Pengalaman membeli-belah bersama pelajar pelajar asnaf anjuran Lembaga Zakat Selangor

by - Isnin, Jun 19, 2017

Kali ni , agak berbeza sedikit pengalaman aku ikut serta bershopping bersama anak anak asnaf dari Bait Al Hasanah. Ok , sebelum aku mulakan penceritaan aku mengenai pengalaman aku bersama mereka yang comel comel ni , aku stori mori sikit pasal asnaf asnaf yang terlibat ni eh ni.. sikit jer..

Mereka ni anak anak asnaf dari Bait Al Hasanah , Kg. Perepat di Klang yang dikelolakan sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor. Seramai 143 orang asnaf terlibat kali ni. Setiap dari mereka , diberi bajet untuk membeli pakaian untuk berhari raya. Mereka juga dibenarkan membeli untuk ahli keluarga juga. Bajet untuk lelaki ialah RM150 dan perempuan ialah RM180 yang mana ianya adalah hasil dari wang zakat.

Di Bait Al Hasanah , mereka mendapat pendidikan serta diberi pelindungan yang cukup sempurna. Mereka ini berusia dari 10 hingga 17 tahun.


Ok... program bertempat di Mydin Subang Jaya. Baru aku tau Mydin di sini sangatlah besar ! Fuh , giler puas kalau bershopping kat sini. Nasib baik la umah aku kat Sepang. Kalau area Cheras gitu , mau kerap aku datang sini.. Hahaha..

Jam 11 pagi , mereka sampai. Tepat mengikut masa. Dan kebetulan ada juga team lain di sini membuat program CSR mereka. Alhamdulillah.. berlumba lumba orang sekarang membuat kebaikan. Harap bukan di bulan Ramadan jer.. bulan bulan lain pun perlu juga diambil berat.. kan kan ?
Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.. lelaki dan perempuan.

" Tolong jangan tanggalkan tag yer. " 

 Ok.. penerangan diberi..  kemudian bergambar.. dan jom shopping ! Ahaaaa.. best best ! Aku sendiri pun tak sabar nak turut serta membeli belah ! Huhuh..

" Size aku macam takde je ni ? "

" Sekarang gi amik kasut untuk cikgu lak.. eh , untuk korang.." 

" Jap nak whatsapp boss. Semua berjalan dengan lancar. "

" Satu..dua..tiga. Cukup la stok seminggu raya ! " 

Suka dia !! Kira bajet la tuuu..

" Siapa dah siap , boleh gi bayar. Pastikan tidak lebih dari RM150. " 

" Terima kasih pada mereka yang membayar zakat. Semoga Allah murahkan rezeki pembayar zakat di Selangor " 

Alhamdulillah.. Jam 1 petang , segalanya selesai. Anak anak asnaf Bait Al Hasanah , cukup gembira dengan program hari ni. Pihak Mydin Subang Jaya juga memberikan kerjasama yang cukup cemerlang. Aku sendiri rasa seronok malah kakitangan Mydin amat mesra sekali. Tahniah buat Mydin Subang Jaya dan juga buat Lembaga Zakat Selangor , terima kasih. Memang penat program ni. Camana la mereka mampu lakukan.. Dari sebelum subuh lak tu. Aku cuma join setengah hari.. tu pun dah penat ! Jangan lupa , diorang berpuasa lagi tuuu.. Haaa.. 

Ahaaa.. dah tau kan ke mana perginya duit duit zakat tu ? Bagi yang pikir bukan bukan tu.. sila join la program program Zakat Selangor dan saksikan sendiri la apa yang mereka buat dengan duit duit zakat yang diterima. 

Alhamdulillah... Terbaik ! 

You May Also Like

9 comments

  1. Seronoknya tengok mereka happy. Alhamdulillah duit zakat yang kita bayar beri manfaat buat mereka.

    BalasPadam
  2. Seronoknya berpeluang bersama mereka. Ada rezeki, nak join. Huhuhu

    BalasPadam
  3. Ben, cuba senyum sikit ambik gambar.. muka macam nak makan orang jer... hehehe ..*jangan marah no

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. Ambil berkat bulan Ramadhan..

    ----
    ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017

    http://www.erazfadli.com/2017/06/eraz-fadli-bagi-hadiah-raya-aidilfitri.html

    BalasPadam
  5. sonoknye kalau dapat join event camni ehh

    BalasPadam
  6. semoga mereka di murahkan rezki dan di pelihara Allah selalu.rindu nak buat aktiviti macam ni

    BalasPadam