya try air 'PakCik' - Sedap weyyyy!
    Wallaaa~

    BalasPadam
  2. Naaaaaaakkkk pergiiiiiii jugaaaaaakkkk

    BalasPadam
  3. Nak jaga kesihatan tapi tak nak buang hobi suka makan tu.. kan kan ? Hahaha.. ini betul sangat!

    BalasPadam
  4. ok next time nak pegi bila lak...hehheh nk join..giler sedap

    BalasPadam
  5. Ni rasa nak terjah sana. Kalau bab air tak manis dan tak muas, terus tiptop laaa. Beben.. Harga macam mana?

    BalasPadam
  6. Arghhh terliur nya tengok! Nak kena ajak hubby pi ni.

    BalasPadam
  7. Kalau tak manis , boleh la try next time. Diet kononnya. Kahkahkah...

    BalasPadam
  8. nasib bagitahu yg ianya tak berapa manis....kalau tak kompom org kata itu air potong kaki....ehehehe

    semua pun nampak sedap gituuu....

    BalasPadam
  9. memang sedapp puas hati makan kat sini..

    BalasPadam
  10. nampak menyelerakan semua menu tu...best nya

    BalasPadam
  11. wh..bleh pi nanti ni..tgok Sue Izza nyer aglio olio tu meleleh air liur...

    BalasPadam