Bila pinjam atau sedekah pada kawan kawan ?

by - Jumaat, Jun 30, 2017

" Ben , nak pinjam duit... "
Biasanya , kalau jumlah kecil.. aku sedekah jer.. Tapi selepas ni , aku tak sedekah dah wehhh ! Aku akan kasi pinjam bersyarat.. Nak buat perjanjian bertulis lagi walaupun nak pinjam RM10 !! Dah malas 'sedekah' kat kawan kawan.. nanti bila dah kaya , lupa kita ! Kita gak sakit hati kan ? Baik kasi pinjam jer.. suh dia bayar balik !! Haaa.. Tak sakit hati kannn.. 
Ada satu hadis yang aku jumpa mengenai isu yang aku bangkitkan ni.. 
Sabda Nabi Muhammad saw :

Pada malam Isra’ Mikraj, aku melihat tulisan di atas pintu syurga: “Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”.
Aku bertanya Jibril, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?”
Jawabnya, “Kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan.”
(Hadith Riwayat Ibn Majah & Baihaqi)

Secara jujurnya , aku tak tau pasal hadith ni... Dan statusnya aku cuba google dan inshaAllah akan bertanya pada yang pakar. Tapi ianya membuka mata aku la.. Dulu aku gemar 'beri' gitu jer... tapi jumlah ciput la.. nak kasi 'berskala besar' tak mampu aku.. lain la aku ngan Bill Gates ada kaitan.. hehehe.. 
Selepas ni , aku rasa aku tak bagi gitu dah pada mereka yang nak meminjam. Kalau tau , bak kata orang.. besar kepala lak eh ? Haaaa...Nak meminta minta memanjang. Kerja pon , ala kadar.. Malas nak berusaha lebih ! Haaa.. 
Maaf !! Tiada lagi 'sedekah' pasni ! Nak pinjammm... bertulis ! Tapi , tunggu ada duit la.. buat masa sekarang , aku rasa aku yang nak pinjam kat korang. Sapa sudi nak kasi pinjam ? Huk Huk... 

"Barangsiapa yang melepaskan saudaranya dari kesusahan di dunia nescaya Allah lepaskannya dari kesusahan di akhirat"

You May Also Like

4 comments

  1. Sabar je lah Abg Ben. Kadang2 saat org pinjam duit kita, kita pun sgt2 memerlukan. Tapi kita beri sedikit dengan niat dpt bantu. Tapi bila kita minta balik dah rupa pengemis. Hmmmmmm.

    BalasPadam
  2. Huhuhu biasa terjadi begini..

    BalasPadam
  3. tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima hihihi

    BalasPadam
  4. Pernah jugak kena camni, kalau sikit jumlah halalkan jer. Kalau banyak memang mintak sampai dia bayar semula.

    BalasPadam