Peniaga makanan mula terancam !

by - Jumaat, Jun 16, 2017

Hurm... ramalan 'mereka' mengenai kemerosotan ekonomi pada tahun ini semakin menjadi kenyataan. Banyak perniagaan dah bungkus. Ramai dah dibuang kerja. Kenapa semua ini terjadi ? Orang bijak pandai mengatakan ini adalah masalah ekonomi dunia.. dan negara kita turut sama menjadi 'mangsa'. 
Anda bagaimana ???



Semalam aku gi 'bermesyuarat' bersama sama rakan rakan peniaga makanan. Sebelum tu , aku ke Pertama Kompleks untuk menghantar Kopi Badang yang dipesan. Di sana , aku berbual dengan tokey kedai air tu.. Aku tanya camana jualan pada bulan Ramadan ni. Katanya teruk. Sememangnya dalam tahun ni agak teruk. Cukup cukup makan jer.. 

Hurm... kelmarin , aku gi makan di satu restoran. Pemilik restoran tu pon berkata begitu juga. Hanya menanti masa jer ! Sayang sungguh.. makanannya sedap tapi kurang sangat pelanggan ! Apa dah jadi ???? Masalah ini juga dinyatakan oleh teman rapat aku yang meniaga di Bandar Baru Nilai.. Memang teruk sangat tahun ni. Terpaksa cari alternatif lain untuk menampung segala perbelanjaan ! 
Dan... aku terbaca status seorang rakan di Facebook ! Masalah yang sama ! 

Apakah rakyat Malaysia sudah bijak menyimpan duit ? Atau sememangnya mereka tiada lagi berduit ? Berduit untuk berbelanja ! Mereka lebih berhati hati sekarang dalam berbelanja ??? Hurmm.. Mengapa ini semua berlaku ??? Apakah kerana GST ? Kenaikkan cukai memberi kesan dalam aktiviti harian ?? Tapi 'mereka' kata GST bagus sebab boleh membantu meransangkan ekonomi negara ! Wowwww.. 

" Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukan satu pengasingan, sebaliknya telah menjadikan Malaysia destinasi menarik dalam kalangan pelabur asing. Menurut Ketua Percukaian APAC Grant Thornton, Lorraine Parkin, berdasarkan laporan dan kaji selidik yang dijalankan, kemasukan pelaburan langsung asing ke Malaysia meningkat tahun lalu meskipun kerajaan telah melaksanakan GST bermula April 2015. 

Malah katanya, kejayaan pelaksanaan GST di Malaysia turut menarik minat beberapa buah negara seperti India, China dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mahu melaksanakan sistem cukai serupa dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi mereka melalui percukaian ". -Utusan

Kesian sangat pada mereka.. Dah mula bergolok gadai untuk menyelamatkan perniagaan mereka ! Dan 'mereka' masih dok kata ekonomi negara masih kukuh. Buktinya , ramai makan di buffet Ramadan yang mahal mahal serta bazaar Ramadan dipenuhi orang ramai ! Kalau takda duit , duduk la rumah kan ? Kata mereka ! 

Heh ! Bengong punya statement ! 

You May Also Like

6 comments

  1. Sian peniaga makanan 😭😭😭

    BalasPadam
  2. memang tak dapat dinafikan saya sendiri pun dah lebih banyak memasak compare beli luar. sebab nak berjimat. Kalau tahun-tahun sudah tak ada masalah sangat nak beli luar 1-2x seminggu.sekarang ni sebulan sekali pun macam dah susah.

    BalasPadam
  3. Sudah dijangka dan isu in pernah disentuh dalam posting saya awal tahun 2017 baru-baru ini dan posting tahun baru Cina.

    BalasPadam
  4. Memang sakit orang berniaga sekarang, kesian.

    BalasPadam
  5. moga masing masing tabahh.. kne sentiasa berusaha dan doaa.. ;)

    BalasPadam